Anda di halaman 1dari 3

DOA HARI ARAFAH. DAH FIKIR2 KE DOA NAK MOHON ....

Assalamualaikum sahabat...
Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa
yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh
masukkan dalam senarai anda. Insya-Allah :
1. Ya Allah ... kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka
dan masuk ke Syurga Firdaus
2 Ya Allah ... masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman..
yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3 Ya Allah ... Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku
mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.
Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4 Ya Allah ... masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya
dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5 Ya Allah ... selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka.
Kurniakan mereka hidayah Islam.
6 Ya Allah ... satukan aku dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata
kerana Mu di dalam Syurga Firdaus
7 Ya Rabb ... sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada
kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8 Ya Allah ... terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat
untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi
rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan
amal.
9 Ya Allah ... apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi
amalan tertinggi
10 Ya Allah ... kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku
bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman
11 Ya Allah ... masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat
pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada
naungan selain dari Arash Mu.
12 Ya Allah ... tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada
keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan
kekuasaan Mu
13 Ya Allah ... tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14 Ya Allah ... ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
kepada aku dan keluargaku
15 Ya Allah ... berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan
mendapat keredhaanmu.
16 Ya Allah ya Rabb ... sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku
dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat
angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat Mu.
17 Ya Allah ... jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang
sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18 Ya Allah ... jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada
Mu dan kepada ibu bapaku.
19 Ya Allah ... Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20 Ya Allah ... Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah ... tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah ... berkati hidupku dengan kesihatan yang baik agar aku dapat
bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah ... lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-
penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi
kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24 Ya Allah ... berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di
akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku
memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah ... tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu
26 Ya Rabb ... selamatkan aku dari kemunafikan
27 Ya Allah ... izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji
sebelum kami dijemput olehMu.
28 Ya Allah ... lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari
perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ... ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka
menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah ... aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan
bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari
kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah ... berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur,
semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32 Ya Allah ... hapuskan Covid 19 dari seluruh dunia dan sembuhkanlah mereka
yang dijangkiti.
Bismillah .....
Inna fath na laka fat ham mubina –
Li yaqh fira lakallah humaa ta khodaa min zam bikh
Wa maa ta akh qara wa yutim manigh matahu
A’laika wayah diyaka si rarrr thom mus takhii maa
Wa yan shurakallah hu nas rannn a’ziza.

Anda mungkin juga menyukai