Anda di halaman 1dari 4

 

5/17/2018 Ba c a a n Ta lkin - slide pdf.c om

Bacaan Talkin

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang,
sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
 berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang

menjadikan mati dan


kecewa. Mahasuci hidup
Tuhan untuk
yang menguji siapa
menjadikan yang
lubang baiksebesar-besar 
kubur dan siapa yang
 pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar 
amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan


zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita
sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA),wahai
(ANDA) Bin(IBU ANDA), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang
mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-
 benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh
Allah.

Ingatlah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), apabila datang kepada kamu 2
orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka
 janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
 janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya Mungkar dan


 Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
> Siapakah Tuhan kamu?
> Siapakah Nabi kamu?
> Apakah agama kamu?

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ba c a a n-ta lkin 1/4


 

5/17/2018 Ba c a a n Ta lkin - slide pdf.c om

> Apakah kiblat kamu?


> Siapakah saudara kamu?
> Apakah pegangan iktikad kamu?
> Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat


dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah
cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

> Allah Taala Tuhanku,


> Muhammad nabiku,
> Islam agamaku,

>
> kitab suci itu
Baitullah Al-Quran ikutanku,
qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
> Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan
yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan
 berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga
Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di
dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang
menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan
akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima
segala amal kebajikan kamu.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ba c a a n-ta lkin 2/4


 

5/17/2018 Ba c a a n Ta lkin - slide pdf.c om

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak 


disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah


 pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk 


dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-
masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN"
dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
> Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah
saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.
BekasSUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu
KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang
yang mayatnya:
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati
> 1. ParaNabi
> 2 Para Ahli Jihad
> 3. ParaAlim Ulama
> 4. ParaSyuhada
> 5. ParaPenghafal Al Quran
> 6. Imam atau Pemimpin yang Adil
> 7. Tukang Azan
> 8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak 
> 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
> 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari
kalangan orang yang beriman.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ba c a a n-ta lkin 3/4


 

5/17/2018 Ba c a a n Ta lkin - slide pdf.c om

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur 
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-
hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng
dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua


anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang
 penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat

 banyak melebihi
Jika Malaikat daun-daun
Ridhwan kayu mukmin
berjumpa di bumi. maka dia memberi makanan itu
kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di
dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap
disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU
itu."

http://slide pdf.c om/re a de r/full/ba c a a n-ta lkin 4/4

Anda mungkin juga menyukai