Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN INDIVIDU :

REFLEKSI PERANAN SUAMI DALAM


RUMAHTANGGA

NAMA PELAJAR : NUR AZIEMAH BINTI AWANG PUTEH

NO.MATRIK : M194001401

SUBJEK : HALAQAH INSANIAH 2

KOD KURSUS : GHI 6121

KUMPULAN : 5
NAMA PENSYARAH : USTAZAH SUMAYYAH BINTI RAMLI

SESI : OGOS/2022
ISI KANDUNGAN

1. Refleksi Peranan Suami Dalam Rumahtangga …………....……………….2


- Peranan Suami Dalam Membentuk Kebahagian Rumahtangga .
- Ciri-ciri Suami Yang Soleh.
- Cara Berkomunikasi dan Interaksi Dengan Baik.
- Faktor Yang Merosakkan Komunikasi Suami Isteri.

2. Perbahasan Isu Dalam Peranan Sebagai Suami Dalam Tuntutan Nafkah


Terhadap Keluarga Sendiri Dan Ibu Bapa………………………….……...….. 4
3. Hukum Nusyuz Seorang Suami……………………………………….…….….. 5

- Tindakan Isteri Kepada Suami Yang Nusyuz

4. Kesimpulan…………………………………………………………….….…..…. 6
5. Rujukan…………………………………………………………….……….……. 7

1
REFLEKSI PERANAN SUAMI DALAM
RUMAHTANGGA

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.A bahawa


Rasulullah SAW bersabda,

ُ‫ َو إ َذ إ م اتَ ص اح ب كر ف َد ع وه‬، ‫خ ر ُْي كر خ ر ُْي كر أِل َ ه أل َو أ َ َنَ خ ر ُْي كر أِل َ ه ل‬


ِ
Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli
keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku.
Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka
biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya) . 1

Riwayat al-Tirmidhi (3895)

Dalam Islam, tanggungjawab suami adalah perintah dari Allah yang wajib dilaksanakan sebaik
mungkin. Pada tanggungjawab-tanggungjawab inilah, terletaknya hak seorang isteri dalam
sebuah perkahwinan.Dalam memikul dan melaksanakannya, para suami hendaklah memainkan
pelbagai peranan.Sebagai ketua keluarga, mereka hendaklah menjadi pencari nafkah,
pelindung, pemimpin, dan pendidik untuk isteri dan anak-anak. Untuk menjadi seorang suami
dan bapa, para lelaki harus peka dan faham dengan jelas tentang tanggungjawab-
tanggungjawab yang bakal anda pikul.Sungguh, peranan sebagai seorang suami itu bukanlah
ringan tetapi ia merupakan amanah yang berat dari Allah. Namun dengan pengetahuan
bersertakan kesediaan dan keikhlasan hati, Insha’Allah menjadikan seorang suami itu akan
merasakan nikmat dalam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab ini.

Peranan Suami Dalam Membentuk Kebahagian Rumahtangga2

• Mengenali dan memahami sifat semulajadi peribadi isteri.


• Memberi layanan yang terbaik kepada isteri.
• Memberikan didikan dan nasihat kepada isteri dengan lemah lembut.
• Layanan yang adil dan saksama suami yang berpoligami.
• Didikan Al-Quran dan Ilmu Agama kepada isteri dan anak-anak.
• Menyangangi dan memberikan didikan kepada anak-anak.
• Perbelanjaan dan nafkah kepada keluarga dan kerabat.
• Menjaga hubungan dengan kerabat,kawan ibu bapa dan kawan kepada isteri.

1
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4707-irsyad-al-hadith-siri-ke-518-status-hadith-berbuat-
baiklah-kepada-ahli-keluarga
2
Asas Kebahagian Rumahtangga Mengikut Paradigma Imam Nawawi, Kamarul Azmi Jasmi, Azhar Mohammad,
Ahmad Kilani Mohamed, Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial,Universiti Teknologi Malaysia, MS 2-
12.

2
Ciri-ciri Suami Yang Soleh

• Taat melaksanakan perintah serta suruhan Allah Dan Rasul-Nya.


• Mampu memberikan nafkah zahir dan batin.
• Sedia memberikan nasihat kepada isteri.
• Lemah lembut dalam perbuatannya.
• Memuliakan keluarga kedua-dua belah pihak.
• Bersifat pemaaf.

Cara Berkomunikasi dan Interaksi Dengan Baik3

• Bersopan santun dan lemah lembut.


• Menggunakan panggilan mesra dan sesuai.
• Elakkan bercakap serentak.
• Mendengar dengan aktif tanpa menilai.
• Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal dan penampilan.
• Menggunakan mesej yang jelas dan khusus.
• Beri tumpuan.
• Dapatkan penjelasan.

Faktor Yang Merosakkan Komunikasi Suami Isteri

• Mempunyai andaian salah (buruk sangka).


• Inginkan pasangan yang serupa dengan diri sendiri.
• Mengungkit, menyakiti, bangga diri.
• Mencari kesalahan atau meremehkan pasangan.
• Terlalu mementingkan diri sendiri.
• Terlalu cemburu.
• Terlalu ingin berkuasa.
• Menggunakan bahasa yang boleh memutuskan hubungan suami isteri.
• Dingin ketika komunikasi.
• Ego dan sensitif.

https://www.scribd.com/document/17894313/Komunikasi-Suami-Isteri33

3
Perbahasan Isu Dalam Peranan Sebagai Suami Dalam Tuntutan Nafkah Terhadap
Keluarga Sendiri Dan Ibu Bapa4

Secara umumnya ramai mengetahui bahawa tanggungjawab memberikan nafkah terletak pada
bahu seorang lelaki yang menjadi suami atau ketua keluarga.Menjadi persoalannya, apakah
keutamaan dalam pemberian nafkah itu jika lelaki berkenaan masih mempunyai orang tua yang
perlu disantuni.

Antara nafkah terhadap isteri dan ibu bapa, mana yang perlu diutamakan?. Sebelum menjawab
persoalan berkenaan, fahamilah bahawa Islam ada menyediakan panduan turutan nafkah
mengikut keutamaan.

Sabda Rasulullah SAW: "Mulakan nafkah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada
ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan
jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Syaukani dalam Nail al-Autar menyebut: "nafkah kepada keluarga tetap wajib
meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibu bapa hanya wajib jika anak
mampu. Para ulama telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibu
bapa." hIa jelas menunjukkan bahawa menjadi tanggungjawab ketua keluarga untuk
mendahulukan isteri dan anak-anaknya dalam pemberian nafkah berkenaan.

Bagaimanapun, dalam keadaan darurat iaitu keadaan yang mana ibu bapa memerlukan bantuan
seperti penyediaan ubat-ubatan, rawatan dan makan minum yang menjadi asas kepada
kehidupan, maka ketika itu, si anak tadi perlulah mendahulukan orang tuanya demi
kesinambungan kehidupan mereka.

Sebenarnya, dalam perkara tersebut, semua anak-anak ibu atau bapa perlu ada kesefahaman
dalam mengambil tanggungjawab. Menjaga, membantu dan berkhidmat perlu buat dua insan
yang melahirkan serta membesarkan mereka. Dengan cara itu, ia tidaklah terbeban kepada
seorang anak sahaja, sedangkan yang lain pula terlepas tangan.Apapun, jangan sesekali kita
menganggap bantuan kepada ibu bapa sebagai beban.Sebaliknya, ia ihsan yang wajib kita
tunaikan kerana itu merupakan hak orang tua kita.

Firman ALLAH SWT: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

(Surah al-Isra', ayat 23)

4
https://www.sinarharian.com.my/article/59264/sinar-islam/nafkah-ibu-bapa-atau-isteri-siapa-perlu-
diutamakan

4
Hukum Nusyuz Seorang Suami

Hukum nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja, malah ia juga berlaku kepada seorang
suami. Ini seperti apabila seseorang suami itu tidak memberi hak dan tanggungjawab kepada
isterinya dari segi zahir dan batin seperti tidak memberi nafkah serta melakukan kezaliman.

Hal ini dinyatakan di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan, “Suami yang menganiaya isteri
dan tidak menyukainya, seperti tidak memberikannya giliran bermalam, nafkah atau
mengasarinya dengan perkataan atau perbuatan, isteri hendaklah menasihati suami dan
mengingatkan tanggungjawab” 5

Syeikh Ibrahim Baijuri menceritakan tentang nusyuz bagi suami di dalam kitabnya, bahawa
nusyuz bagi seorang suami adalah tidak melakukan tanggunjawab yang wajib terhadap
isterinya iaitu menggaulinya dengan baik, memberikan giliran bermalam sekiranya beristeri
ramai, memberi mahar, memberi nafkah, pakaian dan keperluan hidup yang lain, sekiranya
suami itu seorang yang berakhlak buruk dan melakukan kekerasan seperti memukulnya tanpa
sebab, dibenarkan untuk mengadu kepada hakim untuk memberikan hukuman ta’zir
terhadapnya. 6

Tindakan Isteri Kepada Suami Yang Nusyuz

Sekiranya seseorang suami itu nusyuz terhadap isterinya, maka isteri hendaklah bersabar serta
menasihati dan memperingati tindakkan yang dilakukan oleh suaminya dengan menceritakan
firman Allah SWT tentang kewajipan seorang suami untuk menggauli isterinya dengan cara
yang baik. Ini seperti firman Allah SWT:

‫َس َأن تَ رك َر ُهوإ َشيرئًا َو َ رَي َع َل إللَّـ ُه أفي أه خ ر ًَْيإ َك أث ًْي‬ ‫اِشوه َُّن أِبلر َم رع ُر أ‬
ٰ َ ‫وف ۚ فَان َك أر ره ُت ُموه َُّن فَ َع‬ ُ ‫َوعَ أ‬
ِ
Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang
baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya,
janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,
sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk
kamu).

(Surah al-Nisa’, 19)

Jika keadaan masih lagi belum berubah dan tidak berjaya menasihatinya, maka isteri boleh
mengadu kepada hakim atau pemerintah di atas apa yang dilakukan oleh suaminya terhadap
dirinya. Ini seperti yang dinyatakan Dr Muhammad Zuhaili serta terdapat di dalam al-Fiqh al-
Manhaji:

“Isteri juga hendaklah memberi amaran kepada suami tentang balasan perbuatan zalimnya. Jika
suami berubah baik, itulah sebaik-baiknya. Jika tidak, dia hendaklah mengadu kepada hakim
untuk mendapat haknya. Ini kerana hakim diwujudkan untuk mengembalikan hak kepada yang

5
Al-Fiqh al-Manhaji, 4/109
6
Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 2251

5
berhak disebabkan isteri tidak mampu mendapatkan haknya bersendirian… jika suami masih
lagi mengulangi perbuatannya, maka isteri boleh meminta hakim mengenakan hukuman
terhadap suaminya.”7Namun, sekiranya masih lagi tidak dapat diselesaikan maka wakil bagi
kedua-dua belah pihak hendaklah dihantar supaya diadakan perbincangan berkenaan hala tuju
rumahtangga pasangan tersebut. Dr Muhamma Zuhaili menyebut di dalam kitabnya:

“Sekiranya peranan hakim masih lagi tidak dapat mendamaikan keduanya, maka hendaklah
memanggil wakil yang dipercayai dari kedua-dua pihak bagi menyelesaikan permasalah ini
sama ada mendamaikan keduanya atau memisahkannya untuk menjatuhkan hukuman terhadap
pasangan itu wajib dilakukan oleh qadi atau hakim.”8

Sekiranya permasalah ini masih berlanjutan, mereka dinasihatkan untuk melakukan beberapa
langkah seperti berikut:

• Isteri boleh menasihati suami tentang tanggungjawabnya dan memberi amaran


kepadanya tentang balasan Allah SWT dengan perbuatan zalimnya.

• Selain itu, sekiranya suami masih tidak berubah maka isteri boleh meminta hakim
mengenakan tindakan yang sesuai untuk memperbaikinya.

• Sekiranya belum mampu mengubahnya, kedua-dua belah pihak boleh menghantar


wakil sebagai orang tengah untuk mendamaikan atau memisahkan mereka.

Sebaiknya di dalam permasalahan rumah tangga hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang
berautoriti di dalam membantu menyelesaikan permasalah ini seperti mahkamah syariah.
Perkara ini bertujuan untuk menjalankan proses sulh yang terdapat dalam enakmen undang-
undang keluarga islam di setiap negeri. Hal ini bertujuan mengadakan perbincangan damai
serta menyelesaikan perselisihan rumah tangga.

KESIMPULAN

Kebahagian rumahtangga dalam Islam mengikut paradigma al-Imam al-Nawawi berkait rapat
perlaksanaan kewajipan suami dan isteri samada dari segi memberikan kasih sayang, didikan
ilmu dan perbelanjaan di dalam keluarga. Selain itu, Islam memastikan segenap aspek
kebahagian sesebuah keluarga dapat dikekal, dipertahan dan diperkuatkan dengan penekanan
penjagaan hubungan yang baik bukan sahaja tumpuan diberikan kepada perhubungan suami
dan isteri tetapi juga lain-lain hubungan terutamanya suami kepada ibu bapa, suami kepada
kerabat-kerabat ibu bapa dan rakan-rakan ibu bapa. Sebagai tambahan, Islam juga tidak
melupakan peranan yang perlu dimainkan bagi mencapai kebahagiaan rumahtangga melalui
penjagaan hubungan yang erat antara antara keluarga induk dengan keluarga isteri dan kerabat-
kerabat isteri.9

7
Al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110 dan al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95
8
Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95
9
Asas Kebahagian Rumahtangga Mengikut Paradigma Imam Nawawi, Kamarul Azmi Jasmi, Azhar Mohammad,
Ahmad Kilani Mohamed, Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial,Universiti Teknologi Malaysia

6
RUJUKAN

1. Asas Kebahagian Rumahtangga Mengikut Paradigma Imam Nawawi, Kamarul Azmi


Jasmi, Azhar Mohammad, Ahmad Kilani Mohamed, Pusat Pengajian Islam Dan
Pembangunan Sosial,Universiti Teknologi Malaysia.
2. Al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110.
3. Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95.
4. https://www.sinarharian.com.my/article/59264/sinar-islam/nafkah-ibu-bapa-atau-
isteri-siapa-perlu-diutamakan.
5. https://www.scribd.com/document/17894313/Komunikasi-Suami-Isteri.
6. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4707-irsyad-al-hadith-siri-ke-518-
status-hadith-berbuat-baiklah-kepada-ahli-keluarga.

Anda mungkin juga menyukai