Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM 5 MINIT BERSAMAMU

1. CORONA VIRUS TEGURAN DARI ALLAH SWT


Mutakhir ini, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah SWT dengan tersebarnya koronavirus
yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas
muka bumi. Ia terjadi kerana mereka tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan Allah SWT
kepada kita.
Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang
telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak
mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah
mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Baginda Rasulullah SAW telah mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana
akan berlaku penyebaran wabak. Sabda baginda Rasulullah SAW: Dari ‘Auf bin Malik RA
berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang
berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah
enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu antaranya:
1. Kematianku
2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis)
3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing
sehingga mati tiba-tiba
Jika kita merenung dan bermuhasabah dengan apa yang berlaku maka kita akan mengetahui
bahawa setiap yang berlaku adalah disebabkan perbuatan kezaliman kita sendiri. Justeru,
musibah menerusi penyakit ialah sesuatu wabak dan penyakit yang membahayakan tidak ada
sesiapa yang mampu untuk menghapuskannya melainkan dengan izin Allah SWT.
Firman Allah SWT di dalam Surah Yunus ayat 107: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan
sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya
melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada
sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya.
Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya,
dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
2. HUKUM CHATTING DENGAN LELAKI/PEREMPUAN BUKAN MAHRAM
'Chatting' dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui
telepon, SMS, dan berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Iaitu sama-sama berbicara
antara lawan jenis yang bukan mahram. Persamaan ini juga mengandungi adanya persamaan
hukum. Ada dua perkara berkaitan yang perlu kita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan
hukum 'chatting' itu sendiri. Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan
mahram.Kedua, adalah hukum khalwat.
Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang
apabila pembicaraan itu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti
pembicaraan yang mengandungi kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan
fitnah dan tidak khalwat. Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli,
kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.
Pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan
melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan
kerana dengan tulisan seseorang juga boleh mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan
seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak
baik.Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung
kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Iaitu dengan cara dan bentuk yang
menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada yang bukan
mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.Jika ada unsur-unsur demikian ia adalah
dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja.
Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam. Sabda Nabi SAW bermaksud:
"Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg
ketiganya." (Hadis Sahih).
Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan tetapi berbual-bual melalui telepon di luar
keperluan syar'i juga dikira berkhalwat kerana mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun
fizikal mereka tidak berada dalam satu tempat. Namun melalui telepon mereka lebih bebas
membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasa dikawal oleh sesiapa dan haram juga
ialah perkara-perkara syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada
kebanyakkan remaja-remaja sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau
seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu di antara pasangan
dan masing-masing melunaskan keinginan dan keseronokkan semata-mata. Membincangkan
perkara-perkara lucah lebih-lebih lagi hukumnya adalah haram.
3. KEREDAAN ALLAH DAN KEREDAAN IBUBAPA

‫ط هللا فى‬ ُ ‫ْن و َس َخ‬


ِ ‫الوالِ َدي‬
َ ‫ضى‬ َ ‫ ِر‬:‫َعنْ َع ْب ُد هللا بن َع ْم ٍرو رضي هللا عنهما قال قال رسو ُل هللا صلى هللا عليه وسلم‬
َ ‫ضى هللاُ فى ِر‬
‫ْن‬
ِ ‫الوالِدَ ي‬ ُ
َ ‫َس َخط‬
Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA. ia berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Keredaan Allah itu
terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua
ibubapa”. (HR At-Tirmidzi No: 1821) Status: Hadis ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-
Hakim
Pengajaran:
1. Reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa, kerana Allah memerintahkan untuk mentaati
orangtua.
2. Imam Al Ghazali menyebutkan, termasuk adab anak kepada kedua ibubapanya ialah
mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya, tidak berjalan di hadapannya, tidak
meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya. (lihat, Faidh Al
Qadir, 4/33)
3. Berbakti kepada kedua orang tua sering kali disebutkan dalam Al-Quran, bahkan
digandingkan dengan tuntunan menyembah Allah. Hal ini menunjukan bahawa berbakti kepada
kedua ibubapa adalah wajib. Firman Allah:

‫ُّك أَاَّل َت ۡع ُب ُد ٓو ْا إِٓاَّل إِيَّاهُ َو ِب ۡٱل ٰ َول ِۡدَي ِن إِ ۡح ٰ َس ًن ۚا‬ َ ‫َو َق‬
َ ‫ض ٰى َرب‬
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa (Al-Isra: 23).
4. Termasuk derhaka kepada kedua orang tua, adalah menyakitinya dengan cara membantah
dan berkata kasar pada mereka, memalingkan muka serta tidak berbakti kepada keduanya.
Berusahalah mencari keredhaan Allah melalui keredhaan kedua ibubapa kita.
4. PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL QURAN
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT
titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
1.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama
kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal
disebutkan dibawah.
2.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke
sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
3.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak
berguna).” [23:3]
Sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu’, melakukan solat sunat
dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan
lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
4.Prihatin sesama kita
“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan
diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang
termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
5.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau
hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa
yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara
lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah
berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan
lelaki/perempuan anda.
5. APA ITU AURAT?
Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat
oleh orang lain. Allah berfirman:“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta
janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah zaman dahulu;
dan dirikanlah solat serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya Allah bermaksud menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari-mu
wahai Ahlul Bait, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya daripada segala perkara
yang keji”– Surah Al-Ahzab ayat 33
“Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.”– Surah Al Ahzab ayat 59
Apakah aurat bagi lelaki?---Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat
lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada
wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang
tidak boleh dilihat.Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang
lain.Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh
melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan
demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian – Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud
dan Tirmizi.
Apakah aurat bagi wanita?
Aurat Ketika Solat----Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak
tangan.Hal ini bermaksud, wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat. Asalkan
pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.
Aurat Dengan Mahram
Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut.Walau
bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat
lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah.Jesteru, sebaik-
baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram untuk menjaga maslahah (seseuatu
yang lebih baik).
Aurat Wanita dengan Lelaki---Ulama bersepakat bahawa aurat perempuan kepada lelaki yang
bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.
Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang
dan adik lelaki.
6. SOLAT TIANG AGAMA
Namun ramai yang hanya membina tiang agama. Solat merupakan tiang agama. Namun
hakikatnya masih terlalu ramai umat Islam yang masih jahil dan ragu tentang solat. Ini satu
aspek. Dari aspek lain, umat Islam jauh lebih jahil tentang Islam sebagai penyelesaian masalah
kehidupan. Perbincangan mengenai Islam didominasi oleh isu-isu ibadah seperti solat, puasa,
zakat, haji, nikah kahwin dan beberapa perkara lain yang bersifat individu. Jarang sekali kita
mendengar perbincangan yang terkait dengan isu kebangkitan umat. Persoalan tentang sistem
pemerintahan, sistem ekonomi, sistem uqubat, polisi pendidikan, polisi luar negeri, termasuk
perbincangan tentang bagaimana menghukum seseorang yang tidak solat jarang sekali
didengari umat.
Islam itu lengkap dan mampu menyelesaikan seluruh permasalahan manusia. Apa yang perlu
ada adalah sistem pemerintahan Islam yang akan menyambung kembali kehidupan Islam dan
memastikan bahawa setiap permasalahan hidup diselesaikan oleh Islam. Marilah kita bersama-
sama dalam mengembalikan kehidupan Islam. Ini akan memastikan persoalan solat itu sendiri
secara langsung akan mendarah daging di dalam umat. Ketika itu, anak kecil yang berumur 10
tahun akan tahu secara terperinci persoalan solat dan akan sentiasa menjaganya kerana
kehidupan ketika itu dipenuhi dengan nuansa ketakwaan. Tambahan pula, hukuman menanti
jika solat diabaikan,di dunia dan akhirat. Pada saat itu, penerapan hukum syara’ akan tetap
terjaga di bawah pimpinan seorang khalifah yang amanah, bertakwa dan ikhlas.
RASULULLAH bersabda yang bermasud: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab
pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka
sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka
kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman:
“Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya
apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Seorang mukmin sejati tidak cuai dalam melaksanakan ibadat solat fardu diwajibkan termasuk
menjaga waktu, mematuhi tertib solat di samping mengerjakan ibadat sunat yang termampu
olehnya.Sesungguhnya jika solat dikerjakan dengan sempurna ia dapat mencegah perbuatan
keji dan mungkar sebaliknya mereka yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak dapat merasai
ketenangan dan ketakwaan sebenar kepada Allah. Lantaran itu ramai tidak segan silu
melakukan dosa dan maksiat sekalipun mengerjakan sembahyang, puasa dan amalan wajib lain.
Rebutlah peluang semasa hidup untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata:
“Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk
akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”
7. HUKUM BERMAIN TIK TOK
Pada dasarnya sebarang aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, WhatsApp,
Instagram mahupun TikTok yang digunakan untuk perkara yang manfaat adalah dibolehkan.
Hal ini bertepatan kaedah berikut :

‫األصل في األشياء اإلباحة حتى يدل الدليل على التحريم‬


Maksudnya:” Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas
pengharamnya
Pengguna yang bertanggungjawab mengurus sebarang aplikasi sama ingin memandu kepada
jalan yang bermanfaat mahupun jalan yang membawa kerosakan. Justeru, hukum harus boleh
berubah kepada hukum lain tertakluk cara pengguna mengendalikannya. Beberapa penetapan
hukum dalam hiburan antaranya ialah: Makruh, sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang
kesan baik kepada manusia kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Haram,
sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat. Ini seperti perbuatan yang
bercampur dengan perkara yang diharamkan syarak.Maka permainan video TikTok hanya sia
sia dan tidak mendatang sebarang faedah dan kategori hiburan yang dihukumkan makruh.
Hukum Memuatnaik Video Tik Tok
(Lip-sync)
Pengguna aplikasi TikTok boleh merakam (lip-sync) iaitu pergerakan mulut serta menunjukkan
aksi-aksi mimik muka mahupun menjeler lidah dan melibatkan sebahagian pergerakan
anggota badan dengan iringan muzik yang dimainkan. Gaya tersebut jelas menghilangkan
akhlak sebagai seorang muslim sejati. Walaupun video TikTok yang dimuatnaik hanya
melibatkan pergerakan mimik muka namun dikhuatiri video tersebut punca menaikkan
syahwat bagi setiap mata yang memandang sekalipun pemain video TikTok wanita yang
menutup aurat. Hal tersebut dibimbangi dengan kadar sangkaan yang kuat (ghalabah az-
zhan) menimbulkan fitnah dan kemudaratan pada agama maka ia diharamkan.
Tarian TikTok
Tarian tersebut melibatkan pergerakan tangan, dada dan punggung yang berlatar belakang
muzik. Bahkan, segelintir pemain TiKTok bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dalam
merakam tarian dengan gaya yang memberahikan tanpa rasa malu. Hal ini jelas telah
menimbulkan fitnah dan syahwat bagi sesiapa yang memandang. Ini bertentangan dengan
syariat Islam yang sangat menitikberatkan batas-batas pergaulan dan penjagaan aurat sesama
manusia dalam kehidupan seharian.
Permainan video TikTok hanyalah sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang faedah. Bahkan,
trend gaya tarian Tiktok jelas menghilangkan nilai akhlak seorang muslim sejati selain
mengundang mudarat kepada agama dan ancaman fitnah.

Anda mungkin juga menyukai