Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia


berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara
perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu
sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi
dan mendudukinya buat sementara waktu. Perkara ini juga diceritakan di dalam kitab Injil dan
Taurat selain Al Quran dan Al Sunnah. Perkahwinan merupakan instrumen prelimenari /
primer kepada pembinaan keluarga sebagai unit asas dan tunjang sesebuah masyarakat.
Perkahwinan juga dianggap sebagai langkah permulaan kepada pembentukan keluarga.
Secara tradisinya setiap pasangan individu yang ingin memulakan dan membina sebuah
keluarga bersama perlu melalui peringkat perkahwinan.

2.0 KONSEP PERKAHWINAN

َ َ َ ََ ‫َ ُ أ أ‬ ُ ُ ٓ ُ ُ ٓ َُ ُ ‫َُ ُأ‬
ُ ۟‫م ٱْلي َٰى ى‬
۟‫َٰم وأ ِنكحوا‬ ۟ ‫ي ِمنك‬ ۟‫م ِم أ‬
۟ ‫ن َوٱلصىَٰ َِٰل ِح‬ ۟‫م فق َرا َ۟ء َيكونوا۟ ِإن َۚ۟وِإ َما ِئك أ‬
۟‫م ِع َب ِادك أ‬ ۟ ‫ٱّلل يغ ِن ِه‬
۟ ‫ِمن‬
‫َ َُ َ أ‬ َ
۟ ‫) ع ِليم۟ َ ىو ِسع۟ و‬٣٢
‫ٱّلل ۗ۟فض ِل ِهۦ‬

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha
Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Surah An-Nuur 24; Ayat 32

Dari segi bahasa, perkahwinan membawa maksud pernikahan atau penggabungan antara
dua unsur yang berlainan. Manakala dari sudut Islam pula, perkahwinan membawa maksud
ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berdasarkan akad nikah atau ijab dan kabul
yang sah. Dari segi syarak pula ialah satu akad yang mengandungi rukun-rukun dan syarat-
syarat tertentu untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan. Menurut
Imam Hanafi, nikah merupakan akad yang membolehkan persetubuhan setelah bersatunya
suami isteri dalam perkahwinan tersebut.
Sabda Rasulullah s.a.w

Anas r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda bahawa: "perkahwinan adalah sunnahku,
sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang
merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat
mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. Perkahwinan
merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah
sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan
generasi yang soleh.

َ ُ ُ ُُ َ َ ُ ََ َ ‫َ أ‬ َ َ َ ‫أ‬ َ ‫أ‬
‫اس َيَٰٓ ىَٰأ ُّي َها‬ ۟ ‫ِمن ُه َما َو َبث۟ ز أو َج َها ِمن َها َوخل‬
۟ ‫ق َ ىو ِحدة۟ نفس۟ ِّمن خلقكم ٱل ِذى ربك‬
۟ ‫م ٱتقوا۟ ٱلن‬
ً َ ٓ
۟ ‫َۚ۟و ِن َسا ً۟ء ك ِث ًيا ِر َج‬
‫ال‬

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari
diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah
memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.

Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1

Berdasarkan Firman Allah di atas, jelas menunjukkan perkahwinan adalah bertujuan bagi
menyambung keturunan, melalui cara yang dihalalkan dalam Islam. Sebaik sahaja mendirikan
rumahtangga, niat yang harus dipasang oleh pasangan suami isteri ialah melaksanakan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah. Apabila seseorang lelaki dan perempuan
itu berkahwin, tanggungjawab mereka menjadi semakin besar, dengan itu perlulah mereka
saling bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam memastikan
rumahtangga yang dibina itu harmoni dan bahagia, terutamanya dalam membentuk
pendidikan anak-anak yang bakal lahir.
Dari segi syarak hukum berkahwin ini terbahagi kepada empat. Pertama ialah wajib iaitu bagi
sesorang yang mampu berkahwin dan jika tidak berkahwin di kuatiri bolen menjatuhkan ke
lembah maksiat. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji
kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang
wajib perlu didahulukan. Kedua sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal
nafsunya. Ketiga harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk
berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan. Keempat makruh iaitu orang yang
tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi
kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat. Akhir sekali
hukumnya haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir
serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Manakala rukun berkahwin pula menurut jumhur ulama, terdapat lima rukun yang
mengesahkan nikah tersebut iaitu mesti mempunyai pengantin lelaki, pengantin perempuan,
wali nikah, dua orang saksi dan lafaz akad pernikahan. Setiap rukun di atas diikat dengan
beberapa syarat tertentu agar segalagalanya berlaku dengan sempurna.

2.1 KONSEP PERCERAIAN

"Dari Ahmad bin Yunus meriwayatkan dari Mu'arrif dari Muharib


berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : Di antara perkara yang
halal yang paling dibenci Allah ialah talak".

Daripada ayat al-Quran dan hadis di atas jelas bahawa perceraian adalah diharuskan namun
ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT. Jika seorang suami melafaz talak kepada
isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun ia dibenci Allah.Bagi isteri pula, jika ia memohon
cerai tanpa sebab, apatah lagi jika ia melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami
terpaksa menceraikannya, maka wanita tersebut tidak akan masuk syurga. Talak akan
menyebabkan penceraian dalam perkahwinan. Perceraian bermaksud menamatkan
hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi.
Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud
keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab.
Dalam Undang-undang Keluarga Islam jenis-jenis perceraian dapat dibahagikan kepada
beberapa bahagian iaitu TALAK, FASAKH, KHULUK ATAU TEBUS TALAK dan LI'AN. Talak
menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa
maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak
merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat
hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Erti
fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan
nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami
isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah
kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh hanya boleh
dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada
pihak suaminya.

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz
talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka
jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah
wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah
menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.

Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229:

“Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu
jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu
takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya
tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”

L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah seorang suami apabila ia menuduh
isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu
benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia
berdusta.
Masalah perceraian yang berlaku di Malaysia pada masa ini bukanlah satu masalah yang
kecil lagi dan boleh dipandang ringan namun ianya sudah bertukar menjadi satu masalah
yang besar. Masalah perceraian ini boleh dikatakan semakin meningkat kerana semakin hari
semakin banyak kes-kes perceraian yang difailkan di mahkamah. Mengikut laporan yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jumlah perceraian pada tahun
2007 ialah sebanyak 20, 259 kes berbanding 131, 086 perkahwinan yang telah didaftarkan.
Merungkai kepada masalah perceraian ini, siapakah yang harus dipersalahkan dan siapakah
yang harus dipertanggungjawabkan, adakah seorang lelaki yang bergelar suami atau
mungkin seorang wanita yang bergelar isteri ataupun keadaan sekeliling yang patut
dipersalahkan? Di samping itu juga, mengikut hasil kajian yang telah dilakukan oleh Datuk Dr.
Fadzilah Kamsah, punca perceraian yang sering berlaku ialah tiadanya persefahaman di
antara suami dan isteri. Walaupun sebelum ini mereka telah bercinta bertahun – tahun
lamanya, namun apabila mereka memasuki alam berumah tangga seakan – akan mereka
tidak mengenali antara satu sama lain. Hal ini sering kali berlaku bagi setiap pasangan kerana
timbulnya ketidakfahaman antara satu sama lain.
3.0 ANALISIS KES PENCERAIAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI SEREMBAN

DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA

RAYUAN PENGESAHAN CERAI KES MAL BIL. 05500-054-002-2007

ANTARA

MUHAMMAD SHAHRUL BIN ABDULLAH (PERAYU)

DAN

HAZURA AIDA BT ABDUL RAHMAN (RESPONDEN)

FAKTA KES :

Kes yang dibicarakan ini adalah satu rayuan yang difailkan oleh Perayu, Muhammad Shahrul
bin Abdullah berkaitan dengan Pengesahan Cerai yang telah diputuskan oleh Hakim
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 24 Januari 2006 yang
lalu. Hakim Bicara telah memutuskan bahawa lafaz cerai diluar dan tanpa kebenaran
Mahkamah yang dibuat oleh Perayu melalui tulisannya pada bulan Mei tahun 2005 adalah
sah dan telah gugur talaq tiga sekaligus (talaq bain kubra) ke atas Responden. Perayu tidak
berpuashati dengan keputusan Hakim Bicara telah membuat rayuan bagi mengakas semula
keputusan tersebut dengan mengemukakan beberapa alasan.

KRONOLOGI KES :

. Perayu dan Responden telah berkahwin pada 19hb Mac 2005 dan didaftarkan di Pejabat
Agama Islam Daerah Tampin, Negeri Sembilan.

2. Pada bulan Mei tahun 2005, Perayu telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Kuala Pilah
untuk membuat aduan mengenai masalah rumahtangga yang beliau hadapi.

3. Semasa mengisi borang aduan dan rundingcara tersebut di Pejabat Agama Daerah Kuala
Pilah, Perayu pada waktu yang sama telah menulis ayat “Bagi saya dah nekad, saya ceraikan
Azura Aida binti Abdul Rahman dengan talak tiga”.
4. Atas nasihat dan saranan pegawai di Pejabat Agama berkenaan, Perayu telah memfailkan
satu permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah melalui kes mal No. 05003-054-0075-
2005.

5. Mahkamah berpandukan kepada keterangan lisan dan juga dokumen borang aduan
Perayu, memutuskan bahawa telah gugur talak tiga (talak bain Kubra) ke atas Responden.

6. Perayu tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rendah telah mengemukakan


rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dengan memberikan beberapa alasan iaitu :-

(i) Yang Arif Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang / Syara’ kerana
memutuskan telah jatuh talaq tiga,

(ii) Yang Arif Hakim tersilap atau terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana
tidak meneliti keadaan sebenar Perayu semasa lafaz cerai tersebut dikeluarkan,

(iii) Yang Arif Hakim tersilap atau khilaf dari segi undang-undang / Syara’ kerana
membuat keputusan berdasarkan kepada pendapat ijtihad sahaja.

ANALISIS KES :

Secara umumnya, talaq terbahagi kepada dua, pertama talaq secara sorih ataupun jelas
maksudnya seperti suami berkata “aku talaq akan dikau”. Yang kedua ialah talaq secara
kinayah iaitu lafaz yang memberi erti talaq dan juga selain dari talaq. Jika soreh atau jelas
tidak memerlukan niat, dan kinayah pula memerlukan niat. Dalam kes ini, kenyataan
berbentuk tulisan yang dibuat oleh Perayu di dalam borang aduan tersebut yang berbunyi
“saya ceraikan Azura Aida binti Abdul Rahman dengan talak tiga” adalah jelas. Walau
bagaimanapun, mengikut hukum Syara’, apa-apa lafaz perceraian yang dibuat secara tulisan
merupakan lafaz penceraian yang berbentuk kinayah, yang memerlukan kepada niat penulis
lafaz. Ini adalah berpandukan kepada pendapat Mazhab Syafie berkaitan dengan talak dalam
bentuk tulisan dan boleh dilihat di dalam Kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, yang
menyatakan bahawa. Dan dikira tulisan itu sebagai talak dengan syarat:-

1. Bahawa ia disertai dengan niat. Sekiranya suami menulis kepada isterinya kamu
telah ditalaq tetapi tidak sertai dengannya niat, maka tidak dikira sebagai talak
2. Adalah tulisan itu hendaklah ditulis di atas sesuatu yang boleh ditulis seperti kertas,
kulit, kain dan seumpamanya. Sama ada ditulis dengan dakwat atau selainnya, atau
diukir untuk menggambarkan mentalakkan isterinya ke atas batu, atau kayu atau
ditulis di atas bumi.

3. Adalah suami itu menulis dengan sendirinya. Maka kalaulah diperintah orang lain
yang menulis talak itu dan berniat mentalak dengan tulisan orang lain, maka
sesungguhnya ia tidak dikira dan tidak jatuh dengannya talak kerana disyaratkan
bahawa tulisan dan niat itu mesti daripada suami sahaja.

Dalam kes di atas, tidak gugur lafaz talak tiga menerusi tulisan yang dibuat oleh Perayu, Haji
Hanafiah kerana dikatakan tidak ada niat oleh Perayu dan pendaftaran cerai yang telah dibuat
sebelumnya adalah dibatalkan. Saya percaya Yang Arif Hakim Bicara yang bijaksana telah
terlepas pandang mengenai perkara ini kerana dari penjelasan sebelum ini, talak melalui
tulisan mestilah mengandungi niat biarpun ditulis dengan jelas.

Selain dari pertimbangan tersebut, saya juga melihat kepada status Perayu yang baru
memeluk Islam pada 5hb Februari 2001. Perayu berkahwin dengan Responden pula pada
Mac 2005, iaitu lebih kurang 4 tahun 1 bulan selepas beliau memeluk Islam. Saya Muhammad
Syafiq percaya perayu masih belum mengetahui secara jelas mengenai hukum hakam
perkahwinan mengikut syarak secara terperinci, apatah lagi perkahwinan yang dibina hanya
beberapa bulan sahaja dari tarikh peristiwa ini berlaku, iaitu lebih kurang dua bulan selepas
perkahwinan dilangsungkan Dari keterangan perayu, saya percaya tindakan Perayu ke
pejabat Agama adalah untuk membuat aduan mengenai masalah rumahtangganya dan tidak
ada langsung niat untuk menceraikan Responden.
KEPUTUSAN KES:

Berikut ialah keputusan mahkamah di atas kes ini :

i. Rayuan Perayu Mohammad Shahrul bin Abdullah adalah diterima.

ii. Perintah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Pilah melalui kes mal No. 05003-
054-0075-2005 bertarikh 24hb januari 2006 iaitu:

“Lafaz cerai di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah yang dibuat oleh Perayu melalui
tulisannya pada Bulan Mei tahun 2005 adalah sah dan telah menggugurkan talak tiga sekali
gus (talaq bain kubra) ke atas defendan; dan Tertakluk kepada peruntukan seksyen 124
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan, Mahkamah memberi kebenaran
untuk perceraian ini didaftarkan” adalah dibatalkan dan Mahkamah mensabitkan bahawa
perkahwinan antara perayu, Mohammad Shahrul bin Abdullah K/p 780509-05-5023 dan
Responden Hazura Aida binti Abdul Rahman K/p 850327-05-5494 pada 19hb Mac 2005
adalah berterusan dan tidak gugur talak.

iii. Surat pendaftaran perakuan cerai no 9/06 no. siri 008349 bertarikh 7hb Februari 2006
hendaklah dibatalkan.

RUMUSAN :

Rumusan yang dapat saya berikan ialah penceraian melalui tulisan adalah berbentuk kinayah
dan mengikut syarat tertentu. Ianya memerlukan pemerhatian mahkamah daripada segi niat
individu tersebut. Oleh yang demikian Mahkamah memerintahkan bahawa Perayu Mohd
Shahrul bin Abdullah dan Responden, Hazura Aida binti Abdul Rahman adalah kekal sebagai
suami isteri dan pihak-pihak hendaklah kembali kepada perkahwinan yang asal.
4.0 MENJELASKAN PROSEDUR PERKAHWINAN BERDASARKAN SEKSYEN DALAM
ENAKMEN KELUARGA ISLAM

Prosedur perkahwinan di Malaysia hampir sama di seluruh negeri. Hanya terdapat beberapa
perbezaan prosedur perkahwinan jika melibatkan kes seperti kahwin di luar negara dan
sebagainya. Saya akan menerangkan prosedur perkahwinan yang sebetulnya berdasarkan
Seksyen dalam Enakmen Keluarga Islam di Negeri Sembilan. Terdapat beberapa prosedur
yang telah digaris pandukan oleh Mahkamah Syariah Malaysia:

4.1 Tiada Halangan Berkahwin

Maksudnya ialah pasangan yang sah berkahwin daripada hukum syarak. Iaitu bukanlah
daripada pasangan yang haram berkahwin untuk selamanya. Sebagai contoh dalam Seksyen
9 Pertalian yang melarang perkahwinan ada menjerumuskan individu yang haram berkahwin
iaitu ibu bapa, adik beradik, ibu susuan dan sebagainya.

4.2 Perjanjian untuk berkahwin (bertunang)

Pasangan digalakkan mengikat dahulu perjanjian berkahwin dengan bertunang. Bertunang


hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak
bersetuju maka satu tanda ikatan dimaterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan
perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan
hadiah lain. Namun berdasarkan Seksyen 15 Undang Undang Keluarga Islam (Negeri
Sembilan) Jika mana-mana orang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum
Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada dengan sendirinya atau
melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu
lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah, sedangkan pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin
dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan untuk memulangkan
pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang
yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau bagi pihak yang satu lagi sebagai
persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian itu boleh dituntut melalui tindakan dalam
Mahkamah.
4.3 Menghadiri Kursus Pra Perkahwinan

Langkah pertama ialah bakal pengantin lelaki dan perempuan harus menghadiri kursus pra
perkahwinan bagi mendapatkan sijil kursus pra perkawinan bagi melayakkan setiap pasangan
berkahwin. Menurut keterangan laman web Jakim setiap individu warganegara Malaysia yang
bekerja atau tinggal di luar Negara dan ingin berkahwin wajib mengambil sijil tersebut. Sijil ini
sah digunakan seumur hidup dan tiada tarikh luput. Kursus Pra Perkahwinan ini sangat
penting bagi memastikan pasangan yang ingin berkahwin mempunyai ilmu perkahwinan dan
bersedia untuk berkahwin.

4.4 Menjalani Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan adalah prosedur wajib yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Pasangan yang ingin berkahwin perlu menjalani pemeriksaan ujian saringan
HIV supaya memastikan pasangan tersebut dalam keadaan kesihatan yang baik dan
mengelakkan penyebaran penyakit.

4.5 Mengisi Borang Permohonan Nikah

Cara mengisi Borang perkahwinan ini tertakluk kepada dua bentuk perkahwinan.iaitu yang
pertama berdasarkan Enakmen Undang Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Seksyen 16 (1) jika pasangan berkahwin daripada tempat, kariah atau daerah yang sama.
Kedua dua pasangan boleh mengisi borang daripada Penolong Pendaftar yang sama dan
menghantar kepada pejabat Daerah agama di tempat mereka. Kedua, pasangan yang
berbeza kariah dan daerah. Berdasarkan seksyen 16 (2), Jika lelaki itu bermastautin di kariah
masjid yang berlainan daripada kariah masjid perempuan itu, atau bermastautin di mana-
mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi kebenaran serta pernyataan
Pendaftar bagi daerah atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu (borang luar kariah).
Selain itu, Permohonan setiap satu pihak berserta Sijil Kursus Praperkahwinan Islam yang
diiktirafkan hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum
tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa
yang lebih singkat dalam mana-mana hal tertentu.
5.0 RUJUKAN

ENAKMEN 11 TAHUN 2003 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI


SEMBILAN) 2003

Dr. Mustafa Bugha dan 'Ali al-Syarbaji (2005). Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Ridhwan b. Hashim.
Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

http://kelantan.jksm.gov.my/jksnk/v2/index.php/ms/pusat-media/perceraian

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam

Ahmad Ibrahim. (1999). Undang Undang Keluarga Islam di Malaysia. Lexis Nexis. Singapura

Abdul Aziz Ismail, (1993), Kepimpinan Rumahtangga Menuju Kebahagiaan. ISBA Publication
& Distributor. Kuala Lumpur.

Abdul Jalil Bin Mohd. Hassan, Prof. Madya, Dr., (September 1993), Perkahwinan Dalam
Islam, Berdasarkan Kepada Dalil, Hukum, Hikmat dan panduan Kebahagiaan, Kuala
Lumpur: A.S Noordeen

Anda mungkin juga menyukai