Anda di halaman 1dari 15

7.

0 INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM

7.1 INSTITUSI KELUARGA

Konsep dan falsafah institusi keluarga

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam masyarakat Islam. Ia merupakan unit
kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Keluarga memainkan peranan
yang penting dalam membentuk peribadi individu yang baik. Dari situ akan lahir masyarakat
yang berdisiplin dan akan tertegak negara yang cemerlang serta diredai Allah SWT. Keluarga
lahir dari ikatan perkahwinan antara dua individu yang kemudiannya berkembang menjadi
suatu institusi keluarga. Berikut merupakan tujuan perkahwinan menurut Islam:

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah ‫ﷺ‬. dan menurut pandangan Islam perkahwinan
adalah ibadat. Pandangan ini amat berbeza sekali dengan fahaman dan pegangan agama-
agama lain seperti Kristian, Buddha dan lain-lain yang melarang ketua-ketua agamanya
berkahwin kerana mereka percaya perkahwinan bukan ibadat.

Islam menerima perkahwinan itu sebagai satu ibadat kerana:

i. Memberikan sumbangan kepada agama, pembangunan negara dan masyarakat.


ii. Melaksanakan perintah Allah sebagai khalifah Allah di muka bumi.
iii. Menunaikan amanah Allah iaitu mendidik anak-anak.

Dari segi falsafahnya, pembentukan institusi keluarga Islam adalah sangat penting atas dasar-
dasar berikut:

100
i- Mengekalkan dan mengukuhkan kesinambungan generasi manusia

Institusi keluarga sangat penting untuk memastikan kewujudan manusia di bumi berterusan.
Sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang bermaksud: “Kahwinlah kamu perempuan-perempuan yang
penyayang dan subur, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang ramai pada hari
kiamat kelak”. (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)

Hasil daripada perkahwinan dan pembentukan keluarga, lahirlah anak-anak yang akan
mengambil tugas ibu bapa mereka seterusnya. Proses ini akan berterusan dengan harmonis
bagi menjamin kelangsungan hidup manusia di muka bumi.

ii- Memelihara akhlak dan kesopanan serta kemuliaan manusia

Pembinaan institusi keluarga dapat mengawal individu dan masyarakat daripada terjebak
dalam kancah kemaksiatan kerana dorongan nafsu. Setiap manusia dikurniakan nafsu
syahwat oleh Allah SWT. Jika nafsu syahwat tidak dikawal dan disalurkan pada tempat yang
sewajarnya, sudah pasti akan berlaku kerosakan akhlak dan meruntuhkan martabat manusia
sebagai makhluk yang mulia. Justeru, perkahwinan adalah perlu agar nafsu syahwat dapat
dikendalikan dengan cara yang betul dan menyumbang kepada pembinaan institusi keluarga
yang kaya dengan nilai-nilai akhlak yang mulia.

iii- Menjamin kesejahteraan rohani dan jasmani

Manusia adalah makhluk yang istimewa kerana mempunyai keperluan rohani dan jasmani.
Dari segi jasmani, manusia dapat menikmati kesejahteraan dengan menjaga kesihatan tubuh
badan melalui amalan pemakanan yang sihat. Namun dari aspek rohani, manusia perlukan
kasih sayang, cinta dan perhatian. Maka dengan adanya institusi keluarga, aspek rohani
dapat diisi dengan kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak.

iv- Menyemai semangat tolong-menolong, persaudaraan dan perpaduan.

Institusi keluarga juga dapat mewujudkan semangat kekitaan sesama ahli keluarga.
Perkahwinan yang terjalin akan mengeratkan hubungan silaturrahim suami-isteri dan
tanggungjawab bersama. Malah seluruh ahli keluarga yang terdiri daripada anak-anak mentua
kedua-dua belah pihak akan merasai satu persaudaran yang ikhlas sebagai satu keluarga.
Perasaan kesatuan atas dasar kasih sayang dan pertalian darah akan membentuk perpaduan
dalam keluarga.

Indahnya Islam yang mewujudkan institusi ini. Jika dibandingkan dengan institusi negara
Barat, mereka menentang institusi kekeluargaan dengan alasan hak asasi manusia dan
kebebasan. Isteri bebas melakukan apa sahaja. Begitu juga anak mereka dengan dunia
mereka sendiri tanpa kongkongan. Sebab itulah aktiviti seks bebas melata di bumi mereka.
Wanita-wanita bebas tidur bersama sesiapa sahaja lelaki yang diingininya sehingga tidak
diketahui siapa bapa dan ibu kepada anak yang dilahirkannya.

101
PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan


merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Perkahwinan
merupakan satu ibadah yang sangat indah, bukan sekadar menghubungkan hati dua insan
tetapi menghubungkan hati dengan dua keluarga yang adakalanya sangat berbeza latar
belakang, negara dan budaya. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 3:

َ َ َٰ َ ُ َ َ َٰ َ ُ َ َٰ َ َ ٓ َ َ ُ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َٰ َ َ ْ ُ ُ ‫ُ َا‬
ۡ‫وا ۡماۡطاب ۡلكمۡمِن ۡٱلنِساءِۡ ۡمثَن ۡوثلث ۡوربعَۖۡفإِن‬ ۡ ‫كح‬ َٰۡ ‫ِۡف ۡٱۡلت‬
ِ ‫م ۡ ۡفٱن‬ ِ ‫ِإَونۡ ۡخِفتم ۡأَّل ۡتقسِ طوا‬
ْ ُ َ ‫ُ َ ا َ ُ ْ َ َ َ ً َ َ َ َ َ َ َ ُ ُ َ َٰ َ َ َ ٰٓ َ ا‬
ۡ٣ۡ‫َنۡأَّلۡت ُعولوا‬ ‫خِفتمۡأَّلۡتع ِۡدلواۡفوَٰحِدةۡأوۡماۡملكتۡأيمَٰنك ۚۡمۡذل ِكۡأد‬

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu
berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan
berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat
(untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”.

Sementara Rasulullah ‫ ﷺ‬telah bersabda yang bermaksud: “Adalah Nabi ‫ﷺ‬. memerintah kami
berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda
Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga
kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak”. (HR. Imam Ahmad)

Islam juga memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu,
Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang bermaksud: “Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya
mungkin kecantikannya menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan pula kerana
kekayaannya kerana mungkin kekayaannya menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi
kahwinlah wanita itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih
agamanya adalah terlebih utama”. (HR. Baihaqi)

Adakah itu nikah? Nikah dari segi bahasa ialah ikatan atau simpulan. Manakala, menurut
istilah syarak, ia bermaksud suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan
membatas hak dan kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan yang bukan mahram.

Sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang bermaksud: “Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci
sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku”. (HR. Ibnu Majah)

Terdapat lima hukum nikah yang perlu diketahui oleh pasangan pengantin. Berikut adalah
hukum-hukum nikah tersebut.

102
PERANAN, HAK DAN TANGGUNGJAWAB DALAM INSTITUSI KELUARGA

Dalam topik ini anda akan mengetahui peranan, hak dan tanggungjawab khusus suami, isteri
dan anak-anak yang merupakan komponen penting dalam institusi keluarga. Antara kunci
kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga Muslim ialah setiap anggota keluarga
memainkan peranan masing-masing. Amanah ini digalas dengan rasa sedar, rela dan bukan
atas paksaan.

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI

1. Suami Menyediakan Tempat Tinggal, Pakaian Dan Makanan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 6:

َ َٰ َ ْ ُ ‫ُ ا‬ ‫ا‬ َ َ ْ ُ َ ُ ‫ُ ُ َ َ ُ َ ٓ ُّ ُ ا‬ ُ َ َ ُ َ ‫ا‬ ُ ُ َ
ۡ‫ت َۡح ٖل‬ ِ ‫ن ۡمِن ۡحيث ۡسكنتمۡمِنۡوجدِكم ۡوَّل ۡتضاروهن ِۡلِ ضيِقوا ۡعلي ِهنۚۡ ِۡإَونۡكن ۡأول‬ ۡ ‫أسكِنوه‬
ُ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ ‫َ َ ُ ْ َ َ ا َ ا َٰ َ َ َ َ َ ُ ا َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ ُ ا ُ ُ َ ُ ا‬
ۡ‫وف‬
ٖۖ ٖ ‫فأنفِقواۡعلي ِهنۡحَّتۡيضعنَۡحلهنۚۡۡفإِنۡأۡرضعنۡلكمۡفۡاتوهنۡأجورهنۡوأت ِمروا ۡۡبينكمۡبِمع ۡر‬
ُ َُ ُ ُ َ َ ُ َ َ َ
َٰ ‫ۡل ٓۡۥۡأخ َر‬
ۡ٦ۡ‫ى‬ ۡ ‫ضع‬ ِ ‫ِإَونۡتعاَستمۡفسُت‬

“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai
dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di

103
tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka
keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya;
kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka
upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik
dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah
perempuan lain menyusukannya”.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 34:

َ ْ َُ َٓ َ
ۡ ۡ٣٤ۡ…..ۡ‫ۡوب ِ َماۡأنفقواۡمِنۡأم َوَٰل ِ ِه ۚۡم‬ َٰ َ َ ‫ٱّللۡ َبع َض ُهم‬
‫ۡلَع َۡبع ٖض‬
‫َ ا َ ا‬ ٓ ََ َ َ ُ َ
ُۡ ۡ‫الۡق َٰاو ُمونۡلَعۡٱلن ِ َسا ِۡءۡب ِ َماۡفضل‬
ۡ ‫ٱلرج‬
ِ

“Lelaki itu bertanggungjawab ke atas wanita dengan apa yang dilebihkan oleh Allah
sebahagian mereka atas sebahagian dan dengan apa yang mereka nafkahkan daripada
harta-harta mereka……”.

2. Suami Memberi Nafkah Sekadar Yang Mampu.

Sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang bermaksud: “Sejahat-jahat manusia ialah yang mempersempitkan


nafkah keluarganya”. (HR. Thabarani)

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: “Dinar yang kamu nafkahkan ke jalan Allah. Dinar yang
kamu belanjakan untuk membebaskan hamba. Dinar yang kamu belanjakan untuk orang
miskin. Dan Dinar yang kamu belanjakan buat keperluan keluargamu. Maka yang paling besar
pahalanya ialah yang kamu nafkahkan ke atas keluargamu itu”. (HR. Ahmad)

3. Mendidik Isteri Berilmu Bagi Menunaikan Kewajipan Fardu Ain

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 34:

َ ْ َُ ََٓ َ
َ َٰ َ َ ‫ٱّللۡ َبع َض ُهم‬
ۡ ۡ٣٤ۡ…..ۡ‫ۡلَع َۡبع ٖضۡوبِماۡأنفقواۡمِنۡأمول ِ ِه ۚۡم‬
َٰ ‫َ ا َ ا‬ ٓ ََ َ َ ُ َ
ُۡ ۡ‫الۡق َٰاو ُمونۡلَعۡٱلن ِ َسا ِۡءۡب ِ َماۡفضل‬
ۡ ‫ٱلرج‬
ِ

“Lelaki itu bertanggungjawab ke atas wanita dengan apa yang dilebihkan oleh Allah
sebahagian mereka atas sebahagian dan dengan apa yang mereka nafkahkan daripada
harta-harta mereka……”.

Sabda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang bermaksud: “Nasihatilah oleh kamu semua terhadap wanita itu
dengan cara yang baik kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah
Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah”. (HR. Ibnu Majah dan
Nasaee)

104
4. Bergaul Dengan Isteri Dengan Cara Yang Baik.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 19:

ُ َ َ َٓ ْ َ ُ ُ ُ َ َ َ َۖ ٗ َ َ ٓ َ ْ ُ َ َ ُ َ ُّ َ َ ْ ُ َ َ َ ‫َ ٰٓ َ ُّ َ ا‬
ۡ‫ۡءاتي ُت ُموه ان‬‫ۡوَّلۡتعضلوه انِۡلِ َذه ُبواۡب ِ َبع ِضۡما‬ ‫ِينۡءامنواَّۡلَۡيِلۡلكمۡأنۡت ِرثواۡٱلنِسا ۡءۡكرها‬ ۡ ‫يأيهاۡٱَّل‬
ٗ َ ْ ُ َ َ َ ٰٓ َ َ َ ‫َ ُ ُ ُ ا‬ َ ُ َ ‫ا‬ ُ ُ َ َ َ َ ُّ َ َٰ َ َ َ َ ٓ ‫ا‬
ۡ‫ن ۡفعَس ۡأن ۡتك ۡرهوا ۡشيۡا‬ ۡ ‫وف ۡفإِن ۡك ِرهتموه‬
ٖۡۚ ِ ‫حشةٖ ۡمبيِنةٖٖۚ ۡوَع ِِشوهن ۡۡب ِٱلمعر‬ِ ‫إَِّل ۡأن ۡيأت ِني ۡبِف‬
َ ٗ َ ‫َ ا‬
ۡ ۡ١٩ۡ‫ۡيا‬ٗ ِ ‫اۡكث‬ ُۡ ۡ‫َو َيج َعل‬
‫ٱّللۡفِيهِۡخۡي‬

“Wahai orang yang beriman tidak halal bagi kamu mewarisi wanita secara paksa dan tidaklah
boleh kamu menghalangi mereka daripada berkahwin supaya dikurangkan mas kahwin
kecuali sekiranya nyata mereka berbuat kekejian dan bergaullah dengan mereka secara yang
baik maka sekiranya kamu membenci mereka pada suatu perkara mungkin Allah jadikan
padanya kebaikan yang banyak”.

Dalam sesebuah institusi perkahwinan, Allah SWT telah mengamanahkan tanggungjawab


tertentu kepada suami dan juga isteri. Tanggungjawab ini ialah suatu ibadah yang mesti
dipikul bersama-sama oleh pasangan suami isteri.

Pasangan suami isteri harus bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab ini dengan
sebaik mungkin. Sebaik-baiknya ikutilah dan contohilah akhlak Rasulullah SAW dalam
menguruskan rumah tangga. Perjalanan menempuhi kehidupan bersama semestinya harus
berpandukan syariat Islam.

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI

1. Mentaati Suami

Isteri wajib mentaati suami dalam semua perkara selagi mana perintahnya tidak bertentangan
dengan ajaran agama Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 34:

َ ْ َُ ََٓ َ
َ َٰ َ َ ‫ٱّللۡ َبع َض ُهم‬
ۡ ۡ٣٤ۡ…..ۡ‫ۡلَع َۡبع ٖضۡوبِماۡأنف ۡقواۡمِنۡأمول ِ ِه ۚۡم‬
َٰ ‫َ ا َ ا‬ ٓ ََ َ َ ُ َ
ُۡ ۡ‫الۡق َٰاو ُمونۡلَعۡٱلن ِ َسا ِۡءۡب ِ َماۡفضل‬
ۡ ‫ٱلرج‬
ِ

“Lelaki itu bertanggungjawab ke atas wanita dengan apa yang dilebihkan oleh Allah
sebahagian mereka atas sebahagian dan dengan apa yang mereka nafkahkan daripada
harta-harta mereka……”.

Dengan sebab itu, maka wanita solehah ialah yang taat kepada Allah SWT dan memelihara
dirinya dibelakang suaminya kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang
kamu khuatiri nusyuz, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka dan
pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu janganlah kamu mencari jalan untuk
menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

105
2. Layanan Yang Baik Dan Menghormati Suami.

Ia dilakukan seiring dengan memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti kehidupan
bersama. Ini termasuk menjaga maruah diri sendiri, suami dan keluarga. Isteri wajib
memenuhi kehendak suami, menjaga penampilan dirinya serta merendahkan suaranya
dengan hormat bila berbicara. Secara umum, peranan isteri juga adalah menjaga hal-ehwal
rumah tangga. Perbuatan nusyuz amat dilarang apatah lagi jika isteri diberi layanan baik oleh
suaminya.

3. Menjaga Harta Suami.

Isteri wajib menjaga harta benda suami dalam apa jua keadaan. Isteri dilarang memberikan
harta suami kepada orang lain tanpa izin atau membelanjakan harta suami sesuka hati. Isteri
wajib menghargai penat lelah suami dalam urusan mencari nafkah buat keluarga. Harta perlu
dibelanja secara berhemah dan membuat perancangan dalam perbelanjaan.

4. Tidak Membenarkan Lelaki Masuk Ke Rumah Tanpa Izin Suami.

Seiring dengan ciri kewanitaan dan menjaga maruah keluarga, isteri dilarang mengajak atau
membenarkan lelaki bukan mahram masuk ke dalam rumah sewaktu ketiadaan suami.
Perbuatan ini boleh mengundang fitnah dan cemburu suami yang mengakibatkan krisis dalam
rumah tangga. Walaubagaimanapun, dalam hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan,
lelaki bukan mahram dibenarkan masuk untuk menghulurkan bantuan seperti kebakaran,
sakit dan lain-lain hal yang munasabah.

Kesimpulannya, sikap saling bantu-membantu, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta


sikap toleransi boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati iaitu rumah
sebagai tempat yang membawa kebahagiaan kepada pasangan suami isteri – seperti
ungkapan Rumahku, Syurgaku.

Dunia keluarga memang penuh cabaran. Bukan sentiasa akan bergembira, ada masanya
akan turut menangis hiba. Namun, sebagai suami isteri yang hidup bersama, haruslah bersatu
hati dan berusaha menghidupkan rumah tangga yang bahagia hingga ke syurga kelak.

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK

1. Hormat Dan Patuh Arahan Ibu Bapa.

Anak-anak wajib menghormati dan mematuhi arahan ibu bapa selagi mana ia tidak
bercanggah dengan kehendak syarak. Kewajipan ini ditaklifkan kepada semua anak-anak
biarpun ibu bapa mereka berlainan agama. Seorang anak haruslah bercakap dengan
menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dan jangan sekali-kali membantah serta
mengherdik mereka. Apatah lagi, dilontarkan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah
oleh Allah SWT. Perbuatan seperti menjerit, memaki hamun, mengherdik dan bercakap kasar
kepada ibubapa adalah haram sama sekali kerana berdosa besar. Firman Allah dalam Surah
Al-Israa’ ayat 23:

106
ُ َ َ َٓ ُ ُ َ َ ََ َ ‫اۡيبلُ َغ ان ۡع‬ َ َ ُ‫ك َۡأ اَّل َۡتع ُب ُد ٓوا ْۡإ اَّلٓ ۡإيااه‬
َ ُّ َ َٰ َ َ َ
ۡ‫ۡلِكه َما‬ ۡ ‫ِند َك ۡٱلك‬
ِ ‫ِب ۡأحدهما ۡأو‬ َ ‫س ًنا ۚۡۡإ ام‬
ِ َٰ ‫ح‬ ‫إ‬
ِ ِۡ ۡ
‫ن‬ ‫ي‬ َ ِ َٰ ‫ۡو ۡبٱل َو‬
‫ِل‬ ِ ِ ِ ‫۞وقَض ۡرب‬
ٗ ‫ۡكر‬ َ ٗ َ َ ُ‫َ َ َُ اُ َ ٓ ُ ََ َ َ ُ َ َ ُ ا‬
ۡ٢٣ۡ‫يما‬ ِ ‫فَلۡتقلۡلهماۡأ ٖفۡوَّلۡتنهرهماۡوقلۡلهماۡقوَّل‬
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari
keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.

2. Menjaga Nama Baik Dan Maruah Keluarga

Anak-anak bertanggungjawab menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga dengan berakhlak
mulia dan menjauhi perbuatan mungkar. Perbuatan mencalarkan maruah keluarga amat
memberikan kesan yang negatif kepada emosi ibu bapa. Namun, dalam hal ini ibu bapalah
terlebih dahulu bertanggungjawab memberikan didikan kerohanian, akademik dan kemahiran
yang sesuai dengan minat anak untuk membina potensi diri mereka. Pendidikan pertama
bermula dari rumah lagi dan ibu bapalah yang menjadi contoh paling akrab kepada anak-
anak.

3. Membalas Jasa Ibu Bapa

Anak-anak wajib membalas jasa ibu bapa mengikut kemampuan yang mereka. Gembirakan
hati ibu bapa dengan perkara-perkara yang baik, seperti membawa mereka melancong,
memberikan wang, memberikan rawatan sekiranya mereka sakit dan sentiasa menghubungi
mereka jika berjauhan. Sentiasa berdoa untuk ibu bapa sama ada mereka masih hidup atau
telah pun tiada. Anak-anak boleh memanjangkan jariah untuk ibu bapa melalui amalan
sedekah, infak, wakaf dan lain-lain. Anak- anak juga sangat dituntut untuk memanjangkan
silaturrahim dengan dengan kawan-kawan ibu bapa biarpun setelah ibu bapa tiada.

Hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim juga menyatakan tentang tiga perkara yang
pahalanya akan terus mengalir untuk orang yang melakukannya walaupun dia sudah
meninggal dunia. Salah satunya daripada pahala itu adalah anak soleh yang mendoakannya.

7.2 INSTITUSI MASYARAKAT.

Konsep dan falsafah pembentukan masyarakat.

Masyarakat dalam konteks Islam ialah gabungan manusia yang diwujudkan atas ikatan
syariah rabbani yang bermatlamatkan kehidupan yang sejahtera serta aman damai.
Masyarakat Islam juga merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling
berkait antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang
beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Masyarakat Islam yang pertama ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah ‫ﷺ‬. dan para
sahabat di Madinah. Umat Islam yang berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.

107
telah melaksanakan tugas yang berlandaskan nilai-nilai Islam dengan cekal, gigih dan jujur
sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh bagi
masyarakat Islam selepasnya.

Tegasnya, walaupun masyarakat Islam terdiri daripada pelbagai kelompok manusia


seumpama lelaki, perempuan, bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, namun perbezaan ini
tidak menyekat masyarakat Islam daripada mengenali atau berinteraksi antara satu sama lain.
Uniknya, masyarakat Islam dari segi definisinya bukanlah kerana perbezaan warna, kulit,
bangsa, bahasa dan negara, tetapi sejauhmana masyarakat itu tunduk dan patuh kepada
Allah SWT. Ketakwaanlah yang menjadi ukuran penting dalam menentukan konsep
masyarakat Islam.

Asas-asas pembinaan masyarakat Islam

Al-Qur’an dan al-Sunnah telah meletakkan asas-asas yang kukuh dalam pembentukan
kehidupan masyarakat Islam. Berikut adalah asas-asas yang membentuk masyarakat Islam:

1. Akidah Islam.

Asas utama pembentukan masyarakat Islam adalah untuk memelihara, menjaga dan
menegakkan akidah Islam. Akidah tauhid amat penting untuk membebaskan manusia
daripada belenggu khurafat yang boleh membawa kemunduran iaitu kepercayaan karut-marut
yang tidak berasaskan akal rasional. Akidah tauhid juga akan membebaskan manusia
daripada belenggu modenisme yang menafikan kewujudan Tuhan sehingga membawa
kehancuran akhlak manusia dan sistem nilai.

2. Tolong-Menolong Atas Kebaikan Bukan Kerosakan.

Masyarakat Islam mesti bekerjasama untuk kebaikan dan tidak bekerjasama untuk melakukan
dosa dan perbuatan keji. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2:

َ ُ َ َ ‫َ ُ َ َٰ َ ا ُ ْ ا َ ا ا‬ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ َٰ َ ‫َ ا‬ ََ ْ َُ َََ
ۡ٢ۡ‫اب‬
ِۡ ‫ِيدۡٱلعِق‬
‫ٱّللۡشد‬
ۡ ۡ‫ٱّللَۖۡإِن‬
ۡ ۡ‫وا‬ۡ ‫نۡ ۡوٱتق‬
ِٖۡۚ ‫ٱۡلث ِۡمۡ ۡوٱلعدو‬
ِ ۡ ‫ۡلَع‬ ‫وا‬ ‫ن‬ ‫او‬ ‫ع‬‫ۡت‬‫َّل‬ ‫و‬َۡۖۡ
‫ى‬ ‫و‬ ‫ق‬ ‫ٱِل‬ۡ
‫و‬ ۡ ۡ
‫ب‬
ِ ِ ‫ٱل‬ۡ ‫ۡلَع‬ ‫…ۡوتعاونوا‬

“dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan
bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi
sesiapa yang melanggar perintahNya)”.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 56:

َ َ َ َ َ ْ ُ ُ ََ
ۡ ۡ٥٦….ۡ‫حها‬ َٰ ۡ ِ ‫ِۡفۡٱۡل‬
ِ ‫ۡرضۡبعدۡإِصل‬ ِ ‫سدوا‬
ِ ‫َّلۡتف‬
ۡ‫و‬

“Jangan kamu berbuat kejahatan di permukaan bumi sesudah ia menjadi baik”.

108
3. Bersatu Padu Sesama Manusia Adalah Ibadat Yang Mulia.

Masyarakat Islam menekankan aspek bersatu padu sebagai satu bentuk ibadat yang dituntut
dalam Islam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Imran ayat 112:

‫ا‬ َ َ َ ‫َ ا‬ َ ‫ُ َ َ َ ُ ا ُ َ َ َ ُ ُ ْٓ ا‬
ۡ ِ ‫ٱّللِۡوحب ٖلۡمِنۡٱنل‬
ۡ ۡ١١٢ۡ…….ۡ‫اس‬ ۡ ۡ‫ِۡبب ٖلۡمِن‬
ِ ‫ُضبتۡۡعلي ِهمۡٱَّلِل ۡةۡأينۡماۡث ِقفواۡإَِّل‬
ِ

“Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali jika mereka berpegang
pada tali (ad-Din) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia”.

Ketiga-ketiga asas di atas adalah dasar utama pembentukan kehidupan masyarakat Islam.

Peranan, Hak Dan Tanggungjawab Dalam Masyarakat Islam.

Di samping memahami konsep dan asas-asas pembentukan masyarakat Islam, anda juga
harus sedar akan peranan, hak dan tanggungjawab setiap individu dalam masyarakat Islam.
Antara peranan, hak dan tanggungjawab yang digariskan dalam Islam adalah seperti yang
tertera di bawah:

1. Hak Individu.

Setiap individu berperanan dan bertanggungjawab menjaga diri sendiri dari segi jasmani dan
rohani. Kesihatan rohani dan jasmani amat penting dalam pembinaan individu yang sihat dan
sejahtera. Perkara-perkara yang merosakkan diri seperti minum arak dan makan benda yang
haram harus dielakkan sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 195:

َ ُّ ُ َ‫ُ َ ا ُ َ ََ ُ ْٓ ا ا‬ َ ْ ُ ُ َ ‫ا‬ َ ْ ُ ََ
ۡ ۡ١٩٥ۡ‫ِني‬
ۡ ‫سن‬ ُ
ِ ‫ٱّللَۡيِبۡٱلمح‬ َ
ۡ ۡ‫ٱّلل ِۡوَّلۡتلقواۡبِأيدِيكمۡإَِلۡٱِلهلكةِۡۡوأحسِن ۚۡواۡإِن‬
ۡ ۡ‫يل‬ِ ِ ‫واۡ ِِفۡسب‬
ۡ ‫وأن ِفق‬

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu
sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang berbuat baik”.

2. Hak Keluarga.

Setiap ahli keluarga perlu bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan menyediakan


keperluan asas seperti makanan, minuman dan tempat tinggal yang selesa. Malah, hak
keluarga juga termasuk peranan ibu bapa memberi pendidikan Islam yang sempurna kepada
anak-anak agar ahli keluarganya tunduk kepada Allah sebagaimana firman Allah SWT dalam
Surah al-Tahrim ayat 6:

ٞ َ ٌ َ ٰٓ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ ُ ‫ُ َ ٗ َ ُ ُ َ ا‬ َ َ ُ َ ُ َ ْ ُ ْ ُ َ َ ‫َ ٰٓ َ ُّ َ ا‬
ۡ ‫ِين ۡ َءامنوا ۡق ٓوا ۡأنفسكم ۡوأهل ِيكم ۡناراۡوقودهاۡٱنل‬
ۡ‫اس ۡ ۡوٱۡل ِجارۡة ۡعليهاۡملئِكة ۡغَِلظ‬ ۡ ‫يأيها ۡٱَّل‬
َ َُ ُ َ َ َُ ََ ََََُٓ َ‫ ا َ ُ َ ا‬ٞ َ
ۡ ۡ٦ۡ‫ٱّللۡماۡأمرهمۡويفعلونۡماۡيؤمرون‬
ۡ ۡ‫شِدادَّۡلۡيعصون‬

109
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang
bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah
dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan
segala yang diperintahkan”.

3. Hak Untuk Hidup.

Nyawa adalah sesuatu yang mulia dalam Islam dan setiap individu dalam masyarakat harus
menghormati dan menghargai nyawa manusia. Malah syariah Islam memberi keutamaan
dalam memelihara nyawa manusia sepertimana tercatat dalam firman Allah SWT dalam
Surah al-Maidah ayat 3:

ٌ ُ َٰ َ َٰ َ َ ْ ُ َ َ َ َ ُ ُّ ََ َ ُ ََ ُ ‫ََ ٓ َ َ َ ا ُُ ا َ َ ا‬
ۡ ۡ٣ۡ..‫ق‬
ۡ ‫واۡۡب ِٱۡلزل ِٖۚۡمۡذل ِكمۡف ِس‬
ۡ ‫نۡتستقسِم‬
ۡ ‫بۡوأ‬
ِۡ ‫…ۡوماۡأكلۡٱلسب ۡعۡإَِّلۡماۡذكيتمۡوماۡذبِحۡلَعۡٱنلص‬

“Sesiapa yang membunuh manusia tanpa alasan yang membolehkan dia membunuh orang
itu atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi maka seolah-olah dia telah membunuh
manusia kesemuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia maka
seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia keseluruhannya”.

4. Menjaga Maruah Dan Peribadi

Islam melarang setiap ahli masyarakat terlibat dalam perbuatan menjatuhkan maruah peribadi
seseorang insan. Maruah dan peribadi adalah suatu nilai yang sangat mulia dalam Islam.
Orang yang bermaruah dan berperibadi tinggi tidak akan melakukan perbuatan mencari
kesalahan atau keburukan orang lain sehingga mencemarkan maruah dan peribadi orang itu.
Malah, Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 11:

َٰ َ َ ْ َُ ََ ََ ُ َ ُ َ ْٓ ُ َ ََ
ۡ١١ۡ…..ۡ‫ب‬
ِٖۡۖ ‫…ۡوَّلۡتل ِمزواۡأنفسكمۡوَّلۡتنابزواۡۡب ِٱۡللق‬

“Dan janganlah sesetengah daripada kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan
janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan panggilan yang buruk”.

5. Kebebasan Berfikir Dan Menyatakan Pendapat

Setiap individu bebas berfikir dan menyuarakan pendapat untuk menyatakan pandangan
peribadi mereka. Namun begitu, kebebasan ini tidak boleh melanggar ketetapan syariah
seumpama menyebarkan fitnah dan khabar buruk tentang seseorang yang tidak disukainya.

6. Kebebasan Bergerak

Setiap manusia adalah bebas bergerak dalam negara yang sah sebagai tempat tinggalnya.
Oleh itu, tiada siapa yang berhak untuk memaksanya meninggalkan sesuatu tempat itu tanpa
sebab-sebab yang munasabah. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mulk ayat 15 yang

110
bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah”.

7. Hak Sama Rata

Setiap manusia berhak untuk mendapatkan layanan yang sama rata tanpa mengira bangsa
dan keturunan. Malah, semua orang adalah sama di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam
Surah al-Ahqaf ayat 19 yang bermaksud: “Bagi mereka masing-masing (daripada jin dan
manusia yang berbuat baik dan jahat) disediakan pelbagai peringkat pembalasan yang sesuai
dengan apa yang telah mereka kerjakan”.

8. Hak Keadilan Dan Kehakiman

Tiada perbezaan kelas dalam perundangan Islam kerana setiap orang berhak mendapatkan
pengadilan dan kehakiman untuk dirinya daripada penindasan dan penganiayaan.
Pemerintah bertanggungjawab untuk memastikan setiap rakyat mendapat hak pengadilan
yang saksama. Allah SWT. berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 49:

‫َٓ َ ََ ا‬
ُۡ‫ٱّلل‬ َ ۢ َ َ ُ َ َ ُ َ َ ُ ََٓ َ ‫ُ َ َُ َ ٓ َ ََ اُ ََ َا‬ ََ
ۡ ۡ‫ۡوٱحذرهمۡۡأنۡيفتِنوكۡعنۡبع ِضۡماۡأنزل‬ ۡ ‫ٱّللۡوَّل ۡتتبِعۡأهواءهم‬
ۡ ۡ‫نۡٱحكم ۡبينهمۡبِماۡأنزل‬ ِۡ ‫وأ‬
َ ُ َٰ َ َ ‫ا‬ َ ٗ َ ‫ا‬ ُُ َ ُ َ ُ َ ُ‫َ َ َ َ ا ْ َ َ َاَ ُ ُ ا‬
ۡ٤٩ۡ‫اسۡلفسِقون‬ ۡ ِ ‫ٱّللۡأنۡي ِصيبهمۡبِبع ِضۡذنوب ِ ِهمِۡإَونۡكثِۡياۡمِنۡٱنل‬ ۡ ‫إِۡلكَۖۡفإِنۡت َولوا‬
ۡ ۡ‫ۡفٱعلمۡۡأنماۡي ِريد‬

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka,
dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang
telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan
menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya Allah mahu menyeksa mereka
dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari
umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”.

9. Menegakkan Makruf Dan Mencegah Mungkar

Usaha menegakkan kebaikan dan mencegah keburukan adalah tanggungjawab setiap


individu yang perlu dilakukan secara bersama-sama. Allah SWT berfirman dalam Surah al-
Imran ayat 104 yang bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru
kepada kebaikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perbuatan yang salah (buruk dan keji) dan mereka itulah orang yang berjaya”.

10. Hak berpolitik dan bernegara

Negara Islam harus memberi hak berpolitik kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan
keturunannya. Hak mendapat perlindungan politik dan negara adalah berdasarkan hakikat
bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keadilan dan keamanan. Allah SWT.
berfirman dalam Surah al-Taubah ayat 6 yang bermaksud: “Dan jika seorang daripada kaum
Musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam) maka berilah

111
perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan Allah (tentang hakikat
Islam itu) kemudiaan hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman”.

11. Hak pendidikan

Setiap manusia mempunyai hak untuk menuntut ilmu. Islam mewajibkan setiap Muslim, baik
lelaki atau perempuan menuntut ilmu pengetahuan. Pemerintah juga wajib menyediakan
kemudahan asas untuk masyarakatnya menuntut ilmu. Sabda Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬yang
bermaksud: “Menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap Muslim dan Muslimat”. (HR. Ibn
Majah, al Baihaqi, Ibn Abd al-Barr)

Islam Dan Masyarakat Majmuk.

1. Konsep Dan Falsafah

Masyarakat majmuk terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa, bahasa, kebudayaan
dan agama. Negara Islam yang pertama disusun oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. di Madinah terdiri
daripada masyarakat majmuk. Tegasnya, komponen utama masyarakat majmuk dalam
negara Islam terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam.

Kewujudan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri yang pelbagai bukanlah sesuatu
yang asing bagi Islam. Malah, Allah SWT. telah menciptakan kepelbagaian manusia yang
wujud di muka bumi ini seperti firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat ayat 13:

ُ َ َ َ ‫َ َ َ ُ َ َٰ َ َ َ َ َٰ ُ ُ ُ ٗ َ َ َ ٓ َ َ َ َ ُ ۚۡ ٓ ْ ا‬
َۡ‫كمۡعِند‬ ُ َٰ َ َ َ ‫َ ٰٓ َ ُّ َ ا ُ ا‬
‫ِۡلعارفواۡإِنۡأكرم‬ ِ ‫اسۡإِناۡخلقنكمۡمِنۡذك ٖرۡوأنَثۡوجعلنكمۡشعوباۡوقبائِل‬ ۡ ‫يأيهاۡٱنل‬
ٞ َ ٌ َ َ ‫ا َ َ َٰ ُ ا ا‬
ۡ ۡ١٣ۡ‫ٱّللۡعل ِيمۡخبِۡي‬
ۡ ۡ‫ٱّلل ِۡأتقىك ۚۡمۡإِن‬
ۡ

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berbeza puak (etnik) supaya kamu saling mengenal.
Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu ialah yang paling bertakwa”.

Maksud ayat di atas jelas menggambarkan pengiktirafan al-Qur’an terhadap kewujudan


masyarakat majmuk. Ini boleh menambahkan kepelbagaian dan rencam hidup manusia
supaya lebih menarik dan indah. Dengan kepelbagaian yang ada, manusia boleh kenal-
mengenal dan menambahkan pengetahuan masing-masing.

Bagaimanapun Islam memberi amaran bahawa kepelbagaian tidak seharusnya menjadi asas
kepada perbezaan layanan keadilan dan taraf kedudukan. Menurut Islam, semua manusia
walau apa jua bangsa atau warna kulit adalah sama. Satu perkara yang membezakan
kedudukan mereka di sisi Allah ialah tahap ketakwaaan.

2. Peranan, Hak Dan Tanggungjawab.

112
Islam mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam mengendalikan masyarakat majmuk.
Hak dan tanggungjawab masyarakat majmuk telah digariskan dalam Piagam Madinah iaitu
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia yang telah disusun oleh Nabi Muhammad ‫ﷺ‬.
berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Antara hak dan tanggungjawab yang tertera dalam
Piagam Madinah adalah seperti berikut:

i. Semua masyarakat adalah satu ummah yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan


negara.
ii. Warganegara Islam dan warganegara bukan Islam bertanggungjawab
mempertahankan keselamatan negara daripada serangan musuh atau penceroboh.
iii. Setiap warganegara bebas bergerak dan menetap di Madinah.
iv. Setiap warganegara bebas bergiat, memiliki harta dan menuntut ilmu.
v. Masyarakat wajib saling menolong atas kebaikan bersama.
vi. Masyarakat tidak boleh membantu musuh atau sekutu untuk melakukan
kemungkaran.
vii. Setiap warganegara yang dizalimi mesti dibantu dan berhak mendapat pembelaan.
viii. Kebebasan mengamalkan ajaran agama tanpa paksaan.
ix. Semua masyarakat mesti mengamalkan nilai yang baik.

Hak dan tanggungjawab yang dinyatakan di atas adalah beberapa prinsip penting yang
digariskan dalam Perlembagaan Madinah yang tediri daripada 47 Fasal (telah dijelaskan
dalam Unit 2). Masyarakat majmuk yang dibentuk di Madinah telah berjaya menjamin keadilan
dan hak semua warganegara. Islam telah diterima hampir sepertiga dunia; dari Madinah,
Eropah, Afrika, Asia dan negara-negara lain kerana sifat kepelbagaian yang ada dalam
masyarakatnya.

Namun begitu, masyarakat beragama Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan hukum
Islam. Kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor:

1. Kewajipan terhadap Allah SWT. apabila seseorang itu mengumumkan Islam sebagai
agamanya (tanggungjawab akidah atau agama).
2. Tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan Islam
sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik).

7.3 INSTITUSI NEGARA

Negara adalah suatu daerah atau wilayah yang ada di permukaan bumi di mana terdapat
pemerintah yang mengatur ekonomi, politik, sosial, budaya, pertahanan keamanan dan lain.
Di dalam suatu negara minimal terdapat unsur-unsur negara seperti rakyat, wilayah,
pemerintah yang berdaulat serta pengakuan dari negara lain.

- mempunyai sempadan yang diiktiraf antarabangsa


Ciri-ciri negara umum - mempunyai sistem pemerintahan yang baik
- mempunyai penduduk yang tetap

- Negara telah merdeka dan bebas dari jajahan


Ciri-ciri negara berdaulat - Negara berkuasa sendiri . Memilih pemimpin dalam
kalangan rakyat.

113
- Negara mempunyai pemimpin berwibawa
- Negara beridentiti seperti punyai bendera.

7.3.1 Apa itu Negara?

Negara adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tetap dan berdaulat,
sempadan yang diiktiraf dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

7.3.2 Cara pembentukan sebuah Negara

Cara pembentukan setiap negara di dunia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Walau
apapun sejarah pembentukannya, terdapat beberapa ciri yang harus di patuhi untuk
diiktirafkan sebagai sebuah negara. Ciri-ciri ini adalah ditetapkan oleh undang-undang
antarabangsa. Ciri-ciri utama yang harus dimiliki untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara
adalah mempunyai:
i. Sempadan yang tetap dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
ii. Penduduk yang tetap.
iii. Kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam.
iv. Kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di mana bebas dari naungan penjajah.
v. Hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan.
vi. Lambang negara seperti perlembagaan, agama rasmi, simbol/jata negara dan
bendera.
vii. Kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan
antarabangsa.
viii. Kemudahan sosial seperti pendidikan, kesihatan,

114

Anda mungkin juga menyukai