Anda di halaman 1dari 1

SOALAN : Pelbagai isu hangat yang melibatkan pekerja asing telah diperdebatkan.

Huraikan
kesan buruk kemasukan pendatang asing ke negara Malaysia
TEMA : Pendatang asing
TUGASAN : Kesan buruk kemasukan pendatang asing
Format : Perbincangan

RANGKA JAWAPAN

Pendahuluan
 Isu sosial Negara yang sudah lama berlaku dan seakan-akan tiada jalan penyelesaiannya
 Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal
dan Vietnam
 Jumlah pendatang asing di Negara semakin bertambah setiap tahun
 Apakah langkah terbaik untuk menangani isu ini
 Implikasi yang negatif akan dibincangkan untuk mencari alternatif terbaik mengekangnya

Isi-isi penting
I : Masalah kes jenayah meningkat
M : Tidak ada pekerjaan dan permit kerja sudah tamat tempoh-mereka hidup sebagai
pelarian
Ba : Terlibat dengan jenayah sebagai jalan penyelesaian mengalas perut-kes rompakan dan
ragut yang didalangi oleh pendatang asing ini terus berlaku
K : Pihak berkuasa sukar mengambil tindakan kerana jumlah yang ramai
U : Licin seperti belut

I : Sektor pekerjaan tempatan dikuasai mereka


M : Sikap mereka sanggup melakukan apa-apa pekerjaan-warga asing sanggup terima gaji
RM900 sebulan
Ba : Rakyat Negara kita tidak dapat bersaing dengan mereka-pekerja asing tidak memilih
pekerjaan-mereka patuh akan arahan ketua mereka
K : Majikan akan mengambil pekerja asing berbanding dengan warga tempatan
U : Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

I : Keselamatan dan tahap kesihatan Negara terancam


M : Kehadiran mereka yang terlalu ramai serta kualiti kesihatan yang tidak dijaga turut
menjejaskan kesihatan rakyat tempatan
Ba : Penyakit berjangkit seperti selesema burung dan pelbagai penyakit lagi yang
memudaratkan kesihatan
K : Masyarakat tempatan akan berasa tidak selamat dengan persekitaran
U : Bagai telur di hujung tanduk

Kesimpulan
P : Masalah ini sudah tentu akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani segera
C : Kerjasama antara pihak berkuasa dengan masyarakat haruslah ditingkatkan
H : Tidak mahu warga negara Malaysia akan menjadi minoriti di tanah air sendiri

Anda mungkin juga menyukai