Anda di halaman 1dari 17

MPU 1331 : TANGGUNGJAWAB SUAMI

DAN ISTERI DALAM ISLAM

Nama : NUR HIDAYAH BINTI ABDULLAH ( No.Matrik : P31SPT20F009 )


Nama : MUHAMMAD HAFIZ BIN RAZALI ( No.Matrik : P31SPT20F010 )
Nama : MOHAMAD SAIFUL ZAMIR BIN MOHAMAD PUZI ( No.Matrik : P31SPT20F001
)
PENGENALAN

Tanggungjawab suami :
• Dalam Islam, tanggungjawab suami adalah perintah dari Allah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin.
Pada tanggungjawab-tanggungjawab inilah, terletaknya hak seorang isteri dalam sebuah perkahwinan.
• Dalam memikul dan melaksanakannya, para suami hendaklah memainkan pelbagai peranan.
• Sebagai ketua keluarga, mereka hendaklah menjadi pencari nafkah, pelindung, pemimpin, dan pendidik
untuk isteri dan anak-anak.
Tanggungjawab Isteri :
• Tanggungjawab isteri sangat penting dan besar dalam sesebuah islam.
TA N G G U N G J AWA B I S T E R I : TA AT S E P E N U H N YA K E PA D A
SUAMI

• Taat sepenuhnya pada suami adalah tanggungjawab utama isteri.


• .Namun, ia haruslah berlandaskan hukum syarak.
• .Jika suami menyuruh anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak, tidak wajib untuk
anda patuhinya.
• Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas,
• .“Lelaki adalah pelindung dan penjaga wanita, ini bermakna suami berkuasa keatas isteri. Dalam erti kata lain,
isteri perlu patuh kepada suami, melayan keluarganya dengan baik dan menjaga hartanya.”.
P E N U H I K E P E R L U A N B AT I N S U A M I

• Isteri hendaklah memenuhi keperluan batin suami kecuali ketika uzur, tidak
sihat dan berpuasa penuh.
T I D A K M E N G I Z I N K A N S E S I A PA YA N G T I D A K D I S U K A I
SUAMI MASUK KE RUMAH

• Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam al-


Bukhari dan Muslim,
• .“Tidak boleh seorang wanita berpuasa tanpa izin suami, membenarkan
sesiapa masuk kedalam rumah tanpa izin suami, dan membelanjakan harta
suami sebagai sedekah tanpa izinnya.”
T I D A K K E L U A R R U M A H TA N PA I Z I N S U A M I

• seorang isteri juga perlu untuk meminta izin dan kebenaran suami sekalipun
jika isteri tersebut ingin pergi menziarahi ibubapa sendiri yang sedang sakit.
M E M B E R I K A N L AYA N A N T E R B A I K K E PA D A S U A M I

• Memetik kata-kata ulama Syakh al-Islam Ibn Taymiyah,


• .“Seorang isteri perlu melayani suami mengikut cara yang diterima oleh adat
dan budaya masyarakat setempat selagi mana ia tidak bercanggah dengan
syarak.”
• .Apa yang diperlukan disini adalah sikap saling bertolak ansur dan cuba
untuk memahami diantara satu sama lain supaya tiada isu besar yang akan
berlaku.
J A G A T E M PAT PA N D A N G A N M ATA N YA

• sentiasalah menjaga kecantikan dan penampilan diri anda.


• .Sesibuk mana sekalipun anda, usahalah untuk berhias.
MENJAGA MAKAN SUAMI

• Memang tugas suami untuk memberi makan dan minum kepada isteri.
• .Namun, sebagai isteri anda boleh sentiasa pastikan yang anda masak kena
dengan selera suami.
TA N G G U N G J AWA B S U A M I : M E M B E R I N A F K A H B U L A N A N

• tugas mencari dan memberi nafkah kepada keluarga terletak di atas bahu
suami.
• Setiap bulan, para suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Islam itu
agama yang adil kerana nafkah yang wajib ini dilandaskan pada
kemampuan suami.
M E N Y E D I A K A N T E M PAT T I N G G A L D A N K E P E R L U A N I S T E R I

• Dengan kudrat dan kemampuan yang ada, para suami haruslah berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan
isteri dan keluarga.
• Sebagai contoh, anda mesti menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk isteri dan anak-anak.
• Tempat tinggal ini haruslah tidak dikongsi dengan sesiapa sahaja termasuk ibu bapa anda dan isteri. Ini merupakan
antara hak seorang isteri kepada suaminya.
• Selain itu, keperluan lain seperti makan minum isteri, pakaian dan ubat-ubatan hendaklah juga disediakan. Para
suami bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan keluarga pada setiap masa ya.
MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK

• Para suami wajib menggauli isteri dengan cara yang dibenarkan syarak.
• Isteri anda mempunyai hak untuk disentuh ketika mereka berkeinginan terhadap anda. Jika tidak ditunaikan,
hukumnya berdosa dan dikira anda menzalimi isteri.
• Selain itu, para suami ditegah untuk menyuruh isteri memenuhi keinginannya melalui cara yang bertentangan
dengan syarak.
• Nikmat hubungan kelamin itu haruslah dipenuhi dan dinikmati dengan tertib dan penuh hormat pada pasangan.
• Janganlah memaksa isteri anda untuk melakukan kaedah yang tidak disukainya. Sama-samalah belajar tentang
kecenderungan pasangan anda dalam berhubungan intim. Senangilah mereka semampunya.
MENDIDIK ISTERI

• Sebagai suami, anda juga wajib mendidik isteri dengan ilmu agama yang secukupnya. Bekalkanlah keluarga
anda dengan ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan di dunia dan akhirat.
• Jika anda sibuk atau tidak mampu, bawalah isteri dan anak-anak ke majlis agama untuk mendidik jiwa mereka.
• Anda juga boleh mengupah ustazah atau sesiapa yang mahir untuk mengajar anak-anak dan isteri membaca
dan mentadabbur Al-Quran.
• Bukan itu sahaja, para suami juga harus mendidik akhlak isteri dan anak-anak.
• Sekiranya mereka melakukan perkara yang salah, tegur dan nasihatilah mereka dengan penuh kasih sayang.
Tunjukkan mereka cara yang betul untuk melakukannya.
• Peranan suami sebagai pendidik keluarga itu meliputi kesemua aspek jasmani dan rohani.
• Dalam mendidik, lakukanlah dengan penuh kelembutan tetapi tegas ya. Mintalah pertolongan Allah untuk
memudahkan niat dan usaha anda dalam membimbing keluarga.
M E N YA N T U N I D A N M E N G H O R M AT I I S T E R I

• Tanggungjawab suami yang seterusnya adalah menyantun dan menghormati isteri sebaiknya.
Dalam apa jua situasi, cubalah untuk memberikan layanan yang terbaik kepada isteri.
• Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, sudah tentu ada liku-likunya. Ketika
menghadapinya, para suami hendaklah melayani isteri dengan sopan santun dan penuh hormat.
• Janganlah kerana kedudukan anda sebagai suami, anda merasakan diri lebih mulia dan mereka
tidak layak mendapat penghormatan yang sama.
• Suami isteri itu, seharusnya berdiri seiring dengan saling mendampingi dan menyokong satu
sama lain.
• Apabila terjadi persengketaan, janganlah sesekali mengasari tubuh badan isteri dan keluarkan
kata-kata yang kasar padanya. Sebagai pembimbing, cubalah untuk berbincang secara elok
dengannya. Hormatilah dia dengan mengelak dari menyentuh sensitivitinya.
M E N G E M B I R A K A N H AT I D A N M E N J A G A P E R A S A A N I S T E R I

• “Diriwatkan dari Aisyah R.A., bahawa pada suatu hari beliau pernah ditanya: Bagaimanakah sikap
baginda Rasul S.A.W. ketika di dalam rumah? Maka Aisyah menjawab: Baginda Rasul adalah orang
yang paling lemah lembut, sering tersenyum dan sering pula tertawa.” – Riwayat Ibnu Saad
• Ramai para suami yang tidak faham secara menyeluruh tentang konsep pemberian nafkah batin kepada
isteri. Mereka menyangka ia hanyalah hubungan kelamin sahaja tetapi sebenarnya ia lebih dari itu.
• Menggembirakan hati isteri sebagai contohnya, adalah termasuk dalam nafkah batin yang harus diberikan
oleh suami. Apa sahaja perbuatan atau kata-kata yang menyenangkan hati isteri, itu dikira sebagai nafkah
batin juga.
• Ini adalah antara tanggungjawab suami ya. Menjaga perasaan dan emosi isteri itu adalah salah satu tugas
anda. Elakkanlah melakukan apa sahaja yang boleh mengguris dan melukakan hati isteri.
• Anda bukan sahaja mendapat pahala dengan menghiburkan dan menyenanginya. Malah kegembiraan itu
akan memberi kesan kepada perkahwinan dan institusi keluarga anda.
MENJAGA MARUAH DAN AIB ISTERI

• Sememangnya manusia itu diciptakan dengan penuh cela. Begitu juga para isteri di luar sana. Wahai para
suami, janganlah sesekali mengharapkan kesempurnaan pada pasangan anda tetapi sambutlah segala
perbezaan dengan positif.
• Ini bukan bermaksud anda harus menerima kesalahannya tetapi janganlah dicanang pada orang sekeliling
walaupun kepada ibu bapa anda.
• Maruah isteri anda merupakan maruah anda juga ya. Jika seorang isteri itu melakukan sesuatu yang tidak
elok, si suami akan turut terpalit juga.
• Gandingan suami isteri sememangnya begitu. Ditepuk air di dalam dulang, akan terperciklah ke muka
sendiri.
• Jagalah aib isteri anda sebaiknya. Orang lain tidak mengenali isteri anda seperti anda mengenalinya. Jika
terbuka aibnya, mereka mungkin akan mencemuh dan hilang hormat padanya.
• Walaupun situasi sudah berubah kelak, tidaklah semudah itu untuk manusia melupakan.
• Apa sahaja yang berlaku dalam rumah tangga anda, selesaikanlah dengan elok secara berdua ya.
RUJUKAN

• https://isterisihat.com.my/tanggungjawab-isteri/
• https://story.motherhood.com.my/my/tempat-menarik-di-pahang/

Anda mungkin juga menyukai