Anda di halaman 1dari 17

Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagagan manusia kini

menjadi isu sejagat. Bincangkan aspek kerjasama antara Malaysia


dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
Pemerdagangan manusia merupakan kegiatan jenayah yang melibatkan pemerolehan atau
pengekalan tenaga kerja dan perkhidmatan seseorang melalui paksaan atau kerelaan. Kegiatan ini
termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima
seseorang. Jenayah pemerdagangan manusia menjadi semakin serius dan ini menjadi isu global. Hal ini
demikian kerana bukan sahaja Malaysia yang dipilih sebagai destinasi malah negara-negara jiran juga
dipilih sebagai destinasi untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia. Oleh itu, Malaysia dan
negra jiran harus mengambil tindakan untuk menangani kegiatan jenayah ini.

Antara aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah ini
adalah mengetatkan kawalan sempadan. Sempadan merupakan perjalanan sindiket untuk memasuki ke
sebuah negara demi melakukan pemerdagangan manusia. Oleh sebab itu, Malaysia dan negara-negara
jiran harus mengetatkan kawalan di sempadan dengan menambahkan bilangan pegawai yang meronda.
Apabila kawalan di sempadan telah diketatkan, sindiket tidak dapat memasuki ke sebuah negara dengan
mudah. Dngan ini, pegawai imigresen di sempadan negara masing-masing boleh menangkap sindiket
yang mencurigakan. Contohnya, pegawai imigresen di sempadan negara boleh menjalankan
pemeriksaan yang teliti terhadap kemasukan orang asing. Jelaslah, Malaysia dan negara jiran perlu
mengetatkan kawalan sempadan untuk mengatasi kegiatan jenayah ini.

Selain itu, aspek kerjasama yang lain antara Malaysia dengan negara-negara jiran adalah saling
menukar menukar maklumat penjenayah yang sering disenaraikan dalam senarai hitam dan senarai
orang kehilangan. Tindakan ini adalah untuk saling memahami pergerakan penjenayah dan mengenal
pasti orang yang hilang. Dengan adanya maklumat semasa, ini telah memudahkan kerja pegawai kastam
dan polis untuk menangkap sindiket serta mengenal pasti orang yang hilang. Ini bukan sahaja dapat
menghalang lebih banyak pemerdagangan manusia berlaku, namun juga dapat mencari orang yang
hilang. Contohnya, Malaysia dan negara jiran boleh saling bertukar maklumat penjenayah supaya negara
lain boleh membantu untuk memberkas sindiket tersebut. Intihanya, penukaran maklumat perlu dilakukan
agar kegiatan pemerdagangan manusia dapat diatasi.

Untuk meningkatkan ekonomi di negara-negara masing, penambahan pelaburan asing juga boleh
dijadikan sebagai satu aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran untuk
meningkatkan ekonomi negara. Jika kita ingin meningkatkan peluang pekerjaan di negara, kita harus
meningkatkan ekonomi negara. Pihak kerajaan boleh menambahkan tapak perindustrian untuk menarik
minat peabur asing. Apabila negara kita boleh mendapat pelaburan daripada pelabur asing, pengaliran
wang asing dapat membantu untuk meningkatkan ekonomi negara. Contohnya, projek pelaburan yang
menarik minat pelabur untuk meneruskan pelaburan akan memberi modal yang cukup untuk
meningkatkan ekonomi negara. Jelaslah, peningkatan pelaburan asing dapat meningkatkan ekonomi
negara.

Di samping itu, peningkatan peluang pekerjaan dengan cara yang sah merupakan salah satu aspek
kerjasama Malaysia dan negara-negara jiran. Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan
pemerdagangan manusia berlaku ialah peluang pekerjaan yang rendah di negara asal. Rakyat yang tidak
dapat pekerjaan di negara asal akan mencari peluang pekerjaan di negara lain dan ini menjadi umpan
sindiket untuk memerangkap rakyat. Pihak kerajaan boleh membekalkan kerja di tapak perindustrian dan
pembinaan untuk rakyat asing untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Contohnya, pihak kerajaan
boleh memberikan pekerjaan dalam sector industri untuk mengekalkan pengeluaran yang sepatutnya.
Oleh itu, pihak kerajaan di negara masing-masing perlu menyediakan saluran yang betul dan sah supaya
rakyat tidak akan terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Seterusnya, aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran adalah membekalkan
tenaga buruh dengan cara yang sah. Apabila negara dalam proses pembangunan, banyak tenaga buruh
diperlukan dalam bidang penanaman, pembinaan dan perkhidmatan. Untuk membekalkan tenaga buruh
dengan cara yang sah, pihak kerajaan harus memberi permit kepada buruh asing. Apabila buruh asing
diberi permit untuk bekerja di negara kita, sindiket tidak mempunyai peluang untuk memperdayakan
rakyat dengan cara yang haram. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengadakan Program 6P untuk
memberi permit kepada buruh asing dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 untuk menjaga kebajikan
buruh asing. Intihanya, Malaysia dan negara jiran perlu mengupah buruh dengan cara yang sah supaya
sindiket tidak mempunyai peluang untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia.

Konklusinya, kegiatan pemerdagangan manusia memang satu jenayah yang harus dibanteras
bersama-sama oleh Malaysia dengan negara-negara jiran. Inilah salah satu punca yang menyebabkan
kehilangan kanak-kanak dan hal ini telah membimbangkan para ibu bapa. Oleh itu, semua pihak harus
bekerjasama untuk membanteras kegiatan jenayah ini agar keselamatan dan keamanan rakyat dapat
dijamin.nteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.
MASALAH PENYELUDUPAN DI MALAYSIA

Dalam matapelajaran Pengajian Am, definisi sebuah Negara ialah, satu kawasan yang yang mempunyai
sempadan antarabangsa yang diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di Malaysia beberapa
pasukan penguatkuasaan keselamatan telah ditugaskan untuk menjaga perairan antarabangsa dan 262
pintu masuk sempadan negara antaranya adalah pasukan Maritim,Tentera Laut Diraja Malaysia,Tentera
Darat Diraja Malaysia,Kastam Diraja Malaysia dan Polis Laut Diraja Malaysia. Walaupun perbatasan
negara telah terjaga rapi, aktiviti penyeberangan sempadan di sempadan negara masih berlaku.
Pelbagai implikasi yang dialami kerajaan akibat daripada aktiviti ini. Masalah yang terbesar dialami oleh
pihak kerajaan daripada penyeberangan sempadan ialah penyeludupan. Tiga penyeludupan yang
disenaraikan di Wikipedia antara penyeludupan yang paling banyak berlaku ialah penyeludupan
manusia,barangan dan hidupan liar.
Antara masalah penyeludupan yang sering terpampang di dada-dada akhbar ialah penyeludupan
manusia.Masalah ini menyebabkan pasukan keselamatan negara dan dunia seperti Polis Diraja
Malaysia,Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak
menang tangan untuk mengatasi masalah ini yang beroperasi bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai warganegara yang bertamadun dan berdaulat, kita hendaklah prihatin terhadap isu yang
semakin berleluasa ini. Secara konseptualnya, kes penyeludupan manusia merupakan satu kegiatan
jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan juga integriti serta kedaulatan negara ini
Sebab utama masalah ini berlaku adalah kerana kemiskinan dan kesempitan hidup yang menyebabkan
segolongan manusia yang naif dan kurang terpelajar ini di dieksploitasi oleh segelintir individu yang tidak
berperikemanusiaan. Di samping itu kurangnya didikan agama dan moral yang rendah menjadi faktor
yang menyubang kepada masalah ini.Turut membantutkan proses mencegah perkara ini berleluasa
disebabkan kekangan kuasa yang dihadapi oleh para penguatkuasa.
Impak yang dialami oleh negara akibat permasalahan ini adalah, kewibawaan negara akan
dipersoalkan oleh banyak pihak terutamanya masyarakat dunia jika kita gagal mengekang jenayah
penyeludupan manusia di negara kita, masalah ini umpama menconteng arang di muka sendiri sekiranya
gagal dibendung. Di samping itu, kegiatan penyeludupan manusia akan meningkatkan masalah sosial
dalam negara kita contohnya,kegiatan pelacuran melibatkan warga asing yang diseludup masuk akan
meningkat.
Penyeludupan barangan membawa maksud kepada perbuatan membawa masuk barang-barang
bercukai atau larangan ke Malaysia atau keluar dari Malaysia secara tidak sah.Jenis-jenis komoditi utama
diseludup adalah seperti rokok, minuman keras, gula, minyak diesel dan sebagainya. Faktor geografi
antara Malaysia dengan Negara jiran merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya
penyeludupan,seperti yang berlaku di sempadan negara Malaysia dengan Thiland yang hanya
dipisahkan oleh sebatang sungai yang berkelebaran beberapa meter.
Punca penyeludupan seterusnya ialah berkaitan dengan undang-undang perairan
antarabangsa.Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara seperti kastam dan polis tidak
mempunyai kuasa untuk merampas barang yang ada dalam sungai kerana terikat dengan undang-
undang perairan antarabangsa.Disamping harga yang murah permintaan yang tinggi dari pengguna
menyebabkan masalah ini berlarutan dan sukar dikawal.
Kesan yang dialami oleh negara dari segi ekonomi,negara kehilangan pendapatan daripada hasil
cukai yang akan memberi impak kepada pembangunan sosial dan ekonomi.Ia menggagalkan usaha dan
dasar kerajaan.Masalah ini turut menggalakkan jenayah terancang, jika dibiarkan jenayah lain yang
berkait dengan aktiviti penyeludupan juga boleh berlaku seperti penyeludupan dadah dan senjata api. Di
samping itu penyeludupan barangan turut menjejaskan kesihatan dan kebersihan kerana barang yang
diseludup tidak melalui proses saringan oleh pihak berkuasa, ini mendedahkan rakyat terhadap risiko
penyakit dan penggunaan barangan yang tercemar.
Malaysia tersenarai bersama beberapa negara lain seperti Filipina, Indonesia, Singapura, Amerika
Syarikat dan Vietnam sebagai pusat transit utama penyeludupan hidupan liar. Selain menjadi lokasi
pemburu haram.Permintaan tinggi terhadap beberapa tubuh haiwan tertentu yang dipercayai mempunyai
nilai perubatan tradisional yang tinggi terutama di China serta tabiat pemakanan masyarakat hari ini yang
semakin pelik dan permintaan tinggi restoran yang menghidangkan makanan eksotik menyebabkan
sesetengah haiwan dilindungi sentiasa menjadi buruan.
Faktor kekayaan flora dan fauna serta kepelbagaian sumber dalam negeri antara sebab Malaysia
menjadi pilihan pemburu haram sebagai hab penyeludupan hidupan liar.Rangkaian pengangkutan darat
yang baik dan operasi pelabuhan cekap menjadikan Malaysia sebagai pusat transit pilihan negara
serantau untuk menyeludup keluar haiwan eksotik yang dilindungi. Malaysia merupakan negara Maritim
dan penguatkuasaan yang ketat dan bersepadu agak sukar untuk dilaksanakan kerana batasan jumlah
kakitangan.Undang-undang sedia ada perlu lebih dikuatkuasakan dengan betul kerana hanya melalui
cara itu impaknya akan lebih berkesan dan bertambah baik.
Kesan penyeludupan haiwan liar menyebabkan spesies flora dan fauna mengalami gangguan untuk
membiak dan bilangan mereka kini semakin berkurangan. Mungkin golongan masa hadapan tidak
sempat menikmati dan melihat sebilangan haiwan liar yang dieksploitsi ini. Langkah yang bersepadu
perlu diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus parah.
Konklusinya, penyeludupan di negara ini semakin berleluasa, maka pihak kerajaan dan orang ramai
harus bekerja sama dan berganding bahu untuk membanteras kegiatan yang membawa kesan buruk
kepada sistem perdagangan dan ekonomi negara. Para penyeludup harus dikenakan hukuman yang
berat seperti penjara dan bukan setakat didenda dengan wang. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya,peribahasa ini sesuai digunakan untuk memupuk sikap benci akan barangan seludup.
Masyarakat perlu membantu pihak berkuasa untuk membanteras masalah ini sekaligus menjadikan
negara kita aman dan berdaulat
FAKTOR KEDATANGAN PATI DI MALAYSIA

Malaysia telah lama menjadi pusat sumber pendapatan kepada pendatang asing tanpa izin ( PATI ). Isu
PATI bukan lagi perkara baru dinegara kita. Kedatangan PATI ke negara kita, terutamanya dari
Indonesia, Bangladesh dan lain-lain telah menjadi senario biasa kepada masyarakat hari ini. Mereka
datang ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki bagi menyara kos hidup keluarga mereka. Pertambahan
bilangan PATI yang datang ke Malaysia telah mendatangkan kebimbangan kepada penduduk di negara
kita. Hal ini demikian kerana mereka boleh memberi kesan yang negatif kepada penduduk di Malaysia
sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. PATI yang datang ke negara kita merupakan seorang
yang sangat rajin bekerja. Kedatangan mereka ke Malaysia telah didorong oleh pelbagai faktor.
Terdapat banyak faktor kemasukkan PATI ke negara kita. Antaranya ialah kemakmuran negara.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Negara Malaysia bebas daripada
rusuhan kaum dan peperangan berbanding negara asing yang selalu berlaku persengketaan di negara
mereka. Malaysia mengamalkan semangat perpaduan antara kaum. Walaupun terdapat pelbagai bangsa
dan agama di Malaysia tetapi tiada sebarang konflik yang berlaku. Mereka sentiasa hidup dalam keadaan
aman sejahtera. Keadaan ini menarik minat PATI untuk datang ke Malaysia. Tambahan pula, negara kita
tidak pernah mengalami bencana alam seperti gunung berapi dan taufan. Bencana ini telah berlaku di
negara asing yang mengancam nyawa mereka. Oleh itu, PATI akan berhijrah ke negara kita agar
keselamatan kita terjamin.
Faktor yang mendorong kemasukkan PATI ialah pembangunan yang pesat. Malaysia merupakan
sebuah negara yang ekonominya sangat pesat. Banyak projek pembangunan mega yang telah
dibangunkan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang maju. Projek pembangunan mega
yang diwujudkan merangkumi sektor perumahan,perkilangan, perindustrian dan pertanian. Sektor - sektor
ini telah menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya.
Keengganan rakyat tempatan untuk bekerja dalam sektor tersebut telah memberi peluang kepada PATI
untuk datang ke Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan tersebut. Hal ini demikian kerana peluang
pekerjaan yang ditawarkan di negara mereka sangat terhad dan gaji yang ditawarkan juga amat rendah.
Selain itu, faktor kemasukkan PATI ialah kestabilan ekonomi, Corak pentadbiran negara yang efisyen
telah menghasilkan sistem ekonomi yang sistematik. Perancangan ekonomi yang sistematik ini banyak
membantu negara untuk bebas daripada bebanan hutang dan inflasi yang melampau. Malaysia tidak
pernah menanggung beban hutang yang tinggi dari negara luar dan tidak mengalami kenaikan tingkat
harga barangan yang berterusan. Kenaikan tingkat harga barangan adalah seimbang. Jadi, harga
barangan di Malaysia amat berpatutan . Tambahan pula, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam
imbangan pembayaran negara. Keadaan ini menyebabkan PATI berminat untuk datang ke Malaysia. Nilai
mata wang yang kukuh berbanding dengan negara jiran juga turut menjadikan Malaysia sasaran
kedatangan beramai-ramai PATI dari Indonesia dan Filipina,misalnya. Oleh itu, PATI akan menjadikan
Malaysia lubuk rezeki kepada mereka.
Di samping itu, faktor kemasukan PATI ialah struktur geografi negara. Malaysia merupakan sebuah
negara yang di kelilingi oleh pulau dan pantai yang panjang dan luas. Faktor ini menjadikan sempadan
negara luas dan sukar untuk dipantau secara berkesan. Kawalan yang kurang pula akan memudahkan
PATI masuk sama ada dengan usaha sendiri ataupun melalui ejen haram. PATI yang datang akan
menggunakan jalan laut dengan cara yang mudah. PATI akan menggunakan kapal kecil atau perahu
untuk menyeberangi perairan negara. Struktur geografi yang strategik akan di jadikan tempat
persembunyian golongan PATI sebelum keluar ke kota. Oleh sebab itu, pihak berkuasa sukar untuk
mengawal kemasukkan PATI.
Sikap masyarakat kita juga merupakan faktor kemasukkan PATI ke Malaysia. Terdapat segelintir
majikan yang gemar menggunakan khidmat pekerja asing atas faktor gaji yang murah. Golongan PATI
tidak kisah walaupun gaji yang di tawarkan adalah murah. Mereka bersedia untuk menerima kadar upah
yang ditawarkan asalkan mereka mempunyai pendapatan bagi menyara hidup mereka. Oleh itu, banyak
peluang pekerjaan kini didominasi oleh golongan PATI. Sebaliknya,rakyat negara kita terlalu memilih
pekerjaan sehingga peluang pekerjaan mereka terjejas dan ramai yang sanggup menjadi penganggur.
Tidak dinafikan bahawa sikap segelintir majikan kita akan mendorong kemasukkan PATI ke Malaysia
oleh ejen haram bagi memenuhi permintaan majikan.
Faktor kemasukkan pendatang asing tanpa izin seterusnya ialah ketidakstabilan politik di negara
mereka. Pemimpin di negara asing tidak berlaku adil terhadap rakyatnya. Keadaan ini menyebabkan
berlaku pergolakan politik di negara asing. Contohnya Thailand. Masyarakat asing hidup dalam keadaan
huru-hara di negara mereka kerana berlaku peperangan,rusuhan kaum dan sebagainya. Ramai
penduduk negara mereka tercedera dan terkorban semasa peperangan berlaku. Keselamatan mereka
terjamin. Lebih-lebih lagi struktur pentadbiran di negara mereka tidak teratur dan sistematik. Keadaan ini
menyebabkan berlaku penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran sehingga membawa
persengketaan. Oleh itu, PATI akan berpindah ke tempat yang aman seperti di Malaysia.
Sememangnya negara kita memerlukan tenaga kerja asing untuk membangunkan ekonomi negara.
Namun begitu, kedatangan mereka secara beramai-ramai telah menimbulkan masalah kepada negara.
Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil langkah segera untuk membanteras kemasukkan PATI ke
negara kita agar rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah air sendiri.
Kepentingan Semangat Kejiranan Mengukuhkan Semangat Perpaduan Dalam
Kalangan Penduduk
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
membuatkan kita terlalu sibuk bekerjaya sehingga melupakan aspek kehidupan yang penting iaitu
menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran tetangga. Jika diimbau pada masa dahulu, masyarakat kita
mempunyai hubungan yang baik antara jiran tetangga sehingga boleh menjalankan aktiviti keramaian
seperti bergotong-royong untuk menyambut sesuatu keraian atau adat resam. Gaya hidup ibarat hidup
segan mati tak mahu hendaklah dielakkan kerana terdapat pelbagai manfaat sekiranya kita menjalinkan
hubungan yang baik dengan jiran tetangga sehingga mewujudkan semangat kejiranan yang utuh. Oleh
itu, wajar untuk kita bincangkan apakah kepentingan semangat kejiranan kepada masyarakat-masyarakat
setempat hari ini.

Antara kepentingan semangat kejiranan adalah memupuk perpaduan antara setiap ahli masyarakat
di negara ini. Malaysia merupakan negara yang unik kerana kita mempunyai rakyat yang berbilang
bangsa, kaum dan agama. Namun, disebalik perbezaan kita berjaya mencari persamaan dan
berbekalkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati serta bertolak ansur sering menjadi amalan
masyarakat. Mutakhir ini, timbul anasir-anasir yang ingin memecah belahkan perpaduan yang telah
terjalin begitu lama oleh masyarakat kita. Semangat kejiranan yang mantap dapat menjadi solusi bagi
melawan polemik yang semakin membarah dalam komuniti pada masa kini. Persis kata peribahasa
Melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Natijahnya, perpaduan yang erat antara satu sama lain
akan lahir apabila semangat kejiranan timbul di kawasan yang didiami oleh kita dan menjadi suri teladan
hidup berjiran. Bahawasanya sikap mengambil berat adalah antara langkah-langkah untuk mengelakkan
tidak kefahaman antara satu sama lain.
Jika dipandang pada sudut yang berlainan, semangat kejiranan dapat memudahkan penganjuran
program atau aktiviti yang berbentuk komuniti. Umum sedia maklum bahawa pihak kerajaan melalui
agensinya akan melakukan aktiviti di peringkat komuniti tempatan bagi menyampaikan bantuan dan
sebagainya. Seandainya, masyarakat setempat mempunyai semangat kejiranan yang baik, pastinya
objektif seperti penyampaian bantuan dapat diberikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.
Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar apabila ramai pihak menyumbangkan
tenaga bagai aur dengan tebing. Selain itu, kita juga dapat menjimatkan masa yang terluang dengan
melakukan aktiviti bermanfaat yang lain seperti menganjurkan majlis rumah terbuka. Intihannya,
masayrakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih
cekap dan menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk semua .
Pada masa yang sama, semangat kejiranan yang kukuh akan menjamin keselamatan diri dan ahli
masyarakat setempat. Keselamatan adalah perkara yang mustahak dalam menentukan seseorang untuk
memilih kawasan kediaman masing-masing. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, persatuan
jiran tetangga boleh ditubuhkan bagi menjalankan tugas keslsematan seperti meronda pada waktu
malam. Langkah ini dapat menimbulkan rasa selamat dikalangan penduduk. Kejadian seperti rompakan,
ragut dan penculikan dapat dibanteras sekiranya terdapat mata-mata yang mengawasi kawasan
perumahan kita. Penjenayah juga tidak berani untuk melakukan jenayah dalam kawasan yang
mempunyai semangat kejiranan yang kukuh. Tambahan pula, ibu dan bapa akan berasa selamat untuk
membiarkan anak-anak bermain di taman permainan yang berdekatan kerana ancaman jenayah telah
dikurangkan. Izharnya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara boleh meningkatkan
tahap keselamatan kawasan sekitar.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang utuh dapat menarik pelancong asing untuk berkunjung ke
negara kita. Keunikan kehidupan masyarakat majmuk merupakan antara tarikan pelancong asing di
samping keindahan pulau dan gunung-ganang yang dimiliki oleh tanah air ini. Hasil kehidupan yang
berlatar belakangkan pelbagai kaum, agama dan bangsa, terdapat diversiti budaya dan tradisi yang
berpotensi untuk dipersembahkan kepada pelancong. Tamsilnya, penganjuran rumah terbuka pada hari
perayaan menjadi medan perpaduan antara semua rakyat Malaysia dan pelancong asing berasa kagum
bagaimana kita mampu menyambut perayaan bersama-sama. Kita sebenarnya mampu menjadi egen
penyatuan masyarakat antarabangsa kerana kemampuan kita tinggal di bawah satu negara yang sama
sejak dahulu lagi. Kesannya, semangat kejiranan bukan sahaja memberikan imej yang baik kepada
negara malah semangat kejiranan dapat meningkatkan ekonomi dengan kedatangan pelancong asing ke
pusat-pusat pelancongan dalam negara.
Sebagai menutup ruang perbincangan di atas, kita dapat simpulkan bahawa pelbagai kepentingan
yang terkandung dalam semangat kejiranan sekiranya kita berjaya menyemarakkannya. Bahkan ia
merupakan tradisi turun-temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita ketika dahulu. Ibarat petikan
daripada lagu hasil artis tempatan, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bikin muafakat. Ibu dan bapa
perlu memainkan peranan dalam menjaga kepentingan semangat kejiranan. Tuntasnya, semangat
kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan dasar kepada pembinaan negara Malaysia malah
sumbangannya adalah mustahak bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan mencapai
kemajuan yang disasarkan secara tidak langsung. Semoga rakyat kita bersatu padu dalam menghadapi
segala kemungkinan di masa hadapan dan seterusnya menjadi imej perpaduan kepada masyarakat
dunia demi kebaikan manusia sejagat.
KESAN KESAN SEMANGAT KEJIRANAAN SEMAKIN LUNTUR

Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya
hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing.
Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja
sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama
jiran mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza.
Masyarakat zaman dahulu, pekerjaan mereka berasaskan pertanian yang memerlukan semangat
bekerjasama di antara mereka, bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Manakala
masyarakat sekarang bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan
hidup masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat kejiranan masa kini.

Selain itu , kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa juga salah satu punca yang
mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting
pada era ini. Pada zaman sekarang., bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat.
Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang
menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan
kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan
bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di
dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan semangat kejiranan.
Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran semakin berkurangan.
Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah
di dalam pergaulan., sebaliknya kita hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu
berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa
sekarang turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan..

Di samping itu, arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca
semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan
pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan
menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah,
taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan. Situasi ini perlu ditangani
dengan segera demi kebaikan semua pihak. Kita tidak ingin melihat wujudnya masyarakat yang
mementingkan diri sendiri berpanjangan dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat yang
bersikap seperti ini tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka amat rapuh dan mudah dipengaruhi
oleh anasir luar. Tuntasnya, pembangunan yang begitu pesat melanda negara juga menjadi punca
kepada lunturnya semangat kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.
Punca-Punca berlakunya Pemerdagangan Orang

Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinasikan pemerdagangan orang sebagai
perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan, atau penerimaan seseorang bagi
maksud ekploitasi. Pemerdagangan manusia merujuk aktiviti pemerdagangan dan perniagaan yang
melibatkan pergerakan atau migrasi menusia secara haram sama ada untuk menjadi buruh yang sah
atau buruh paksa. Masalah ini semakin hari semakin serius kerana didorong oleh pelbagai punca.

Kemiskinan merupakan salah satu punca berlakunya keguatan pemerdagangan manusia. Kemiskinan di
negara asal membuatkan mangsa berusa mengubah taraf hidup. Antara cara yang boleh diambil oleh
mereka adalah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju dan banyak mempunyai peluang pekerjaan.
Untuk nerhijrah ke negara yang lebih maju, mereka perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu. Pada
masa yang sama, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan. Agensi ini
membawa migran ke negara lain dan memaksa migran menjadi buruh paksa atau pelacur.

Permintaan tenaga buruh yang tinggi di sesebuah negara mendorong berlakunya kegiatan
pemerdagangan orang. Pihak sindiket pemerdagangan orang mengambil kesempatan ini dengan
membekalkan buruh untuk mengaut keuntungan. Sindiket-sindiket ini menyamar sebagai agensi
pekerjaan untuk membantu buruh asing, namun mereka mengeksploitasi buruh-buruh tersebut akibat
kelemahan dalam sistem perundangan. Apakah sampai dinegara yang dijanjikan, buruh-buruh tersebut
akan dipaksa bekerja dengan upah tidak setimpal. Hal ini juga menunjukkan bahawa hak asasi mereka
sebagai manusia telah dirampas.

Keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan orang mendorong kegiatan ini terus berleluasa.
Sikap materialistik menjadi pihak sindiket hilang peri kemanusiaan. Mereka sanggup mengeksploitasi
orang yang memerlukan pekerjaan dengan memberikan kerja-kerja seperti buruh kasar atau pelacur.
Pulangan yang lumayan menjadikan mereka gelap mata dan seterusnya mengabaikan hak asasi dan
martabat mangsa. Dengan mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh wang yang banyak
manakala mangsa terus menderita kerana tidak dilayan dengan adil. Justeru, masalh ini wajar dipandang
serius kerana dapat menimbulkan trauma kepada mangsa.

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah membuatkan kegiatan ini semakin berleluasa. Hukuman
berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang kepada kegitan ini. Selain itu,
hukuman yang berat sepatutnya dikenakan kepada pihak yang mengambil pekerja daripada sindiket
pemerdagangan orang ini. Ketiadaan hukuman yang berat membuatkan dalang sindiket berani untuk
menjalankan kegiatan jenayah pemerdagangan orang. Jelaslah di sini bahawa penguatkuasaan yang
lemah menjadi punca jenayah ini semakin berleluasa.

Sindiket pemerdagangan orang biasanya mempunyai rangkaian domestik dan antarabangsa. Hal ini
membolehkan mereka menjalankan aktiviti mereka dengan mudah kerana tidak dapat dikesan oleh pihak
berkuasa. Misalnya, mereka berurusan dengan pihak-pihak tertentu untuk menguruskan pelbagai
dokumen tentang mangsa. Oleh itu, pihak berkuasa sukar untuk mengesan kesalahan undang-undang
yang dilakukan oleh mereka. Hal ini menjadi punca jenayah ini terus menular di negara kita.

Tuntasnya, kegiatan pemerdagangan orang semakin berlelusa. Oleh itu, semua pihak harus seia sekata
dan berganding bahu untuk mengatasi masalah ini, jalan penyelesaian untuk mengatasi masalh ini perlu
dirancang dengan teliti.
Karangan Kes Penyeludupan Manusia

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru negara kita
tentangkes penyeludupan manusia Oleh itu, sebagai warganegara yang berwawasan dan berpandangan
jauh ke hadapan, kita hendaklah prihatin dengan isu yang semakin hangat dibincangkan ini.Secara
konseptualnya,kes penyeludupan manusia merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh menjejaskan
keselamatan negara dan juga integriti kedaulatan negara ini. Kes penyeludupan manusia ini tidak wajar
berlaku kerana jenayah sebegini adalah melanggar hak asasi manusia ke atas individu yang
diperdagangkan.Oleh itu, kesan-kesan kes penyeludupan manusia kepada negara dan langkah-langkah
untuk mengatasi jenayah ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Pada pendapat saya, kes-kes penyeludupan manusia ke negara ini atau ke luar dari negara ini jika tidak
dibendung dengan segera akan menyebabkan integriti keselamatan negara dipertikaikan oleh pelbagai
pihak.Dunia antarabangsa akan melihat aspek keselamatan negara kita begitu lemah. Masyarakat
negara ini pula akan mula hilang kepercayaan dengan keupayaan pasukan-pasukan penguatkuasaan
untuk membenteras kegiatan penyeludupan manusia ini daripada terus berleluasa. Golongan yang
berkepentingan mengaut keuntungan daripada kegiatan jenayah ini juga akan meremehkan tindakan
penguat kuasa kerana menyedari tindakan mereka sukar untuk dikesan. Jelaslah bahawakewibawaan
negara akan dipersoalkan oleh banyak pihak jika kita gagal mengekang jenayah penyeludupan manusia
di negara kita. Secara tidak langsung, imej negara juga turut terjejas di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, kegiatan penyeludupan manusia juga akan meningkatkan masalah sosial dalam negara
kita.Sebagai contohnya, kegiatan pelacuran melibatkan warga asing yang diseludup masuk akan
meningkat. Tambahan lagi, kes-kes orang hilang juga akan meningkat, terutamanya melibatkan kanak-
kanak atau golongan remaja untuk dieksploitasi oleh golongan yang cuba mengaut keuntungan. Kegiatan
jenayah terancang juga boleh bertambah jika manusia yang diseludup masuk merupakan penjenayah-
penjenayah yang bermatlamat untuk mengembangkan kegiatan haram mereka. Keadaan ini
menyebabkan penduduk tempatan akan berasa keselamatan mereka tidak terjamin. Mereka seolah-olah
menjadi tebusan atau tawanan hidup di negara sendiri. Sudah terang lagi bersuluh,jenayah
penyeludupan manusia menyebabkan masalah sosial di negara kita semakin berleluasa.

Kes penyeludupan manusia hendaklah dibendung kerana banyak membawa implikasi buruk kepada
rakyat dan negara kita. Bagi membendung masalah ini, pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
perlulah bersama-sama memainkan peranan.Ahli-ahli pertubuhan sukarela ini boleh membantu pihak
berkuasa mengenal pasti sektor-sektor pekerjaan yang menjadi tumpuan tenaga buruh atau manusia
yang diseludup masuk ke negara ini. Mereka juga boleh menggembleng tenaga untuk melancarkan
kempen-kempen yang melibatkan majikan di seluruh negara bagi memberikan kesedaran agar tidak
bersaubahat dengan penyeludup manusia dengan menggaji orang yang diseludup sebagai pekerja.
Memang tidak dapat dinafikanpenglibatan aktif NGO dalam mengatasi masalah ini amatlah dituntut
kerana golongan ini sentiasa mendekati masyarakat setempat melalui pelbagai program yang dirancang.

Langkah lain yang tidak boleh dikesampingkan dalam usaha mengatasi masalah ini ialah
penguatkuasaan pencegahan perlulah dilakukan secara berterusan oleh pihak berkuasa.Serbuan-
serbuan di pusat-pusat hiburan, kawasan perladangan, dan sektor-sektor industri perlu dilakukan secara
kerap untuk mengesan buruh-buruh yang digaji secara tidak sah. Di samping itu,kawalan sempadan juga
perlu dipertingkatkan dan laluan hijau di sempadan dan semua pintu masuk perlu dimansuhkan jika
kemudahan ini didapati sebagai penyumbang kepada peningkatan kegiatan penyeludupan manusia.
Dalam pada itu, akta dan undang-undang yang berkaitan dengan kes penyeludupan manusia hendaklah
dikaji semula. Pihak yang ditangkap dan disabitkan dengan kesalahan kes penyeludupan orang
hendaklah didakwa dan dikenakan hukuman yang setimpal untuk memberikan amaran kepada orang lain
supaya tidak terlibat dengan jenayah sebegini.

Selanjutnya, peranan media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik perlulah
diperhebat dalam mengatasi masalah ini.Media elektronik seperti televisyen, radio dan internet perlu
menyalurkan maklumat mengenai kes penyeludupan manusia secara berterusan untuk memberikan
kesedaran kepada penduduk di negara ini mengenai bahaya jenayah sebegini. Dengan adanya
peringatan yang berterusan sebegini, mereka akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak
mudah terperdaya dengan penipuan yang dilakukan oleh penjenayah yang terlibat dengan kes
penyeludupan manusia. Dokumentari dan filem berkaitan dengan kes penyeludupan manusia hendaklah
ditayangkan kepada orang awam supaya mereka melihat kesan-kesan dan cara-cara untuk menghindari
diri daripada menjadi mangsa kes penyeludupan manusia. Dengan adanya pengetahuan yang
mencukupi, masyarakat dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah yang tidak
berperikemanusiaan ini.

Kesimpulannya, kes penyeludupan manusia merupakan jenayah terancang yang memerlukan komitmen
semua pihak untuk mengatasinya. Untuk keselamatan negara dan keharmonian negara, jenayah
penyeludupan manusia ini perlulah dicegah dengan perundangan dan ketegasan. Dalam pada itu,
masyarakat kita hendaklah mempunyai kesedaran untuk membantu pihak berkuasa untuk mengatasi
masalah ini dengan melaporkan kes penyeludupan manusia yang berlaku dan tidak bersaubahat dengan
penjenayah. Jika semua pihak bersatu padu, kes penyeludupan manusia tidak akan berlaku di negara
kita. Mudah-mudahan, negara yang kita cintai ini akan bebas daripada kes penyeludupan manusia yang
tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia ini.
Langkah Mengatasi Isu Pati

Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam
pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan
memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan di
kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan
diawasi.

Dalam usaha membendung kehadiran PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan
pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan tentera
laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat
mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI. Mereka hendaklah
menjalankan pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Usaha seumpama
ini akan menyukarkan kemasukan pendatang tanpa izin lalu mengurangkan jumlah PATI di negara kita.

Seterusnya pihak polis perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berhubung pekerja asing,
terutamanya yang masuk tanpa izin. Pihak berkuasa hendaklah sentiasa mengawasi dalang dan sindiket
yang menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Mereka yang diberkas seharusnya dijatuhi
hukuman yang berat termasuk hukuman mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini harus
dikenakan tindakan undang-undang yang tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang
dilakukan.

Di samping itu, semua pihak yang berkuasa wajar melipatgandakan operasi-operasi mengesan,
menahan dan menghantar semula pekerjapekerja tanpa izin. Pelancaran operasi kerajaan seperti
Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam usaha membendung limpahan pendatang
asing tanpa izin. Operasioperasi seperti ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang
tanpa izin ke negara kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat
bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak kerajaan.

Usaha-usaha menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan yang
memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya pihak majikan.
Sesungguhnya sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan berhubung masalah
pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan. Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi
kepentingan negara dan rakyat. Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit
kerja yang sah sahaja.
Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara jiran yang terbabit amat penting untuk
membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin. Pihak kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri,
perlu menganjurkan rundingan tentang kawalan sempadan. Malahan adalah perlu untuk mewujudkan
pasukan bertindak bersama bagi menjamin kawalan sempadan yang lebih efektif Selain itu, ejen-ejen
yang sah perlu dilantik untuk mengendalikan kemasukan pekerja asing secara lebih teratur dan terkawal.

Kesimpulannya, keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita
memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, limpahan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa
izin yang tidak dikawal dan berterusan sudah tentu akan memudaratkan kesejahteraan rakyat kita.

Anda mungkin juga menyukai