Anda di halaman 1dari 5

Tanggungjawab Seorang Isteri Mengikut Islam

TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada
suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih
daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada
orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan
ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan
membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri
ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk
berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan
suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri
tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin
adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa
sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya.
Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak
suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan


melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu,
nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri
perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh
untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat
untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri
hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati
untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias
mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu
bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri
mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian
suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa
nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari
nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah
membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan
melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat
pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun
mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia
segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri
dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua
belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan
lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya
apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab
tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah,
pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan
dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri
perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah
yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh
mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu
mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada
pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib
timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini
perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi
tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh
meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya.
Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya
dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your
voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga
dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri
perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya.
Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si
suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari
perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house
in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar
to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a
pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid
inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he
should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if
he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and
his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you

except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice,
fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi
sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu
diertikan orang sebagi teman hidup. Jika suami menghadapi masalah untuk
mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami
disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul
tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal
yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh
suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu
kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan
seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari
lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih
bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa
berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada
bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan
tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami
isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita
memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja
rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan
beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan
dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang
ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan
yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang
pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan
lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama
lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya
perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong
atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap
terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia,
kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa
sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam
kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin
menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat
berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang
diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan
solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat
dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah
bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai
kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting
dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam
pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang
bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan
tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat,
mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah
sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah
keluarga bahagia.

Anda mungkin juga menyukai