Anda di halaman 1dari 7

TERIMA KASIH AYAH, TERIMA

KASIH IBU

1
28 JULAI 2023/10 Muharram 1444

TERIMA KASIH AYAH, TERIMA KASIH IBU

ُ َ َ َ َ ُ َ َ ‫ذ ح َ َ ح َ ِّ ح َ َ ح َ َ َ َ َ ح ُ ُ ح َ ُ ح‬ ُ ‫َ حَ ح‬
‫ سبحانه جعل ِرضاه ِِف‬،‫اْلمد هللِ اَّلِي أمرنا ب ِ ِِب الو ِاِلي ِن ونهانا عن عقوق ِِهما‬
ُ،‫ك َهل‬ َ ‫ُ َ ح َُ َ َ ح‬ ‫َ َ َ َح َُ َ ح َ َ ذ‬ ُ َ َ َ َ َُ َ
‫َشي‬
ِ ‫َل‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ح‬ ‫و‬ ‫اهلل‬ ‫َل‬ ‫إ‬
ِ ِ ‫هل‬‫إ‬ ‫َل‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫ش‬ ‫أ‬ ،‫ا‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ط‬
ِ ِ ‫خ‬‫س‬ ‫ِف‬
ِ ‫ِرضاهما وسخط‬
‫ه‬
‫َ ِّ َ َ ِّ ح َ َ ح َ َ َ ِّ َ ُ َ ذ‬ ُ ُ ‫َ َ ح َ ُ َ ذ َ ِّ َ َ ُ َ ذ ً َ ح ُ ُ َ َ ُ ح‬
‫ارك لَع سيِ ِدنا ُمم ٍد‬ ِ ‫ امهلل ص ِل وسلِم وب‬،‫وأشهد أن سيِدنا ُممدا عبده ورسوهل‬
‫َ َ ح ِّ ح‬ َ ‫َ َ ح َ َُح ح‬ َ ‫ََ ح‬ ََ َ
.‫ِلي ِن‬ ِ
ِ ‫ان إَِل يوم ا‬ ٍ ‫آهلِ وأصحاب ِ ِه ومن تبِعهم بِإِحس‬ ِ ‫ولَع‬
َ ‫ذ ُ ح َ َ ذ ُ َ َ َ َ ُ ُ ذ ذ ََ ح ُ ح ُ ح ُ ح‬ َ َ ََ ُ ‫َذ َح‬
.‫ه وَلتموتن إَِل وأنمم مسلِمون‬ ِ ِ ‫ فيا ِعباد اهللِ! ا ِتقوا اهلل حق تقات‬،‫أما بعد‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌ ﲍﲎﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ ﲕ‬

٣٢ :‫ﲖ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲠ ﲡ ﱠ اإلرساء‬

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah


melainkan-Nya semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
ibubapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua -duanya sekali
sampai kepada umur tua (dalam jagaan dan peliharaan) maka janganlah kamu
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ahh"
serta janganlah kamu menengking mereka tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.

Hadirin sidang Jumaat,


Ayah dan ibu merupakan insan yang sangat penting dan sangat bermakna dalam
kehidupan kita sebagai seorang anak. Ini kerana mereka berdualah yang bertanggungja-
wab melahirkan dan membesarkan kita. Ayah dan ibu juga adalah guru atau murabbi
terawal bagi anak-anak. Sejak di dalam perut ibu lagi, anak itu sudah dididik dan
ditarbiyah melalui ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh ayah dan ibu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
28 JULAI 2023/10 Muharram 1444

Sebaik sahaja kita keluar ke alam dunia, ayah memainkan peranan mengalunkan azan dan
iqamah ke telinga kita, mengajar kita kalimah tauhid mengesakan Allah SWT. Selepas itu
kita diletakkan di dalam dakapan ibu yang baru sahaja selesai bertarung nyawa ketika
melahirkan kita. Ibu senyum dan bersyukur kerana telah selamat melahirkan kita.

Muslimin sidang Jumaat sekalian


Oleh kerana itulah, Islam sangat menitik beratkan soal berbuat baik kepada ayah
dan ibu. Bahkan amalan birr al-walidayn (berbuat baik kepada kedua ibubapa)
merupakan antara ibadah yang paling besar selepas mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
٢٣ :‫ﭐﱡﭐ ﲆ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲌﲍ ﲎ ﲏ ﱠ النساء‬

Maksudnya: Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu
mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik
kepada kedua ibubapa .

Hadirin sidang Jumaat,


Meskipun kita dituntut untuk berbuat baik kepada kedua ayah dan ibu, namun
terdapatnya sebuah riwayat yang melebihkan kedudukan seorang ibu
berbanding ayah dalam isu berbuat kebaikan kepadanya. Sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa seorang lelaki telah bertanya
kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat
baik kepadanya?’’. Maka Rasulullah SAW menjawab:

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 3 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
28 JULAI 2023/10 Muharram 1444

‫ُأم ََََُُّّم م َُّم ُّم ُأم ََََُُّّم م َُّم ُّم ُأم ََََُُّّم م َُّم ُّممأم َ ُّم م‬

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu
berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian
bapa kamu . (Hadis Riwayat Muslim)

Hadirin sidang Jumaat,


Berdasarkan hadis ini, kewajipan bagi seseorang anak ke atas ayah dan ibu
bahkan ibu diulang sebanyak 3 kali yang bermakna lebih utama adalah berbuat
baik, berlemah lembut, merendahkan diri di hadapan mereka, mengasihi,
memuliakan, serta mentaati mereka dalam hal -hal yang makruf.

Firman Allah SWT :

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ ﲧ ﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬ ﲭ ﲮ ﱠ‬
٣٢ :‫اإلرساء‬
Maksudnya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas
kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Muslimin Sidang Jumaat sekalian,


Marilah…marilah dalam kesempatan usia kita yang masih berbaki ini, kita berusaha ber-
buat baik kepada ayah dan ibu sebagai tanda terima kasih kepada mereka berdua. Kita
berusaha berbuat baik kepada mereka dengan cara mentaati, memastikan keperluan
mereka dipenuhi, memberi nafkah, melayani dengan baik, sentiasa merendah diri serta
mendoakan kesejahteraan mereka. Menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap anak

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 4 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
28 JULAI 2023/10 Muharram 1444

untuk menjaga kedua ibu bapa mereka dan memberi khidmat yang terbaik kepada mereka.
Ingatlah, dosa orang yang menderhakai kedua ibubapa akan dipercepatkan oleh Allah SWT
di dunia lagi. Rasulullah SAW pernah bersabda:

‫نمالل ُّهمت معالىم‬


ُّ ‫امإلىمي ْ ِممال ْق ِياَة ِِمإلا ُّمعُّق ُّ قمال ْ الِديْنِمف ِإ‬
ِ ‫خر ُّمالل ُّهُّمَامشاءمَِنْه‬ ِ ُّ ‫لمال ُذ ُّن‬
ُِّ ‫بميُّؤ‬ ُّ ُ ُّ ‫ك‬
.‫يُّعجُِّلُّه ُّمل ِصاحِبِه ِمفِيمالْحياة ِمقب ْلمال ْمماتِم‬
Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah SWT hukumannya mengikut
kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali dosa derhaka kepada ibu bapa. Maka
sesungguhnya Allah SWT akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidupnya
sebelum kematiannya lagi.” (Hadith riwayat al-Hakim)

Hadirin sidang Jumaat,


Ucaplah terima kasih yang tidak terhingga khusus untuk ayah dan ibu….
Terima kasih ibu kerana mengizinkan kami menumpang Rahim ibu selama 9 bulan 10 hari.
Terima kasih ibu kerana telah bersusah payah melahirkan kami sehingga terkoyak isi ibu,
terluka kulit ibu, tertumpah darah ibu dan bercucuran air mata ibu kerana menahan
kesakitan dan penderitaan.

Terima kasih ibu yang sanggup berkorban tidak pernah kenyang makan minum kerana ingin
mengenyangkan kami. Terima kasih ibu yang tidak pernah nyenyak tidur kerana
memikirkan keselesaan tidur kami.

Terima kasih ibu yang tidak kisah langsung dengan kesihatan kerana menjaga kesihatan
kami. Terima kasih ibu yang sudi membasuh dan mencuci najis dan kotoran kami,

Terima kasih ibu yang tidak pernah mengungkit dan bersungut dalam melayan karenah
kami sewaktu kecil. Terima kasih ibu yang tangan lembut ibu selalu mengusap rambut dan
juga wajah kami.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 5 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
28 JULAI 2023/10 Muharram 1444

Terima kasih ayah yang mengizinkan kami dibinkan nama kami dengan nama ayah.
Terima kasih ayah yang sudi melaung kalimah syahadah ke telinga kami ketika kami baru
dilahirkan dari perut ibu

Terima kasih ayah yang sudi mengajar kami tentang ketegasan di dunia ini kami kenal
peraturan dan manhaj hidup ini.

Terima kasih ayah yang menjadi asbab kami kenal Allah Tuhan kami, kami kenal Nabi
Muhammad SAW selaku utusan Allah. Kami kenal akidah sebenarnya yang mesti pegang
sehingga akhir hayat kami.

Terima kasih ayah insan tabah yang jarang titiskan air mata di hadapan kami, titisan itu
hanya untukMu Ya Allah. Resah gelisah ayah disembunyikan dari kami tapi hanya
diceritakan kepadaMu Ya Allah. Rahsianya hanya Engkau yang tahu.

Terima kasih ayah yang selalu bertanya khabar kami melalui lisan dan perantaraan ibu.
Terima kasih ayah yang sudi menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu
Terima kasih ayah yang selalu memandangkan kami, ketawa kecil tersenyum lebar dari
jauh. Terima kasih ayah ayah yang telah mendidik kami dengan tegas, hingga hari ini
apabila kami sendiri yang jadi ayah kepada anak-anak kami, kami baru mengenali itu watak
ayah sebenarnya.

Ya Allah sekiranya ayah dan ibu masih ada, Engkau sihatkan tubuh badan mereka. Engkau
panjangkan umur mereka dalam kebajikan dan kerahmatan. Tambahkan padanya
ketabahan, keimanan dan ketakwaan. Ya Arhamarrahimin…

Andai kata Engkau ingin mengambil nyawa mereka berdua dari kami, janganlah Engkau
sakiti mereka Ya Allah. Engkau permudahkan dan ringankan beban mereka ketika
menghadapi sakaraatul maut.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 6 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023
28 JULAI 2023/10 Muharram 1444

Andai mereka telah pergi bertemu denganMu Ya Allah, dengan rahmatMu yang maha luas,
Engkau lapangkan kubur mereka. Pindahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke dalam
syurgaMu yang luasnya tidak terperi. Kurniakan mereka nikmat yang abadi.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﱡﭐ ﲠ ﲡ ﲢ ﲣ ﲤ ﲥ ﲦ ﲧﲨ ﲩ ﲪ ﲫ ﲬﲭ ﲮ‬

١٥١ :‫ﲯ ﲱ ﲲ ﲳ ﲴ ﲵ ﲶ ﲷ ﲸﲹ ﱠ األنعام‬


‫ﲰ‬

Maksudnya: “Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh
Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan
hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-
anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu
dan kepada mereka;

ََ ‫َ ح‬ َ ُ ‫َََ َ َ ذ‬
‫ح‬ َ ُ ُ ََ ‫ََ َ ُ ح‬
‫ات‬ِ ‫ ونفع ِِن وإِياكم بِما فِي ِه ِمن اْلي‬،‫يم‬ ِ ‫رآن الع ِظ‬
ِ ‫ىف الق‬
ِ ‫بارك اهلل ِِل ولكم‬
‫ول َقوِلح‬ُ ُ َ ُ َ ُ ‫َ ح َ َ َ ذ َ ِّ ح َ ح ُ ح َ َ َ ُ ذ ُ ُ َ ذ‬ ‫َ ِّ ح‬
ِ ‫ أق‬.‫ وتقبل ِمِن و ِمنكم ت َِلوته إِنه هو الس ِميع العليِم‬،‫كي ِم‬ ِ ‫واَّلك ِر اْل‬
َ‫المؤمنني‬ ُ َ َ ‫َ َ ُ ح‬ ‫َُ ح‬ َ َ ‫َ َ ََ ح َ ح ُ َ َ َ ح َ َ ُ ح‬
ِِ ‫ات و‬
ِ ‫هذا وأسمغ ِفر اهلل الع ِظيم ِِل ولكم ول ِسائ ِ ِر المسلِ ِمني والمسلِم‬
َ ََ َ َ َ
َ.‫اة اتلذائبني‬ ‫َ ح َح ُ حُ ََ َح َ ُ ح َح‬ َ ُ َ
ِِ ‫ فيا فوز المسمغ ِف ِرين ويا َن‬،‫ فاسمغ ِفروه‬،‫ات‬
ِ ‫والمؤ ِم‬
‫ن‬

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 7 Teks Khutbah Jumaat Tahun 2023

Anda mungkin juga menyukai