Anda di halaman 1dari 6

MODEL ADDIE

Pengenalan

Model pengajaran ADDIE meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk,


pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Tujuan model ini direkabentuk
adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran
agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan
efisian.

Langkah-langkah Model ADDIE

Model ADDIE ini terdiri daripada 5 langkah utama :-

A - Analysis (Analisis)
D - Design (Rekabentuk)
D - Development (Pembangunan)
I - Implementation (Pelaksanaan)
E - Evaluation (Penilaian)

ANALYSIS (Analisis)

Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran .


Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan
masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian
masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis
kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat
pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan
menjadi input bagi fasa rekabentuk.

DESIGN (Rekabentuk)

- Merancang strategi dalam membangunkan pengajaran.


- Menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang


hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan
item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusun atur pengajaran.
Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa
pembangunan.

DEVELOPMENT (Pembangunan)

Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk
menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa

ini akan dibangunkan langkah pengajaran, media yang bakal digunakan


dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Fasa ini membabitkan
proses penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran dan tujuan utama
bagi fasa ini adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran.
Pada fasa ini juga rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik
direkabentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan
pelajaran dibentuk dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran
dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh melibatkan
perkakasan komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta perisian
komputer seperti Geometer's Sketchpad dan pengajaran berasaskan
komputer.

IMPLEMENTATION (Pelaksanaan)

Fasa ini merupakan fasa yang menjelaskan tentang proses aplikasi untuk kali
pertama pengajaran dan penggunaan bahan bantu yang menyokong
pembelajaran. Selepas pelaksanaan kali pertama ini, guru boleh membuat
refleksi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku, seterusnya
melaksanakan kajian tindakan untuk dibuat penyesuaian dan
penambahbaikan pada mana-mana bahagian perancangan, bahan bantu
atau pelaksanaan sekiranya perlu.

EVALUATION (Penilaian)

Sebenarnya fasa penilaian berlaku pada keempat-empat fasa terdahulu. Pada


setiap fasa (analisis, rekabentuk, pembangunan dan pelaksanaan) akan
dibuat penilaian formatif untuk memastikan perancangannya telah dibuat
dengan sebaik mungkin. Penilaian sumatif terhadap keberkesanan
pengajaran, bahan bantu serta pencapaian objektif khas atau hasil
pembelajaran dilaksanakan setelah keempat-empat fasa awal dilaksanakan.
Maklumbalas yang diperolehi akan digunakan untuk menambahbaik
perancangan pengajaran untuk topik yang sama atau berlainan atau untuk
pengajaran mata pelajaran lain yang sepadan. Aktiviti dalam fasa penilaian
ini meliputi :-

# Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk memastikan untuk


memastikan murid- murid dapat melaksanakan tugasan pembelajaran
secara optima. Setiap langkah yang dilaksanakan perlu dinilai semula untuk
tujuan penambahbaikan.

# Membuat refleksi

Disediakan oleh :
Suriani bt. Abd. Ghani
731202115148

Sumber :www.slideshare.net
shamsina_gurupendidikan islam.blogspot.com

Pendidikan
Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan:

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan


peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada
pendidikan"(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden


dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan

menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran"


(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan
bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi
menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam
pembelajaran. Teknologi Maklumat dalam Pendidikan merupakan Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer yang diaplikasikan dalam pengajaran
atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang
dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan iaitu kira-kira
pada sekitar tahun 50an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah
menyediakan pelbagai perisian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan
Komputer ke sekolah-sekolah.

Reka Bentuk Pengajaran

Model ASSURE
ASSURE bermaksud :
A - Analyze the Learner
S - State the Objectives
S - Select the Method
U - Utilize the Media and Materials
R - Require Learner Participation
E - Evaluate and Revise

Model ADDIE.
ADDIE bermaksud :
A Analyze

D Design
D Development
I Implementation
E Evaluation

Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi
utama:

i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai


sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan


keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah


memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai
sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing.

Anda mungkin juga menyukai