Anda di halaman 1dari 10

BIRO USRAH

PGPI TEKS USRAH FASA 2

TAJUK 3: AMAR MAKRUF NAHI


MUNGKAR

Objektif tajuk ini :


1. Memahami pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar
2. Menjelaskan skop dan bidang pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar
3. Memahami keperluan mutakhir terhadap amar ma’ruf dan nahi mungkar

PENGENALAN

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah, Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik
bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”

Allah SWT mengisytiharkan bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik secara bersyarat, iaitu
apabila umat melaksanakan amar ma’ruf, nahi mungkar dan beriman kepada Allah. Maksudnya, title ‘terbaik’
dan ‘paling baik’ hanya akan diraih apabila Umat Islam menyempurnakan ketiga-tiga perkara tersebut dan
sekiranya umat Islam gagal melaksanakan perkara-perkara tersebut maka jaminan ‘terbaik’ hanya menjadi
satu impian yang tidak terlaksana. Suatu persoalan yang menarik untuk direnungi; mengapa amar ma'ruf nahi
mungkar disebutkan lebih dahulu daripada beriman kepada Allah, padahal iman kepada Allah mesti
didahulukan dari setiap bentuk ketaatan? Imam Ar-Razi menghuraikan bahawa sesungguhnya iman kepada
Allah merupakan hal yang sama sama ada di kalangan semua umat (yang beragama). Justeru, tidak mungkin
bahawa yang menentukan dalam keunggulan ini adalah iman yang ia sama-sama menjadi ukuran masing
masing. Tapi yang menentukan dalam kelebihan ini ialah keadaan umat ini yang lebih kuat dalam melakukan
amar ma'ruf nahi mungkar daripada umat-umat lain1.

1
Taqiy al-Din Ahmad bin ‘Abd al-Halim Ibn Taymiyyah, Amar Ma’ruf Nahi Mungkar, h.37-38, Kementerian Hal Ehwal Islam,
Waqaf dan Dakwah Arab Saudi.

1
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

DEFINISI AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Amar ma’ruf bererti ‘menyuruh ke arah kebaikan’ sedangkan nahi mungkar bererti ‘mencegah
kemungkaran. Secara yang lebih spesifik, Ma’ruf bererti segala ‘merupakan ismun jami’ (kata nama yang
mencakupi) tentang segala sesuatu yang dicintai ALLAH SWT baik perkataan, perbuatan yang zahir maupun
batin yang mencakupi niat, ibadah, struktur, hukum dan akhlaq”. Manakala perkataan ‘Mungkar” beerti “kata
nama yang mencakupi segala sesuatu yang dibenci ALLAH dan tidak diridhai-NYA, baik berupa perkataan,
perbuatan yang zahir maupun yang batin, termasuklah perbuatan syirik, penyakit-penyakit hati, menyia-
nyiakan ibadah, perbuatan yang keji, dll”.2 Selain menggunakan perkataan ‘nahi’ yang bererti mencegah, nabi
saw juga menggunakan perkataan ‘taghyir’ atau mengubah. Terdapat dua pengertian asas tentang erti taghyir;
Mengubah bentuk/konsep bukannya mengubah perkara itu sendiri dan pengertian kedua ialah mengubah
perkara itu sendiri dengan menukarkannya dengan perkara lain.3

Secara umumnya, amar ma’ruf dan nahi mungkar juga terangkum dalam pengertian dakwah Islamiyah.
Justeru, makna dakwah itu adalah mengajak ke arah kebaikan dan meninggalkan segala keburukan, atau
memindahkan manusia daripada satu sistem kehidupan kepada kehidupan yang lebih baik; maka segala
elemen ke arah itu seperti nasihat, amar dan nahi, motivasi dan kaunseling, marah mahupun berlembut,
menggunakan kuasa atau budi bicara, semuanya adalah dakwah.

HUKUM PERLAKSANAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Ibn Taymiyyah juga menjelaskan amar dan nahi merupakan satu ketentuan sejak kewujudan Nabi Adam as
lagi, dan setiap manusia tidak terlepas daripada melaksanakan tuntutannya.4 Perbincangan tentang hukum
pelaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar sering merujuk kepada ayat Surah Ali Imran ayat 104:

“Dan hendaklah (sebahagian) kamu menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh yang ma’ruf serta
melarang daripada yang mungkar. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya”.

Para ilmuan Islam mempunyai dua pandangan dalam mengulas hukum perlaksanaan amar ma’ruf nahi
mungkar sebagaimana yang diperintahkan dalam ayat di atas; Adakah ayat tersebut ditujukan kepada
sebahagian umat Islam (Fardhu Kifayah) atau kepada semua umat Islam (Fardhu Ain)? Perbincangan tersebut
telah dikupas dalam kitab-kitab tafsir dan dakwah dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Ayat ini ditujukan kepada sebahagian umat Islam (Fardhu Kifayah) kerana perkataan (‫ )منكم‬di permulaan
ayat berperanan untuk mengecualikan, bermaksud “sebahagian daripada kamu”.
2. Ayat ini ditujukan kepada seluruh umat Islam (Fardhu Ain) kerana perkataan (‫ )منكم‬di permulaan ayat
berperanan untuk menegaskan atau memberi penekanan, bermaksud “hendaklah setiap di kalangan kamu”.

2
http://www.al-ikhwan.net/amar-maruf-nahi-mungkar-131/
3
Dr Muhammad Tawfiq Muhamamad Sa’ad, op. cit., h.62.
4
Taqiy al-Din Ahmad bin ‘Abd al-Halim, op cit, h.51.
2
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Al Imam Ibn Taymiyyah mengulas persoalan hukum perlaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar dalam
makalahnya: "Kewajiban ini adalah kewajiban atas keseluruhan umat, dan ini yang oleh para ulama disebut
fardhu kifayah. Apabila segolongan dari umat melaksanakannya, gugurlah kewajiban itu dari yang lain.
Seluruh umat dikenai kewajiban itu, Tetapi bila segolongan umat telah ada yang melaksanakannya, maka
tertunaikan kewajiban itu dari yang lain"5

Walapun hukum perlaksannaya adalah fardhu kifayah, ini bukan bermaksud seseorang Muslim itu boleh
berlepas tangan daripada melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar dan mengharapkan orang lain
melaksanakan kewajipan tersebut. Dalam sesetengah keadaan, hukumnya wajib bagi seseorang individu
Muslim melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar apabila berlaku perkara maksiat dan kemungkaran di
hadapannya dan tidak ramai yang mengetahui perkara tersebut. Contohnya apabila kemungkaran berlaku
dalam sebuah keluarga, kawasan kejiranan yang kecil ataupun di kampus sama ada di fakulti atau kolej
kediaman, dan tidak ramai di kalangan ahli keluarga, jiran tertangga atau masyarakat kampus yang
mengetahui kemungkaran tersebut maka individu yang mengetahui berlakunya maksiat atau kemungkaran
tersebut wajib menegah dan membanteras perkara tersebut daripada berlarutan kerana tidak ada orang lain
lagi yang mengetahui kemungkaran atau maksiat tersebut. Sekiranya individu tersebut dengan sengaja
meninggalkan amar ma’ruf nahi mungkar, maka ia dianggap berdosa kerana meninggalkan satu kewajipan
agama.

DALIL-DALIL AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

1) Umat yang terbaik adalah umat yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma’ruf, mencegah
kemungkaran dan beriman kepada Allah”6

2) Allah swt mengasihi mukmin yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.

5
Ibn Taymiyyah, ibid, h.4,
6
Surah 3:110.
3
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

“Dan mukminin dan mukminat, saling bantu-membantu, menyuruh yang ma’ruf, mencegah daripada
kemungkaran, mengerjakan solat, membayar zakat, mentaati Allah dan Rasul. Mereka adalah orang yang
dikasihi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana” 7

3- Allah swt melaknat orang yang tidak melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.

“Telah dilaknat orang kafir kalangan Bani Israil atas lisan Daud dan Isa anak Maryam, yang demikian itu
kerana mereka selalu derhaka dan melampaui batas. Adalah mereka juga tidak mencegah kemungkaran yang
mereka saling perbuat. Sungguh, amat buruk apa yang mereka lakukan”8

Menurut, Ibn Abbas r.’ahuma, mereka dilaknat dalam kitab Taurat, Zabur, Injil dan juga dalam al-Quran.9 Erti
laknat yang difahami adalah mereka telah dijauhkan daripada mendapat rahmat daripada Allah swt.10

4- Keimanan tidak lengkap tanpa amar ma’ruf nahi mungkar.

“Mereka (ahli kitab) tidak semuanya sama. Ada kalangan mereka segolongan yang berdiri membacakan ayat-
ayat Allah pada malam hari dan mereka bersujud. Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, menyuruh
yang ma’ruf, mencegah kemungkaran, bersegera melakukan kebaikan. Mereka itu adalah termasuk orang-
orang soleh”11

7
Surah 9 : 71
8
Surah 5:78-79
9
Muhammad bin Yusuf al-Syahir, selepas ini Abi Hayyan, (2001), Al-Bahr al-Muhit, tahqiq: ‘Adil Ahmad ‘Abd al-Mawjud, ‘Ali
Muhammad Mu’awwad, Zakariyya ‘Abd al-Majid al-Nawqa, j.3, h.547.
10
‘Abd al-Rahman bin ‘Ali bin Muhammad al-Jawzi, selepas ini Ibn al-Jawzi Zad al-Masir fi ‘Ilm al-Tafsir, Beirut: Al-Maktab al-
islami, c.3, j.2, h.405.
11
Surah 3:113-114.
4
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

5- Allah SWT mengurniakan kedaulatan dan kemenangan kepada golongan yang melaksanakan amar ma’ruf
nahi mungkar.

“Orang yang diberi kekuasaan di bumi, mereka mengerjakan solat, membayar zakat, menyuruh yang ma’ruf
dan mencegah kemungkaran. Dan untuk Allah, kesudahan segala perkara”12

6- Azab akan ditimpakan kepada orang yang tidak amar dan nahi

“Tidaklah sesuatu kaum yang melakukan maksiat, kemudian berkemampuan untuk mengubahnya, namun
mereka tidak mengubahnya kecuali akan ditimpakan azab oleh Allah swt”13

“Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan azab disebabkan amalan yang khusus, sehinggalah
kemungkaran itu berlaku secara jelas kalangan kamu sedangkan kamu berkemampuan untuk mencegahnya
(namun kamu tidak mencegahnya). Apabila berlaku begitu (tidak mencegah kemungkaran yang zahir), maka
Allah akan mengazab kamu tidak kira disebabkan khusus mahupun umum”14

7- Allah swt tidak mengabulkan doa jika tidak melakukan amar dan nahi

15
‫والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن هللا أن يبعث عليكم عقابا منه ثم تدعونه فال يستجاب لكم‬

“Demi jiwaku di tangannya, kamu tetap bersungguh menyuruh yang ma’ruf dan bersungguh mencegah
kemungkaran, ataupun Allah memberikan balasan buruk terhadap kamu, kemudian kamu berdoa namun doa
kamu tidak dikabulkan”

8- Mengubah kemungkaran adalah satu kewajipan.

16
‫ وذلك أضعف اإليمان‬. ‫ فإن لم يستطع فبقلبه‬. ‫ فإن لم يستطع فبلسانه‬. ‫ فاستطاع أن يغيره بيده فليغيره بيده‬. ‫من رأى منكم منكرا‬
“Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan. Sekiranya tidak
mampu, maka dengan lisan. Dan sekiranya tidak mampu, maka hendaklah diubah dengan hati. yang demikian
itu adalah selemah-lemah Iman” (Ibn Majjah)

12
Surah 22:41.
13
Abu Dawud, op. cit., bab ‫األمر والنهي‬, j.4, h.214.
14
Abu ‘Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Syaibani, selepas ini Ahmad bin Hanbal, (2001), Musnad
al-Imam Ahmad bin Hanbal, tahqiq: Syu’ayb al-Arnaut, ‘Adil Mursyid, et., bab ‫ عدي بن عميرة الكندي حديث‬, Muassasah al-Risalah,
j.29, h.258.
15
Al-Tirmidhi, op. cit., bab ‫األمر بالمعروف والنهي عن المنكر‬, j.4, h.468.
16
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri dan disahihkan oleh al-Albani. Rujuk Muhammad bin Yazid Abu ‘Abdullah,
selepas ini Ibn Majjah, Sunnah Ibn Majjah, tahqiq: Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi, Beirut: Dar al-fikr, j.2, h.1330.
5
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

‫ما من نبي بعثه هللا في أمة إال كان له من أمته حواريون وأصحاب يأخذون بسنته ويقتدون بأمره ثم إنها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما ال يفعلون ويفعلون‬
‫ما ال يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن جاهدهم بقلبه فهو مؤمن ليس وراء ذلك من اإليمان حبة خردل‬
17

“Allah tidak mengutuskan seseorang Nabi melainkan ada pembantu, Hawariyyun ataupun Ashab. Mereka
mengambil sunnah nabi, melaksanakan perintahnya, kemudian datanglah golongan lain selepas mereka,
(golongan itu) mengatakan apa yang mereka tidak lakukan, melakukan apa yang tidak diperintahkan. Maka
barangsiapa yang berjihad ke atas mereka dengan tangan, mereka adalah mukmin. Barangsiapa yang
berjihad ke atas mereka dengan lisan, maka mereka adalah mukmin. Barangsiapa yang berjihad ke atas
mereka dengan hati, maka mereka adalah mukmin. Selain daripada itu, maka tiada bahagian keimanan”.

KEPENTINGAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Rasulullah SAW membuat satu kiasan tentang kepentingan perlaksanaan Amar ma’ruf nahi mungkar
sebagaimana yang diungkapkan dalam hadith yang sahih di bawah:

“Perumpamaan orang yang menegakkan perintah Allah (Amar ma’ruf dan Nahi mungkar termasuk perintah
Allah) dan orang yang jatuh ke dalam larangan Allah ialah seperti satu kaum yang mengundi untuk mendapat
tempat di dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka mendapat tempat di tingkat atas manakala
sebahagian lagi pada tingkat bawah. (Ketika dalam pelayaran), apabila orang di tingkat bawah inginkan air,
mereka terpaksa pergi meminta kepada orang yang berada pada tingkat atas. Lalu mereka (yang berada di
tingkat bawah) berkata: “Jika kita membuat lubang pada tingkat ini nescaya kita tidak perlu lagi meminta
daripada orang di atas kita.” Jika (mereka yang berada di tingkat atas) membiarkan mereka (orang di tingkat
bawah) melakukan apa yang mereka hendaki (melubangkan kapal), pasti semuanya akan musnah
(tenggelam). Sebaliknya jika mereka (yang berada di tingkat atas) menahan dengan tangan mereka
(rancangan melubangkan kapal), pasti mereka (yang di tingkat atas) akan selamat dan akan selamat juga
semuanya (termasuk di tingkat bawah)” (Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Ini adalah gambaran yang indah bagi pengaruh amar ma'ruf dan nahi mungkar dalam masyarakat, dari hadits
tersebut jelas bahwa amar ma'ruf dan nahi mungkar bisa menyelamatkan orang-orang lalai dan orang-orang
ahli maksiat dan juga orang lain yang taat dan istiqamah, dan bahwa sikap diam atau tidak peduli terhadap
amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan suatu bahaya dan kehancuran, ini tidak hanya mengenai orang-
orang yang bersalah saja, akan tetapi mencakup semuanya, yang baik dan yang buruk, yang taat dan yang
jahat, yang takwa dan yang fasik.

17
Banyak riwayat tentang hadis ini dan setiap riwayat ada sedikit perbezaan lafaz. Disertakan di sini beberapa kitab yang
menyebutkan tentang hadis ini. Rujuk Abu Bakr Ahmad bin al-Hussin bin ‘Ali al-Bayhaqi, selepas ini al-Bayhaqi, (1344h), al-Sunan
al-Kubra wa fi Zailihi al-Jawhar al-Naqy, penulis al-Jawhar al-Naqy: ‘Ala al-Din ‘Ali bi ‘Uthman, Majlis Dairah al-Ma’arif, al-
Nidzamiyyah al-Kainah, bab ‫ما يستدل به علي أن القضاء‬, j.10, h.90;
Muhammad bin Futuh al-Hamidi, (2002), Al-Jam’u Bayna al-Sahihayn al-Bukhari wa Muslim, tahqiq: Dr ‘Ali Hussin al-Bawwab,bab
‫أفراد مسلم‬, Beirut: Dar al-Nasyr/ Dar Ibn Hazm, c.2, j.1, h.132;
Abu Na’im Ahmad bin ‘Abdullah bin Ahmad bin Ishaq bin Musa bin Mahran al-Harrani al-Asbahani, (1996), Al-Musnad al-
Mustakhraj ‘ala Sahih al-Imam Muslim, tahqiq: Muhammad Hassan bin Muhammad Hassan Isma’il al-Syafie, bab ‫كتاب اإليمان‬, Beirut:
Dar al-Kutub al’Ilmiyyah, j.1, h.137.
Muhammad bin Abu Bakr bin Ayyub bin Sa’ad, selepas ini Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Tahzib Sunan Abi Dawud wa Idah
Musykilatihi, j.2, h.338.
Maj al-Din Abu al-Sa’adat al-Mubarak bin Muhammad al-Jazry, selepas ini Ibn al-Athir, (1972), Jami’ al-Usul fi Ahadith al-Rasul,
tahqiq: ‘Abd al-Qadir al-Arnaut, Maktabah Dar al-Bayan, j.1, h.325.
6
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Berdasarkan hadith di atas juga, kepentingan amar ma’ruf nahi mungkar bukan hanya terbatas semata-
mata untuk mendapat ganjaran pahala dan terselamat daripada laknat dan kemurkaan Allah, tetapi Amar
ma’ruf nahi mungkar adalah kaedah yang diajar oleh Islam dalam menyelamatkan kehidupan masyarakat
secara keseluruhannya daripada sebarang anasir yang tidak sihat sihat samaada secara zahir (seperti wabak
penyakit, peperangan dsb) ataupun batin (syirik, penyakit hati seperti hasad dengki dan sebagainya). Amar
ma’ruf nahi mungkar adalah mekanisme ‘semak dan imbang’ (check and balance) untuk memastikan
sesebuah Ummah itu berada atas landasan yang betul untuk mencapai wawasan yang gemilang di dunia dan
akhirat. Natijahnya sesebuah masyarakat tersebut akan sentiasa maju dan cemerlang dalam pelbagai sudut
dan aspek kehidupan.

SKOP PERLAKSANAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Antara salah tanggapan dalam pemikiran masyarakat Islam adalah mensinonimkan Amar ma’ruf nahi mungkar
dengan operasi cegah maksiat semata-mata. Persepsi ini adalah natijah daripada pemahaman terhadap
Amar ma’ruf nahi mungkar yang dangkal sehinggakan perintah yang penting seperti ini dilaksanakan dalam
konteks yang sempit. Sebenarnya perlaksanaan Amar ma’ruf nahi mungkar meliputi segenap aspek kehidupan
masyarakat termasuklah dalam aspek social, ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Jadual di bawah
menghuraikan secara ringkas contoh Ma’ruf dan Mungkar yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Ma’ruf Mungkar
Sosial a. Bertoleransi dan saling a. Bersifat rasis dan berpuak-puak
menghormati sesama Muslim dan b. Perceraian, keganasan
non Muslim; rumahtangga dan hubungan
b. Institusi keluarga yang bahagia kekeluargaan yang haru-biru.
dan harmoni c. Aktiviti jenayah, maksiat dan
c. Promosi gaya hidup sihat seperti memudaratkan nyawa seperti
beriadah, ziarah-menziarahi dsb merempit dan merokok
Ekonomi a. Promosi produk halal dan patuh a. Terlibat dalam aktiviti berkaitan
Syariah riba dan tidak halal;
b. Menyokong bisness seasama b. Terlibat dalam skim cepat kaya
Muslim yang merugikan
c. Penggunaan dinar emas dan c. Terlibat dalam perniagaan dan
menggalakkan zakat, sedekah kempen produk-produk pro Zionis
dan wakaf sebagai kaedah dan musuh-musuh Islam
memakmurkan ekonomi Muslimin
Politik a. Kepemimpinan yang a. Kepimpinan autokratik, korup dan
melaksanakan Syariat dan melaksanakan doktrin pemisahan
menerapkan prinsip dan nilai agama dan Negara (sekularisme).
kepimpinan Islam seperti integrity, b. Menzalimi rakyat dengan
itqan (kualiti) dsb. membolot kekayaan dan menindas
b. Menunjukkan contoh tauladan golongan yang miskin dan tidak
yang terbaik kepada rakyat dalam berdaya.
melaksanakan amanah
kepemimpinan.

7
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Dalam konteks kehidupan di alam kampus, ma’ruf dan mungkar juga mesti difahami dalam konteks yang
luas. Antara perkara ma’ruf dalam konteks kehidupan alam kampus termasuklah menyertai program ilmu
seperti kuliah, diskusi, debat, usrah dan lain-lain. Begitu juga melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan yang
banyak memberikan nilai tambah terhadap kemahiran dan pembangunan diri. Pada masa yang sama antara
mungkar yang sewajarnya dihindari adalah budaya malas dan sambil lewa terhadap pengajian, ber’couple’,
pembaziran wang biasiswa atau pinjaman ataupun terlibat dalam aktiviti peleseran di luar kampus. Justeru,
para siswa bukan sekadar mesti melakukan yang ma’ruf dan menghindar yang mungkar, tetapi mesti terlibat
dalam usaha menyeru warga kampus yang lain ke arah yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.

KAEDAH MENCEGAH KEMUNGKARAN

Rasulullah SAW bersabda:

‫ان‬
ِ ‫اإلي َم‬
ِ ‫ف‬ ْ َ ‫سانِ ِه فَإ ِ ْن لَ ْم يَ ْستَطِ ْع فَبِقَ ْلبِ ِه َوذَلِكَ أ‬
ُ َ‫ضع‬ َ ‫َم ْن َرأَى مِ ْن ُك ْم ُم ْنك ًَرا فَ ْليُغَيِ ْرهُ بِيَ ِد ِه فَإ ِ ْن لَ ْم يَ ْستَطِ ْع فَبِ ِل‬

«Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka hendaklah merubahnya dengan tangannya,
jika tidak mampu maka dengan lisannya, jka tidak mampu maka dengan hatinya, dan inilah selemah-lemahnya
iman» (HR. Muslim)

Dalam hadith di atas, Rasulullah SAW menggariskan tahap-tahap dalam perlaksanaan nahi mungkar
iaitu mengubah dengan tangan (kuasa), dan sekiranya tidak mampu, dengan lisan dan sekiranya tidak
mampu, dengan hati. Para ulama menghuraikan hadith di atas dengan menerangkan bahawa at-Taghyiir bil
Yad (mengubah kemungkaran dengan tangan) bersifat wajib jika disertai Qudrah (kemampuan dan
kekuasan). Contohnya: ketua rumah tangga atau pemimpin negeri atau Negara atau pihak berkuasa dalam
wilayah terbabit, mereka wajib mengubah kemungkaran yang terjadi di wilayah kekuasaannya dengan tangan.
Jika tidak, maka mereka berdosa.

Namun jika suatu kemungkaran terjadi di luar wilayah kekuasaan seseorang, maka ini di luar Qudrah,
sehingga tidak wajib dan tidak mampu mengubahnya dengan tangan. Akan tetapi wajib mengingkari
kemungkaran dengan lisan, yaitu dengan dakwah dan nasehat. Jika tidak mampu, maka wajib mengingkari
dengan hati, yaitu dengan membenci dan tidak ridha dengan kemungkaran tersebut. Tidak ada alasan bagi
seorang mukmin untuk tidak bisa mengingkari kemungkaran dengan hati. Karena jika tidak, sungguh
keimanannya dalam bahaya yang besar.

Imam al-Ghazali telah meletakkan lima tahapan dalam mencegah kemungkaran merangkumi;18
(a) Menjelaskan tentang apa yang ia lakukan itu adalah mungkar dan tertegah dalam ajaran
(b) (Jika tidak berjaya) Memberi nasihat dengan kata-kata yang lembut
(c) (Jika tidak berjaya) Mencela maksiat yang dilakukan, namun mesti dijauhi celaan melampau
(d) (Jika tidak berjaya) Mencegah secara keras dengan merosakkan harta bendanya
(e) (Jika tidak berjaya) Menakutkannya dengan pukulan

18
Al-Ghazali, op. cit., h.282.
8
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Ibnu Qayyim al-Jawziyyah rahimahullah menjelaskan empat tingkatan nahi munkar. Berikut ini adalah
intisari daripada huraian Imam Ibn Qayyim secara ringkas:19

Pertama: Nahi munkar disyari’atkan bila mampu mengubah kemungkaran manjadi suatu yang ma’ruf. Dengan
kata lain kemungkaran hilang seratus peratus dan berganti dengan kebaikan.

Kedua: Nahi munkar tetap disyari’atkan jika mampu mengurangi kemungkaran, sekalipun tidak mampu
menghilangkannya secara keseluruhan.

Ketiga: Nahi munkar memerlukan ijtihad (pengambilan keputusan) seorang yang ‘alim, iaitu apabila suatu
kemungkaran itu dicegah, diyakini akan menimbulkan kemungkaran lain yang semisal dan sama berat.
Dipertimbangkan mana yang lebih mendatangkan maslahat, mengingkari kemungkaran tersebut atau
membiarkannya.

Keempat: Nahi mungkar menjadi haram untuk ditegakkan jika menyebabkan pelaku kemungkaran terus
melakukan kemungkaran yang lebih besar. Dalilnya adalah firman Allah :

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti
akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan...” [QS. Al-An’aam: 108]

Di sini Allah melarang orang-orang mukmin mencela sesembahan-sesembahan orang kafir, padahal
mereka berhak mendapat celaan (bahkan melenyapkan sembahan-sembahan selain daripada Allah dan ini
termasuk dalam nahi munkar yang besar). Namun, perbuatan mencela berhala atau sembahan lain itu
diharamkan karena dikhuatirkan timbul kemunkaran yang lebih besar, yaitu celaan balas terhadap Allah dari
orang-orang kafir.

Ibnul Qayyim al Jawziyyah membawakan contoh perlaksanaan kaedah ini dengan kisah gurunya,
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, beliau mengisahkan: “Aku bersama para sahabatku melihat
sekumpulan orang (Tartar) di zaman penjajahan Tartar, tengah mabuk meminum khamr (arak). Maka salah
seorang yang bersamaku hendak menegah perbuatan mereka. Aku pun mencegah niatnya itu. Aku berkata
padanya: ‘Allah mengharamkan khamr kerana arak bisa mencegah dari dzikrullah dan solat. Sementara bagi
orang-orang ini, khamr menjadi pencegah mereka dari berbuat aniaya; membunuh jiwa dan anak-anak kaum
muslimin, serta merampas harta mereka.’”

19
Ibn Qayyim al Jawziyyah, I’lam al Muwaqqi’in, j. 3, h. 6-7, Cairo: Dar al Hadith
9
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Kesimpulannya, amar dan nahi memperuntukkan kebijaksanaan daripada para pendakwah. Hikmah
yang dinyatakan perlu difahami sebagai pengurusan dakwah yang bersifat strategis dan bernafas panjang.
Apabila Umar Abdul dikritik oleh anaknya Abdul Malik kerana beliau tidka terus menghapuskan kemungkaran
secara drastik, beliau berkata, “Wahai anakku, sesungguhnya Allah mengharamkan arak melalui tiga proses,
maka aku takut jika aku terus menghapuskan kemungkaran, ia akan menimbulkan kesan yang lebih teruk”.

PEMDEKATAN DAN SENI RASULULLAH DALAM MELAKSANAKAN AMAR MAARUF NAHI MUNKAR
Secara ringkas, sekiranya diamati pendekatan (approach) dan seni Rasulullah SAW dalam menyantuni
i. Memilih masa dan tempat yg sesuai utk beri nasihat ;
ii. Berdakwah secara diplomasi dengan pemimpin besar dunia contohnya baginda menggunakan
cincin yang berukir nama baginda Rasulullah saw untuk menandatagani surat-surat yg dikirimkan
kepada para pembesar;
iii. Mengisytiharkan perang dan penentangan terhadap golongan yang secara berterusan menggugat
ketenteraman umat Islam dan menindas golongan yang tidak berupaya sebagaimana yang berlaku ke
atas Yahudi yang belot kepada Rasulullah dalam perang Ahzab atau Khandaq;
iv. Meninggalkan perkara yg tidak memudaratkan utk maslahatan yg lebih besar contoh, baginda tidak
meruntuhkan Kaabah yg dipenuhi patung berhala selepas Fathu Mekah. Baginda hanya membuang
berhala drpd Kaabah shj ;
v. Memberi hadiah kepada mereka yang baru berjinak dengan Islam.
vi. Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalat yang baik seperti menolong wanita
Yahudi ;
vii. Menunjukkan qudwah hasanah (tauladan yang terbaik) melalui akhlak baginda yang begitu
mempersonakan dan kesederhanaan yang Baginda SAW tunjukkan dalam semua aspek kehidupan
Baginda ;
viii. Memberi kemaafan dalam keadaan yang boleh baginda menuntut bela sprt melayani dgn baik
keluarga Abu Sufian ketika pembukaan Mekah ;
ix. Menceritakan sesuatu berdasarkan kisah-kisah umat terdahulu sebagai iktibar sekaligus
mengubah sikap dan akhlak golongan yang mendengar.

Daripada ringkasan di atas, jelas menunjukkan bahawa perlaksanaan Amar ma’ruf nahi mungkar tidak
semestinya dilakukan secara kekerasan dan paksaan semata-mata, sebaliknya perlaksanaanya dapat
dilakukan secara penuh kasih sayang dan rasa hormat kepada kumpulan sasaran dakwah tersebut. Yang
paling penting, adalah kesan kepada usaha amar ma’ruf nahi mungkar tersebut iaitu membawa manusia
mentaati Allah dan meninggalkan segala yang dimurkaiNya.

PENUTUP

Amar ma’ruf nahi mungkar adalah suatu perintah agung untuk dilaksanakan oleh umat Islam bahkan
perlaksanaannya menjadi prasyarat umat Islam menjadi ‘khayra Ummah’ sebagaimana yang telah dikupas
sebelum ini. Amar ma’ruf nahi mungkar juga mesti dilaksanakan secara kolektif (berjamaah) agar kesannya
lebig menyeluruh dan mencapai sasasran. Adalah sangat penting bagi umat Islam memahami melaksanakan
perintah ini mengikut acuan yang telah dibentuk oleh Rasulullah SAW dan bukan semata-mata berdasarkan
pemahaman dan penghayatan yang salah yang akhirnya memperlihatkan Islam sebagai agama penghukum
dan bukan mendidik dan mengasuh manusia menjadi lebih baik.

10

Anda mungkin juga menyukai