Anda di halaman 1dari 3

Mutakhir ini, isu pendatang asing sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat akan kesan kemasukan

mereka. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar yang membenarkan kemasukan pendatang asing
untuk bekerja dalam sektor tertentu bagi menampung kerancakan pembangunan negara. Langkah
tersebut adalah bagi menarik kehadiran pelabur asing untuk melabur dalam bidang perindustrian,
perkilangan dan pembinaan di samping menyediakan tenaga kerja separa mahir pada kos yang
menguntungkan. Disebabkan nilai mata wang negara yang lebih besar berbanding negara mereka,
pekerja daripada Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Kemboja sanggup untuk bekerja di
Malaysia yang menawarkan gaji yang lumayan. Namun begitu, kemasukan pendatang asing dilihat
menjadi semakin tidak terkawal dan langkah-langkah pengawalan perlu dilakukan segara agar
kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin.
Sejak dasar ini diperkenalkan, terdapat golongan yang menentang inisiatif ini kerana mereka berasa
akan berlaku kesan yang negatif dalam jangka masa panjang terhadap negara. Kesannya adalah
kemasukan pendatang asing akan mengancam keselamatan, kesihatan dan sosial masyarakat dalam
negara. Pendatang asing yang tidak diawasi oleh majikan mereka bebas untuk bergerak dalam negara
dan ia sedikit sebanyak telah menyebabkan kadar jenayah meningkat dalam negara. Kehadiran
pendatang asing juga menimbulkan rasa kurang selesa diantara golongan wanita yang menjadi
mangsa gangguan seksual di tempat-tempat awam seperti di dalam bas dan LRT. Selain itu,
pendatang asing juga berpotensi membawa penyakit-penyakit berjangkit. Maka sekiranya kerajaan
ingin meneruskan dasar ini, langkah kawalan harus diperketatkan agar kesejahteraan rakyat terjamin.
Isi 2 Selain itu, kemasukan pendatang asing menyebabkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
tempatan tersekat. Hal ini kerana, kos untuk menggaji pekerja asing adalah lebih murah berbanding
pekerja tempatan. Implikasi ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi tempatan di mana golongan muda
atau pekerja separa mahir dalam negara ditindas hanya disebabkan syarikat-syarikat lebih gemar
menggunakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan. Hal ini amat tepat dengan peribahasa yang
berbunyi, “kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan”. Kerajaan sepatutnya memikirkan dasar
yang membantu mengurangkan kadar pengangguran rakyat yang meningkat dari hari ke hari.
Penggubalan dasar yang mendukung kesejahteraan rakyat pasti mendapat sokongan yang padu serta
mampu meningkatkan semangat cinta akan negara dalam kalangan masyarakat. Secara tidak
langsung, masyarakat akan tinggal dan bekerja dalam negara dan menyuburkan lagi ekonomi negara
secara sihat.
Bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin, tindakan utama yang perlu dilaksanakan
adalah penguatkuasaan undang-undang. Sikap seperti melepaskan batuk di tangga tidak seharusnya
diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Terdapat kes di mana pekerja asing terdiri daripada
pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Perairan negara juga
harus dikawal dengan lebih cekap untuk mengelakkan mereka menyusup masuk ke dalam melalui
jalan laut. Oleh itu, masyarakat juga sepatutnya menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa dengan
melaporkan aktiviti-aktiviti yang meragukan melibatkan pendatang asing. Pihak berkuasa juga
hendaklah bersifat penuh intergriti dalam menjalankan tugas dan menjauhi amalan rasuah. Jika semua
pihak yang berkenaan memainkan tanggungjawab secara berkesan, tidak mustahil masalah
kemasukan pendatang asing dapat diatasi dari akar umbinya. Isi 4 Langkah seterusnya adalah pihak
majikan perlu mengehadkan kebergantungan kepada buruh asing. Pengambilan pekerja asing dalam
sektor-sektor tertentu hendaklah mengikut prosedur yang diluluskan oleh kerajaan. Pihak berkuasa
akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan warga asing di dalam negara sekiranya setiap
pengambilan pekerja asing mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan mengehadkan penyertaan
pekerja asing dalam sektor tertentu, mudah bagi rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan
mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang bekerja di tempat yang tidak
sepatutnya. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-
syarat yang ditetapkan oleh kerajaan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.
Sebagai penutup wacana, tegas bahawa kedatangan buruh asing memberikan implikasi positif dan
negatif kepada negara kita. Walaupun segelintir berpendapat bahawa kemasukan buruh asing ke
dalam negara mampu memacu pembangunan negara, namun kita perlu melihat kesan negatif
sekiranya tindakan ini berlarutan. Pihak kerajaan dan masyarakat perlulah berganding bahu bagai aur
dengan tebing untuk menangani masalah ini daripada bermaharajalela. Para majikan harus mengubah
sikap dengan mempertimbangkan dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan. Sudah tiba
masanya negara Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mengalihkan
tumpuan kepada teknologi yang lebih tinggi untuk memajukan negara. Justifikasinya, sebelum nasi
sudah menjadi bubur, eloklah masyarakat Malaysia dan pihak kerajaan bermuafakat supaya Malaysia
memanfaatkan buruh asing dan mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin. Related : kawasan
perumahan secara haram projek pembangunan kerana gaji mereka jauh masalah sosial penyakit
penyakit berbahaya mendirikan kawasan perumahan secara negara asal jauh lebih murah ekonomi
malaysia kemasukan pekerja asing pembantu rumah kerana gaji pencemaran alam menimbulkan
masalah, izin pati
Masalah kedatangan pendatang asing di negara kita.

Setiap tahun negara kita menerima kedatangan pekerja asing yang bertali arus sama ada secara
sah atau tidak sah kerana ekonomi negara ini yang bertambah pesat, bak kata pepatah "ada gula,
adalah semut". Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pertanian dan juga
pembinaan. Kebanyakan pendatang asing datang dari Indonesia, Myanmar, Filipina, Bangladesh,
Nepal dan terdapat juga sebahagiannya yang datang dari negara Afrika. Kebanjiran mereka di negara
ini telah mendatangkan pelbagai impak negatif.

Dari sudut ekonomi, telah berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan.
Hal ini disebabkan oleh sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan pekerja asing berbanding
pekerja tempatan kerana pekerja asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding rakyat
tempatan. Namun, pekerja tempatan sebenarnya bukanlah memilih sangat kerja atau terlalu
mementingkan upah yang tinggi tetapi disebabkan kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi
menyebabkan pekerja tempatan meminta upah yang lebih tinggi supaya mereka turut dapat merasa
nikmat kemajuan yang ada di negara ini. Namun sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan
keuntungan mereka sahaja tanpa rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat tempatan menyebabkan
mereka lebih menutamakan pekerja asing dan menganaktirikan pekerja tempatan. Sikap majikan
seperti ini adalah seperti "anak diriba diletakkan, kera di hutan disusukan" dan akhirnya majoriti
pekerja dalam sesuatu sektor itu telah dikuasai pekerja asing terutamanya sektor pembinaan.

Implikasi dari sudut sosial pula boleh dilihat dengan bertambahnya kegiatan jenayah yang
dilakukan oleh pendatang asing. Ramai dari kalangan pendatang asing ini yang terlibat dengan
kegiatan ragut, pecah rumah, samun terutamanya di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan
rumah kongsi. Pada tahun 2007, sebanyak 2019 kes jenayah dilaporkan yang melibatkan pendatang
asing. Selain itu, kehadiran mereka ke negara ini secara tidak langsung membawa masuk budaya
mereka yang sebahagiannya bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan. Contohnya
mereka mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan malah ada yang tinggal serumah
tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ada pula yang tanpa segan silu meneguk arak di kawasan
perumahan yang sebahagian besar penduduknya penduduk tempatan. Di bandar-bandar besar pula
kebanjiran pendatang asing ini juga telah menimbulkan masalah setinggan disebabkan sewa rumah
yang tinggi menyebabkan mereka menceroboh tanah-tanah kerajaan dan mendirikan rumah setinggan.
Kehadiran pendatang asing ini juga menyebabkan merebaknya beberapa kes penyakit
berjangkit. Mereka membawa sekali penyakit ke negara seperti kala azar atau demam hitam yang
dipercayai dibawa oleh pendatang dari India, Bangladesh dan Myanmar. Menurut rekod Persatuan
Perubatan Malaysia (MMU), penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah
disebabkan interaksi rakyat tempatan dengan pendatang asing. Hal ini akan menyebabkan turunnya
taraf kesihatan rakyat Malaysia.

Hal ini baru masalah penyakit berjangkit, belum lagi masalah "penyakit hati". Berapa
banyakkah anak gadis Melayu yang jatuh hati dengan ketampanan dan keromantikan 'Mat Bangla'
hingga ada isteri yang meminta cerai dari suami kerana terpikat dengan mereka. Walaupun
berkomunikasi seperti itik dengan ayam, tetapi apabila hati dah tertawan yang pahit pun manis
rasanya bila ditelan. Anak gadis Melayu pula ramai yang hilang akal warasnya apabila sanggup
berkorban apa sahaja asalkan dapat bersama orang yang disayang walaupun umur baru setahun jagung
dan keperluan hidup pun masih ditanggung ibu bapa tetapi itulah penangan pendatang asing ini.

Natijahnya, kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal ke negara ini lebih banyak
mendatangkan impak negatif dari yang positif. Oleh yang demikian, semua pihak mestilah ikhlas dan
berganding bahu dalam menangani masalah kebanjiran pendatang asing ke negara ini. Kerajaan
hendaklah berusaha untuk menghadkan kemasukan pekerja dari luar dan perlu mengutamakan pekerja
tempatan. Sudah tiba masanya Malaysia mengalihkan tumpuan pelaburannya kepada teknologi yang
lebih tinggi dan berkaitan industri berintensifkan modal supaya pergantungan kepada pekerja asing
dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai