Anda di halaman 1dari 5

HAYATI KEWUJUDAN SEKSA KUBUR

( 26 Oktober 2007 / 14 Syawal 1428 H )

ُ‫ َأ ْشهَد‬،ً‫حيَاةَ وَاْل َموْ تَ ِلَيبْ ُلوَكُ مْ اَيّ ُك مْ َاحْ سَنُ َعمَل‬


َ ْ‫حمْدُ ِللّ هِ الّذِىْ َج َعلَ ال‬
َ ْ‫َال‬
،ُ‫حمّدًا َعبْدُ هُ َورَ سُوُله‬
َ ُ‫ وَأَ ْشهَدُ أَنّ م‬،ُ‫َأ نْ لَ إِلَ هَ اِلّ الُ وَحْدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه‬
،َ‫َأ ْر سَ َلهُ بِاْلهُدَى َودِيْ نِ الْحَقّ ِلُي ْظ ِهرَ هُ عَلَى الدّيْ نِ كُلّ هِ وََلوْ َكرِ هَ اْل ُمشْرِ ُك ْو ن‬
.ِ‫حبِهِ َأ ْج َم ِعي‬
ْ َ‫حمّدٍ َوعَلَى آِلهِ وَص‬
َ ُ‫صلّ وَ َسلّمْ عَلَى َعبْدِكَ َورَسُولِكَ م‬
َ ّ‫اَل ّلهُم‬

َ‫صيْ ُكمْ وَإِيّايَ ِبَت ْقوَى الِ َفقَدْ فَاز‬


ِ ْ‫ ُأو‬،َ‫ ِاّتقُوا ال‬،ِ‫ َفيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّا َبعْد‬
.َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Marilah kita semua menjuruskan ingatan dan kesedaran untuk kita
sama-sama menghayati dan menyedari hanya Allah yang Maha Besar
dan yang Maha Pemurah. Dibentangkan-Nya alam ini untuk kita,
dicurahkan rahmat-Nya siang dan malam, sejak kita dilahirkan
sampailah hari kematian kita. Bahkan rahmat Allah yang lebih besar
dan lebih banyak lagi adalah sesudah kita mati, jika kita termasuk di
kalangan orang yang beriman dan bertakwa serta banyak mengerjakan
amal soleh selama hidup kita di dunia ini.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila
keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah
meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna
selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama
orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas


dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah
pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika
rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina
diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya
dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat
Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam


pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan
akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak

1
mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas. Atas dasar
inilah khutbah Jumaat hari ini ingin membicarakan mengenai tajuk :
"MENGHAYATI KEWUJUDAN SEKSA KUBUR".

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang
meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada
kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana
kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana
kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati
terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan,
mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia


yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu
alam di antara alam dunia dengan alam akhirat. Ini berdasarkan Firman
Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 -100:

Maksudnya: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar apabila sampai


ajal maut kepada salah seorang di antara mereka berkatalah ia “Wahai
Tuhanku kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku
mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah
aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataanya itu
hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di
hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap
padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh
ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di
padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia
juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu
kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang
mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

2
Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata
kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa
orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka
bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang
dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang
yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa
tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur
berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya.
Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka
demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat
dari itu.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita
imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan
secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib
kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung
dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan
oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan
doa berikut:

"ِ‫"ال ّلهُمّ اِنّي َاعُوذُ ِبكَ مِنْ َعذَابٍ فِيْ النّارِ َوعَذَابٍ ِفيْ اْل َق ْبر‬
Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung
dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur
merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika
di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita
akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti.
Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang
tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah
SAW:

ْ‫ وَإِ نْ َل مْ َينْجَ ح‬،ُ‫"إِنّ اْل َق ْبرَ َأوّلُ َمنَازِلَ ال ِخ َرةِ َفإِ نْ نَجَا ِمنْ هُ فَمَا َبعْدَ هُ أَيْ سَر‬
".ُ‫ِم ْنهُ َفمَا َبعْ َدهُ َأشَدّ ِم ْنه‬
Maksudnya: “Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke
akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan
selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka
perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.”

3
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?.
Rasulullah SAW bersabda:

ِ‫"ِانّ اَحَ َدكُ مْ ِاذَا مَا تَ ُعرِ ضَ عَ َليْ هِ َم ْقعَدُ هُ بِاْلغَدَاةِ وَاْلعَشِيّ ِا نْ كَا نَ مِ نْ َا ْهل‬
‫ِنن َا ْهلِ النّارِ ُيقَالُ هَذَا‬
ْ ‫ِنن َا ْهلِ النّارِ َفم‬
ْ ‫َانن م‬
َ ‫ِنن ك‬
ْ ‫جّنةِ وَا‬
َ ْ‫ِنن َا ْهلِ ال‬
ْ ‫جّنةِ َفم‬
َ ْ‫ال‬
".ِ‫َم ْقعَدُكَ َحتّى َي ْب َعثَكَ ال ّلهُ اَِل ْيهِ َي ْومَ اْل ِقيَا َمة‬
Maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan
ditunjukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila
ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga,
dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban
neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu,
sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.”

(Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur


pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang
mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah
yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan
nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka
mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya
azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang


menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan
selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas
Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW menerangkan bahawa roh itu
kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia
dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia
dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur
wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan
tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan
adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

4
Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung
selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita
terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan
insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita
boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan
hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak
lupakan soal akhirat.

Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala
yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-
Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan
diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.

Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi


semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak
mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas
hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi
rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat
dituntut oleh Islam.

Yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata:


Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu
ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api
neraka.”
)Surah Ali-Imran ayat : 16(

ِ‫ وََن َف َعنِ يْ وَِإيّا ُك مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت‬،ِ‫بَارَ كَ الُ لِ يْ وََلكُ مْ فِ يْ اْل ُق ْرءَا نِ اْلعَ ِظيْ م‬
ُ‫ أَ ُقوْل‬،ُ‫س ِميْعُ اْلعَ ِليْ م‬
ّ ‫لوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬
َ ِ‫ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْكُ مْ ت‬،ِ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ م‬
،ِ‫ وَلِ سَاِئرِ اْلمُ سْ ِل ِميْنَ وَاْلمُ سْ ِلمَات‬،ْ‫َقوْلِي هَذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ اْل َع ِظيْ مَ لِ يْ وَلَ ُك م‬
.ُ‫ فَا ْسَت ْغ ِفرُوهُ إِّنهُ ُهوَ اْل َغ ُف ْورُ الرّ ِح ْيم‬،ِ‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْنَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَات‬

Anda mungkin juga menyukai