Anda di halaman 1dari 19

CTU 101

TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI

Disediakan untuk:
Ustazah Suliah Binti Mohd Aris

Disediakan oleh:
Rasyidah Binti Mohd Zamri (2013786277)

AM110

Penilaian Markah
Pengenalan

/1

Isi+ huraian

/8

Cadangan/Kesimpulan

/2

Bibliograf

/2

Etika& Profesinalisme

/2

Jumlah

/15

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0)

Pendahuluan

2.0)

Definisi

3.0)

Kedudukan isteri di dalam islam

6-7

4.0)

Tanggungjawab isteri
terhadap suami

8 - 11

5.0)

Cabaran pelaksanaan tanggungjawab


isteri masa kini

12 - 14

6.0)

Strategi menjadi mithali masa kini

15 - 16

7.0)

Tokoh isteri mithali dalam islam

17 - 18

8.0)

Kesimpulan

19

9.0)

Bibliografi/ Rujukan

20

1.0) Pendahuluan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Illahi. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan
keampunan serta perlindungan-Nya darigangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah
oleh Allah SWT, maka mereka tidak akan sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang
selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Illahi. Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi
Muhammad s.a.w, segenap keluarga dan sahabatnya serta sesiapa saja yang menyeru dakwahnya
sehingga hari kiamat.

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kuniaNya, saya dapat
menyelesaikan tugasan yang telah diberi dengan jaya serta tepat pada waktunya. Sekalung
ucapan terima kasih yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu
saya mengumpul maklumat serta rujukan yang dijadikan teras penulisan saya terutama kepada
keluarga yang dikasihi, pensyarah saya iaitu Pn Suliah Binti Mohd Aris yang memberi dorongan
serta tunjuk ajar agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar.

Seperti tajuk tugasan yang dipilih iaitu Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami dimana skop
penulisan saya mendorong kepada tanggungjawab atau tugasan yang perlu dipatuhi oleh wanita
yang telah bergelar isteri kepada suaminya dan supaya dapat menjadi bidadari syurga untuk
suaminya di akhirat kelak. Isteri cerdik yang solehah akan menjadi penyejuk mata dan penawar
hati bagi si suami.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah saya kongsikan bersama ini dapat memberi manfaat
kepada semua wanita yang bergelar isteri dan dapat mengelakkan diri dari terjerumus didalam
neraka jahanam. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

2.0) Definasi
5

Semua manusia inginkan kebahgiaan dalam kehidupannya. Salah satu cara


adalah melalui perkahwinan. Tujuan bagi berumahtangga adalah untuk
mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup (Rujuk ayat 80 surah
an-Nahl)
Dengan wujudnya perasaan cinta dan kasih sayang, maka akan timbul rasa
bahagia yang menjadi asas pembetukan keluarga yang bahagia. Apabila
telah berkahwin, tanggungjawab yang harus seorang isteri pikul akan
menjadi berat. Walaupun tanggungjawab seorang isteri itu berat dan rumit,
namun Allah menjanjikan ganjaran dan pahala yang besar. Wanita juga
berpeluang masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya,
malah untuk syurga yang tertinggi dengan syarat tugasan tersebut haruslah
ikhlas, tidak bertentangan dengan hukum agama islam serta mendapat
keredhaan dari suami. Tugas dan tanggugjawab isteri terhadap suami itu
tidak begitu membebankan jika seorang isteri itu reda dan ikhlas
menjalankan tugas sebagai isteri.

3.0) Kedudukan isteri di dalam islam


i.

Isteri dimuliakan
kedudukan isteri di dalam islam sangat dimuliakan seperti yang terdapat di dalam surah
(An-Nisa, ayat 1) yang berbunyi:
Wahai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu, yang telah
menciptakan kamu dari diri yag satu dan daripadanya Allah menciptakam isterinya; dan
daripadanya kedua-duanya mengembangbiakan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan
bertakwalah kepada Allah, yang telah kamu persoalkan di antara satu sama lain, dan
hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah adalah selalu menjaga kamu
( An Nisa, ayat 1)
Didalam ayat ini menerangkan bahawa asal kejadian manusia itu adalah satu di mana
pada asalnya Allah menciptakan manusia itu satu iaitu Nabi Adam . Kemudian, daripada
tulang rusuk nabi Adam, Allah menciptakan isteri nabi Adama iaitu Hawa seperti yang
diterangkan di dalam Hadis ( Mauquf Shahabi) dari Ibnu Abbas. Ayat pertama, daripada
surah An-Nisaa ini hanyalah satu saja di antara banyak ayat yang menerangkan
keistimewaan terhadap kaum wanita.

ii.

Isteri lebih mulia daripada bidadari.


Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu terhadap isteri-isteri kamu ada kewajipan, dan
bagi isteri-isteri kamu terhadap kamu ada pula kewajipan.
( Dirawikan oleh Ash- Habus Sunnah dan disahihkan oleh At- Turmudzi)
Ayat ini bermaksud dua peribadi seorang lelaki dan perempuan digabungkan hidupnya
menjadi satu iaitu dengan mendirikan rumahtangga dengan membina sebuah keluarga
dengan syarat dan rukun tertentu iaitu nikah.
Apabila si lelaki telah selesai melakukan ijab kabul dengan wali si perempuan, maka
secara automatiknya segala tanggungjawab atas perempuan itu akan berpindah kepada si
lelaki yang telah bergelar suami. Untuk itu, Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan
kepada si lelaki yang telah selesai melakukan ijab kabul dengan wali si perempuan untuk
berlaku baik terhadap isterinya. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w iaitu:
Aku peringatkan kepada kamu agar kamu berlaku baik kepada isteri-isteri kamu.
Kerana kamu mengambil dia adalah sebagai amanat dari Allah dan telah menjadi halal
kehormatannnya bagi kamu dengan kalimat Allah
( Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim )
Jika wanita di dunia layak untuk memasuki syurga maka dia akan
menjadi ketua kepada bidadari bermata jeli dan mempunyai
9

kedudukan yang mulia dan berwajah lebih jelita daripada para


bidadari.
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya : Aku bertanya, "Ya
Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari
bermata jeli?
Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada
bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang
tidak terlihat."
Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada
bidadari?"
Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka
kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh
mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna
hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya
terbuat dari emas."
Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah
lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan
tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungutsungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami
memilikinya."
(Hadis Riwayat ath-Tabran)
iii.

Isteri sebagai pendamping suami


Sebagai seorang isteri yang solehah, tempat isteri adalah di sisi
suaminya seperti yang diriwayatkan:












Dan istri adalah pengatur dalam rumah tangga suaminya, dan dia
bertanggung jawab atas pengaturannya.
(Hadith Riwayat. Buchari Muslim)
Apabila wanita itu melakukan solat lima waktu dan menjaga
kehormatan dirinya serta taat kepada suaminya. Maka dia dapat
memasuki surga dari segala penjuru pintunya yang dia sukai.

11

4.0) Tanggungjawab isteri terhadap suami:


i.

Taat kepada suami


Terdapat tiga definasi bagi taat yang telah dinilai oleh para ulama iaitu isteri perlu
lakukan apa yang disuruh oleh suami sekiranya tidak bertentangan dengan agama. Kedua,
tidak lakukan perkara yang tidak disukai oleh suami dan ketiga, tunaikan kemahuan nafsu
suami. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan telebih dahulu lebih dari
keluarga terdekatnya sendiri. Rujuk kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang
lain, tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya
(Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).
Sekiranya suami menyuruh melakukan dosa, maka isteri dibenarkan membantah seperti
sabda Rasulullah SWT:
Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT .
(Riwayat Ahmad)

ii.

Amanah terhadap suami


Tidak membelakangkan suami serta tidak mengkhianati suami sekiranya suami tidak
berada di rumah. Sebagai contoh, isteri tidak menceritakan kelemahan serta keburukkan
suami kepada orang lain Amanah terhadap suami terdorong dalam menjaga diri sendiri
serta harta suami iaitu tidak menjual dan menyerahkan harta suami tanpa izin.

iii.

Beradab dengan suami


Seorang isteri perlulah menjaga tingkah laku apabila berhadapan dengan suami dimana
isteri perlu bersikap lemah lembut, menjaga pertuturan dan nada supaya tidak mengguris
hati suami, tidak menjengkilkan mata, bermasam muka dan berleter. Untuk menjadi isteri
yang solehah, isteri perlu mendengar nasihat atau perbicaraan suami dengan baik tanpa
memotong percakapan suami serta membantah. Isteri juga perlu berwajah manis bila
berhadapan dengan suami kerana sekiranya isteri bermasam muka, akan dapat
kemungkaran Allah sehingga beliau dapat membahagiakan suami semula.

iv.

Memuliakan suami
Memuliakan suami bermaksud perlu menghormati suami dengan menjaga dan
mendahulukan keperluan suami dari anak-anak melainkan isteri telah mendapat keizinan
dari suami terlebih dahulu dan memuliakan ibu bapa dan keluarga suami. Mintalah izin
pada suami sekiranya hendak keluar atau melakukan sesuatu.

13

v.

Memelihara maruah suami, diri dan keluarga


Sebagai seorang isteri, memelihara maruah suami, diri dan keluarga adalah wajib. Isteri
perlulah menjaga akhlak terutama ketika hendak keluar rumah dan pakaian perlulah
menutup aurat serta tidak menjolok mata, berjalan dengan cara tidak menarik perhatian
ramai. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan diri daripada segala
fitnah yang bakal berlaku. Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri
mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan Jibabnya ke tubuh mereka. Yang demikian
itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak mudah diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.
(Al-Ahzab: 59)
Segala kecacatan atau kekurangan suami haruslah dirahsiakan bagi mengelakkan
perasaan aib serta menggangu pembentukan keluarga bahagia akibat perbalahan.

vi.

Menguruskan rumah tangga


Untuk menambat hati suami, seorang isteri haruslah menjaga rumahtangga supaya
kelihatan lebih damai dan tenang untuk tinggal di situ. Sebagai contoh, menghiasi bilik
tidur mengikut kemahuan suami asalkan tidak melanggar hokum islam serta menjaga
dengan rapi kerana itu adalah aurat suami. Isteri akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t
sekiranya membasuh dan menjahit pakaian suami dengan ikhlas. Apabila suami memberi
wang perbelanjaan kepada isteri, maka wang tersebut haruslah dibelanjakan dengan bijak
tanpa sebarang pembaziran.

vii.

Menyenangkan hati suami


Seorang isteri adalah penghibur utama untuk suaminya. Apabila isteri mendapat sebarang
ganjaran atau pemberian dari suami, adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk
menghargai pemberian tersebut tanpa mempertikaikan atau mengkritik hadiah yang
diberikan kerana pemberian tersebut adalah mengikut kemampuan suami. Dalam pepatah
arab ada menyatakan:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not you voice
in my presence, especially when I am in moody crisis.
( Imam Al-Ghazali)
Si isteri juga boleh menyenangkan hati suami dengan berhias cantik di hadapan suami,
melemparkan senyuman yang paling manis serta ikhlas dan juga memakai wangiwangian yang boleh menarik perhatian suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinanya:

15

Oh my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for the house in
which you brought up for a house unknown to you and a companion unfamiliar to you.
Be a floor to him, he will be a roof to you: be a soft seat to him, he will be a pillar for
you; and be like a slave girl to him and he will be slave boy to you. Avoid inopportune
behavior, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become
indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do
not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not
smell except a good adour from you; let not his eye see you except in an egreeable
appearance; and let him hear from you except nice, fine words
(Imam al-Ghazali)
viii.

Melayan dan berkhidmat kepada suami


Si isteri hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja.
Hubungan yang perlu dijaga adalah hubungan kelamin antara kedua-duanya seperti yang
diumpamakan oleh Rasulullah s.a.w, walaupun berada di belakang unta, si isteri perlu
melakukan apa yang dikehandaki oleh suami untuk mengelakkan suami melakukan
maksiat. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan
ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada malam itu, nescaya malaikat
mengutuknya sampai waktu subuh.
( Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada tergolong dalam golongan yang ingkar dan derhaka, maka
isteri perlulah memenuhi kemahuan suami sekiranya tiada alasan yang kukuh untuk
menolak.

ix.

Isteri sebagai pembantu, pendorong dan memberi motivasi


Hubungan suami isteri diertikan sebagai teman hidup kerana isteri seharunya menjadi
sahabat dan teman perunding dalam meyelesaikan masalah serta penghibur hatinya dan
memberikan motivasi. Untuk menyelesaikan apa jua masalah keluarga, suami isteri
perlulah sentiasa berbincang mengenai jalan penyelesaian demi kebaikan bersama.
17

Perbincangan adalah lebih baidk dan daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat
dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan bukan hanya kebaikan dari sebelah pihak
sahaja. Kedua-duanya perlulah bersikap jujur antara satu sama lain dan selalu menepati
janji kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi dimana kedua-duanya perlulah
mempercayai antara satu sama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh
itu, suami isteri perlulah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa
menyembunyikan kebenaran. Selain itu, saling memaafkan dan menasihati adalah
penting kerana sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

5.0) Cabaran pelaksaan tanggungjawab isteri pada masa kini


5.1)

Bagi isteri yang bekerjaya


Secara umumnya, wanita yang telah berumah tangga mempunyai dua
tanggugjawab iaitu terhadap keluarga (sebagai isteri) serta pendidikan
19

anak (sebagai ibu). Namun, bagi wanita dan isteri masa kini yang
bekerjaya, faktor-faktor yang biasanya menjadi sumber persoalan bagi
para ibu yang bekerja dapat dikategorikan seperti yang berikut:
a) Faktor Dalaman
Faktor dalaman ialah persoalan yang timbul dari dalam diri ibu
itu sendiri. Ada di antara para ibu yang lebih senang jika dia
benar-benar hanya menjadi suri rumah tangga, yang sehari-hari
duduk di rumah dan mengatur dan menjaga rumah tangga
semata-mata.
Bagaimanapun, keadaan telah menuntutnya untuk bekerja,
untuk membantu mendapatkan sumber kewangan keluarga.
Keadaan tersebut mudah menimbulkan stress kerana bekerja
bukanlah timbul daripada keinginan diri, seolah-olah tidak punya
pilihan lain demi membantu ekonomi rumah tangga. Biasanya,
para ibu yang mengalami masalah sedemikian, cenderung
merasa amat letih (terutama secara psikologi), kerana sehariharian memaksa diri untuk bertahan di tempat kerja.
Selain itu, terdapat juga tekanan yang timbul akibat daripada
pelaksanaan peranan berganda (sebagai wanita berkerjaya,
juga sebagai suri rumah) itu sendiri. Memang, kemampuan
pengurusan waktu dan rumah tangga merupakan salah satu
kesukaran yang sering dihadapi oleh para ibu bekerja.
Mereka perlu memainkan peranan sebaik mungkin, baik di
tempat kerja mahupun di rumah. Mereka perlu menjadi ibu yang
sabar dan bijaksana bagi anak-anak serta menjadi isteri yang
baik bagi suami serta menjadi suri rumah tangga yang
bertanggungjawab terhadap keperluan dan urusan rumah
tangga. Di tempat kerja, mereka juga mempunyai komitmen dan
tanggungjawab terhadap pekerjaan yang telah diamanahkan
kepada mereka sehingga mereka perlu menunjukkan prestasi
kerja yang baik. Sementara itu, dari dalam diri mereka juga
sudah ada keinginan ideal untuk berjaya melaksanakan keduadua peranan tersebut secara seimbang.
Bagaimanapun, kenyataan ideal tersebut cukup sukar untuk
dicapai disebabkan beberapa faktor, misalnya pekerjaan di
21

pejabat sangat berat, sedangkan suami ketika di rumah kurang


memberikan kerjasama untuk sama-sama menyelesaikan tugas
atau kerja rumah, manakala anak-anak juga turut menuntut
perhatian.
Akhirnya, si ibu tersebut akan merasa amat letih kerana berasa
dituntut untuk terus memberi dan memenuhi keperluan orang
lain. Belum lagi, jika ternyata suami dan anak-anak merasa
kurang mendapat perhatian, tidak hairanlah jika lama kelamaan
dirinya mulai diserang rasa bersalah, kerana merasa tidak
dapat membahagiakan keluarganya.
b) Faktor Luaran
1) Sokongan Suami
Sokongan suami dapat diterjemahkan sebagai sikap-sikap
penuh pengertian yang ditunjukkan dalam bentuk kerjasama
yang positif, turut membantu menyelesaikan tugas rumah
tangga, membantu mengurus anak-anak serta memberi
sokongan moral terhadap kerjaya atau pekerjaan isterinya.
Masalah rumah tangga adalah kewajiban sepenuhnya seorang
isteri. Masalah yang kemudian timbul daripada isteri bekerja,
sepenuhnya merupakan kesalahan daripada isteri dan untuk
itu dia harus bertanggungjawab menyelesaikannya sendiri.
Keadaan tersebut akan menjadi sumber tekanan yang berat
bagi isteri, sehingga dia juga akan sukar merasakan kepuasan
dalam bekerja. Kurangnya sokongan suami membuatkan
peranan si ibu di rumah juga tidak secara optimum (kerana
terlalu banyak yang perlu dilakukan, sementara dirinya juga
merasa letih sesudah bekerja) akibatnya, timbul rasa
bersalah kerana berasa diri bukan ibu dan isteri yang baik.
2) Kehadiran Anak
Masalah pengasuhan anak biasanya dialami oleh para ibu
bekerja yang mempunyai anak kecil. Semakin kecil usia anak,
maka semakin besar tahap stress yang dirasakannya.
Rasa bersalah kerana meninggalkan anak untuk seharian di
tempat kerja merupakan persoalan yang sering dipendam
23

oleh para ibu yang bekerja. Lebih-lebih lagi jika pengasuh


yang ada tidak dapat dipercayai sepenuhnya, sementara tidak
ada ahli keluarga lain yang dapat membantu.

3). Masalah Pekerjaan


Pekerjaan boleh menjadi sumber ketegangan dan stress bagi
para ibu bekerja. Mulai daripada peraturan kerja yang kaku,
bos yang tidak bijaksana, beban kerja yang berat,
ketidakadilan yang dirasakan di tempat kerja, rakan-rakan
yang sukar bekerjasama, waktu kerja yang sangat panjang,
ataupun ketidakselesaan psikologi yang dialami akibat
daripada masalah sosial-politik di tempat kerja.
Keadaan sedemikian akan membuatkan si ibu menjadi amat
letih, manakala kehadirannya amat dinantikan oleh keluarga
di rumah. Keletihan psikologi dan fzikal itulah yang sering
membuat mereka sensitif dan emosional, baik terhadap anakanak mahupun terhadap suami.
Keadaan ini biasanya menjadi semakin parah apabila
suasana di rumah tidak dapat menyokong dalam erti kata,
suami (terutamanya) dan anak-anak (yang sudah besar)
kurang memberikan kerjasama untuk menjadi pengganti
membantu si ibu, atau sekadar meringankan kerja-kerja di
rumah.

c) Faktor Hubungan
Dengan bekerjanya suami dan isteri, maka secara automatik
masa untuk keluarga menjadi singkat. Memang tidak dapat
dinafkan bebanan terhadap kerja-kerja di rumah dapat
diselesaikan dengan menggunakan khidmat pengasuh serta
pembantu rumah.

25

Bagaimanapun, terdapat perkara-perkara yang sukar dicari jalan


penyelesaian seperti masalah bersama suami, juga anak-anak.
Padahal, bersama suami dalam suasana santai dan hangat
merupakan elemen penting yang tidak boleh diabaikan demi
untuk membina, mempertahankan, dan menjaga keakraban
hubungan serta keterbukaan komunikasi antara satu dengan
yang lain.
Kekerapan kurangnya waktu untuk keluarga membuatkan
seseorang ibu merasa dirinya tidak dapat berbicara secara
terbuka dengan suaminya, bertukar fkiran, mencurahkan
perasaan, atau merasa suaminya tidak lagi mengerti akan
dirinya, dan akhirnya merasa asing dengan pasangan sendiri
sehingga rela mengikut mencari orang lain yang dianggap lebih
mengerti, dan sebagainya.

6.0) Strategi menjadi mithali masa kini


i.

Tidak minta cerai


Rasulullah telah memperingatkan kepada kaum wanita musliamah untuk tidak
terjerumus kedalam dosa besar iaitu dengan meminta cerai. Seperti yang
diriwayatkan dari Tsauban ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa pun isteri yang meminta cerai kepada suaminya tanpa ada alasan yang
dibenarkan, maka haram baginya mencium bau syurga.
( Hadith Riwayat At-Turmudzi)
Sesungguhnya hadis tersebut merupakan waksiat Rasulullah s.a.w yang sangat
penting bagi kaum wanita yang teah menyakini bahawa Allah s.a.w sebagai
Tuhannya dan Islam sebagai agamanya serta Muhammad itu sebagai Nabi dan
Rasulnya.

ii.

Tidak bergaul bebas


Bergaul bebas adalah akhlak yang buruk kerana ia tidak termasuk di dalam akhlak
yang dimiliki oleh gadis-gadis dan para wanita muslimah. Pergaulan bebas
diantara wanita dan lelaki adalah berasal dari negara non-muslim. Dari jabir ra
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Ingatlah, janganlah kamu menginapkan seorang lelaki pada seorang
perempuan janda kecuali dia menikah atau ada mahram.
( Hadith Riwayat Muslim)

27

Pesan Rasulullah ini bermaksud tidak dibolehkan seorang lelaki bermalam di


rumah wanita kecuali ada suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w janganlah
melakukan pergaulan bebas kerana sangat membahayakan dan merugikan.
iii.

Selalu bertaubat
Taubat kepada Allah s.w.t adalah satu jalan yang ditempuh oleh wanita beriman
dan sekaligus sebagai bekal di akhirat kelak. Sesungguhnnya tiadayang paling
membahagiakan di hari kiamat kelak kecuali dengan taubat nasuha. Diriwayatkan
pada suatu ketika Rasulullah s.a.w bersabda kepada Aisyah:
Jika kamu berbuat dosa, maka memohonlah ampunan kepada Allah dan
bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya eorang hamba jika mengetahui
dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, maka Allah akan menerima
taubatnya
( Hadith Riwayat Bukhari)
Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang melebihi batas terhadap diri mereka
sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha
Pengampunan lagi Maha Penyayang
(QS. Az Aumar 53)
Taubat dari dossa dan kesalahan merupakan suatu kewajiban. Taubat harus
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan secara istiqamah (terus-menerus)
tanpa mengira dosa kecil mahupun dosa besar.

iv.

Mentaati apabila suami meminta


Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda:
Bila seorang isteri bermalam( tidur) meninggalkan tempat tidur suaminya, maka
para malaikat melaknatnya sampai pagi.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wasiat ini sangat penting dan berharga bagi semua wanita muslimah. Rasulullah
s.a.w mengigatkan agar kita jangan sesekali menolak ketika suami memita atau
mengajaknya tidur atau jangan sesekali meninggalkan kamar tanpa ada alasan
yang dibenarkan agama walaupun dalam keadaan haid.
Islam adalah agama yang menghendaki terciptanya hubungan harmonis antara
suami dan isteri dalam membina rumahtangga. Kerana itu Rasulullah s.a.w
memperingatkan kepada kita tentang sesuatu yang menyebabkan terganggunya
kemesraan dan keharmonian tersebut.

29

7.0) Tokoh isteri mithali dalam islam


1) Khadijah lambang kasih sayang isteri
Saidatina khadijah adalah insan pertama menyambut seruan junjungan nabi Muhammad
s.a.w dalam menegakkan Islam. Walaupun beliau lebih berusia daripada nabi Muhammad
s.a.w, tetapi kasih sayang Rasulullah s.a.w tiada bandingnya terhdap beliau. Kedatangan
Khadijah dalam hidup nabi Muhammad s.a.w sebagai satu tenaga yang memeberi
kekuatan untuk menghadapi tugas yang berat itu. Beliau adalah teman hidup yang
menghilangkan kesepian, memberi hiburan ketika duka, memberi perisai dalam
perjuangan dan rela berkorban apa sahaja untuk ketenagan dan kebahagiaan suaminya.
Ia dapat dibuktikan dengan kata-kata saidatina Khadijah ketika Rasulullah menerima
wahyu yang pertama iaitu Demi allah, sesungguhnya Allah tidak menghinakan tuan!
Bukankah tuan suka menghubungkan silaturahim?Bukankah tuan selalu benar dalam
berkata-kata? Suka menolong orang dalam kesusahan, menghormati tetamu dan
membantu orang-orang yang kemalangan?
Kata kata itu adalah penawar yang mujarab kepada nabi Muhammad s.a.w kerana dapat
menghilangkan rasa gemuruhnya, yang baru sahaja dihadapinya dan rasa keyakinan
terhadap wahyu Illahi.
2) Aisyah Ummul Muminin r.a yang tabah
Ketabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan
ikhtibar untuk kita yang tinggal. Beliau pernah diftnah berkhalwat
dengan Safwan bin Mutal, seorang pejuang Islam, angkara seorang
munafk berketurunan Yahudi bernama Abdullah bin Ubay. Betapa
pahitnya tohmahan itu dan meskipun suami sendiri tidak memihak
kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai dirinya bersendirian.
Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya Allah tidak akan
menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di sebalik
31

ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemahlemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah.
Kata-kata yang terbit dari lisannya,
Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku
telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka
semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.
Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah
sendirilah yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang
disampaikan kepada Rasulullah.
3) Fatimah Az- Zahra
Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya
Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan
peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam
memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.
Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam
membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

33

8.0) Kesimpulan
Secara kesimpulannya, wanita yang bergelar isteri akan mendapat banyak ganjaran dari Allah
sekiranya dapat melaksanakan tanggungajwab dengan baik dan ikhlas seperti wanita tersebut taat
kepada suaminya, maka semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit matahari
dan bulan semuanya akan beristighfar baginya selama mana ia taat kepada suaminya dan
diredhainya. (hendaklah menjaga sembahyang dan puasanya.)
Dari ibnu Masud, bersabda Rasulullah s.a.w,
Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agamanya, maka Allah memasukkan
dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan
suaminya di dunia, maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahigai
suaminya dan mendapatkannya.
Kelebihan untuk seorang isteri ialah apabila wanita itu mati dalam keadaan suaminya reda (tidak
marah) padanya, nescaya dia masik syurga. Kedua, apabila seorang wanita itu melahirkan anak,
keluarlah ia dari dosa-dosa seperti ibunya melahirkannya dan apabila wanita itu sakit untuk
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang-orang yang berjihad ke jalan Allah.
Dengan itu, carilah redha suami kerana redha Allah terletak pada redha seorang suami. Sekian,
terima kasih.

35

9.0) Bibliografi/ Rujukan


I.
II.
III.
IV.
V.
VI.
VII.
VIII.
IX.
X.
XI.

http://airmien.wordpress.com/2009/04/07/tanggungjawab-seorangisteri-mengikut-islam/
Azizah Al-Yahya (2012), Wanita Bidadari Syurga, Selangor: Pustaka Ilmuan
http://inspirasiteja.tripod.com/tanggungjawab.html
http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/09/tanggungjawab-isteri-2tanyalah-ustaz.html
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7175-dilema-wanita-berkahwinyang-berkerjaya-satu-perbincangan-menurut-syariah
http://yadim.org.my/Wanita/WanitaFull.asp?offset=5&Id=144
Amina Hj Noor (1999), Andalah Wanita Syurga, Kuala Lumpur: Darul
Numan
Prof. Dr. Hamka (2009), Kedudukan Wanita Dalam Islam, Selangor:
Pustaka Dini
Raabeyah Abdul Latif (2010), Wanita Solehah Mencipta Kehidupan
Paling Bahagia dan Romantis Di Abad Ini, Selangor: Pustaka Al- Ehsan
Abdul Ghalib Ahmad Isa (2011), Adab Seorang Muslimah,Selangor:
Pustaka Al- Shafa
Puan Amina Noor (2008), Petua-petua Wanita Persoalan dan
penyelesaian, Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publications.

37

Anda mungkin juga menyukai