Anda di halaman 1dari 10

PENGAJIAN ISLAM

UQI10102 / UQI10602

SEMESTER 1, SESI 2021/2022

TUGASAN 1 (INDIVIDU)

TAJUK :
WACANA ILMIAH : ISU-ISU KEKELUARGAAN ISLAM

Disediakan oleh :
NAMA NO MATRIK
NURUL AIN BINTI ABD GHANI CD210118

Pensyarah : Ustz. Sharifah Khadijah Binti Syed Abu Bakar


Seksyen : 26
Tarikh Hantar : 10 Disember 2021
PENDAHULUAN

Pada 26 November 2021 (Jumaat ) pada masa (9.00 pagi- 11.00 pagia) satu webinar telah
dianjurkan oleh Pusat Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum,
Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Saya telah mengikuti webinar tersebut secara atas talian
di platform Facebook Jabatan Pengajian Islam (UTHM). Tajuk webinar yang dianjurkan
adalah berkenaan isu-isu terkini dalam kekeluargaan islam. Peceramah yang dijemput untuk
memberi pencerahan tentang isu-isu kekeluargaan adalah Hjh.Siti Arfah Binti Mohd Yusup
(pejabat kadi daerah batu pahat). Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
semua para pelajar tentang isu-isu yang berbangkit pada ketika ini berkenaan kekeluargaan
islam serta bertujuan melengkapkan silibus kursus pengajian islam. Program ini dianjurkan
secara langsung pada platform Facebook Live dan pada platform Zoom. Pautan kepada
medium webinar tersebut : http://tinyurl.com/fbjpi .

KANDUNGAN WACANA KESELURUHAN

‫ْ رَّر وْا اِّن وْ نَا نْ نََن نَ َن وَْن رّ وْ كم نْ كًّة كْ نَْو نًَة اَِك ِِ وْ يٰ َِّن ن يا يي م‬
‫ٍ ِّلَن وْ مٍ يكتنفنّ ركُ وَْن‬ ِ ‫( نْ ِم وْ يا ييتِ ٖ وٓ ا ن وَ نََنَن ّن رّ وْ ِ لم وْ ا ن وْفر‬21)
‫ْ رّ وْ ا ن وْ نْا ةَا ِّلت ن و‬

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-


pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.

(Surah Ar-Rum- Ayat 21).

Daripada kontek surah dia atas bahawa perkahwinan adalah satu ikatan yang terbentuk
antara lelaki dan perempuan yang berlandaskan syariat islam dan mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan dalam islam melalui lafaz akad nikah yang sah bagi menjalani sebuah
kehidupan berumah tangga sebagai suami dan isteri. Pensyariat perkahwinan dalam suami
isteri adalah bertujuan untuk melahirkan dan mengembangkan zuriat manusia dengan cara
yang halal sebagai satu penyambung keturunan dan mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia
dan juga di akhirat.
Perkahwinan dan faktor pembubaran

Pada masa kini dapat kita lihat pelbagai isu-isu perkawinan yang gagal, ini kerana mereka
berkahwin hanya kerana mereka ingin berkahwin tanpa menghiraukan pentingnya pengetahuan
dan tanggungjawab yang akan dipikul setelah melangkah ke gerbang perkahwinan. Disini saya
akan membahaskan serba sedikit tentang faktor pembubaran perkahwinan dan jenis-jenis
pembubaran perkahwinan yang ditetapkan oleh perundangan islam di Malaysia.

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam sesebuah perkahwinan.


Antaranya ialah ketidakfahaman dan kurangnya sifat tolak ansur antara suami isteri.
Penceraian juga boleh berlaku disebabkan oleh pasangan masing-masing tidak boleh
memuaskan tuntutan kehendak semasa melakukan hubungan seksual. Selain itu faktor
ekonomi dan jurang pendapatan juga menjadi punca penceraian, dan paling utama adalah jika
si suami tidak bertanggungjawab dan mendera isteri atau si isteri yang berlaku curang serta
pasangan yang berkahwin kurangya penghayatan tentang ilmu keagamaan dan pelbagai faktor
lain lagi yang menyebabkan berlakunya penceraian.

Mengikut perundangan islam di Malaysia terdapat 5 jenis cara pembubaran perkahwinan


yang boleh berlaku antarnya ialah Cerai Talaq, penceraian secara talaq berlaku apabila kedua-
dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan
untuk menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Talak terbahagi kepada 2 iaitu talak sharih (nyata)
dan talak kinayah (sindiran). Talak sharih adalah ucapan talak secara jelas yang apabila
diucapkan kepada isteri, maka jatuhlah talak/penceraian walaupun suami berkata “Aku
ceraikan kau.” atau suami memberi syarat contohnya “ jika kau keluar rumah maka jatuh
talak.” Kepada isteri. Talak kinayah pula adalah lafaz yang mengandungi makna penceraian
yang tersirat tetapi tidak langsung. Contohnya ayat, “pulanglah pada orang tuamu!” yang
dilafaz oleh suami. Juga termasuk dalam talak kinayah adalah talak sharih (nyata) yang dibuat
secara tertulis melalui SMS.

Selain itu Cerai Ta’liq. Ta’liq didefinisikan mengikut undang-undang keluarga islam
sebagai lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah. Penceraian secara ta’liq
berlaku apabila suami melanggar ta’liq yang dibuat olehnya semasa upacara akad nikah.
Amalan ta’liq ini walaupun tidak wajib mengikut hukum Syara, tetapi ia boleh diterima pakai
berdasarkan kepada persetujuan kedua-dua pihak. Lafaz ta’liq yang dibuat oleh suami semasa
upacara akad nikah ini berbeza mengikut negeri. Contoh lafaz ta’liq Negeri Johor, selepas akad
nikah: “saya mengaku apabila saya tinggalakn isteri saya (nama isteri) selama empat bulan
hijrah berturut-turut atau lebih dengan segaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada
memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya
lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya
mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduanya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia
atau wakilnya memberi kepada kadi RM1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak
khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut nama selama satu tahun atau lebih,
jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan
saya manakala bersabit aduanya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik
saya.”

Seterusnya adalah Cerai Khulu’. Penceraian secara khulu’ merupakan salah satu alternatif
penceraian yang boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan
suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan. Penceraian
berlaku dengan lafaz talaq oleh suami apabila bersetuju dengan pampasan tersebut. Penceraian
ini juga termasuk dalam talaq ba’in sughra iaitu hukum yang ditimbulakan oleh khulu yang
memberi maksud, hilangnya hak rujuk pada suami selama masa ‘iddah.’Oleh itu , ia tidak
boleh dirujuk. Bererti sekiranya lelaki tersebut ingin kembali bersama bekas isterinya, dia
diwajibkan untuk melamar dan menikah dengan bekas isterinya dengan mas kahwin yang
baharu.

Keempat adalah Cerai fasakh. Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa
yang diberi kepada Hakim (ketua hakim) Penceraian secara fasakh boleh berlaku apabila
hakim memutuskan untuk mamfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh
memudartkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut dan ia tidak dapat diselamtkan lagi.
Contonya apabila (i) suami tidak memberi nafkah zahir dan batin selama empat bulan berturut-
turut, (ii) suami meninggalkan isteri selama empat bulan berturut-turut tanpa sebarang khabar
berita, (iii) suami tidak melunaskan mahar(mas kahwin) yang telah disebutkan dalam akad
nikah, baik sebahagian ataupun seluruhnya, (iv) terdapat perlakuan buruk oleh suami seperti
penganiayaan, penghinaan, dan tindakan-tindakan lain yang membahayakan keselamatan isteri.
Jika bukti-bukti dari pihak isteri telah sah, maka Hakim berhak memutuskan hubungan
perkahwinan antara keduanya.

Dan yang terakhir adalah Cerai li’an. Penceraian secara li’an berlaku apabila suami
menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak yang dikandungkan isterinya sebagai
anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan
melalui penyaksian empat orang saksi. Sumpah li’an dilakukan oleh suami dengan menyatkan
atas nama Allah, dia bersumpah bahawa isterinya telah melakukan zina. Sumpah itu
dinyatakan sebanyak 4 kali oleh suami, dan pada sumpah kelima, suami menyatakan dia siap
menerima laknat Allah SWT jika dia berbohong. Demikian sebaliknya isteri dapat melakukan
sumpah balik(sumpah nukul), atas nama Allah SWT, dia bersumpah bahawa dia tidak
melakukan zina. Sumpah itu dinyatakan 4 kali dan pada sumpah kelima, isteri menyatakam dia
siap menerima laknat Allah SWT jika tuduhan suaminya itu benar. Maka apabila pihak-pihak
tersebut (suami dan isteri) telah mengangkat sumpah dengan cara li’an, maka mereka
difaraqkan. Kesan daripada ini, kedua-dua pihak tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin
semula.

Kesimpulanya setiap permasalahan berkaitan rumah tangga perlulah dirujuk di mahkamah


syariah terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan yang boleh mendorong kepada
penceraian. Penceraian yang telah dilafaskan atau yang telah dilanggar syarat perkahwinannya
mestilah dilaporkan/difailakan kepada mahkamah syariah terlebih dahulu untuk tindakan
selanjutnya agar kita tidak akan melakukan perkara yang boleh melanggar hukum Allah SWT
dengan secara tidak disengajakan.

NILAI YANG DIPEROLEH DARI KANDUNGAN WACANA

Hadis berkaitan pilihan pasangan hidup

‫ُ ْا ا أ نْو ف ن ا َن نْ َ ن ْ و ِّ ر‬
ِ ْ ‫ُ ْا ِ ِ ّ ن‬
ْ‫وَ و‬ ‫َ ن نَ ْ ك رُ ْا ّ ِ َ ر َ ن ف ِ ّ ر وْ نْ ا ْ و ِّ ر‬

Maksudnya: “hedaklah kalian membuat pilihan bakal isteri yang baik untuk bakal
zuriat kalian, hendaklah kalian berkahwin dengan yang sekufu, dan kahwinkalah
mereka dengan perempuan yang sekufu.”

Riwayat Ibn Majah (1968)

Nilai yang diperoleh daripada wacana tersebut adalah kepentingan dalam memilih pasangan
yang baik dari segi agama dan akhlaknya supaya rumah tangga yang dibina berada dalam
keadaan yang harmoni dan sejahtera. Memilih pasangan hidup bukan satu perkara yang mudah,
kerna ia adalah penentu masa depan kita. Jika kita salah memilih pasangan hidup ia akan
memberi kesan negatif kepada diri kita malah kepada anak-anak kerna terjadinya konflik dan
penceraian antara keluarga mereka. Oleh itu kita mestilah bijak dalam membuat pilihan
pasangan agar tidak terjadinya perkara-perkara yang tidak di igini seperti penceraian dan
pergaduhan antara suami dan isteri. Disamping itu kita perlu memilih pasangan yang sekufu
dengan diri sendiri agar tidak berlakunya konflik dalam perkahwinan berkenaan isu-isu yang
berkaitan dengan harta, budaya, kerjaya dan sebagainya.

Hadis berkaitan dengan tanggungjawab.

“Masing-masing daripada kamu adalah pemimpin dan masing-masing daripada kamu akan
ditanya (diminta pertanggung jawaban) atas apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah
pemimpin. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin atas
rumah suaminya serta anaknya. Oleh kerana masing-masing daripada kamu adalah pemimpin
dan masing-masing daripada kamu diminta bertanggungjawab tentang apa yang
dipimpinnya”

(Riwayat al-Bukhari)

Selain itu sifat bertanggungjawab perlu dipupuk dalam diri terlebih dahulu sebelum
mendirikan sebuah rumah tangga, ia kerana selepasnya akad nikah dilafaskan akan ada satu
tanggungjawab yang besar pelu dipikul oleh para suami dan isteri. Amanah yang dipegang oleh
suami adalah lebih berat kerana suamilah yang akan menjadi ketua keluarga dan pembimbing
kepada isteri dan anak-anak yang akan lahir kelak. Tanggungjawab utama suami adalah
memberi nafkah zahir dan batin. Manakala tanggungjawab seoarang isteri kepada suaminya
adalah taat pada suaminya, menggembirakan suami, menjaga harta benda suami, mendidik
anak-anak dan seabagainya. Kedua pasangan suami dan isteri mempunyai tanggungjawab dan
berperanan untuk menjalankannya selagi tidak bertentangan dengan agama. Seterusnya
perkahwinan yang bahagia dan disukai oleh Allah SWT apabila pasangan suami isteri
bersama-sama dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik agar rumah tangga yang akan
didirikan kekal harmoni dan bahagia tanpa melanggar syariat islam.

NILAI YANG DIPEROLEH DALAM KEHIDUPAN

Nilai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan agama. Tanggungjawab terhadap
keluarga bermaksud kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu untuk
mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
Tanggungjawab individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab
kepada ibu bapa adik-beradik, suami atau isteri, dan saudara mara. Setiap anak
bertanggungjawab mentaati, menghormati dan membantu ibu bapanya. Tanggungjawab
seorang bapa kepada keluarganya pula ialah memberikan perlindungan, nafkah, kasih sayang
dan didikan kepada isteri dan anak-anaknya. Individu berkenaan bertnggungjawab membentuk
ahli keluarganya. Antara contoh keluarga bahagia: berkomunikasi dan berinteraksi secara
positif sebagai contoh, seseorang haruslah berkomunikasi dengan sopan dan tidak
menggunakan perkataan yang kasar. Selain itu mengambil berat masalah keluarga , sentiasa
bersyukur dan pelbagai lagi nilai yang mesti kita pupuk untuk membina keluarga yang bahagia
di dunia mahupun di akhirat.

Nilai kedua adalah patuh kepada undang-undang, setiap rakyat Malaysia mestilah mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan oleh Negara mahupun yang ditetapkan oleh agama kita.
Undang-undang bermaksud satu sistem peraturan atau norma yang perlu diikuti oleh seluruh
ahli masyarkatnya. Hukuman atau denda akan dikenakan kepada individu yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan oleh agama dan Negara. Patuh kepada undang-undang juga
terdapat dalam prinsip rukun Negara iaitu kedaulatan kepada undang-undang. Undang-undang
adalah satu medium untuk menghukum tetapi sebagai cara untuk menegakkan keadilan. Oleh
itu kita bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kementerian
supaya Negara setiasa berada dalam keadaan aman dan sentiasa berada di bawah keredhaan
Allah SWT.

KESIMPULAN

Kesimpualan daripada program wacana ini saya dapat mengetahui tentang, jenis-jenis
penceraian mengikut islam dan saya dapat mempelajari tips untuk memilih pasangan hidup
yang baik agar dapat membimbing dan mendidik saya untuk menjadi seoarang yang patuh
pada perintah Allah SWT. Program ini banyak memberi pengajaran kepada kehidupan selepas
melangkah ke alam perkahwinan malah ia memberi impak yang positif ke dalam diri saya
supaya tidak terburu-buru dalam mencari pasangan hidup agar terhindar dari perkara-perkara
yang boleh mengakibatkan penceraian dan pergaduahan di dalam perkahwinan. Selain itu saya
dapat mengetahui bahawa perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main
kerana sebaik sahaja terlafaznya akad maka saya akan memikul satu tanggungjawab yang besar
yang perlu dibawa sehingga ke akhir hayat. Saya juga megetahui bahawa perkara yang
berkenaan penceraian bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh, kerana jika kita
tersalah dalam membuat tindakan mengenai perkahwinan maka ia boleh memudaratkan
kehidupan serta boleh dilaknat oleh Allah SWT jika kita terlepas pandang tentang sesuatu
perkara yang dilakukan. Oleh itu setiap lafaz cerai yang dilafazkan dan tidak mengetahui
kesahihan mengenainya harusalah dirujuk di makhamah syariat agar tidak berlakunya perkara
yang melanggar hukum Allah SWT. oleh itu kita mestilah berpikir terlebih dahulu dalam
membuat sesuatu keputusan di dalam kehidupan agar tidak berlakunya perkara-perkara yang
tidak diigini.

CADANGAN

Berdasarkan program webinar yang di anjurkan oleh oleh Pusat Jabatan Pengajian Islam, Pusat
Pengajian Umum Dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), disini saya telah
menggariskan beberapa cadangan penambahbaikann seperti di bawah ini :

 Menambahbaik sistem internet di universiti agar tidak terjadi perkara yang boleh
menjejaskan waktu yang telah diatur dengan baik.
 Pihak penceramah perlulah menjelaskan lebih teliti dalam ceramah yang disampaikan,
agar para pelajar lebih peka tentang sesuatu perkara itu.

Secara tuntasnya program webinar ini banyak memberikan manfaat yang tidak terkira nilainya
kepada setiap pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) tentang pendedahan isu-isu
berkaitan perkahwinan dalam keluarga islam. Saya berharap pada masa akan datang banyak
lagi program yang sebegini di anjurkan agar para pelajar malah pensyarah dan orang awam
juga lebih peka tentang perkara-perkara berkaitan tentang isu-isu yang berbangkit di Malaysia
agar tidak terlepas tentang perkara yang mungkin dipandang remeh oleh setiap individu
masyarkat padahal ianya sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita.
Rujukan

Sumber pensyarah pengajian islam

Slide ustazah sharifah Khadijah binti syed abu bakar-topik 5fiqh kekeluargaan islam

Sumber webinar

Wacana ilmu “isu-isu terkini dalam keluarga islam”, facebook jabatan penagjian islam pusat
pengajian umum dan kokurikulum, UTHM, 26 november 2021.

https://www.facebook.com/jpippuk.uthm/videos/302960498357560/

Sumber internet

Md Zawawi Abu Bakar* Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, “hak suami isteri dalam
perkahwinan islam” Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, 2008.

http://jgd.uum.edu.my/images/vol4_2008_journal/3-rekayasa-2008-
HAK%20SUAMI%20ISTERI%20-1-ed%20pz-1.pdf

bacaan madaani, “hadits tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarkat”

https://www.bacaanmadani.com/2018/01/hadits-tentang-tanggung-jawab-terhadap.html

iluminasi,“lima jenis penceraian suami isteri menurut islam,18 september 2018


https://iluminasi.com/bm/5-jenis-perceraian-suami-isteri-menurut-islam.html

Anda mungkin juga menyukai