Anda di halaman 1dari 7

Soalan A

Seperti yang kita semua tahu, terdapat pelabagai isu yang boleh disalah fahami ataupun ianya menimbulkan
keraguan kepada masyarakat sekeliling yang melihat dan menilai apa yang dilakukan oleh orang bukan islam.
Hal ini kerana setiap agama mempunyai amalan dan perbuatan yang tersendiri mengikut kepercayaan masing
– masing. Agama islam juga tidak terlepas daripada menjadi persoalan kepada masyarakat sekeliling yang
memerhati dan menilai apa yang dilakukan oleh orang islam. Oleh kerana itu, ia akan membawa kepada
banyak persoalan yang ingin ditanya oleh masyarakat bukan islam terhadap orang islam terutamanya di dalam
bab ibadat. Sebagai orang islam yang mengamalkan apa yang diajar oleh islam, kita perlu untuk berdepan
dengan soalan ataupun sps sps ysng berkaitan dengan agama kerana kita merupakan orang yang berada di
dalam agama tersebut. Dengan itu, sebagai umat islam, kita perlu untuk bersiap sedia dengan degala apa yang
akan dipersoal oleh masyarakat berkenaan dengan agama.

Terdapat pelbagai persoalan dan andaian yang dibuat oleh orang bukan islam untuk mengetahui dengan
lebih lanjut berkenaan dengan islam. Antara isu yang menjadi bualan masyarakat ialah isu berkenaan dengan
islam dituduh menindas wanita seperti soal poligami. Persoalan tentang poligami sering dijadikan tajuk
perbincangan yang sangat menarik perhatian terutamanya dikalangan kaum lelaki dan sebaliknya tidak bagi
kebanyakan wanita. Kebiasaanya wanita tidak menyukai poligami kerana bagi mereka perkara ini sangat
sensetif bahkan mereka menganggap bahawa poligami adalah salah satu dari perkara yang sangat mengerikan
dalam perjalanan kehidupannya. Terdapat juga wanita yang dapat menerima bahkan bersetuju dengan hukum
syariat tersebut. Bagi menjawab isu ini, islam telah meletakkan garis panduan berkenaan dengan poligami
yang digunakan di dalam perundangan islam.

Menurut Enakmen 3 Tahun 1987 Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam 1987 bahagian
perkahwinan negeri Pahang, di dalam bab poligami, tiada seorang pun lelaki boleh berkahwin dengan seorang
lain dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapat
kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran
tersebut maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini. Tujuan enakmen ini
diwujudkankan bagi memperkasakan hak wanita di dalam sesuatu perkahwinan. Permohonan kebenaran
berkahwin hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang telah ditetapkan dan ianya
hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang
dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan
kewajipan serta tanggungan kewangannya yang dapat ditentukan, bilangan orang tanggungannya termasuk
orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu,
dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap
perkahwinan yang dicadangkan itu. Jika kita meneliti syarat untuk berpoligami yang tealh ditetapkan ini
1
adalah kita dapat mengetahui bahawa untuk berpoligami, seeorang itu perlu mengemukan bukti dan hujah
yang kukuh untuk menambah isteri di dalam sebuah isntitusi keluarga. Hal ini menjadi satu keutamaan dalam
sistem perundangan Islam bagi mengelakkan daripada wanita itu dipergunakan atau dijadikan hamba kepada
kepuasan lelaki dan sebagainya. Sepertimana yang telah dinukilkan di dalam Al Quran Surah An – Nisa ayat
ke 3 iaitu :

‫ع ۖ فَإِ ْن‬
َ ‫ث َو ُر َبا‬َ ‫اء َمثْن َٰى َوث ُ ََل‬ ِ ‫س‬َ ‫الن‬ ِ َ‫اب لَ ُك ْم ِمن‬ َ ‫ط‬ َ ‫طوا ِفي ْال َيتَا َم ٰى فَا ْن ِك ُحوا َما‬ ُ ‫َو ِإ ْن ِخ ْفت ُ ْم أَ اَّل ت ُ ْق ِس‬
‫ت أَ ْي َمانُ ُك ْم ۚ ٰذَ ِل َك أَ ْدن َٰى أَ اَّل تَعُولُوا‬
ْ ‫احدَةً أَ ْو َما َملَ َك‬
ِ ‫ِخ ْفت ُ ْم أَ اَّل تَ ْع ِدلُوا فَ َو‬
Maksudnya :

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yatim (bilama kamu mengahwininya), maka kawinilah wanita-
wanita (lain) yang kamu senangi ; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu
takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau
budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada
tidak berbuat aniaya” [An-Nisa 4 : 3]

Menurut ayat di atas mejelaskan bahawa untuk berpoligami tidak menjadi masalah bagi mereka yang mampu
untuk melepasi syarat yang ditetapkan. Allah juga berfirman di dalam ayat yang sama pada akhir yang
memberi satu mesej yang jelas bahawa jika seseorang itu tidak mampu untuk melepasi syarat yang
dikemukakan maka, hendaklah seseorang itu seeloknya menghindari daripada termasuk di dalam golongan
orang yang berpoligami.

Soalan B

2
Soalan yang diekmukan oleh Ah Chong dan Alex merupakan satu soalan yang berkaitan dengan mengapa
orang islam pergi ke Makkah untuk menunaikan umrah dan fardhu haji serta pernyataan bahawa mereka
mengatakan islam menyembah batu Kaabah di Makkah. Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu mengetahui
dahulu tentang apa yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 1 – 5 iaitu :

٢ َ ‫ِين‬‫َّق‬
‫ُت‬ ۡ‫ل‬
‫لم‬ ِ ‫دى‬ ٗ‫ه‬ُ ِ ‫ه‬ ‫َۛ ف‬
َۛ‫ِي‬ َ
‫َۡيب‬ ‫َٰب‬
‫ُ ََل ر‬َ‫ِت‬ ۡ َ‫ِك‬
‫ٱلك‬ ‫َٰل‬
َ
‫ ذ‬١ ٓ ٓ
‫الم‬
‫َّا‬
‫ِم‬‫َم‬
‫ة و‬ََٰ ََّ
‫لو‬ ‫ن ٱلص‬ َ‫ُو‬ ‫ِيم‬‫يق‬ َُ
‫ۡبِ و‬‫َي‬ ۡ ‫ن ب‬
‫ِٱلغ‬ َ‫ُو‬ ‫ۡم‬
‫ِن‬ ‫يؤ‬ُ َ ‫ِين‬ َّ
‫ٱلذ‬
َِ
‫ل‬ ‫ُنز‬‫ٓ أ‬‫َا‬‫ِم‬‫ن ب‬ َ‫ُو‬‫ِن‬‫ۡم‬‫يؤ‬ ُ َ‫ِين‬ َّ َ
‫ٱلذ‬ ‫ و‬٣ ‫ن‬ َ‫ُو‬‫ِق‬
‫ينف‬ُ ۡ ‫هم‬َُٰ
َ‫قن‬َۡ‫َز‬‫ر‬
َ‫ُو‬
‫ن‬ ‫ِن‬
‫يوق‬ ُ ۡ‫هم‬ُ ِ ‫ِٱۡلٓخِر‬
‫َة‬ ۡ ‫َب‬ ‫ِكَ و‬ ‫ۡل‬‫َب‬
‫ِن ق‬ ‫ل م‬ ‫ُنز‬
َِ ‫ٓ أ‬‫ما‬ََ‫ۡكَ و‬ ‫َِلي‬‫إ‬
ُ
‫هم‬ُ َ‫ِك‬ ٓ
‫َٰلئ‬
َْ‫ُو‬‫َأ‬
‫ۡ و‬ ۡۖ
‫ِم‬ ‫ِه‬‫َّب‬
‫ِن ر‬ ‫دى م‬ ٗ‫ه‬ُ َٰ
‫لى‬ََ
‫ِكَ ع‬ ٓ
‫َٰلئ‬
َْ‫ُو‬‫ أ‬٤
َ‫ُو‬
٥‫ن‬ ‫ِح‬‫فل‬ُۡ ۡ
‫ٱلم‬
Maksudnya :

1. Alif laam miim 2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk
bagi mereka yang bertakwa 3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib,
yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka 4. dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al
Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan
sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat 5. Mereka
itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-
orang yang beruntung

Berdasarkan ayat di atas, kita dapat mengetahui dengan jelas bahawa kitab Al Quran itu tiada satu keraguan
yang ada di dalamnya. Al Quran merupakan kitab yang diimani dan diyakini oleh umat islam untuk diamalkan
dan disampaikan kepada seluruh alam dengan apa isi yang diajarkan di dalam al Quran. Al Quran juga
merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk sekalian makhluk. Oleh itu, Al
Quran menjadi sumber yang agung kepada manusia untuk dijadikan rujukan dan almalan.

3
Bagi menjawab persoalan di atas berdasarkan dialog, kita perlu lihat ayat 144 Surah Baqarah, Allah
berfirman iaitu :

ً
‫َة‬‫ْل‬
‫ِب‬‫َّكَ ق‬
‫َن‬ َِ
‫لي‬ ‫َن‬
‫ُو‬ ‫َل‬
‫ء ف‬ ِ ‫َا‬
ِۚۤ ‫ِى السَّم‬ ‫ِكَ ف‬
‫ْه‬‫َج‬ ‫ُّب‬
‫َ و‬ ‫َل‬‫تق‬َ ‫َٰى‬
‫نر‬ َْ
َ ‫د‬ ‫ق‬
َ ُ
‫ما‬ ‫ْث‬ ‫َح‬
‫َي‬ ‫ِ و‬ ۗ‫َا‬
‫م‬ ‫َر‬ ْ ِ
‫الح‬ ‫َسْجِد‬‫الم‬ْ َ ‫ْر‬
‫َكَ شَط‬
‫ْه‬‫َج‬ ‫َل‬
‫ِ و‬ ‫َو‬‫ف‬ ‫َا‬
ۡۖ ‫َٰىه‬
‫ْض‬ َ
‫تر‬
‫توا‬ ‫ُو‬
ُْ ‫َ ا‬‫ين‬ِْ َّ َّ
‫الذ‬ ‫َا‬
‫ِن‬ ‫ه و‬ َٗ
ۗ ‫ْر‬‫ْ شَط‬
‫ُم‬‫َك‬
‫ْه‬ ‫ُج‬
‫ُو‬ ‫َُّلو‬
‫ْا و‬ ‫َو‬‫ف‬ ْ‫ُم‬‫ْت‬
‫ُن‬‫ك‬
‫ما اه‬
ُ‫ّٰلل‬ ََ
‫و‬ ْ
‫م‬
ِۗ‫ِه‬ ‫ْ ر‬
‫َّب‬ ‫ِن‬‫ُّ م‬
‫َق‬ ْ ‫ه‬
‫الح‬ ََّ
ُ‫ن‬ ‫َ ا‬
‫ْن‬‫ُو‬‫َم‬
‫ْل‬ ‫َ َلي‬
‫َع‬ ‫َٰب‬
‫ِت‬ ْ
‫الك‬
َ
‫ْن‬‫ُو‬
‫َل‬‫ْم‬
‫يع‬َ ‫َّا‬
‫َم‬ ‫ِل‬
‫ٍ ع‬ ‫َاف‬
‫ِغ‬‫ب‬
Maksudnya :

Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, maka akan


Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah
wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah
wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab (Taurat
dan Injil) tahu, bahwa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan
mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan..

Sebagai umat islam, kita percaya bahawa Al Quran merupakan kktab yang suci dan tiada keraguan yang
terkandung di dalamnya. Oleh itu, kita boleh mengambilnya sebagai dalil untuk memberi hujah kepada setiap
persoalan yang dibangkitkan. Seperti yang kita lihat di dalam Al Quran, Allah telah mengarahkan Nabi
Muhammad SAW untuk menghadapkan muka baginda ke arah Masjidil Haram iaitu tempat yang mana
terletaknya Kaabah. Jika kita melihat disini, Allah memberikan arahan yang cukup jelas iaitu Allah
memerintahkan kita supaya memalingkan wajah kita ke arah Kaabah setiap kali kita ingin melakukan solat
melalui perintah kepada Nabi Muhammad SAW. Perkara ini memberi gambaran bahawa sebagai muslim yang
berpegang teguh kepada ajaran Al – Quran, perkara sebegini tidak boleh dijadikan persoalan oleh kerana
keterbatasan terhadap perkara lain yang tidak diketahui oleh manusia. Seorang muslim perlu mentaati perintah
Allah tanpa ada persoalan yang ditimbulkan kerana ada perkara yang tiak boleh diterima akal manusia untuk
membahasnya. Allah melaksanakan hal sedemikian kerana ia bertujuan bagi membeakan mereka yang betul

4
– betul ikhlas dalam melakukan tuntutan mereka sebagai seorang muslim semata – mata kerana Allah daripada
orang yang tidak ikhlas. Allah maha Mencipta dan Dialah yang memberi perintah kepada manusia. Baangsiapa
yang taat serta mengakui kelemahan diri dan bersungguh – sungguh mengharapkan rahmat dari Allah, mereka
akan terus berserah dan mengakui kebenaran walaupun mereka tidak memahami tentang sebab suatu ibadah
itu dilakukan. Oleh itu, umat islam beribadah menghadap kea rah Kaabah kerana Allah telah memerintahkan
kita untuk melakukan sedemikian.

Soalan C

Islam biasa disebut sebagai satu cara hidup atau sistem kehidupan yang lengkap dan menyeluruh.
Seperti yang kita ketahui, islam itu merupakan satu cara hidup yang merangkumi segenap aspek yang
memperganruhi kehidupan manusia. Sebagai umat islam yang mengamalkan apa yang diajarkan di dalam
islam, maka kita perlu untuk menunjukkan contoh yang baik kepada semua tidak kira bangsa dan agama
kerana Allah menyuruh kita berbuat baik sesama manusia bukan sesama agama. Oleh kerana itu, bagi menarik
perhatian masyarakat, lebih-lebih lagi yang bukan islam, kita perlu mula menunjukkan identiti kita sebagai
umat islam agar apa yang kita lakukan ini akan menjadi ikutan mereka. Setiap manusia perlu untuk
mencerminkan akhlak yang diajar di dalam islam supaya kita akan dapat menarik perhatian masyarakat bukan
islam tertarik dengan agama yang dibawa.

Menurut Muhammad Musa al-Sharif (2003), kehidupan bermasyarakat merujuk kepada orang Islam
dan orang bukan Islam duduk dan tinggal bersama dalam sebuah negara yang mana orang bukan Islam, dalam
tradisi dikenali sebagai ahl al-Dhimmah. Muhammad Mokhtar Gomaa Mabruk (2015) berpendapat bahawa
zaman yang kaya dengan kepelbagaian pegangan agama, ideologi dan aliran atau orientasi intelektual, perkara
yang paling penting bagi menjamin kestabilan sesuatu masyarakat adalah kesanggupan warga untuk hidup
bersama dengan aman sesama warga walaupun berlainan kepercayaan dan pengamalan beragama. Asas-
asas penting dalam pembentukan kehidupan bermasyarakat adalah persamaan dari segi kemanusiaan.
Keadilan dan menolak sebarang kezaliman, kebebasan beragama, melaksanakan janji, toleransi, jaminan
ekonomi dan dapat memberi sumbangan kepada pentadbiran negara (al-Gharyani 2006). Bagi merealisasikan
konsep harmoni dalam kehidupan yang pelbagai amat berkait rapat dengan maqasid Syariah, Imam al-
Ghazali menjelaskan maqasid syariah sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan
dan ini sememangnya menjadi tujuan umat manusia dan bertujuan untuk memelihara lima perkara asas
manusia (usul al-khams) iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Setiap perkara
yang bertujuan untuk memelihara usul al-khams ini dikenali sebagai maslahah, manakala perkara yang
memudaratkan usul al-khams pula dikenali sebagai mafsadah (al-Zarqa, Mustafa 1998)

5
Selain itu, melalui penghayatan terhadap tasawur islam dalam kalangan masyarakat, kita boleh
menjadikan islam lebih diormati dan disegani dengan kita perlu untuk sentiasa adil dalam membuat keputusan
lebih - lebih lagi perkara yang melibatkan golongan bukan islam. Sikap keadilan yang ditunjukkan oleh
pemimpin islam perlu diterjemahkan melalui perbuatan yang baik serta keputusan yang adil untuk setiap
manusia. Dengan itu, masyarakat bukan islam akan merasa senang dengan kepimpinan yang dibawa oleh islam
seterusnya ia akan membuka hati golongan bukan islam untuk memeluk agama islam berdasarkan sahsiah
yang dibawa oleh masyarakat islam.

Di samping itu, Kita juga perlu untuk mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam islam berkenaan
dengan kehidupan bermasyarakat. Kehidupan bermasayarakat ini sangat penting kerana ia merupakan salah
satu daripada apa yang dituntut di akhirat iaitu ukhwan sesama manusia. Hidup bermasyarakat merupakan
salah satu daripada perintah Allah SWT yang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri. Masyarakat yang aman,
dipenuhi nilai kerjasama, harmoni, kekeluargaan dan kasih sayang pasti menjadi impian kita selaku umat Islam
sepertimana yang telah ditunjukkan oleh masyarakat kaum Ansar dan Muhajirin. Oleh kerana itu, dengan
penghayatan yang berada di dalam tasawur islam, umat islam perlu menjaga hubungan antara satu dengan
yang lain walaupun berbeza agama dan bangsa kerana hidup di dunia ini memerlukan kepda kerjasama dan
hubungan silaturrahim yang baik antara manusia. Allh juga memrintahkan manusia untuk menjaga
silaturrahim antara manusia di dalam Surah An Nisa ayat 1, Allah berfirman iaitu :

‫ُم‬‫َك‬
‫لق‬ََ
‫ِى خ‬ َّ ُ
‫ٱلذ‬ ‫ُم‬ ََّ
‫بك‬ ‫ُوا‬
‫۟ ر‬ َّ ُ‫َّاس‬
‫ٱتق‬ ‫ها ٱلن‬َ‫ي‬َُّ
‫يأ‬ٓ
َٰ
َ
َّ
‫بث‬ ََ
‫ها و‬ََ
‫ْج‬‫َو‬
‫ها ز‬َْ
‫ِن‬‫َ م‬ ََ
‫لق‬ ‫َخ‬
‫ٍ و‬‫دة‬ ‫ْسٍ و‬
َِ‫َٰح‬
َ َّ ‫ِن‬
‫نف‬ ‫م‬
َّ ۟
َ‫ٱّٰلل‬ ‫ُوا‬ َّ َ
‫ٱتق‬ ‫و‬ ًٓ
‫ء‬
ِۚ ‫ِسَا‬‫َن‬‫ًا و‬ ‫ِير‬‫َث‬
‫َاًَل ك‬
‫ِج‬‫َا ر‬ ُْ
‫هم‬ ‫ِن‬‫م‬
َ َ
‫ان‬ ‫ٱّٰللَ ك‬
َّ ‫ن‬ َِّ
‫إ‬ َ
ِۚ‫َا‬
‫م‬ ‫ْح‬‫ٱۡلَر‬
ْ َ ‫ِ و‬‫ِه‬
‫ب‬ َ ‫ءُل‬
‫ون ۦ‬ َٓ َ ‫ِى‬
‫تسَا‬ َّ
‫ٱلذ‬
‫ًا‬ ‫َق‬
‫ِيب‬ ‫ُم‬
‫ْ ر‬ ‫ْك‬
‫لي‬ََ
‫ع‬
Maksudnya :

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan


kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari
pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang

6
banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-
Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan
silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

Berdasarkan ayat ini, Allah memberi peringatan yang jelas kepada umat islam untuk menjaga hubungan yang
baik sesama manusia serta bersatu pada kesatuan yang membawa kepada muafakat yang baik serta menjadikan
sebuah negara yang maju dan berkembang disebabkan oleh kesatuan bangsa yang dibina dengan harmoni,
bijaksana serta berdaya maju. Oleh yang demikian, adalah sama – sama kita berusaha dan mencuba untuk
membangunkan negara bersasama-sama serta berusaha untuk menjaga kebajikan antara sesama manusia dari
segi fizikal jasmani mahupun pemikiran dan jiwa.

RUJUKAN

https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=392&k=poligami
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e7
48256faa00188094/ec6a74c97342b0f24825708c002adae4?OpenDocument
Mohamad Hadi Zahalan., KONSEP HARMONI DALAM MASYARAKAT MUSLIM DAN BUKAN
MUSLIM BERASASKAN MAQASID SYARIAH, November 2019, Univerisiti Sultan Sharif Ali, Brunei
Hj Syarifuddin Muhammad, D. (2005). Manhaj Islam Hadhari, Konsep & Metodologi. Konsortium Wansan
Maju Bersatu Sdn Bhd.
Yusuf Al-Qardhawi, P. D. (2000). Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Penerbitan Seribu
Dinar.
Abdul Monir Yaacob, & Norhanizah Ismail. (2005). Islam Hadhari: Himpunan Isu Kontemporari. Institut
Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai