Anda di halaman 1dari 2

7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami

Posted by admin on April 7, 2013 0 Comment


1

Menghina
atau
mengumpat
suami
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami
terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang
paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya.
Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali
gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap
isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi
menghina atau mengumpat suami.
2 Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak
sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta
kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia
untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata
yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas
bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.
3 Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh
semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia
sehingga dia kembali. (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
4 Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan
rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.
5 Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan
keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah
diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan
suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan
hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anakanaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak
dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenangwenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki)
telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)
6 Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada
sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional
dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di
luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di
dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama
membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.

Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan


hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia
keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta
menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
7 Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan
rezeki yang terbaik bagi isteri.
Sabda Rasulullah saw :
Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah
wanita. Rasullullah saw ditanya: Mengapa demikian ya Rasulullah? Baginda menjawab:
Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik
kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka menangislah mereka
dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana
mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ? Baginda menjawab : Tidak, mereka ini
ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan
nikmat yang disediakan oleh suaminya. (Riwayat Muslim)

Anda mungkin juga menyukai