Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROGRAM TAUTAN MAHABBAH

SRI AL-HIKMAH, TANJONG MAS, KOTA BHARU, KELANTAN 15 16 JAMADIL AWAL 1431 BERSAMAAN 30 APRIL- 1 MEI 2010

SATU MEMORI MEMBAWA SERIBU TAUTAN HATI

KERTAS KERJA DASAR PROGRAM TAUTAN MAHABBAH 1. MUKADDIMAH


Alhamdulillah, sesungguhnya segala pujian hanya bagi Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya yang dicintai, para sahabat yang dimuliakan serta seluruh umat Islam yang tunduk dan patuh kepada ajaran Rasulullah. Setelah sedekad bergiat aktif dalam pembentukan modal insan mengikut acuan Al-Quran dan AsSunnah, ASLAH telah melahirkan ramai pemimpin yang intelektual menerusi pelaksanaan program pembentukan insan dari segi rohani dan jasmani serta dari segi mental dan fizikal yang berterusan dan mapan. Remaja atau belia disifatkan sebagai modal insan sesebuah negara, tanpa golongan seperti ini siapakah yang bakal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin atau perintis sesebuah negara. Sejajar dengan hasrat itu, kami sebagai sebuah persatuan sukarelawan berasa terpanggil untuk menyahut cabaran ini bagi menggapai matlamat Membina Tamadun Khaira Ummah. Justeru, pembentukan insan soleh bukan mengambil masa yang singkat untuk dibina tetapi memerlukan masa yang agak lama disertai pelbagai tarbiah dan latihan supaya mekar dalam diri mereka sifat-sifat yang luhur mengikut garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, ASLAH bakal menganjurkan satu program yang diberi nama Kem Kepimpinan ASLAH (PERKASA) yang mana ini kali ke-3 penganjurannya. Program ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengeratkan dan mempertahankan hubungan mahabbah dan silaturahim sesama kami warga alumni Sri Al-Hikmah, malah untuk membina kembali generasi yang mampu memimpin secara adil dan saksama berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta menghayati generasi qudwah dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, kami pihak penganjur berdoa kepada Ilahi dan berharap agar program ini dapat berjalan dengan baik dan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh peserta, ilmu dan pengalaman dalam pembentukan generasi muslim yang hakiki serta berjaya di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. WALLAHUALAM..

2.

MATLAMAT
Program Kem Kepimpinan ASLAH (PERKASA) diadakan adalah untuk memupuk sifat ukhuwah dan mahabbah dalam kalangan peserta serta seluruh bekas pelajar Sri Al-Hikmah. Malah, untuk memacu semangat bekerjasama dan saling memahami antara satu dengan yang lain.

3.
3.1 3.2 3.3 3.4

OBJEKTIF
Membina peribadi berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Merapatkan lagi semangat ukhuwah yang sedia terjalin. Membina dan melahirkan pemimpin yang bertakwa, berkarisma dan cemerlang. Membentuk generasi belia Islam hakiki melalui latihan dan ilmu pengetahuan.

4.

PENGANJUR
Persatuan Alumni Pelajar Islam Sri Al-Hikmah (ASLAH)

5.

NAMA PROGRAM
Tautan Mahabbah

6.

TEMA
SATU MEMORI MEMBAWA SERIBU TAUTAN HATI

7.

TARIKH
15 & 16 Jamadil Awal 1431 Hijrah bersamaan 30 April - 1 Mei 2010 Masihi

8.

LOKASI
Sri Al-Hikmah, Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan

9.

SASARAN
Semua bekas pelajar Sri Al-Hikmah dari tingkatan 1-4.

10.

JAWATANKUASA PROGRAM
Sila rujuk lampiran (A)

11.

TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran (B)

12.

ANGGARAN BELANJAWAN
Sila rujuk lampiran (C)

13.

PENUTUP
Kami pihak ASLAH amat berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang sebaik mungkin bagi merealisasikan program ini agar dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang mungkin dapat merencatkan sedikit perjalanan program ini. Semoga melalui program ini, kami pihak urusetia akan dapat menggapai matlamat dan objektif dalam menganjurkan program ini. Insyaallah Oleh itu, kami mengucapkan sekalung perhargaan atas sokongan daripada pihak saudara dan saudari dalam memastikan kelancaran program ini. Sesungguhnya budi yang kalian sumbangkan kekal mekar mengharum sepanjang masa dalam ingatan dan hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya. Kami akhiri dengan lafaz yang mulia Jazakumullahu Khairan Kathiran. Sekian terima kasih. SATU MEMORI MEMBAWA SERIBU TAUTAN HATI Disediakan oleh,

(NUR IMAN BINTI ABD RAHMAN) Setiausaha Program Tautan Mahabbah Disemak oleh,

(TG. MUHD AMEER FIRDAUS BIN TN. MAHMUD FIKRI) Pengarah Program Tautan Mahabbah Disahkan oleh,

(MOHD FAISAL BIN ABDULLAH) Penasihat ASLAH, Yang di-Pertua ABIM Kelantan

LAMPIRAN (A)

JAWATANKUASA PROGRAM
PENASIHAT PENGARAH TIMBALAN PENGARAH SETIAUSAHA TIMBALAN SETIAUSAHA BENDAHARI TIMBALAN BENDAHARI AHLI MAJLIS KERJA LAJNAH PENGISIAN & AKTIVITI NUR AFINI FAUZI MUHAMAD NAQIUDDIN MOHD ASRI AFFIQ AZLAM LAJNAH PERSEGARAN & KECERIAAN WAN NUR SYUKRIAH WAN ZULKIFLI NURUL HUSNA ABDUL HALIM NORATIKAH AHMED LAJNAH PENDAFTARAN, PENGINAPAN & KEBERSIHAN FAIZATUL HUSNA AZMAN MOHD AFIQ TAJUDDIN NIK NADHIRAH NIK KHABARI LAJNAH DISIPLIN, KESELAMATAN DAN KECEMASAN MOHD ASLAM ZAKARIA NUR RAIHAN MOHD NASIR LAJNAH PERSIAPAN TEMPAT, SIARAYA & TEKNIKAL MUHAMAD HAFIZI MANAP SYAFIQ SANI ABDULLAH AZIM MOHD HATTA LAJNAH PERHUBUNGAN LUAR & LOGISTIK MUHAMAD ADLI HANIF MOHD NOR ZUL FAHMIM LAJNAH PROTOKOL & TUGAS-TUGAS KHAS KHALID IBRAHIM SUMAYYAH ABDUL AZIZ LAJNAH FOTOGRAFI & MULTIMEDIA NUR RAMIZAH RUSLAN MOHD ALI ARSYAD MOHD RASYID : : TG. MUHD AMEER FIRDAUS TUAN MAHMUD FIKRI : OMAR ASYRAF TAUFIK : NUR IMAN ABD RAHMAN : MUHAMMAD RABBANI RUSLAN : WAN SITI NUR RABIATUL ADAWIAH WAN MOHD HATTA : NOR SHAHIDA RADHUAN

LAMPIRAN (B)

TENTATIF PROGRAM HARI JUMAAT (31.4.10)


1600 1630 1700 :Pendaftaran para peserta :Solat asar berjemaah :- Taklimat program -Pembahagian kumpulan 1720 1730 1830 1845 1930 :Khidmat diri :Riadhah dan permainan :Minum petang :Persiapan solat maghrib :-Solat maghrib berjemaah -Solat hajat berjemaah -Bacaan Yasin -Tazkirah ringkas -Solat isya berjemaah 2100 2300 2400 :LDK 1 :Makan tengah malam (BBQ) :Tidur

HARI SABTU (1.5.10)

0445

:-Bangun pagi -khidmat diri

0515 0545

:Qiamullail :-Solat subuh berjemaah -bacaan Al-mathurat -tazkirah ringkas

0700 0745 0815 0900 1030 1100 1110

:riadhah dan permainan :Sarapan :Persiapan tempat dan gotong-royong :LDK 2 :Ketibaan dif jemputan :Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran :Ucapan: -Presiden Persatuan Alumni Sri Al-Hikmah -Guru Besar Sri Al-Hikmah -Yang Di Pertua persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan -Yang di-Pertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Kelantan

1200

:-Persembahan multimedia -Cabutan bertuah

1245 1300

:Sesi fotografi :-Makan tengah hari -Bersurai

LAMPIRAN (C)

BELANJAWAN PROGRAM WANG KELUAR MAKANAN KAD URUSETIA CENDERAHATI HADIAH CABUTAN BERTUAH ALAT TULIS BANNER HIASAN TEMPAT LAIN-LAIN WANG MASUK BAYARAN PESERTA BAYARAN URUSETIA WANG YANG MASIH DIPERLUKAN RM 15.00/UNIT RM 1.00/UNIT RM 20.00/UNIT RM 10.00/UNIT RM 25.00/UNIT RM 90.00/UNIT RM 70.00/UNIT RM 200.00/UNIT X160 X30 X4 X3 X1 X1 X1 X1 RM 2 925.00 RM 15.OO/UNIT RM 7.00/UNIT X100 X30 RM 1 710.00 RM 1 215.00

Anda mungkin juga menyukai