Anda di halaman 1dari 4

Sempurnanya ALLAH mengatur perjalanan hidup manusia, dikurniakannya nikmat

dan rahmat yang berterusan pada kita dalam setiap tahap kehidupan. Namun
bersama dengan setiap anugerah ALLAH itu, datang ujian dan tanggungjawab yang
berat. Salah satu anugerah ALLAH yang sangat berharga dalam kehidupan manusia
ialah kurniaan suami dan pernikahan.

Suami adalah manusia biasa, bukan malaikat, juga berjuang dengan fitrahnya yang
sentiasa ingin mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan fikiran dan perasaannya
yang unik sebagai lelaki, yang semestinya berbeza dari minda dan jiwa seorang
perempuan, seorang suami yang mengenal hakikat kehidupan akan berusaha
memberi yang terbaik kepada perempuan yang sangat dekat dalam hidupnya, yang
bernama isteri.

Dengan kelebihan fizikalnya, suami menjadi pelindung dan peneguh kepada isteri
yang juga berjuang mencari kebaikan dan kebenaran. Dengan kekuatan ilmu dan
iman, seorang suami mampu menjadi pembimbing, penasihat dan teman terbaik
pada isteri. Seorang suami juga bertanggungjawab mengetuai perancangan dan
aturan masa depan keluarganya dengan membuat keputusan keputusan penting
untuk kebahagiaan dan keberkesanan keluarga yang dibina, tentunya ini dengan
bantuan isteri yang menjadi pendorong utamanya.

Namun realiti waktu kini memaparkan sukarnya mencari lelaki yang mampu
menjadi teman terbaik. Umpama mencari sebutir permata di kawasan pasir putih
yang saujana mata memandang. Saudara muslimah di sana sini ada yang sering
bersedih kerana keadaan suaminya yang nampak macho dan gagah, namun kurang
rajin dan tidak produktif dengan tanggunggjawab kerja di luar rumah, juga tidak
membantu kepenatan isteri mengurus rumahtangga. Jika pun tidak membantu
kerja-kerja rumah, bantulah menghibur emosi isteri dengan pujian dan
penghargaan. Jua kata-kata cinta yang menenangkan.

Kerap juga didengari, suami yang diharapkan berkongsi ilmu, sering tersasar
dengan perbuatan yang tidak bermanfaat, yang mengundang duka di jiwa isteri.
Suami yang diharapkan berkongsi kekuatan iman, rupanya sering lalai menunaikan
solat dan tidak berminat mendalami agama, sedangkan jiwa isteri memutik rasa
untuk mendalami agama Allah dan RasulNya. Isteri jua makan hati dengan akhlak
suami yang kasar dan tidak melayani isteri dengan cara yang sepatutnya.

Tika ini, di waktu hati seorang isteri berasa tawar dan berpasir menghadapi
kekurangan suami, di manakah kekuatan kita untuk meletakkan suami sebagai
teman terbaik? Teman yang menjadi wasilah meraih syurga...?

Wahai saudara muslimahku, ayuh saya peringatkan diri ini dan kalian, tidak akan
sekali-kali diri kita sebagai isteri mampu mengecap kebahagiaan sebenar berteman
suami seandainya ALLAH dan Rasul tidak menjadi panduan terbaik. Andainya Al
Quran dan As-Sunnah jauh dan bukan kecintaan kita, kegembiraan bersuami terasa
hambar dan sebentar cuma.

Ayuh kita memhusabah dan memperbaiki diri, andai diri ini berkeperibadian
seorang isteri yang baik, pasti kita juga ada ruang untuk mengaurakan kekuatan
untuk suami menjadi suami yang terbaik, dengan izin ALLAH pastinya.

Saya tak biasa, saya sibuk dan tak ada masa untuk membaca dan mentadabbur Al
Quran..

Saya tidak ada kitab-kitab hadis, saya bukan ustazah nak baca hadis, saya tak
mampu beli buku-buku agama..

"Saya tak 'alim, saya bukan orang yang baik-baik macam isteri si fulan,.."

Wahai diriku dan saudaraku, kita memperuntukkan masa untuk berhias, membelek
wajah dan tubuh, mengemas rumah, memasak, membersihkan diri dan anak-anak,
maka peruntukkanlah masa juga untuk menghidupkan iman di hati dengan tilawah
dan tadabbur [merenung] ayat-ayat Al Quran, dan masa untuk menikmati manisnya
hidangan Islam melalui hadis-hadisnya.

Dalam kesibukan bekerja dan mengurus rumahtangga, peruntukkanlah masa untuk


belajar dan terus belajar tentang agama ALLAH yang memberi makna pada
kehidupan sementara kita di dunia. Kita akan serabut melalui kehidupan dengan
ilmu yang sedikit, kita menzalimi diri jika tidak berniat untuk menjadi isteri yang
berilmu.

Carilah jua masa, ruang dan kesempatan untuk kita belajar menghias diri dengan
akhlak mulia dan personaliti yang mampu memberi sumber kekuatan pada suami.

Kita merasa lelah berusaha melayan suami dengan terbaik, menjadi teman
bersembang, melayan makan minum, menghibur di kamar, menjaga zuriat dan
rumahtangganya, namun kebahagiaan kudus tidak hadir sama sekali..?

Kerana kita sedang menukar kebahagiaan pernikahan dengan kesedihan


berpanjangan, bilamana ALLAH dan Rasul masih tidak menjadi cinta, matlamat dan
rujukan utama hidup ini.

Bila telah mengenal ALLAH dan Rasul, redha menjalani syariatNya, bermujadah
mentaatiNya, ketika itulah hati seorang isteri mampu menjadikan suaminya teman
terbaik.

Nurani seorang muslimah yang ikhlas kerana ALLAH dan mengenal ALLAH sebagai
harapan dan cita-cita utamanya, akan mampu mencintai dan mentaati suaminya
dalam keadaan berat dan ringan, dalam keadaan suka dan duka.

Seorang isteri beriman sangat lapang dan berbesar hati berdamping dengan
suaminya, dalam apa jua ujian dan cabaran berumahtangga. Dia menjadi cermin
utama yang membantu suami memperbaiki diri menjadi lebih baik.Dia mendorong
kebaikan suami, maka suami terus istiqamah memimpin diri dan keluarga ke jalan
ALLAH. Dia menjadi pakaian yang melindungi kekurangan dan kesilapan suami,
hingga suami yakin dan opitimis menjalani liku kehidupan yang semakin
menggugat.

Dengan ilmu dan keimanannya, seorang isteri menjadi peneguh hati seorang suami.
Dia bukan sekadar menghargai suami dalam diam, namun membuatkan suami
benar-benar terasa dihargai dan difahami. Isteri yang bijak akan meraikan
perbezaan suami sebagai seorang lelaki dan memahami karakter sendiri sebagai
perempuan hingga apa jua pertimbangan berkaitan rumahtangga tidak semberono
mengikut tindakan jua perasaan yang melulu.

Isteri menjadi teman terbaik tatkala dia berilmu untuk memimpin rumahtangga dan
anak-anak dan dia juga bersedia membantu kepimpinan suami. Dia menjadi
penasihat dan pengkritik yang berhikmah. Dia memberi idea yang bernas dan
matang. Dan sesungguhnya kematangan yang sebenar adalah kematangan yang
bersumber ilmu, iman dan ketaqwaan.

Bila suami menjadi teman yang terbaik, suami itulah yang mendapat tempat utama
dalam doa, perhatian dan tumpuan isteri yang sejati. Kerana isteri mampu melihat
syurga dalam setiap ketaatan dan khidmatnya pada suami.

Tidak mudah untuk saya mengungkap semua ini, lebih payah untuk saya dan kalian
merealitikan. Segalanya ini bukan mudah, perlu mujahadah yang luar biasa namun
insyaALLAH suami adalah teman terbaik, andai mampu menjadikan ALLAH rujukan
awal yang terbaik. Segala-galanya kerana ALLAH.

Anda mungkin juga menyukai