Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Untuk pengetahuan umum dalam era moden ini, isu pemerdagangan manusia menjadi isu global di
serantau negara. Jenayah pemerdagangan orang  telah dianggap sebagai satu bentuk perhambaan
dan bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia. Pemerdagangan orang  dapat
ditakrifkan sebagai perdagangan atau perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia
secara haram,  termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa.

Contoh pemerdagangan manusia yang sering berlaku adalah penjualan organ manusia, sindeket pelacuran
dan kerja tanpa gaji kepada buruh-buruh asing. Pada kebiasaannya, jenayah pemerdagangan manusia ini
merentasi sempadan dan menjatuhkan maruah serta martabat sehingga mereka diperdagangkan, mangsa
yang terlibat biasanya tidak diberi sebarang pilihan dan tidak dapat melaporkan penderitaan mereka
akibat daripada kawalan ketat oleh sindiket.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan bahawa
jenayah pemerdagangan orang talah mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 bilion setahun selepas
jenayah senjata api dan dadah. Pemerdagangan orang merupakan industri jenayah yang pantas dan terlaris
di dunia dengan keuntungan tahunan mencecah antara 5 hingga 42 bilion dolar Amerika (USD$5 -
USD$42 bilion). Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan hampir 2.5 juta manusia dari 127
buah negara telah diperdagangkan di seluruh dunia. Isu pemerdagangan ini berlaku ekoran daripada
permintaan terhadap tenaga buruh, perkhidmatan seksual, jeratan hutang dan kemiskinan.

Pada kebiasaannya,  mangsa yang terlibat biasanya tidak diberi sebarang pilihan dan tidak dapat
melaporkan penderitaan mereka akibat daripada kawalan ketat oleh sindiket-sindiket tertentu. Negara-
negara miskin dan negara yang mempunyai populasi penduduk  yang ramai sering menjadi mangsa
seperti China, Indonesia, Sri Lanka dan sebagainya.  Hasil kajian dari badan-badan bebas dan beberapa
kes mendapati Malaysia khususnya Sabah adalah destinasi persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak
diperdagangkan untuk eksploitasi seks secara komersial manakala lelaki dijadikan sebagai buruh paksa.
Malaysia berada di Tier 2 mengikut Laporan US Department of State - Traffi cking in Persons Report
2008 berikutan kejayaan negara mengubal Akta Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2007. Malangnya,
mengikut kajian US Department of State, usaha Malaysia masih belum menyeluruh dan konkrit di dalam
usaha menangani masalah ini menyebabkan negara diturunkan semula ke Tier 3 pada tahun 2009. Usaha
untuk menangani aktiviti pemerdagangan orang bukanlah sesuatu yang mudah kerana jenayah ini begitu
komplikated dan semakin sofi stikated. Sindiket pemedagangan orang begitu licik dan sentiasa berusaha
melindungi aktiviti mereka, mengelakkan diri daripada disiasat, apatah lagi diambil tindakan undang-
undang.

(379 perkataan)

如果太多字,那么红色的句子可以 delete
Kesimpulannya, pemerdagangan manusia merupakan satu isu yang serius yang sedang melanda dunia
dan bukan sahaja berlaku di Malaysia. Isu pemerdagangan manusia tidak boleh dibiarkan daripada terus
berlaku di Malaysia kerana ianya akan membawa pelbagai kesan negatif khususnya merencatkan
pembangunan negara ini dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Isu pemerdagangan manusia adalah isu
serius yang patut dipertanggungjawabkan kepada semua pihak. Masa depan generasi yang akan datang
akan terabai jika masalah ini tidak ditangani segera.

Memandangkan perkara ini semakin serius, kita sebagai orang yang beriman tidak boleh bersikap 'enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Janganlah negara kita menjadi sebuah masyarakat
yang hanya mementingkan diri sendiri  dan menyerahkan tugas mengekang masalah ini kepada pihak
berkuasa sahaja tanpa membantu. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, maka,
marilah bersama-sama mengerah tenaga bagi membanteras jenayah ini agar tiada lagi golongan yang
akan diperdagangkan. Memandangkan kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah efektif
untuk menangani isu ini. Langkah-langkah yang diambil jelas menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia
sentiasa berusaha dengan gigih dan proaktif dalam membanteras isu pemerdagangan manusia secara
holistik. Langkah-langkah yang telah dijalankan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia telah
melakukan yang terbaik dalam menangani isu pemerdagangan manusia dengan mengikut dasar negara
serta mengambil kira aspek kedaulatan, keselamatan dan integriti. Dalam pada itu, kita haruslah
bertindak dengan segera agar nasi tidak menjadi bubur. Pada masa yang sama, langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan ini akan memberikan hasil yang positif sekiranya masyarakat sekeliling
memahami, mempunyai kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam membantu pihak kerajaan
menangani isu pemerdagangan manusia hingga ke peringkat akar umbi. Kerjasama yang jitu serta
semangat yang berkobar-kobar merupakan pemangkin utama kejayaan kita semua dalam mengatasi
masalah ini.  Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan
matlamat negara dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.

(294 perkataan)

Anda mungkin juga menyukai