Anda di halaman 1dari 13

BIRO USRAH

PGPI TEKS USRAH FASA 2

TAJUK 4: AMAL JAMAIE

Objektif tajuk ini :


1. Memahami konsep amal jamaie dan dalil - dalilnya
2. Memahami justifikasi dan rasional amal jamaie
3. Menjelaskan peranan amal jamaie dalam menggerakan dakwah

1. Muqaddimah

Islam adalah agama ‘berjamaah’. Terlalu banyak nas al Quran dan Sunnah yang memperlihatkan
seruan Islam terhadap perlaksanaan amal secara kolektif dan sistematik baik dalam konteks ibadah khusus
seperti solat dan haji begitu juga dalam ibadah umum seperti dakwah dan amar ma’ruf nahi mungkar. Firman
Allah S.W.T :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang
ma'aruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang berjaya."

(Ali Imran:104.)

Ayat tersebut tidak hanya mengandungi perintah berdakwah (asalkan berdakwah saja) tetapi sekaligus
mengandungi penekanan terhadap kaedah dakwah yang harus dilaksanakan menerusi wadah ummah yakni
jamaah pendakwah. Kegiatan berencana dan berstrategi di samping bertawakkal bulat kepada Allah adalah
merupakan jejak sunnah para Nabi a.s. sebagaimana yang diabadikan sejarahnya dalam Al-Quranul Karim.
Antaranya ialah perencanaan strategi Nabi Ya'qub a.s. sepertti yang terungkap dalam. Firman Allah S.W.T:

"Dan Ya'qub berkata, "Hai anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, tetapi
masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lainan, namun demikian, aku tiada dapat melepaskan kamu
barang sedikit pun daripada (takdir) Allah, keputusan menetapkan sesuatu hanyalah hak Allah, kepadaNyalah
aku bertawakkal dan hendaklah kepadaNya sahaja orang-orang yang bertawakkal berserah diri." "Dan ketika
mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiada
melepaskan mereka sedikit pun dari takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu keinginan pada diri Ya'qub yang
telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan kerana Kami telah mengajarkan
kepadanya. Akan tetapi, kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yusuf:67-68)

1
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

2. `Amal Jama`I : Pengenalan dan Tuntutannya

Sebelum meneroka pemahaman konsep `amal jama`i, perlu diketahui bahawa penglibatan fard al-Muslim
dalam jemaah Islam merupakan satu kewajipan lantaran agama Islam merupakan agama jama`ah1. Firman
Allah s.w.t:

Maksudnya:
“92. Sesungguhnya agama Islam inilah agama engkau, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah
Tuhanmu; maka sembahlah engkau akan Daku.”
(Al-Anbiya’ (21): 92)

 Takrif Amal Jama`i

`Amal jama`i membawa maksud ”melaksanakan amal Islami yang telah diputuskan oleh jemaah yang
munazzamah ke atas anggota secara iltizam dengan memenuhi tiga ciri asas sebagai seorang `amilin, iaitu al-
Fahmu, al-Taqwa, dan al-Ta`ah2 menurut manhaj tertentu untuk mencapai matlamat tertentu”.

 Tuntutan `Amal Jama`i: Dalil al-Qur’an

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :


“103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-
berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyah dahulu),
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada
di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka
itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya,
supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.
104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala
yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
105. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan
berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata
(yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.”
Ali-`Imran (3): 103-105

1
Ust Yahya Othman(2009), `Amal Jama`i: Pengertian dan Tuntutan, c. 2, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 43.
2
Ibid., h. 45.
2
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Ayat di atas memberikan suatu justifikasi kepada umat Islam akan kewajipan membentuk jemaah Islam
bagi melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Melihat kepada konteks ayat di atas, Sayyid Qutb telah
mentafsirkan bahawa asas keutuhan sesebuah jemaah Islam ialah berpegang teguh kepada tali Allah, dan
perlaksanaan amar makruf nahi mungkar tidak boleh tidak berhajat kepada penubuhan jemaah Islam3. Dalam
ayat yang lain, Allah s.w.t telah melahirkan kecintaan-Nya kepada anggota jemaah yang berjuang di jalan Allah
melalui sistem organisasi yang tersusun. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
“4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan
yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
Al-Saf (61): 4

Berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an di atas, maka jelaslah bahawa penggabungan akh al-muslim di dalam
sesebuah jemaah adalah suatu kewajipan. Hal ini bagi melicinkan perlaksanaan `amal jama`i di dalam
sesebuah gerakan Islam yang syumul, sekaligus bagi merealisasikan kedaulatan Islam yang merupakan satu
tuntutan rabbani.
Perkara ini juga bertepatan dengan kaedah fiqhiyyah:
.‫ما ال يتم الواجب إال به فهو الواجب‬
Maksudnya:
“Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.”
Menelusuri pemahaman kaedah fiqhiyyah di atas, ia bermaksud bahawa tidak akan sempurna kewajipan
dalam membina Dawlah Islamiyyah melainkan dengan tertubuhnya jemaah Islam, maka partisipasi umat Islam
ke dalam jemaah Islam bagi melaksanaakan `amal jama`i adalah wajib.

 Tuntutan `Amal Jama`i: Dalil al-Hadith


Perlaksanaan syariat Islam secara universal menerusi wasilah jemaah juga turut dititikberatkan oleh Nabi s.a.w
kepada umatnya. Antaranya sabda Nabi s.a.w: 4

.ِ‫َّللا‬ ‫اق اال ياض ُُّر ُه ْم ام ْن اخذالا ُه ْم احت َّى ياأْتِ ا‬


َّ ‫ي أ ا ْم ُر‬ ِ ‫علاى ا ْلح‬ ‫طائِفاةٌ مِ ْن أ ُ َّمتِي ا‬
‫ظاه ِِرينا ا‬ ‫اال ت ا ازا ُل ا‬

Maksudnya:
“Akan terus wujud segolongan umatku yang berani melahirkan kebenaran, tidak memberi mudarat kepada
mereka orang-orang yang menyanggahinya hingga datangnya perintah Allah s.w.t.”
(Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya)

3
Sayyid Qutb(t.t.), Fi Zilal al-Qur’an, Maktabah Syamila, versión 3.5, j. 1, h. 412.
4
Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyayri selepas ini Muslim(2000), Sahih Muslim dalam Mawsu’ah al-Hadith
al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Kitab al-Imarah, Bab La Tazal al-Taifah min Ummati Zahirin ‘ala al-Haq la Yadhurruhum man
Khalafahum, Riyadh: Dar al-Salam, c. 3, no. Hadith: 4950, h. 1020.
3
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Nabi s.a.w juga bersabda:5


.‫اصياةا‬
ِ ‫ْب ا ْلقا‬ ِ ‫ع ِة فا ِإنَّ اما ياأ ْ ُك ُل‬
ُ ‫الذئ‬ ‫طانُ فاعالا ْيكا بِا ْل اج اما ا‬
‫ش ْي ا‬ ‫ستاحْ اوذا ا‬
َّ ‫علاي ِْه ُم ال‬ ْ ‫صالاةُ إِالَّ ا‬ ِ ‫اما مِ ْن ثاالاث ا ٍة فِى قا ْريا ٍة ال ا يُ اؤذَّ ُن اوال ا تُقاا ُم ف‬
َّ ‫ِيه ُم ال‬
Maksudnya:
“Tidaklah tiga orang di dalam sebuah kampung tidak mengumandangkan azan serta tidak mendirikan solat
(jemaah) melainkan mereka dihasut oleh syaitan, maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana
sesungguhnya serigala hanya makan kambing yang jauh daripada kawanannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan Ahmad dalam Musnadnya)

Dalam pada itu, Nabi s.a.w turut mengingatkan umat Islam agar wajib berintima’ dalam jemaah Islam melalui
sabda Baginda:6
ْ ‫ت ا ْل از ُم اج اماعاةا ا ْل ُم‬
...‫سلِمِ ينا او ِإ اما ام ُه ْم‬
Maksudnya:
“Kamu hendaklah bersama-sama jemaah muslimin dan imam mereka…”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam Sahihnya – Muttafaqun `Alayh)
Sesungguhnya, jemaah Islam yang memperjuangkan agama Islam sentiasa di dalam naungan keredhaan
Allah s.w.t. Hal ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:7
‫َّللا ام اع ا ْل اج اما ا‬
‫ع ِة‬ ِ َّ ‫يا ُد‬
Maksudnya: “Yad (Naungan keredhaan) Allah bersama-sama jemaah.”
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dalam Sunannya)

Berasaskan keterangan dalil-dalil di atas, maka jelaslah memaparkan bahawa pembentukan jemaah Islam
merupakan satu kewajipan bagi setiap fard al-muslim bagi menjulang syiar Islam, khususnya dalam usaha
menjelmakan `amal jama`i dalam kalangan anggota8.

5
Abu Dawud Sulayman bin al-Asy’at al-Sajistani al-Azdi(1997), Sunan Abi Dawud tahqiq ‘Izzat ‘Ubayd al-Du’as & ‘Adil al-Sayd,
Beirut: Dar Ibn Hazm, c. 1, Kitab al-Solah, Bab al-Tasydid fi Tark al-Jama’ah, no. Hadith: 547, h. 264. Hanbali, Ahmad bin Hanbal
al-(2001), Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal tahqiq Syu’aib al-Arnauth, et.al, Beirut: Muassasah al-Risalah, j. 36, no. Hadith:
21710, h. 42. Menurut Syu`aib al-Arnauth, sanad ini adalah hasan.
6
Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardirbah al-Bukhari selepas ini al-Bukhari(2000), Sahih
Bukhari dalam Mawsu’ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Kitab al-Manaqib, bab ‘Alamat al-Nubuwwah fi al-Islam, Riyadh:
Dar al-Salam, c. 3, no. Hadith: 3606, h. 293; Muslim(2000), op. cit., Kitab al-Imarah, Bab Wujub Mulazamah Jama’ah al-Muslimin
‘Inda al-Zuhur al-Fitan, wa fi Kulli Hal, wa Tahrim al-Khuruj min al-Taat wa Mufaraqah al-Jama’ah, no. Hadith: 4784, h. 1009-
1010.
7
Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah al-(t.t.), al-Jami’ al-Mukhtasar min Sunan ‘an Rasulillah s.a.w. (Sunan al-Tirmidhi)
tahqiq Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif, c. 1, no. Hadith: 2166, h. 490. Hadith ini disahihkan oleh
pentahqiq kitab ini.
8
Ust Yahya Othman(2009), op. cit., h. 24.
4
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

 Tuntutan `Amal Jama`i: Dalil Sirah Nabawiyyah dan Dalil Aqli

Tuntutan amal jama’ie dapat dilihat secara jelas dalam sirah perjuangan para anbiya’ khususnya dalam
sirah Rasulullah SAW. Sekiranya dilihat dalam Sirah perjuangan Rasulullah SAW, segala tahap yang dilalui
dan segala langkah yang diambil tidak dilakukan dengan mendadak, rambang dan sewenang-wenangnya
tanpa perancangan dan perlaksanaan yang dilaksanakan secara ‘jama’ie’. Rasulullah SAW dan para sahabat
merancang dan merencanakan setiap tindakan dengan teliti dan rapi. Seperti yang berlaku dalam peristiwa
hijrah ke Habasyah (tidak ke negeri lain yang berdekatan, tidak ke mana-mana bumi Arab, tidak semua
pengikutnya diperintahkan berhijrah dan Junjungan sendiri tidak ikut serta) dan peristiwa hijrah ke Madinah.
Hijrah ke Madinah dilakukan secara beransur-ansur, bersembunyai dahulu di Gua Thur selama tiga hari,
dibuatnya penentuan peranan (Abu Bakar as-Siddiq r.a. sebagai teman pengiring, Abdullah ibn Urayqat
sebagai pemandu jalan yang tidak biasa dilalui oleh Quraysh), Asma binti Abu bakar sebagai pembekal
makanan, Abdullah ibn Abi Bakr sebagai pelopor berita dan Amir ibn Fuhayrah sebagai penggembala kambing
di sisi gua. Pengamatan yang teliti terhadap segala fakta-fakta ini akan menyerlah hakikat adanya perhitungan
yang matang dan perencanaan yang rapi.

Sementara daripada sudut dalil aqli (logik), keperluan kepada amal jama’ie dapat dilihat melalui beberapa
aspek:

Logik pertama.

Setelah kejatuhan Daulah Islamiah Othmaniah, umat Islam ditindas bahkan dijajah secara fizikal dan mental.
Musuh-musuh Islam bekerja secara mewujudkan sindiket di kalangan mereka untuk menpai matlamat yang
satu iatu menghancurkan Islam dan Muslimin. Oleh itu amal jama'ie yang tersusun rapi amat diperlukan dlam
menghadapi ketumbukan musuh.

Firman Allah SWT:

Mafhumnya: "Dan orang-orang kafir sebahagiannya adalah penolong kepada sebahagian yang lain jika kamu
tidak melakukan itu (bertolong-tolong di antara muslim), tentu akan timbul di atas mukabumi ini dan akan
berlaku kerosakan yang amat besar". (al Anfal: 73)

2. Logik kedua.

Dakwah Islamiah merupakan tuntutan yang berpanjangan dan menghadapi pelbagai tribulasi dan
dugaan. Justeru dalam mendepani ranjau dan dugaan ni, dakwah Islamiyyah mestilah dijunjung secara kolektif
dan sistematik bagi memastikan kelangsungan dan keberjayaan dakwah terhadap kumpulan sasarannya.
Bahkan pepatah Melayu juga banyak menyentuh persoalan kerjasama dan kemasyarakatan ke arah kelicinan
perlaksanaan sesuatu perkara, seperti Bersatu Teguh Bercerai Roboh, Bagai Aur dengan Tebing, Berat Sama
Dipikul, dan Ringan Sama Dijinjing, dan Bukit Sama Didaki Lurah Sama Dituruni. Ternyata

5
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

3. Kelebihan`Amal Jama`i
Secara ringkasnya kelebihan amal jama’ie adalah seperti berikut:

i.Menghidupkan roh perjuangan: Maulana Abul A'la Al-Maududi merumuskan kepentingan dan kelebihan
amal jamaie dengan mengatakan bahawa “seorang mujahid dakwah tidak hanya sekadar mempunyai
keunggulan sifat-sifat fardiyyah (individual). Tetapi individu tersebut perlu mempunyai sifat-sifat jama'iyyah
(teamwork) yang baik untuk memungkinkannya menyesuaikan diri dengan peranannya sebagai suatu unit dari
sebuah jentera jamaah dengan segala rangkaian sistem, skema dan rencananya. Sifat-sifat jama'iyyah yang
baik seperti ta'ah (kepatuhan), ta'awun (kerjasama), tanasuh (nasihat-menasihati) dan tawasiyy (pesan-
memesan dengan kebenaran dan kesabaran) akan menjamin ujudnya keseragaman, perpaduan dan
keharmonian dalam seluruh gerakan jentera jamaah”.
ii.Multi-talent (kepelbagaian bakat atau potensi) menghasilkan hasil yang lebih berkualiti: Kepelbagaian
bakat dan potensi ini akan menghasilkan natijah dan kesan yang baik kepada perjuangan Islam. Cuba
bayangkan sekiranya di kalangan petugas Islam, ada yang mahir daripada sudut organisasi, media, kewangan,
kesukarelawanan, perubatan, strategi politik dan sebagainya. Kombinasi kepakaran yang pelbagai ini
semestinya akan menghasilkan organisasi yang berwibawa dan natijah kerja yang berkesan.
ii.Melahirkan pertautan ukhwah yang sebenar dan memupuk perpaduan ummah: Semangat muhibbah
dapat dipupuk dan persefahaman dapat dibina di kalangan anggota berbanding bersendirian tatkala
melaksanakan beban taklifan.
iii.Menampung beban taklifan secara kolektif dan tidak membebankan sesetengah pihak. Amal jama’ie
dapat memastikan tiada lunggukan atau lambakan kerja berlaku ke atas mana-mana petugas Islam. Lambakan
kerja menyebabkan seseorang itu tidak mungkin melaksanakan sesuatu kerja dengan baik sekaligus
menghasilkan outcome (hasil) yang tidak memuaskan.
iv.Menyingkatkan perlaksanaan sesuatu tugasan: Imam Hasan al-Banna berpesan bahawa ”Al wajibaat
aktharu minal awqaat” (Kewajipan lebih banyak daripada masa yang dimiliki)”. Justeru dalam memastikan
penggunaan masa dapat dioptimakan sebaik mungkin untuk amal Islami, pengurusan tenaga dan kerja melaui
kaedah amal jama’ie adalah penyelesaian yang terbaik bagi memastikan masa dapat diuruskan secara efisien.
v.Menjulang syiar Islam dan memperoleh keberkatan: `Amal jama`i merupakan suatu syiar Islam yang dapat
menggerunkan pihak lawan, secara tidak langsung ia membuka pintu keberkatan dalam melaksanakan
sesuatu tugasan Islam. Firman Allah s.w.t

Maksudnya:
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
membuka kepada mereka (pintu pengurniaan/barakah) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa
yang mereka telah usahakan.”
Al-A’raf (7): 96

6
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

4. Ruang Lingkup Amal Islami: `Amal Fardi, `Amal Jama`i, dan `Amal Ijtima`i

Menurut Shaykh Mustafa Masyhur, kesatuan amal Islami adalah wajib syara’ dan ia menjadi suatu tuntutan
dalam sesebuah gerakan9. Ruang lingkup amal Islami termasuklah `amal jama`i. Pada hemat penulis, terdapat
tiga bentuk amal Islami iaitu:
i.`amal fardi;

ii.`amal jama`i; dan

iii.`amal ijtima`i.

Saranan dalam melaksanakan amal Islami telah dinyatakan oleh Allah s.w.t menerusi Firman-Nya:

Maksudnya:
“105. Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah
dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”
Al-Tawbah (9): 105

Lantaran itu, perbahasan mengenai amal Islami telah diambil perhatian oleh al-Imam Hasan al-Banna10 tatkala
beliau menggariskan amal Islami sebagai salah satu komponen rukun bai`ah11. Pengertian “al-`amal” yang
dilontarkan oleh al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna dalam rukun bai`ah ialah sesuatu hasil yang diperolehi
daripada ilmu dan ikhlas12. Keilmuan yang mantap disertai keluhuran kepada agama nyatanya akan

9
Mustafa Masyhur(2009), Kesatuan Amal Islami dalam Sesebuah Negara, Mansor Yahya (Terj.), Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar,
h. 27.
10
Dilahirkan pada tahun 1906 di Mesir. Merupakan pengasas dan Mursyidul `Am pertama bagi gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pada
tahun 1928 setelah kejatuhan empayar Khilafah Turki `Uthmaniyyah. Seorang tokoh reformis Islam. Beliau juga menghafal seluruh
al-Qur’an dan merupakan mahasiswa cemerlang di kuliah Dar al-`Ulum, Universiti al-Qahirah, Mesir. Bapanya, Abd al-Rahman al-
Sa`ati merupakan tokoh ulama’ terkemuka di dalam bidang hadith dan fiqh. Hasan al-Banna juga memiliki enam orang anak yang
rata-ratanya berkelulusan ijazah kedoktoran dari pelbagai lapangan ilmu. Meninggal dunia pada tahun 1949. Sila lihat Muhammad Lili
Nur Aulia(2008), Cinta di Rumah Hasan al-Banna, Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise, hh. 20-21.
11
Hasan al-Banna(t.t), Majmu`ah Rasa`il al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna, Kaherah: Dar al-Syihab, h. 271.
12
“al-`Amal” merupakan rukun ketiga daripada rukun bai`ah. Penjelasan ringkas mengenai “al-`amal” telah diutarakan oleh al-Imam
al-Syahid Hasan al-Banna menerusi karya Majmu`ah Rasa`il al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna. Sila lihat ibid., h. 271.
7
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

membuahkan amal Islami yang terbaik. Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi hamba-hamba-Nya yang
melaksanakan amal Islami dengan bersungguh-sungguh. Nabi s.a.w telah bersabda:13
‫إن هللا يحب إذا عمل أحدكم عمالا أن يتقنه‬
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah s.w.t mengasihi seseorang daripada kamu apabila melaksanakan sesuatu kerja, ia
melaksanakan dengan bersungguh-sungguh / kompeten.
(Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam Musnadnya)

Dapat disimpulkan, bahawa amal Islami yang meliputi `amal fardi, `amal jama`i, dan `amal ijtima`i adalah
sebagai mana dalam jadual berikut:

Item `Amal Fardi `Amal Jama`i `Amal `Ijtima`i 14.


Pengertian Sesuatu amalan Gerak kerja diputuskan Gerak kerja hasil inisiatif
seharian yang oleh jemaah yang individu atau kelompok
dilakukan secara munazzamah secara tertentu yang bercorak
bersendirian khusus kemasyarakatan
khususnya
berkaitan dengan
ibadah khusus.
Tampungan Beban taklifan Beban taklifan dapat Beban taklifan yang
taklifan hanya ditampung ditampung oleh jemaah dilaksanakan atas kapasiti
oleh seorang secara kolektif individu lantaran taklifan
individu terbabit tidak tertampung
oleh jemaah
Kepentingan Mengukuhkan Sebagai mata-mata Untuk menjaga
hubungan dengan rantai perjuangan Islam kemaslahatan umum
Allah dan secara khusus dalam
kewajipan asasi tanzim yang khusus
sebagai seorang
Muslim
Contoh Solat, membaca Melaksanakan usrah membina masjid,
al-Qur’an menerusi sistem bergotong-royong di
bersendirian, jemaah, mengadakan kawasan taman
berqiamullail, program-program serta perumahan, menubuhkan
berzikir, dan kem kepimpinan aturan Non Government
berpuasa sunat jemaah Organization (NGO)

13
Ahmad bin ‘Ali bin al-Muthini al-Tamimi(1986) Musnad Abi Ya’la al-Musili tahqiq Husayn bin Salim Asad, Dimasyq: Dar al-
Ma’mun li al-Turath, c. 1, j. 7, no. Hadith: 4387, h. 349; Disahihkan oleh al-Albani, lihat Albani, Muhammad Nasir al-Din al-(1995),
Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif, j. 3, no. Hadith: 1113, h. 106-107.
14
Qaradawi, Yusuf, Prof. Dr. al-(1992), Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah, Kaherah: Maktabah
Wahbah, h. 16.
8
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Dalil “1. Wahai orang “4. Sesungguhnya Allah 77. Wahai orang-orang
yang berselimut!. mengasihi orang-orang yang beriman, rukuklah
yang berperang untuk serta sujudlah
2. Bangunlah
membela agamaNya (mengerjakan
sembahyang
dalam barisan yang sembahyang), dan
tahajjud pada
teratur rapi, seolah-olah beribadatlah kepada
waktu malam,
mereka sebuah Tuhan kamu (dengan
selain dari sedikit
bangunan yang mentauhidkan-Nya), serta
masa (yang tak
tersusun kukuh.” kerjakanlah amal-amal
dapat tidak untuk
kebajikan, supaya kamu
berehat).” Al-Saf (61): 4
berjaya (di dunia dan di
Al-Muzzammil Akhirat).
(73): 1-2
Surah al-Haj (22): 77

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tokoh pemikir Islam tidak pula membezakan terma `amal
jama`i dengan `amal ijtima`i secara tuntas disebabkan `amal ijtima`i juga dianggap sebagai sebahagian
daripada amal jama`i. Pada hemat penulis, bagi menggambarkan perbezaan antara kedua-dua amal tersebut,
maka perbezaannya hanyalah terletak kepada inisiatif para anggota gerakan Islam lantaran inisiatif tersebut
tidak tertampung dalam gerak kerja sesebuah jemaah. Justeru, sekiranya gerak kerja tersebut hasil percaturan
jemaah melalui sistem tanzim bagi mencapai objektif tertentu, maka ia dipanggil sebagai `amal jama`i,
sebaliknya jika gerak kerja terbabit hasil daripada inisiatif peribadi atau kumpulan tertentu lantaran inisiatif
tersebut tidak tertampung dalam gerak kerja sesebuah jemaah bagi menjaga kemaslahatan umum, maka ia
dinamakan sebagai `amal ijtima`i.

5. Komponen Asas `Amal Jama`i

a. Tanzim tersusun: Kewujudan sistem organisasi yang tersusun merupakan satu prasyarat ke arah
kelicinan `amal jama`i. Setiap amal memerlukan satu landasan organisasi yang khusus sekaligus dapat
merealisasikan `amal jama`i terbabit15. Dalam pada itu juga, perancangan yang baik juga merupakan
sebahagian komponen dalam sistem organisasi dalam melicinkan sesuatu gerak kerja Islam. Bahkan menurut
Ust Fathi Yakan, sekiranya sesebuah entiti menolak tanzim, maka ini bererti bahawa mereka menolak
perancangan yang tersusun dan hanya bergantung kepda sikap ‘tidak apa’16.
b. Pemimpin (Qiyadah): Saf pemimpin dalam sesebuah organisasi berperanan sebagai pemutus dan
pemantau dalam perlaksanaan `amal jama`i oleh ahli gerakan. Pemimpin menjadi lambang jemaah yang
mengibar panji Islam, di samping membawa imej Islam itu sendiri, lantaran masyarakat awam akan melihat
kepada barisan kepimpinan dalam jemaah terlebih dahulu berbanding para pengikut dan ahli17.

15
Sa`id Hawwa(1993), Jundu Allah Tanziman, Kaherah: Dar al-Salam li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi’, h. 52.
16
Fathi Yakan (2010), Abjadiyyat al-Tasawwur al-Haraki li al-`Amal al-Islami (Tasawwur Asasi Gerakan Islam), Ustaz Ibrahim
Embong (terj.), c. 2. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 4.
17
Mustafa Masyhur (2007), Tariq al-Da’wah: Bayna al-Qiyadah wa al-Jundiyyah (Jalan Da’wah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah),
Syed Abdurrahman Hj. Syed Hussin (terj.), c. 2. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 14.
9
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

c. Ahli (Jundiyyah): Barisan kader dakwah bertindak sebagai `amilin yang telah diberikan taklifan
berbentuk `amal jama`i yang telah diputusklan oleh pimpinan jemaah. Barisan ahli haruslah memberikan taat
setia yang sepenuhnya kepada pimpinan dan beriltizam dengan kepada rukun bai`ah serta wala’ (taat)
terhadap pimpinan18.

Ciri-ciri dan Prinsip Amal Jama’ie

Kegiatan-kegiatan amal jama'iyy harus berpandukan minhaj yakni skema tertentu yang merangkumi kaedah,
cara dan pemeringkatan kerja. Cara bekerja (uslubul 'amal) dalam konteks jamaah Islamiah harus di dasarkan
kepada prinsip-prinsip tertentu termasuk:-

a) Keselarasannya dengan kehendak syara' atau sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan


syara'. Pencapaian matlamat yang murni harus melalui jalan yang juga murni. Atas prinsip ini Islam tidak dapat
menerima dasar "al-ghayah la tubarrirul wasilah" (matlamat tidak menghalalkan cara). Tugasan dakwah yang
murni ini wajib mengambil panduan daripada petunjuk dakwah sama ada daripada al Quran, Sunnah dan Sirah
Nabawiyyah serta sejarah panjang dakwah dan tajdid sebelum dan selepas berakhirnya zaman khilafah
Islamiyyah.
b) Kesesuaiannya dengan kemampuan jamaah dan suasana persekitaran. Segala perancangan amal
jama’ie mesti mengambil kira kemampuan dan kekuatan jamaah dan sesuai dengan konteks semasa yang
didepani. Perkara ini penting bagi memastikan segala gerak kerja dapat dilaksana secara lancar dan benar-
benar memberikan kesan terhadap kumpulan sasaran dakwah.
c) Thabat dan istiqamah- Tugasan dakwah adalah tugasan yang mencabar dan tugasan jangka panjang.
Justeru sifat asasi bagi sebuah amal jama’ie adalah sentiasa thabat dan istiqamah dalam melaksanakan gerak
kerja dakwah sebagaimana yang direncanakan tanpa menghiraukan siri-siri tribulasi yang dihadapi. Firman
Allah:

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana
yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu
berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha
Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku
zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada
sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak
akan mendapat pertolongan.” (Hud: 112 – 113)

d) Dasar beransur-ansur (tadarruj) dalam perlaksanaan. Tadarruj (berperingkat-peringkat/beransur-


ansur adalah antara ciri pendekatan Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah. Bermula daripada fasa
pengukuhan aqidah sehinggalah perlaksanaan hukum syara’, Rasulullah menyusun dakwahnya dengan penuh
cermat dan bijaksana supaya masyarakat dapat diperbaiki bermula dengan perkara yang paling asas iaitu
akidah sehinggalah kepada system cara hidup yang luas. Pendekatan berperingkat ini juga mengelakkan
daripada fitnah atapun ‘backfire’ kepada dakwah apabila masyarakat ditekan untuk berubah secara mendadak
sedangkan mereka telah terlalu lama bersebati dengan perkara-perkara maksiat. Pengajaran ini dapat dilihat
dalam ucapan Khalifah Umar Abdul Aziz apabila disoal oleh anaknya tentang pembasmian mungkar pada
zamannya yang mesti dilaksanakan secara sekaligus dan drastic:

18
Ibid., hh. 16-17.
10
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

“Jangan kamu terburu-buru wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak dalam Al-Quran sebanyak dua
kali. Dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku bimbang melaksanakan kebenaran
secara keseluruhannya, lalu mereka menolak seluruhnya dan berlakunya fitnah”.

e) Realistik iaitu mengambil kira segala fakta dan kenyataan dalam merencana tindakan. Amal jama’ie
bukan semata-mata kerja syok-syok sendiri. Para pendakwah mesti mengambil kira fakta dan data emperikal
dalam menentukan perkara-perkara berikut:

1) Apakah pencapaian atau sasaran (KPI) dalam perlaksanaan amal jamaie, e.g. jumlah program dakwah
yang dapat dilaksanakan, kuantiti ahli baru yang diperolehi dsb;
2) Siapakah kumpulan sasaran dakwah?
3) Apakah strategi dan pendekatan dakwah yang berkesan;
4) Apakah program dan aktiviti dakwah yang akan diadakan yang berimpak tinggi dan bagaimanakah
program dilaksanakan; dan banyak lagi persoalan lain.

f) Matlamat yang Jelas. Amal Jama’ie menjurus ke arah matlamat tertentu iaitu melaksanakan Islam
sebagai cara hidup lengkap seperti mana terangkumdalam ucapan Rub'iyy ibn Amir ketika berhadapan dengan
maharaja kuffar:

“Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendakiNya dari
pengabdian kepada manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan
dunia dan kelapangan akhirat dan dari kezaliman agama/ideologi (songsang) kepada keadilan Islam."

7. Kesimpulan

Perlaksanaan dakwah ke segenap penjuru kehidupan ternyata memerlukan pengggabungan individu muslim
dalam gerak kerja `amal jama`i dan penggabungan ini dituntut berdasarkan dalil-dalil naqal (wahyu) dan aqal.
Perlulah dihayati kembali firman Allah s.w.t sebagai satu pedoman buat para pendokong Islam dalam
mengusung panji Ilahi:

55. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat
Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di
bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa;
dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk
mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari
ancaman musuh). mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan-Ku. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang
derhaka.
(Surah al-Nur (24): 55)

11
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

BIBLIOGRAFI:
Shamsul Azhar Yahya(2007), “Gerakan Ikhwan al-Muslimin dan Pembinaan Peradaban Mesir Moden”,
(Desertasi Sarjana, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
Muhammad Sayyid al-Wakil, Dr.(2001), Kubra al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Qarn al-Rabi’ al-`Asyarah al-Hijr
(Pergerakan Islam Terbesar Abad ke-14 Hijrah), Lc. Fachruddin (Terj.), Bandung: Assy Syaamil Press &
Grafika.
Sa`id Hawwa(2006), Durus fi al-`Amal al-Islami (Memahami Prinsip-prinsip Amal Islami), Mohd. Darus Sanawi
(Terj.), Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Ust Yahya Othman(2009), `Amal Jama`i: Pengertian dan Tuntutan, c. 2, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Fathi Yakan(2000), Madha Ya`ni Intima’i li al-Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam), Alias Othman (Terj.),
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Fathi Yakan (2010), Abjadiyyat al-Tasawwur al-Haraki li al-`Amal al-Islami (Tasawwur Asasi Gerakan Islam),
Ustaz Ibrahim Embong, c. 2. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Muhammad Lili Nur Aulia(2008), Cinta di Rumah Hasan al-Banna, Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.
Hasan al-Banna(t.t.), Majmu`ah Rasa`il al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna, Kaherah: Dar al-Syihab.
Tamimi, Ahmad bin ‘Ali bin al-Muthini al-(1986), Musnad Abi Ya’la al-Musili tahqiq Husayn bin Salim Asad,
Dimasyq: Dar al-Ma’mun li al-Turath.
Albani, Muhammad Nasir al-Din al-(1995), Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif.
Sayyid Qutb(t.t), Fi Zilal al-Qur’an, Maktabah Syamila, versión 3.5.
Mawsu’ah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Kitab al-Imarah, Riyadh: Dar al-Salam, c. 3.
Abu Dawud Sulayman bin al-Asy’at al-Sajistani al-Azdiy(1997), Sunan Abi Dawud tahqiq ‘Izzat ‘Ubayd al-Du’as
& ‘Adil al-Sayd, Beirut: Dar Ibn Hazm, c. 1.
Hanbali, Ahmad bin Hanbal al-(2001), Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal tahqiq Syu’aib al-Arnauth, et.al,
Beirut: Muassasah al-Risalah.
Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah al-(t.t.), al-Jami’ al-Mukhtasar min Sunan ‘an Rasulillah s.a.w. (Sunan
al-Tirmidhi) tahqiq Muhammad Nasir al-Din al-Albani, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif.
Akhlak dan Adab Berjemaah, Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, Gombak: Taman
Melewar.
Kertas Kerja Projek Pustaka Alaf Azhari(2000), Kefahaman antara Amal Jama`ie dan Amal Ijtima`ie, Manhal
PMRAM.
Qaradawi, Yusuf, Prof. Dr. al-(1992), Awlawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalah al-Qadimah, Kaherah:
Maktabah Wahbah.
Sa`id Hawwa(2008), Jundullah Takhtitan, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Sa`id Hawwa(1993), Jundu Allah Tanziman, Kaherah: Dar al-Salam li al-Tiba`ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi’.
Sa`id Hawwa(2008), Fi `Afaq al-Ta`alim Syarh Risalah al-Ta`alim, (Pendidikan Harakah Islamiyyah), Shah
Alam: Dewan Pustaka Fajar.

12
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Muhammad `Abd Allah al-Khatib(2008), Syarh Risalah al-Ta`alim, (Penjelasan di Sekitar Risalah Ta`alim),
Mohd. Nizam Mohd. Ali (Terj.), Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Mustafa Masyhur(2009), Kesatuan Amal Islami dalam Sesebuah Negara, Mansor Yahya (Terj.), Shah Alam:
Dewan Pustaka Fajar.
Mustafa Masyhur (2007), Tariq al-Da’wah: Bayna al-Qiyadah wa al-Jundiyyah (Jalan Da’wah: Antara Qiyadah
dan Jundiyyah), Syed Abdurrahman Hj. Syed Hussin (Terj.), c. 2. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, h. 14.
Haji Abdul Hadi Awang(2006), Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
http://www.scribd.com/doc/36007512/Tabiat-Organisasi

13

Anda mungkin juga menyukai