Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan


manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku
dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka
berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan
manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Perkara ini
juga diceritakan di dalam kitab Injil dan Taurat selain Al Quran dan Al Sunnah.
Perkahwinan merupakan instrumen prelimenari / primer kepada pembinaan keluarga
sebagai unit asas dan tunjang sesebuah masyarakat. Perkahwinan juga dianggap
sebagai langkah permulaan kepada pembentukan keluarga. Secara tradisinya setiap
pasangan individu yang ingin memulakan dan membina sebuah keluarga bersama
perlu melalui peringkat perkahwinan.

1
2.0 KONSEP PERKAHWINAN

۟ ُ‫صلِ ِحينَ ِم ْن ِعبَا ِد ُك ْم و مٓاِئ ُك ْم ۚ ن يَ ُكون‬


٣٢) ‫وا فُقَ َرٓا َء يُ ْغنِ ِه ُم ٱهَّلل ُ ِمن فَضْ لِِۦه ۗ َوٱهَّلل ُ ٰ َو ِس ٌع َعلِي ۭ ٌم‬ ۟ ‫َوَأن ِكح‬
َّ ٰ ‫ُوا ٱَأْل ٰيَ َم ٰى ِمن ُك ْم َوٱل‬
‫ِإ‬ َ ‫َِإ‬

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana
Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha
Mengetahui.”

Surah An-Nuur 24; Ayat 32

Dari segi bahasa, perkahwinan membawa maksud pernikahan atau


penggabungan antara dua unsur yang berlainan. Manakala dari sudut Islam pula,
perkahwinan membawa maksud ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan
berdasarkan akad nikah atau ijab dan kabul yang sah. Dari segi syarak pula ialah satu
akad yang mengandungi rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu untuk mengharuskan
pergaulan dan menghalalkan persetubuhan. Menurut Imam Hanafi, nikah merupakan
akad yang membolehkan persetubuhan setelah bersatunya suami isteri dalam
perkahwinan tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w

Anas r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda bahawa: "perkahwinan adalah sunnahku,
sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w.
yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin
akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh
bertanggungjawab. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi
meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan
perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.

2
۟ ٓ
َّ َ‫ق ِم ْنهَا زَ وْ َجهَا َوب‬
‫ث ِم ْنهُ َما ِر َجااًۭل َكثِي ۭ ًرا َونِ َسٓا ۭ ًء‬ ٍ ۢ ‫ۚ ٰيََأيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا َربَّ ُك ُم ٱلَّ ِذى خَ لَقَ ُكم ِّمن نَّ ْف‬
َ َ‫س ٰ َو ِح َد ۢ ٍة َوخَ ل‬

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan


kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada
keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.

Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1

Berdasarkan Firman Allah di atas, jelas menunjukkan perkahwinan adalah


bertujuan bagi menyambung keturunan, melalui cara yang dihalalkan dalam Islam.
Sebaik sahaja mendirikan rumahtangga, niat yang harus dipasang oleh pasangan
suami isteri ialah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah.
Apabila seseorang lelaki dan perempuan itu berkahwin, tanggungjawab mereka
menjadi semakin besar, dengan itu perlulah mereka saling bekerjasama dan hormat-
menghormati antara satu sama lain dalam memastikan rumahtangga yang dibina itu
harmoni dan bahagia, terutamanya dalam membentuk pendidikan anak-anak yang
bakal lahir.

Dari segi syarak hukum berkahwin ini terbahagi kepada empat. Pertama ialah
wajib iaitu bagi sesorang yang mampu berkahwin dan jika tidak berkahwin di kuatiri
bolen menjatuhkan ke lembah maksiat. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan
perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat
dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan. Kedua sunat kepada
orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya. Ketiga harus kepada orang yang
tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum
asal perkahwinan. Keempat makruh iaitu orang yang tidak berkemampuan dari segi
nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama
ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat. Akhir sekali hukumnya haram kepada orang
yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir serta akan menganiaya
isteri jika dia berkahwin.

Manakala rukun berkahwin pula menurut jumhur ulama, terdapat lima rukun yang
mengesahkan nikah tersebut iaitu mesti mempunyai pengantin lelaki, pengantin
perempuan, wali nikah, dua orang saksi dan lafaz akad pernikahan. Setiap rukun di

3
atas diikat dengan beberapa syarat tertentu agar segalagalanya berlaku dengan
sempurna.

2.1 KONSEP POLIGAMI

Allah telah berfirman tentang poligami dalam kitab AL – Quran yang


menceritakan periha; poligami agar memberi kelurusan dalam kehidupan
masyarakat untuk mengamalkan poligami dengan memberi batasan yang mesti
dipatuhi kerana polgami memerlukan keadilan yang tinggi dalam rumah tangga.
Hukum berpoligami adalah harus dan berikut adalah dalil yang disyariatkan
berpoligami.

‫ فَ ِإ ْن ِخ ْف تُ ْم َأ اَّل‬Rۖ َ‫ث َو ُر بَاع‬ ِ ‫س‬


َ ‫اء مَ ْث ىَن ٰ َو ثُ اَل‬ َ ِّ‫َك ْم ِم نَ الن‬ َ ‫َو ِإ ْن ِخ ْف تُ ْم َأ اَّل ُت ْق ِس طُ وا يِف الْ يَتَامَ ٰى فَانْ ِك ُح وا مَ ا ط‬
ُ ‫َاب ل‬

ُ ‫َأد ىَنٰ َأ اَّل ت‬


‫َع ولُ وا‬ ْ ‫ك‬ َ ِ‫ ٰذَ ل‬Rۚ ‫ت َأ مْيَ انُ ُك ْم‬
ْ َ‫َأو مَ ا مَلَك‬
ِ َ ‫تَع ِد لُ وا ف‬
ْ ً‫َو اح َد ة‬ ْ

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan
yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain)
yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan
dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu
miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Ayat ini menceritakan tentang asbab poligami diizinkan oleh Allah dengan syarat
yang diberikan kepada siapa yang ingin melakukan poligami dan batasan ketika
ingin melakukan poligami.

ِ َ ِّ‫َأن تَع ِد لُ وا بَ َ الن‬


ُ ‫ص لِ ُح وا َو تَ ت‬
‫َّق وا‬ ِ ِ
ْ ُ‫ َو ِإ ْن ت‬Rۚ ‫ فَاَل مَت يلُ وا ُك لَّ الْ َم ْي ِل فَتَذَ ُر وهَ ا كَ الْ ُم عَلَّقَ ة‬Rۖ ‫ص تُ ْم‬
ْ ‫َو حَ َر‬
ْ ‫س اء َو ل‬ ‫نْي‬ ْ ْ ‫يع وا‬
ِ ‫َو لَن ت‬
ُ ‫َس تَط‬
ْ ْ
‫يم ا‬ ِ َ َ‫فَِإ نَّ اللَّهَ ك‬
ً ‫ور ا َر ح‬
ً ‫َف‬
ُ ‫ان غ‬

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-
isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah
kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang
lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara

4
diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.

Ayat ini menerangkan kepayahan memberikan keadilan yang sempurna


dalam berumah tangga dengan beberapa isteri. Melalui ayat ini juga ada
menekankan tentang larangan melakukan kezaliman dan kejahatan di mana
bersifat tidak adil dalam menjalinkan hubungan besama isteri isteri tertentu.

2.2 AMALAN BERPOLIGAMI MENGIKUT ISLAM

Dengan kedatangan Islam, poligami diberi batas – batas untuk mengelak


berlakunya etidakstabilan dalam kehidupan suami isteri. Poligami yang dilakukan oleh
manusia tanpa batasan boleh menyebabkan pelbagai kekacauan yang menimbulkan
kesulitan dalam keturunan sebuah keluarga. Maka Islam telah menggariskan panduan
dan peraturan serta cara untuk melakukan poligami mengikut syariat yang telah
ditentukan oleh Allah.

Syarat poligami dalam Islam


 Maksimum empat orang
 Berlaku adil dari aspek zahir dan batin
 Mampu daripada jasmani dan kewangan.

Dalam ayat al quran, berlaku adil dan berpada dengan seorang isteri sahaja jika khuatir
tidak berlaku adil seperti mana Allah berfirman.

“Maka jika kamu takut tidak berlaku adil berpadalah dengan seorang isteri sahaja.”

Perkara ini menjelaskan kepada kita bahawa Islam amat menjaga keadilan dalam
urusan rumah tangga dengan beberapa orang isteri kerana keadilan ini merupakan
kunci keharmonian dalam rumah tangga.

5
3.0 ANALISIS KES POLIGAMI

KESALAHAN BERPOLIGAMI TANPA KEBENARAN MAKHAMAH KES JENAYAH

NO ARTIKEL : 10007-166-0030-2010

ANTARA

PENDAKWA SYARIE NEGERI SEMBILAN

DAN

MOKHTAR BIN RADIN & 6 YANG LAIN

FAKTA KES :

Kes ini mula disebut di makhamah ini pada 20.04.2010. Dalam kes ini tertuduh
Mokhtar bin Radin (dikenali selepas ini dengan tertuduh pertama), telah dikenakan
tuduhan berpoligami tanpa kebenaran Makhamah Syariah, yang boleh dihukum
mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan
2003 manakala pasangannya Zizie Izette binti A. Samad (dikenali selepas ini dengan
tertusuh kedua) telah dituduh berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar, yang boleh
dihukum melakukan kesalahan di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen Undang – Undang
Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003.

Kedua dua tertuduh juga telah dituduh bersubahat mengikut seksyen 134 atas
kesalahan masing – masing, iaitu tertuduh pertama dituduh bersubahat atas kesalahan
di bawah seksyen 40 (2) Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan
2003.

6
Diputuskan

(1) Bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Makhamah Syariah dan


bersubahat di atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Makhamah Syariah
mengikut seksyen 124 dan 134 (subahat poligami) di bawah peruntukan di
dalam Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003,
Makhamah dengan ini menjatuhkan hukumanpenjara selama 1 bulan ke atas
tertuduh di dalam kes ini iaitu Mokhtar bin Radin manakala hukuman bagi
tertuduh – tertuduh lain yang bersubahat berpoligami tanpa kebenaran
Makhamah Syariah iaitu Zizie Izette bin A. Samad, Ahmad Shahazmi bin A.
Samad, Sazmy Fuzette bin A. Samad, Saheizy Sam bin Abdul Samad, Sahari
bin Ahmad dan Titing bin Putang kesemua mereka dikenakan hukuman denda
maksimum RM 1000.00 atau penjara 6 buan penjara.
(Tertuduh Pertama Mokhtar bin Radin telah merayu ke Makhamah Tinggi
Syariah Negeri Sembilan atas hukuman penjara satu bulan yang telah dikenakan
oleh makhamah ini)

(2) Bagi kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk
yang dikenakn ke atas Zizie Izette binti A. Samad di bawah seksyen 40 (2)
Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, tertuduh
dikenakan hukuman denda maksimun sebanyak Rm 1000.00 atau dipenjarakan
selama 1 bulan jika gagal membayar denda tersebut pada hari ini.

(3) Bagi kesalahan di bawah seksyen 40 (1) (a) Enakmen Undang – Undang
Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 yang dikenakan ke atas Ahmad Shahazmi
bin Abdul Samad selaku wali tertuduh keduaatau kepada Zizie Izette binti Abdul
Samad dan hukuman bagi kes bersubahat atas kesalahan ini yang dikenakan ke
atas Sazmy Fuzette bin A. Samad dan Shaheizy Sam bin Abdul Samad masing

7
– masing dikenakan hukuman didenda maksimum sebanyak RM1000.00 atau 1
bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut pada hari ini.

RUMUSAN :

Rumusan yang dapat saya berikan ialah untuk seseorang suami yang ingin
berpoligami, suami perlu mendapatkan permohonan di Makhamah Syariah. Ianya
memerlukan kebenaran mahkamah di mana permohonan suami itu akan dinilai dari
segi kemampuan zahir dan batin. Selain itu, untuk berpoligami juga suami perlu
mendapatkan kebenaran daripada isteri. Jika poligami diamalkan tanpa kebenaran
Makhamah Syariah, maka suami dan orang yang bersubahat akan dikenakan tindakan
denda maksimum sebanyak RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan penjara.

8
4.0 MENJELASKAN PROSEDUR PERKAHWINAN (POLIGAMI) BERDASARKAN SEKSYEN
DALAM ENAKMEN KELUARGA ISLAM

ENAKMEN 7 TAHUN 1983


ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan

Seksyen 23. Poligami

(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa dia
masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syar'iah, dan jika dia
berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu tidak
boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini. 
(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Sembilan seseorang
lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Sembilan dan perkahwinan di
luar Negeri Sembilan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri
Sembilan.
(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah
mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan
berkanun menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan
itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir
komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut
ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan
menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan
itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada
telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

9
(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon
dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan
itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan
Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu,
memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu,
kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk
persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak
persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia


menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara', semua isteri
dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-
orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua
isterinya mengikut kehendak Hukum Syara';

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar
syar'i kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; dan

(e)  bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara
langsung atau secara tak langsung taraf kehidupan yang telah dinikmati dan
dijangka dengan munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-
isteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada sekiranya
perkahwinan itu tidak berlaku.

(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang
dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat
panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

10
(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan
Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang
diperuntukkan dalam Undang-undang Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara
sivil.

(7) Seseorang yang berkahwin bersalahan dengan subseksyen (1) hendaklah


membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang
kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika
tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

(8) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen
ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-
perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Sembilan
di bawah Enakmen ini.

11
5.0 RUJUKAN

Al quran Tafsiran

Basri Ibrahim, Pemantapan Sistem Kekeluargaan 1997

ENAKMEN 7 TAHUN 1983 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM


NEGERI SEMBILAN 1983 BAHAGIAN II – PERKAHWINAN Permulaan Kepada
Perkahwinan
Jurnal Hukum Jilid 28 Bahagian 1, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan
Perdana Menteri.

Dr. Mustafa Bugha dan 'Ali al-Syarbaji (2005). Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Ridhwan b.
Hashim. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Ahmad Ibrahim. (1999). Undang Undang Keluarga Islam di Malaysia. Lexis Nexis.
Singapura

Abdul Aziz Ismail, (1993), Kepimpinan Rumahtangga Menuju Kebahagiaan. ISBA


Publication & Distributor. Kuala Lumpur.

Abdul Jalil Bin Mohd. Hassan, Prof. Madya, Dr., (September 1993), Perkahwinan Dalam
Islam, Berdasarkan Kepada Dalil, Hukum, Hikmat dan panduan Kebahagiaan,

Kuala Lumpur: A.S Noordeen

http://kelantan.jksm.gov.my/jksnk/v2/index.php/ms/pusat-media/poligami

https://ms.wikipedia.org/wiki/Poligami_dalam_Islam

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf

12
13

Anda mungkin juga menyukai