Anda di halaman 1dari 11

“GANGGUAN ORANG KETIGA DALAM RUMAHTANGGA:

SATU JENAYAH SYARIAH?”

PENDAHULUAN
Allah s.w.t telah menciptakan setiap sesuatu berpasang-pasangan dan setiap sesuatu
memerlukan yang lain untuk memenuhi keperluan masing-masing. Firman Allah s.w.t dalam
surah Azzariyat ayat 49:
َ َّ َ َ ُ َّ َ ۡ َۡ َ َ ُ
‫ ﵞ‬٤٩ ‫ﵟ َومِن ك ِل ش ۡي ٍء خلق َنا َز ۡو َجي ِن ل َعلك ۡم تذك ُرون‬

Maksudnya:” Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu


َ ُ َ termasuklah tumbuh-
mengingat” (kebesaran Allah). Umum ayat ini ‫ﵟومِن ك ِل ش ۡي ٍء ﵞ‬
tumbuhan, haiwan, manusia dan termasuk benda sesuatu.1
Maka dengan Allah mencipta lelaki dan perempuan berpasangan melalui perkahwinan.
Perkahwinan yang dibina bertujuan memperolehi ketenangan, kasih sayang, keamanan dan
ketenteraman. Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21:
َ َّ َ َ َٰ َ َ َٰ َ َّ َ ۡ َ َ ٗ َّ َّ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ َ َ ْ ُ ُ ۡ َ ٗ َ ۡ َ ۡ ُ ُ َ ۡ ُ َ ََ َ َۡ َ َ ۡ َ
‫ت ل ِق ۡو ٖم َي َتفك ُرون‬
ٖ ‫ﵟومِن ءايَٰتِه ِٓۦ أن خلق لكم مِن أنفسِكم أزوَٰجا ل ِتسكن ٓوا إِل ۡيها وجعل بينكم م َودة ورحمة ًۚ إِن فِي ذل ِك ٓأَلي‬
‫ ﵞ‬٢١

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,


bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir.
Namun begitu, perkahwinan yang dibina tidak sentiasa indah, pelbagai cabaran dan
konflik yang akan dihadapi oleh pasangan sepanjang melalui bahtera rumah tangga.
Cabaran dan konflik ini boleh membawa kepada penceraian sekiranya tidak diurus dengan
baik. Antara cabaran yang dihadapi dalam perkahwinan adalah gangguan orang ketiga
dalam rumahtangga yang menjadi perbincangan dalam penulisan ini. Campurtangan pihak
ketiga samaada daripada pihak keluarga ataupun pihak luar sudah pasti memberi kesan
kepada rumah tangga samaada kesan tersebut adalah kesan positif atau negatif. Isu
penceraian yang melibatkan orang ketiga merupakan isu sejagat yang menjadi perbincangan
dalam masyarakat. Namun, adakah ganguan pihak ketiga ini salah dari sudut undang-
undang? adakah ianya merupakan kesalahan jenayah Syariah?

1
‫ موسوعة األسرة تحت رعاية اإلسالم‬oleh Atiah Saqor ,jilid 1 halaman 41

1
Maka penulisan ini bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat tentang
gangguan orang ketiga. Peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi orang ketiga yang
menyebabkan pergolakan dalam rumah tangga disamping penyelesaian yang seharusnya
diambil oleh mangsa sekiranya terdapat gangguan pihak ketiga samaada daripada keluarga
atau pihak luar.
Pengertian rumahtangga: Rumah mempunyai kaitan rapat dengan perkahwinan dan
kehidupan berkeluarga. Dalam masyarakat Melayu pertanyaan “sudah berumah atau
belum?” bermaksud “sudah berkahwin atau belum”, wanita yang belum “berumah”
bermaksud dia belum berkahwin atau bersuami (Kamus Dewan Edisi Keempat). Rumah
tangga juga adalah pemerihalan tentang rumah dan kehidupan keluarga di dalamnya
(Kamus Dewan Edisi Ketiga) Oleh itu “berumah tangga” selalunya dikaitkan dengan status
perkahwinan dan hidup berkeluarga, seperti “dia belum berumah tangga”, “dia akan
berumah tangga tidak lama lagi” atau “dia akan memulakan alam hidup berumah tangga” 2
Pengertian gangguan:
1. perbuatan mengganggu, mengusik, usikan, godaan.
2. sesuatu yang mengganggu, mengacau, menghalang, menyusahkan, halangan. Fikiran
keadaan jiwa (perasaan atau minda) yang tidak tenteram, cemas, bercelaru akibat
sesuatu tekan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran (Kamus Dewan Edisi
Keempat).
orang ketiga: Menurut kamus dewan edisi kedua maksud orang tengah mempunyai
dua maksud yang berbeza, yang pertama adalah perantaraan, penghubung, muncikari, ibu
ayam, pelerai, pemisah. Kedua, orang yang bertindak menjadi pendamai, orang yang cuba
menyelesaikan sesuatu pergaduhan, orang yang tidak menyebelahi mana-mana antara dua
pihak, pengadil, wasit dan hakam.
Menurut Musa Awang, maksud orang ketiga dalam rumahtangga boleh jadi sesiapa
sahaja. Boleh jadi orang luar yang kita kenal dan mungkin tidak kenal. Boleh jadi juga
ibubapa sendiri, mertua, adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, dan sebagainya. Mungkin
juga bekas kekasih suami atau isteri, mungkin juga jiran sebelah rumah.3 Manakala, Noor
Aziah mendefinisikan Pihak ketiga: iaitu mana-mana mentua atau ipar-duai yang dipercayai
menghasut pasangan suami isteri sehingga mencetuskan keretakan rumah tangga boleh
dituduh di Mahkamah Syariah selain berdepan hukuman penjara atau denda atau kedua-
duanya.4

Oleh yang demikian itu, jika dilihat pendefinisian yang telah dibahaskan, orang ketiga
dalam rumah tangga itu bukan sahaja dituju khusus untuk kekasih gelap atau sebagainya.
Namun, secara umumnya maksud sebenar orang ketiga dalam rumahtangga adalah semua
individu termasuk keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling. Secara kebiasaannya,

2
Evolusi Rumah dan Kehidupan Keluarga, Fatimah Abdullah,
3
Harian metro, khamis 11 April 2013
4
Utusan Malaysia 3 mac 2010

2
mereka yang dikatakan orang ketiga ini bertindak secara memujuk atau menggoda lelaki
atau perempuan yang sudah berkahwin, menghalang pasangan suami atau isteri daripada
hidup sebagai suami dan isteri yang sah, dan menghasut suami atau isteri supaya
meninggalkan rumahtangga dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri.5
Perbahasan ulama’ dalam perkara mencampuri urusan rumahtangga orang lain.
Menurut Dr Ahmad Qayati Mohamad Syalqami, Campur tangan pihak ketiga boleh
terjadi dalam beberapa keadaan:
1. Hasutan daripada ibu bapa isteri untuk tidak taat kepada suami. Menghasut dengan
cara menanam rasa cemburu terhadap isteri dan membandingkan suami dengan
lelaki lain. Ini banyak berlaku kepada ibu mertua sebelah isteri yang tidak berhikmah
dalam menyelesaikan perselisihan di antara suami dan isteri.
2. Situasi yang berlaku terhadap isteri, ketika mereka bergaul dengan rakan-rakan yang
menghasut untuk membenci dan menentang suami kerana hasad dengki. Perkara ini
akan membawa kepada kerosakan rumah tangga dan perpecahan.
3. Situasi yang berlaku terhadap suami yang tidak menjaga pergaulan dengan wanita
lain di tempat kerja. Ada di kalangan wanita yang menceritakan hal ehwal keluarga
mereka kepada suami orang bertujuan untuk mendapatkan pertolongan. Situasi ini
boleh menimbulkan perasaan cemburu isteri terhadap suami dan menyebabkan
penceraian.
4. Orang ketiga yang bertujuan untuk menyelesaikan perselisihan di antara suami isteri
namun tiada penyelesaian yang dapat diambil dalam masa yang sama menyusahkan
urusan rujuk dan mempermudahkan urusan penceraian.6
Pandangan Syariah Islam dalam campur tangan pihak ketiga.
Campur tangan pihak ketiga yang bertujuan untuk merosakkan perkahwinan suami
isteri adalah perkara tercela dari sudut syara’ dan adat. Ianya merupakan penyebab
kerosakan dan perpecahan rumah tangga dan berlawanan dengan maslahah perkahwinan
yang wajib dijaga.
Islam menentang keras perbuatan ini dan tidak di syaratkan tujuan campur tangan itu
untuk mengahwini isteri orang selepas dicerai oleh suaminya atau tidak. Ianya perkara
tercela samaada berkahwin dengan wanita tersebut atau berkahwin dengan orang lain. Ini
bertepatan dengan hadis amaran Rasulullah s.a.w. merosakkan rumah tangga suami isteri
merupakan kesalahan daripada dosa- dosa besar. Maka berdosa sesiapa yang merosakkan
hubungan isteri dan suaminya dan ianya seumpama amalan sihir yang dirakamkan di dalam
Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 102:

5
Pelaksanaan Undang Di Mahkamah Syariah Melibatkan Orang Ketiga Dalam Rumahtangga, Nur Anis Nabilla
Muhamad, Nurbazla Ismail, Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
6
‫ مجلة كلية الدراسات االسالمية‬.‫ االنحرافات في انشاء عقد الزواج وفرقة في ميزان الفقه االسالمي‬oleh Dr Ahmad Qayati
Mohammad Syajqami, halaman 3560.

3
‫جهًِۚۦﵞ‬ ۡ ‫ون بهِۦ َبي ۡ َن ٱل ۡ َم ۡر ِء َو َز‬
‫و‬
َ ُ َ ُ َ َ ُ ۡ َ ُ َّ َ َ َ َ
ِ ِ ‫ﵟفيتعلمون مِنهما ما يف ِرق‬
Maksudnya: Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu
sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.
Daripada Buraidah, Berkata Rasulullah s.a.w:
7)... ‫ومن خبب على رجل زوجته‬, ‫(ليس منا من حلف باألمانة‬
Maksudnya: bukan di kalanganku sesiapa yang campurtangan (merosakkan) isteri
seseorang atau hamba kepada tuannya.
Hadis ini menjelaskan bahawa bukan dikalangan pengikut Nabi Muhammad sesiapa yang
memperdaya dan merosakkan hubungan isteri dengan suami samaada menyebut
keburukan suami dihadapan isteri atau menyebut kebaikan lelaki lain dihadapan isteri.8 Ibnu
Qayyim berkata: Ini adalah di antara dosa-dosa besar, sekiranya di dalam Islam melarang
bertunang di atas tunangan orang lain, bagaimana pula dengan merosakkan hubungan isteri
dengan suaminya atau hamba dengan tuannya.9
Batasan yang dibenarkan untuk mengadu permasalahan.
Meminta nasihat dan pandangan sekiranya berlaku pertelingkahan adalah dituntut
oleh syara’ bagi mencari penyelesaian, ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t di dalam
Surah An-Nisa’ ayat 35:
َ َ َ َّ َّ ٓ َ ُ َ ۡ َ ُ َّ َ َٓ ُ َٓ َۡ ۡ َٗ َ َ َۡ َ ْ ُ ۡ َ َ َۡ َ َ ۡ ُ ۡ ۡ َ
‫ٱَّلل كان َعل ِيما‬ ‫يدا إ ِ ۡصل َٰ ٗحا يُ َوف ِِق ٱَّلل بينهما ۗٓ إِن‬‫ٱب َعثوا َحك ٗما م ِۡن أهل ِهِۦ وحكما مِن أهل ِها إِن ي ِر‬‫ﵟ وِإن خِفتم شِقاق بين ِ ِهما ف‬
ٗ ‫َخب‬
‫ﵞ‬٣٥ ‫يرا‬ ِ

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka
lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki
dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas)
bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu)
berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam
pengetahuanNya.
Berkata Ali bin Abi Talhah, daripada Ibnu Abbas: Allah menyuruh untuk melantik lelaki
soleh daripada keluarga lelaki dan lelaki soleh daripada keluarga perempuan. Maka mereka
melihat siapa yang melakukan menganiaya, sekiranya lelaki menganiaya, maka mereka
menghalang isterinya daripada suami dan menyekatnya dari nafkah dan jika wanita itu
menganiaya, mereka menyekat isteri daripada suaminya dan menghalangnya daripada
menerima nafkah. Sekiranya mereka (ahli keluaraga) bersepakat untuk berpisah atau
bersama maka arahan mereka adalah dibenarkan.10

7
‫ المستدرك‬oleh Hakim, hadis 7816
8
‫ مرقاه المفاتيح شرح مشكاة المصابيح‬, oleh Al-Mala Ali Qari. 5/2128
9
‫ الجواب الكافي لمن سأل عن دواء الشافي‬oleh Ibnu Al- Qayyim Al-Jauziyyah 1/216
10
‫تفسير ابن كثير‬, Surah An-nisa’ ayat 35.

4
Berdasarkan ayat Al-Quran dan pandangan ulama’, Allah memerintahkan suami isteri
yang mempunyai permasalahan rumah tangga untuk melantik dikalangan ahli keluarga
untuk menyelesaikan masalah mereka. Melantik ahli keluarga untuk mendamaikan suami
isteri ini bertujuan supaya keputusan yang dibuat berdasarkan pertimbangan yang
sepatutnya tanpa sebarang emosi disamping mencari penyelesaian yang terbaik untuk
kedua-dua pihak.
Namun begitu, adakah melantik hakam ini hanya keluarga daripada pihak lelaki dan
perempuan sahaja? Jumhur fuqaha’ mengatakan: paling afdhal adalah melantik hakam
daripada keluarga suami isteri namun diharuskan sekiranya bukan dari ahli keluarga. 11
Menurut Hibah Ahmad Muhammad Mansur: Saya berpandangan lebih baik melantik
hakam daripada ahli keluarga kerana mereka lebih memahami rahsia suami isteri dan
mereka paling mampu untuk menyelesaikan masalah dan sangat berhati-hati untuk
mengahalang salah faham, namun ketika tiada seorang pun dikalangan keluarga suami isteri
yang memenuhi syarat sebagai hakam maka diharuskan untuk melantik selain daripada
keluarga melihat kepada tujuan melantik hakam adalah menyelesaikan masalah dan
perpecahan.12ini berdasarkan ayat Al-Quran di atas.
Antara perkara yang perlu dijaga oleh suami isteri ialah rahsia rumah tangga. Rahsia
rumah tangga tidak boleh sewenang-wenangnya diceritakan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Said Al-Khudri, berkata Rasulullah s.a.w:
(( ‫سرها‬
َّ ‫ ثم ينشر‬،‫ وتفضي إليه‬،‫ الرجل يفضي إلى امرأته‬،‫أشر الناس عند هللا منزلة يوم القيامة‬ َّ ))
ِ ‫إن ِمن‬
Maksudnya: Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya
(melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.”13
Berkata An-Nawawi: Di dalam hadis ini, haram bagi seorang lelaki menceritakan apa yang
berlaku di antara isterinya dalam perkara yang berkaitan istimta’ (bersedap-sedapan)
ataupun menceritakannya secara terperinci apa yang berlaku di antara suami isteri samaada
perkataan, perbuatan dan sebagainya.14
Namun sekiranya perlu menyebut kerahsian dan hal ehwal rumah tangga bertujuan
menerangkan hukum syara’, menasihati atau menyelesaikan permasaalahan suami isteri
maka dibenarkan perkara tersebut. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh
“ ‫ ”الضرورات تبيــح المحــظورات‬Maksudnya : “Mudarat mengharuskan yang haram”
Berkata Ibnu Hajar: Dibenarkan untuk menyebarkan rahsia sekiranya dengan
menyembunyikan rahsia tersebut menyebabkan kemudaratan kerana hukum asal bagi

11
‫روح المعاني في تفسير القران العظيم‬, Syihabudin Mahmud bin Abdullah Al-Husaini Al-Alusi jilid 5 halaman 26
12
‫ التحكيم بين الزوجين في الفقه اإلسالمي‬oleh Hibah Ahmad Muhammad Mansur , halaman 35
13
Hadis riwayat muslim,1437
14
‫ شرح النووي على مسلم‬, jilid 10 halaman 8.

5
kerahsiaan adalah di sembunyikan dan sekiranya tidak disembunyikan apakah faedah
daripada kerahsian?15
Beberapa batasan yang seharusnya diambil perhatian oleh suami isteri sekiranya ingin
mengadu hal rumah tangga kepada orang lain. Antaranya ialah:
1. Mengadu kepada orang yang tepat dan betul. seperti kaunselor, wakil daripada
keluarga suami dan isteri, ustaz dan ustazah dan hakim. Menurut Dr Mohammad
Azzuhaily; disyaratkan memilih seorang muslim, mukallaf, adil, mengetahui cara
menyelesaikan masalah, tidak disyaratkan seorang lelaki, disunatkan memilih salah
seorang daripada keluarga lelaki, dan seorang lagi daripada keluarga isteri.16
Menceritakan kepada rakan sekerja, rakan yang berlainan jantina perlu dielakkan
kerana boleh mengeruhkan lagi keadaan suami isteri.
2. Sekiranya boleh disembunyikan maka ianya lebih baik daripada diceritakan.
Sekiranya boleh dan memadai dengan menceritakan secara umum tanpa perlu
kepada masalah, maka ceritakan masaalah tersebut secara umum tanpa perincian.
Ini berdasarkan keadah fiqh,
“ ‫ ”الضرورات تقدر بقدرها‬Maksudnya : “Mudarat (hanya diambil) cukup sekadar yang
perlu sahaja”
3. Mengadu dan menjadi saksi perkara yang berlaku berkaitan hal rumah tangga di
dalam mahkamah. Menjadi saksi adalah memberitahu sesuatu rahsia yang
tersembunyi dihadapan hakim. Syara’ melarang menyembunyikan penyaksian
sebagai mana firman Allah dlam surah Al-Baqarah ayat 283:
َۡ َّ َ ۡ َّ ْ ۡ َ َ
‫ِم قل ُب ُه ۗٓۥﵞ‬ٞ ‫ﵟ َولا تك ُت ُموا ٱلش َهَٰ َدةَ ًۚ َو َمن يَك ُت ۡم َها فإِن ُه ٓۥ َءاث‬
Maksudnya; Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi)
menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang
menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya.

Al-Mawardi dalam kitabnya ‫ أدب الدنيا والدين‬pernah menasihati pasangan suami


isteri. Beliau berkata:
Ketahuilah bahawa rahsia (suami isteri) tidak cukup dengan memberitahu
rakan, perlu meminta nasihat seorang muslim yang boleh menasihati. Maka pilihlah
seseorang yang boleh menjaga rahsia, sekiranya tiada, jalan yang terbaik adalah
merahsiakannya. Berusaha sebaik mungkin mencari seorang boleh menjaga amanah
dan kerahsiaan aman dengannya. Bukan semua orang yang amanah dengan wang
akan amanah dengan rahsia. Menjaga wang adalah lebih mudah daripada menjaga
rahsia kerana manusia berkemungkinan membocorkan rahsia kerana terlepas dalam
percakapan kemudian rahsia tersebut telah tersebar. Mereka tidak mengeluarkan
harta walaupun sedikit kerana mereka menjaga dan melindungi harta tersebut.
Mereka tidak merasakan bahwa memdedahkan rahsia adalah sesuatu yang besar di
sisi orang yang menjaga wang yang sedikit, walaupun kemudaratan yang besar akan
menimpanya.Kerana perkara inilah, pemegang rahsia lebih sukar dan jarang ditemui

‫ فتح الباري‬oleh Ibu Hajar Al-Asqalani jilid 11 halaman 80


15
16
‫ المعتمد في الفقه الشافعي‬oleh Dr Wahbah Azzuhaily, halaman 94

6
berbanding dengan penjaga amanah harta.Sesungguhnya menjaga harta lebih
mudah berbanding menjaga rahsia kerana tempat penyimpanan harta tidak dapat
ditembusi manakala menyimpan rahsia boleh disebarkan dengan lidah yang
bercakap maka tersebarlah rahsia tersebut.17
Hukuman dalam Islam
Para ulama berpendapat perbuatan takhbib ini adalah haram. Mereka berpandangan
seseorang yang merosakkan hubungan antara pasangan suami isteri, dengan memperdaya
atau menyebabkan isteri itu menuntut perceraian maka lelaki tersebut telah melakukan
dosa yang besar. Ini termasuk juga perbuatan menunjukkan perceraian itu sebagai baik
supaya dia boleh berkahwin dengan wanita itu atau membolehkan orang lain berkahwin
dengannya.18
Tiada khilaf dikalangan para fuqaha bahawa perkara ini adalah suatu maksiat yang tidak
terdapat dalam hukuman hudud dan tidak dikenakan kafarah namun dikenakan hukuman
takzir berdasarkan penilaian hakim. Menurut mazhab Hanbali, hukuman yang berat perlu
dikenakan kepada pelaku.19 Manakala Ibnu Nujaim menyebut perosak rumah tangga perlu
di penjara sehingga pelaku bertaubat atau mati di penjara kerana perbuatan tersebut
merupakan kerosakan yang berterusan di muka bumi.20
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pandangan ulama di atas, secara jelas
campur tangan orang ketiga yang menyebabkan kerosakan rumah tangga dan perlu
dikenakan takzir serta dikira sebagai penjenayah. Hukuman bagi pelaku adalah penjara dan
denda.
Peruntukan undang-undang berkaitan dengan gangguan
Berdasarkan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir)(Terengganu), terdapat
beberapa bentuk kesalahan yang boleh didakwa sebagai gangguan orang ketiga iaitu:

1. Seksyen 43. Memujuk lari perempuan bersuami.

Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau


membawa keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya
meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut
supaya kembali kepada suaminya.

17
‫أدب الدنيا والدين‬.oleh Al-Mawardi halaman 307-308
18
‫الموسوعة الفقهية الكويتية‬, jilid 5 halaman 291 dan jilid 11 halaman 19
19
‫ اإلقناع في فقه اإلمام أحمد‬oleh Musa Al-HajjawiAbu An-naja, jilid 2 halaman 186
20
‫ الدر المختار‬oleh Muhammad Amin bin Umar Abidin, jliid 1 halaman 725

7
2. Seksyen 44. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup
sebagai suami isteri.

Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah


daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu
supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

3. Seksyen 45. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan
kewajipan.

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang


lelaki atau perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan
tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

4. Seksyen 46. Memujuk lari orang perempuan.

Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau memujuk orang
perempuan supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang
difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang perempuan itu.
Peruntukan yang sama daripada enakmen negeri- negeri lain antaranya seksyen 30,
31, dan 32 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Perak, seksyen 8 dan 17 Enakmen Kanun Jenayah
Syariah 1988 Kedah, seksyen 36, 37, dan 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1996 Pulau
Pinang, seksyen 8 dan 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1991 Perlis, seksyen 36, 37 dan
38 Akta kesalahan Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan, seksyen 73 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah 1991 Melaka, seksyen 36, 37 dan 38 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah 1997 Johor, seksyen 74, 76, 77 Enakmen Jenayah Syariah 1992 Negeri Sembilan,
seksyen 8 dan 17 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 Kelantan, seksyen 43,44,45,dan 46
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Pahang, seksyen 86 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah 1995 Sabah, seksyen 33,34, dan 35 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001
Sarawak.
Manakala menurut undang-undang sivil, Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 498:
Barang siapa membawa atau memikat perhi seorang perempuan yang menjadi dan yang ia
ketahui, atau ada sebab mempercayai , sebagai isteri seorang lelaki lain, daripada lelaki itu,
atau daripada seorang yang bertanggung menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki itu,

8
dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan
mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu
seorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selam tempoh yang
sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Beberapa contoh kes hasil dapatan daripada Journal of Advanced Research in Social
and Behavioural Sciences yang bertajuk Pelaksanaan Undang Di Mahkamah Syariah
Melibatkan Orang Ketiga Dalam Rumahtangga, sebagai contoh. kes Nasir Affendi bin
Mohamad Zakaria lwn. Puteri Nilam Puri bt MegatYusoff (No kes: 08001/058/0147/2008)
[9] Berdasarkan kes ini pada awalnya, pasangan suami dan isteri tersebut sudah tidak
mempunyai perasaan atau masing-masing tidak mendapat perhatiandaripada pasangan.
Disebabkan itu, si isteri telah mengadakan hubungan sulit dengan rakan sepejabat. Apabila
suami mula menghidu kecurangan yang dilakukan oleh isteri, suami bertindakuntuk
melaporkan ke pihak mahkamah. Semasa di dalam proses perbicaraan, isterinya juga telah
mendakwa bahawa suaminya juga terlibat dengan hubungan dengan seorang perempuan
diluar. Oleh kerana wujud suasana yang menunjukkan tidak ada persefahaman antara
keduanya dan
berpuncanya daripada pihak ketiga maka berlakulah perceraian.

Manakala dalam kes Wan Norishamudin Bin Wan Din lwn. Khairulliza Bt Ahmad Johari
(No Kes:08001/058/0533/2011) [10]. Kes ini melibatkan pengabaian tanggungjawab seorang
isteri dan sebagai seorang ibu. Walaubagaimana pun, si suami telah mencari jalan untuk
menyelamatkan perkahwinannya. Namun, disebabkan si isteri telah dipengaruhi oleh pihak
ketiga, si isteri tidak termakan dengan pujukan suami untuk berbaik semula akan tetapi
isterinya bertindak sebaliknya dengan memilih lelaki lain. Berdasarkan fakta kes yang telah
dinyatakan, didapati pihak suami telah mengemukakan bukti yang ditemuinya. Bukti
tersebut ditemui melalui mesej (pesanan ringkas) yang juga merupakan salah satu elemen
yang kuat membolehkan hal ini dibicarakan. Namun, jika merujuk undang-undang yang ada
berkaitan orang ketiga tersebut boleh didakwa dibawah seksyen 32 dan34 yang mana ia
menyebut seksyen 32 ‘memujuk lari perempuan bersuami’ dan seksyen 34 ‘menghasut
suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan’.
Kes Nur Wajadiah bt Razali lwn Zulkifli bin Abu (No kes: 10016/054/0498/2017) [13]
Berdasarkan daripada kes ini, isteri dinyatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan
suaminya dapat menghidu perlakuan sang isteri dibelakangnya. Disebabkan rasa syak
terhadap isterinya, suami telah melafazkan ta’liq terhadap isterinya dengan anggapan untuk
menakut-nakutkan si isetri supaya berkata jujur. Apabila si isteri merasa tidak aman dengan
lafaz yang telah dilafazkan oleh si suami, isterinya mengaku mempunyai hubungan
dibelakang suaminya, serta merta ta’liq yang telah dilafazkan itu sempurna dan disahkan
oleh mahkamah. Kemunculan orang ketiga sedikit sebanyak telah memainkan peranan yang
besar dalam isu rumahtangga sehingga membuatkan sesebuah institusi perkahwinan itu
berkahir dengan perceraian. Walaubagaimana pun, orang ketiga itu sebenarnya boleh
didakwa dibawah Enakmen Jenayah Syariah EJSS 1995 mengikut negeri masing-masing.

9
Apa yang perlu dilakukan oleh mangsa
Mangsa boleh membuat aduan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam negeri.
Hal ini adalah kerana kesalahan-kesalahan ini adalah termasuk dalam kategori kesalahan
jenayah syariah dan hanya Pendakwa Syarie yang mempunyai bidangkuasa untuk
memulakan kes jenayah. Bahagian Penguatkuasaan akan meneruskan siasatan terperinci
jika terdapat bukti yang kukuh berkenaan aduan tersebut dan seterusnya mendakwa pihak
ketiga tersebut di Mahkamah Syariah.
Apakah yang saya perlukan ketika membuat aduan di Jabatan Agama Islam?
Sebelum mangsa membuat aduan di Jabatan Agama Islam, adalah disarankan agar mangsa
menyediakan bukti dan dokumen berkaitan aduan gangguan orang ketiga tersebut. Antara
dokumen atau bukti yang diperlukan ialah:
1. Maklumat diri orang ketiga;
2. Gambar yang membuktikan gangguan orang ketiga;
3. Simpan bukti mesej atau perbualan antara pasangan dan pihak ketiga;
4. Dokumen-dokumen lain seperti resit hotel, video, dan sebagainya.
Tindakan undang-undang lain yang boleh diambil menurut Undang-undang Syariah
selepas membuat aduan di Jabatan Agama Islam.
Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil oleh pasangan bergantung kepada
perancangan mereka selepas itu:
1. Jika pasangan tersebut ingin berbaik semula dan ingin menghadiri kaunseling,
mereka boleh mendaftar untuk sesi kaunseling di Jabatan Agama Islam;
2. Jika pasangan ingin bercerai, boleh memfailkan permohonan perceraian di
Mahkamah Rendah Syariah di tempat pasangan tersebut bermastautin;
3. Selain itu, suami boleh memfailkan tuntutan sabitan Nusyuz di Mahkamah Rendah
Syariah ke atas isterinya21
Penutup
Tujuan perkahwinan adalah untuk mewujudkan rasa kasih sayang, ketenangan, dan
ketenteram dalam rumah tangga. Kewujudan pihak ketiga sudah pasti akan menganggu
keharmonian sebuah rumah tangga. Gangguan ini merupakan ujian bagi pasangan suami
isteri yang perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik berlandaskan hukum syara’ dan
undang-undang.
Perlu ditekankan bahawa gangguan pihak ketiga bukan sahaja boleh terjadi daripada
orang luar yang tiada pertalian darah. Gangguan ini boleh sahaja datang daripada keluarga
terdekat seperti ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam
membuat setiap keputusan melibat rumah-tangga tanpa terpengaruh dengan hasutan dan
gangguan daripada pihak ketiga.

21
Nursahila binti Ayub.Peguam syarie. Abdul, Low & Partners

10
Gangguan pihak ketiga adalah perbuatan tidak bermoral yang boleh merosakkan sebuah
rumah tangga yang telah terbina. Agama Islam melarang keras perbuatan tersebut.
Disamping itu, terdapat peruntukan undang-undang bagi mereka yang cuba mengganggu
keharmonian sebuah rumah tangga.

Disediakan oleh:

Bahagian Penyelidikan Perundangan,


Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu.

11

Anda mungkin juga menyukai