Anda di halaman 1dari 8

Menurut Intan Suria Hamzah & Sity Daud (2016), antara musuh utama negara kini

adalah jumlah pendatang asing di Malaysia yang semakin ramai. Cabaran dalam
menangani isu dan masalah berkaitan pendatang asing adalah seperti pergaduhan,
pengedaran dadah, pecah rumah, bunuh, kerosakan harta benda, monopoli perniagaan,
pembukaan penempatan haram, tiada pekerjaan, pergaulan bebas dan sebagainya.
Jom kita lihat SECARA RINGKAS, apakah contoh kesan rantaian akibat
daripada PEMBOLOSAN PATI ke negara ini, berdasarkan kepada tiga (3) Elemen
Keselamatan Menyeluruh, Dasar Keselamatan Negara:
1. Keselamatan Ekonomi (Economic Security)
i. Pembolosan PATI memberi kesan secara langsung terhadap keselamatan ekonomi
Malaysia, seperti menutup peluang pekerjaan bagi warga tempatan.
ii. Bayaran upah PATI yang lebih murah menyebabkan majoriti majikan mengutamakan
PATI sebagai pekerja terutamanya bagi sektor pengkuarian, pembinaan, perladangan dan
pelbagai sektor lagi.
iii. Menyebabkan peningkatan kadar pengangguran di kalangan warga
tempatan terutamanya golongan belia.

2. Ketenteraman dan Keselamatan Awam (Public Order and Public Security)


i. Kebanjiran PATI ke negara kita turut mengakibatkan peningkatan dalam kadar jenayah
di dalam negara.
ii. Intan Suria Hamzah & Sity Daud (2016) mendapati kes-kes seperti jenayah kekerasan
dan jenayah harta benda jelas menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun yang
melibatkan warga asing.
iii. Warganegara Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi dalam penglibatan jenayah diikuti
oleh Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Filipina dan lain-lain bangsa (Intan Suria Hamzah &
Sity Daud, 2016).

3. Keselamatan Masyarakat dan Sosial (Societal Security)


i. Menurut Fuad Mohamed Berawi (2019), jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di
Malaysia dianggarkan kini mencecah seramai 500,000 orang dengan negeri Sabah,
Selangor dan Kuala Lumpur merupakan negeri tertinggi yang menjadi tumpuan PATI.
ii. Rangkaian sosial yang semakin meluas antara PATI dan tren peningkatan kadar
jenayah kekerasan dan harta benda melibatkan warga asing memberi kesan langsung
kepada keselamatan sosial dan masyarakat di Malaysia.
iii. Kesejahteraan sosial masyarakat tempatan terjejas dan menyebabkan minda
masyarakat berada di dalam keadaan was-was, kegelisahan, dan
ketakutan terutamanya di komuniti yang dilimpahi dengan pendatang asing (Fuad
Mohamed Berawi, 2019).
iv. Limpahan pendatang asing dalam jumlah yang terlalu banyak dan tidak
terkawal mengundang pelbagai isu dan permasalahan ekonomi, sosial, dan
politik seperti meningkatkan darjah kebergantungan kepada pendatang asing terutama
yang berkemahiran rendah.

TINDAKAN:

✅ Justeru, Kerajaan Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara telah menggariskan


dan memberi keutamaan kepada perkara ini melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-
2025 (DKN).

✅ DKN ini dirangka secara terperinci kepada semua Jabatan/Agensi Kerajaan secara
keseluruhannya untuk menangani isu PATI di negara ini.
✅ DKN turut menggariskan peranan komuniti untuk mengekang pembolosan PATI
melalui elemen keselamatan menyeluruh
KAJANG - Pengaruh rakan, banyak peluang pekerjaan berbanding di negara sendiri,
tempat tinggal selesa, mahu mengubah nasib hidup, selain faktor tukaran mata wang
tinggi menjadi antara sebab golongan pendatang tanpa izin (PATI) terus menerus
memasuki Malaysia.

Apabila kemasukan mereka ini tidak terkawal ia menimbulkan pelbagai masalah


bagi negara tuan rumah walaupun sememangnya ia memerlukan tenaga kerja asing
dalam membantu membangunkan negara selain menampung keperluan tenaga kerja
dalam sektor ekonomi.

Selain itu, pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia
dan Jabatan Imigresen juga sedikit sebanyak berhadapan kesulitan untuk
membanteras kemasukan PATI ini dan terpaksa bekerja keras untuk memberkas
mereka.

Menerusi rekod oleh pihak Jabatan Penjara sehingga 13 Mei lepas, lebih 20 peratus
penghuni penjara di seluruh negara ini adalah warga asing dengan pelbagai
kesalahan termasuk memasuki negara ini tanpa izin membabitkan 14,564 orang. Ini
belum mengambil kira ribuan lagi PATI yang masih bebas di luar.

Seorang pendatang tanpa izin dari Kathmandu, Nepal, yang hanya mahu dikenali
sebagai Ali, 31, telah memasuki Malaysia menggunakan pasport pelancong pada
tahun 2008 dan tertarik dengan peluang pekerjaan ditawarkan menerusi kenalannya.

“Saya, masa itu umur 18 tahun, dengar ada banyak kerja daripada kawan saya dan
pergi pinjam duit dengan rakan untuk beli tiket kapal terbang bagi cuba nasib di
Malaysia.

“Mula-mula saya kerja di kilang besi di Selangor, tapi saya berhenti tahun 2010
sebab dapat kerja baru jadi pengawal keselamatan dan gaji lebih mahal,” katanya
kepada Bernama di Penjara Kajang, di sini.

Ali berkata, dia mampu memperoleh bayaran gaji RM2,220 sebulan dan perkara itu
berbeza di negaranya sendiri yang sukar untuk mendapat kerja atau menerima
bayaran gaji tinggi dalam satu-satu pekerjaan.

“Saya salah sebab tidak mohon permit, tapi saya cukup selesa tinggal dan kerja di
sini (Malaysia),” katanya yang berada di negara ini secara haram selama 13 tahun.
Ali dipenjarakan pada tahun lepas atas kesalahan tidak mempunyai permit sah untuk
bekerja dan dia pula mengakui tidak berasa serik untuk kembali mencari pekerjaan di
negara ini selepas dibebaskan pada suatu hari nanti.

Sementara itu, seorang lagi pendatang tanpa izin dari Dhaka, Bangladesh yang hanya
mahu dikenali sebagai Salman, 33, telah memasuki negara ini menggunakan pas
pelancong pada tahun 2006.

“Saya masuk Malaysia masa umur 17 tahun dan ada kerja di kilang besi dan kilang
bas selama 13 tahun dan ada permit sah.

“Tapi, ada majikan tempat saya kerja tidak sedia kemudahan untuk pekerja asing
seperti perubatan dan tidak jaga pasal kesihatan,” katanya yang masih mempunyai
ibu bapa, isteri termasuk dua orang anak masing-masing lelaki dan perempuan,”
katanya.

Salman berkata, dalam budaya masyarakat Bangladesh, hanya ketua keluarga sahaja
yang keluar mencari rezeki.

“Jadi, saya cuba nasib kerja di Malaysia dan dapat tidak kurang RM1,200,” katanya
sambil menambah kesemua duit gajinya dikirim kepada keluarganya.

Jelas Salman, beliau juga mengalami masalah untuk memperbaharui permitnya dari
semasa ke semasa kerana ditipu oleh ejen yang berasal dari negara yang sama ketika
menguruskan permit.

“Masa itu, saya sedia RM7,000 untuk baharui permit tapi tidak sampai ke tangan
saya, lagi saya kena ugut jika saya lapor (perkara) ini kepada polis,” katanya yang
melarikan diri dari tempat kerja di Kajang.

Salman bagaimanapun ditahan dan dipenjara pada tahun lepas dalam satu serbuan
oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. - Bernama
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL KEMASUKAN
PENDATANG ASING TANPA IZIN
Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan
keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu
penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara
kita secara beramai-ramai. Kedatangan pendatang asing semakin ketara
pada tahun 1980-an. Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja
asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Mejoriti mereka adalah
pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia,
Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Kebanjiran pendatang asing sama ada
secara sah atau pun haram memberikan impak dan telah menimbulkan
kebimbangan kepada Negara. Kehadiran mereka telah mencetuskan
kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang
demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi. Pelbagai
langkah perlu dilakukan bagi mengawal kemasukan pendatang asing
tanpa izin.
Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar
meningkatkan kawalan dan pengawasan di sepanjang pantai dan
sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera laut
hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-
pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan
untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah menjalankan
pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi.
Usaha seumpama ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin
lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.
Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan
undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk
tanpa izin. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan
sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini.
Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi hukuman yang berat termasuk
hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus
dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak
mengulangi kesalahan yang dilakukan.
Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar
melipatgandakan operasi-operasi mengesan, menahan dan menghantar
semula pekerjapekerja tanpa izin. Pelancaran operasi kerajaan seperti
Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha
membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasioperasi
seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang
tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan
keberkesanan operasi seumpama ini amat bergantung kepada kerjasama
dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.
Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak
akan mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan jika tidak
disertai.Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan
kerajaan berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah
memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi
kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja
asing yang memiliki visa dan permit kerja yang sah sahaja.
Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran
yang terbabit amat penting untuk membendung kemasukan pendatang
asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri, perlu
menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah
perlu untuk mewujudkan pasukan bertindak bersama bagi menjamin
kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen yang sah perlu
dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih
teratur dan terkawal.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pekerja asing adalah
memperketatkan pengawasan di kawasan sempadan dan pintu masuk
negara supaya mereka tidak menyeludup ke negara kita. Kerajaan juga
boleh menggunakan tenaga RELA untuk menjalankan rondaan dan
menangkap pekerja asing yang haram. Bgi pendatang tanpa izin yang
ditangkap, mereka akan ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan
dihantar pulang ke negara asal mereka. Undang-undang negara juga
harusdiperketatkan supaya mereka tanpa permit didakwa dan dihukum
dengan sewajarnya. Hukuman yang berat dikenakan terhadap mereka
supaya menjadi kesedaran kepada pekerja asing agar tidak mengulangi
kesalahan mereka. Kerajaan sepatutnya mengehadkan pembabitan
pekerja asing dalam sektor tertentu sahaja seperti sektor pembinaan.
Dengan itu, jumlah pekerja asing dan kesan buruk yang dibawa oleh
mereka dapat dikurangkan.
Kesimpulan, kedatangan pekerja asing memang ada kebaikan dan
keburukannya. Namun demi menyelesaikan masalah pekerja asing,
semua pihak harus memainkan peranan mereka dengan baik supaya
hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara. Untuk mencapai
yang terbaik, kerajaan patutlah mengkaji segala aspek dari segi politik,
sosial dan ekonomi supaya kemasukan pekerja asing ini dapat
dimanfaatkan unuk pembangunan negara. Oleh itu,langkah yang drastic
dan signifikan harus difikirkan bersama agar bilangan pendatang asing
tanpa izin ke Malaysia dapat di bendung dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai