Anda di halaman 1dari 2

Kesan kedatangan pekerja asing

Buruh asing merupakan antara pemacu ekonomi negara yang utama di Malaysia. Oleh
sebab permintaan untuk tenaga buruh sentiasa meningkat dari hari ke hari dan
keengganan rakyat Malaysia untuk memenuhi permintaan tersebut kerana taraf hidup
yang semakin tinggi,maka kerajaan terpaksa mengambil tenaga buruh asing dari
negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina,Bangladesh dan Thailand. Dalam
tempoh 2002 sehingga 2007,kemasukan buruh asing begitu mendadak. Walaupun kita
menghargai sumbangan buruh-buruh asing ini khususnya dalam sektor hartanah,kita
tidak patut alpa akan implikasi-implikasi yang dihadapi oleh negara kita akibat
peningkatan jumlah buruh asing di sini. Terdapat beberapa kesan kedatangan buruh
asing terhadap pelbagai aspek kehidupan di Malaysia yang dapat dilihat secara
langsung.
Satu daripada implikasi-implikasinya ialah merebaknya pelbagai penyakit dan masalah
sosial. Pada yahun 2007, beberapa penyakit seperti malaria dan taun yang sudah lama
tidak wujud di sini kembali merebak tapi dapat diubati dengan mudah. Tetapi bukan
setakat merebakkan pelbagai penyakit sahaja, mereka juga membawa bersama
penyakit-penyakit sosial yang ada di negara mereka ke negara kita. Contoh penyakitpenyakit sosial yang dibawa oleh buruh-buruh ini adalah seperti
pelacuran,permusuhan sesama pekerja,rompakan dan pecah rumah. Sebagai buktinya,
beberapa tahun lalu,kegiatan pecah rumah telah berlaku hampir di seluruh kampung
sama ada di kawasan desa mahupun di kawasan bandar dan kebanyakan daripada keskes yang berjaya diselesaikan menunjukkan kegiatan ini dilakukan oleh buruh-buruh
asing ini. Kesan ini telah banyak menyusahkan kita terutamanya para penduduk,pihak
polis dan agensi keselamatan. Para penduduk sentiasa dalam ketakutan dan
menangggung sejumlah kerugian apabila rumah mereka dipecah masuk dan barangan
mereka dicuri. Pihak polis pula terpaksa menambah peruntukan bagi meningkatkan
kadar kawalan di seluruh negara serta perkhidmatan mereka manakala kebanyakan
agensi keselamatan terpaksa mengambil bekas-bekas anggota keselamatan yang telah
bersara. Sampel-sampel ini jelaskan menunjukkan bahawa satu daripada kesan-kesan
kedatangan buruh asing ialah merebaknya pelbagai penyakit dan masalah sosial.
Bukan setakat itu sahaja kedatangan buruh asing juga menyebabkan perbelanjaan
negara semakin meningkat. Setiap tahun, kira-kira RM 2.5 bilion dihantar pulang
sebagai pendapatan asing bagi tenaga buruh asing dan apabila dicampur pula dengan
perkhidmatan perubatan percuma serta perkhidmatan sosial lain yang turut dinikmati,
kerajaan Malaysia mungkin membelanjakan RM 3 bilion setahun setahun untuk
membiayai kedatangan pekerja asing. Laporan media ada menyatakan bahawa
sebahagian besar daripada 42 284 banduan pada tahun 2007 yang memenuhi penjara
di negara ini adalah warga asing dengan nisbah 4 warga asing bagi setiap 10 orang
banduan di negara ini. Menurut kata-kata Datuk Raja Ahmad Zainuddun Raja Omar,ahli
Parlimen BN-Larut,kerajaan membelanjakan RM 35 setahun untuk membiayai seorang
banduan asing dan apabila didarabkan dengan jumlah banduan asing yang ada,
kerajaan telah membelanjakan RM 68 juta setahun untuk membiayai semua banduan

asing yang merengkok di dalam penjara meliputi kos makan,gaji pegawai,bil rawatan
serta kos mengadakan pelbagai aktiviti untuk para banduan asing. Oleh itu,jelaslah
bahawa kedatangan buruh asing meningkatkan perbelanjaan negara.
Kedatangan buruh asing bukan hanya memberi impak kepada kita sahaja malahan
kepada mereka juga iaitu para buruh asing menjadi mangsa penderaan oleh para
majikan. Kesan ini banyak berlaku di sektor perkhidmatan domestik. Sebagai contoh,
pada tahun 2007, lebih 90% daripada 240000 pekerja domestik di Malaysia terdiri
daripada warga Indonesia dan kebanyakan pekerja domestik di Malaysia mengalami
penderaan psikologi,fizikal dan seksual yang dilakukan oleh agensi buruh dan majikan
terutamanya pekerja Indonesia. Sejak beberapa tahun dahulu,badan bukan kerajaan
dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur telah menerima beribu-ribu aduan daripada
pembantu rumah berkaitan masalah penderaan,gaji dan keadaan kerja yang mereka
alami. Menurut penyataan LaShawn R. Jefferson,Pengarah di Bahagian Hak Asasi
Wanita Di Pemerhati Hak Asasi Manusia dalam suraatnya kepada Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pekerja domestik di Malaysia masih
berhadapan dengan kemungkinan penderaan yang kian teruk dan tidak terkawal.
Berdasarkan bukti-bukti di atas yang sahih,maka dapatlah kesimpulan awal dibuat
iaitu kedatang buruh asing menyebabkan mereka menjadi mangsa penderaan oleh
para majikan dan agensi buruh.
Secara relatifnya, terdapat 1001 kesan atau implikasi yang timbul akibat kedatangan
buruh-buruh asing di negara kita ini. Mungkin sesetangah orang akan berfikir bahawa
menghantar semua buruh asing kembali ke negara mereka merupakan cara yang
terbaik tetapi sebenarnya tidak kerana dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Ahmad
Kamil Mohamed, seorang penduduk di Segamat menyatakan bahawa kerajaan akan
mengalami kerugian besar jika cara di atas dilakukan. Sebenarnya,bukan mudah
hendak menyelesaikan masalah ini. Oleh itu,semua latar masyarakat di negara kita
mesti memainkan peranan penting dalam usaha membasmi kesan-kesan yang wujud
akibat kedatangan mereka kerana bulat air kerana pembetung,bulat masyarakat
kerana muafakat.

Anda mungkin juga menyukai