Anda di halaman 1dari 4

Sifat pemaaf rasulullah

Sufwan bin Umaiyah adalah salah seorang pembesar Musyrikin Mekah. Beliau telah berjanji
untuk memberi upah berupa hadiah kepada Umair bin Wahab jika dapat membunuh jasad mulia
Rasulullah saw. Apabila berlakunya peristiwa Futuh Mekah atau pembukaan kota Mekah, Umair
bin Wahab bergegas melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh tentera Muslimin yang
berjumlah 10,000 orang. Ramai di antara mereka berdiri di atas Jabal Qubais untuk menyaksikan
ribuan sahabat termasuk baginda memasuki kota Mekah tanpa perlu menumpahkan walau setitik
darah. Walaubagaimanapun, Umair ternyata tidak mampu untuk menahan rasa takutnya dan
terus menyembunyikan diri. Lama kelamaan, Umair merasakan lebih baik beliau meminta ampun
daripada Rasulullah saw kerana beliau seringkali mendengar baginda adalah seorang yang
mudah memberikan maaf. Tanpa disangka-sangka, Umair memperoleh keampunan Rasulullah
saw dengan serban baginda sebagai tanda perlindungan.(Riwayat Ibnu Hisyam)

Peristiwa 2
Abu Sufyan adalah tokoh korporat Musyrikin Mekah. Beliau sebelum memeluk Islam adalah
musuh paling ketat kepada umat Islam dan beliau sendiri amat membenci Rasulullah saw.
Namun, apabila Mekah ditawan oleh baginda dan para sahabat pada 10 Ramadan 630 masihi,
Abu Sufyan bertukar menjadi seorang yang sangat pengecut. Beliau teringat tentang dosa-dosa
beliau terhadap Rasulullah saw dan para sahabat sehingga pernah diriwayatkan mengupah
seseorang untuk membunuh baginda di Madinah. Umar yang terkenal dengan bengisnya telah
cuba untuk memenggal leher Abu Sufyan di kediamannya namun segera dihentikan oleh
baginda. Baginda memaafkan Abu Sufyan sehingga pernah bersabda dalam hadisnya yang
terkenal,
“Sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufyan, maka mereka dimaafkan.”(Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)

Ikrimah adalah anak Abu Jahal. Sepertimana bapanya, Ikrimah amat memusuhi baginda. Setiap
perang membabitkan kaum Musyrikin dan kaum Muslimin pasti akan muncul kelibat Ikrimah ini.
Semasa peristiwa Mekah ditawan, Ikrimah yang ketakutan melarikan diri ke Yaman. Namun,
Isterinya yang telah memeluk Islam pergi ke Yaman untuk membawa pulang suaminya ke
Mekah. Apabila Rasulullah saw melihat Ikrimah, baginda terus berdiri dan menemuinya dengan
penuh rasa kasih sayang sehingga tidak sedar pakaian telah jatuh dari bahunya. Baginda
melafazkan daripada bibir baginda yang mulia yang bermaksud,
“Wahai penunggang kuda yang berhijrah, kepulangmu amat dialu-alukan.”(Imam Malik dalam
kitab Muwatta)
Berkat keampunan Rasulullah saw, Ikrimah bin Abu Jahal gugur syahid pada 636 masihi di
medan Perang Yarmouk yang menyaksikan Islam berjaya menumbangkan empayar Byzantine.

Peristiwa 4
Rasulullah saw dan para sahabat pernah melalui pemulauan yang dilakukan oleh kaum Quraisy
Mekah selama tiga tahun. Rasulullah saw dan para sahabat tidak dibenarkan berdagang
sehingga ramai sahabat kebuluran. Diriwayatkan, anak-anak kecil menangis selama berjam-jam
tanpa henti kerana kebuluran. Para sahabat terpaksa memakan daun-daun dan kayu untuk
mengalas perut yang kelaparan.

Namun, tiada seorang daripada kaum Quraisy yang sedia menolong baginda dan para sahabat.
Bahkan, cacian dan makian yang diterima oleh baginda. Namun, setelah Islam mula bertapak
kukuh di Madinah, kota Mekah pula dilanda zaman kemarau. Mekah mengalami kekurangan
makanan dan rakyatnya kebuluran.

Sekutu Rasulullah saw yang setia, Thamamah bin Uthal, ketua kaum Yamamah telah
menghenti bekalan gandum kepada penduduk Mekah. Thamamah memberitahu penduduk
Mekah bahawa tiada sebutir gandum akan dihantar kepada penduduk Mekah tanpa mendapat
kebenaran daripada Rasulullah saw. Mendengar penderitaan dashyat penduduk Mekah, baginda
mengirim surat kepada Thamamah supaya menarik balik pengharaman tersebut.(Riwayat al-
Bukhari dalam bab mengenai Perutusan Bani Hanifah)

Peristiwa 5
Rasulullah saw pernah mengalami detik mencemaskan bersama-sama Abu Bakar as-Siddiq di
bumi Taif sebelum Islam bertapak kukuh di Madinah. Penduduk Taif melayan baginda dengan
teruk. Mereka mengupah kanak-kanak untuk melontar batu dan mengejek baginda saw.
Diriwayatkan, Jibril as datang kepada Rasulullah saw untuk menghumban bukit kepada
penduduk Taif. Namun, Rasulullah saw segera menolaknya.
Baginda berharap pada satu hari nanti mereka akan beriman kepada Allah swt. Dalam satu
peristiwa lain, satu utusan telah dikirimkan daripada Taif kepada Rasulullah saw di Madinah.
Baginda menerima utusan tersebut dengan tangan terbuka melayan mereka dengan penuh kasih
sayang.(Riwayat Ibnu Said, Perang Taif)

Peristiwa 6
Semasa Rasulullah saw dan Abu Bakar as-Siddiq melakukan hijrah ke Madinah, kaum Musyrikin
segera menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat membunuh Rasulullah
saw. Suraqah bin Malik bin Jus’ham menerima tawaran tersebut. Suraqah mengejar Rasulullah
saw daripada belakang akan tetapi kuda beliau tersungkur dua kali dan beliau tercampak ke
tanah.
Namun, untuk kali ketiga beliau tersungkur, kudanya terjerumus ke dalam pasir. Beliau
tercampak. Semasa ingin mengeluarkan kudanya daripada pasir, keluarnya asap berkepul-kepul
bagaikan ribut pasir. Beliau meminta tolong kepada Rasulullah saw dan baginda memberikan
satu dokumen yang tertulis di atas seketul tulang(sesetengah mengatakan di atas sehelai kertas
atau serpihan terbikar).

Ia adalah sebagai tanda antara dirinya dan Rasulullah saw. Apabila berlaku peristiwa pembukaan
kota Mekah, Suraqah segera menemui baginda di sebuah tempat di antara Mekah dan Taif.
Sahabat baginda segera menolaknya namun baginda membenarkan Suraqah mendekati
baginda.(Riwayat al-Bukhari)

Peristiwa 7
Furat bin Haiyan telah diupah oleh Abu Sufyan(ketika itu belum Islam) untuk mengintip para
muslimim. Beliau juga menulis syair yang memburuk-buruk baginda. Pada satu hari, beliau telah
ditangkap dan kemudiannya memeluk Islam. Dengan hati yang gembira, Rasulullah
menghadiahkan kepada beliau sebidang tanah di Yamamah(Asabah).

Peristiwa 8
Washyi bin Harb adalah bekas hamba kepada bangsawan Quraisy, Hindun bin Utbah. Hindun
memberi tawaran kemerdekaan kepada Washyi sekiranya dapat membunuh salah seorang
daripada tiga orang di medan Uhud iaitu Rasulullah saw, Ali bin Abi Talib ra atau Hamzah bin
Abdul Mutallib ra. Di medan Uhud, Washyi dengan ketepatan lontaran lembingnya telah mampu
membunuh Saidina Hamzah sehingga menembusi pinggangnya. Hamzah syahid di medan Uhud.
Rasulullah saw begitu dukacita dengan pemergiaan bapa saudara kesayangannya.
Saat berlalu. Mekah telah ditawan semasa peristiwa Futuh Mekah. Washyi bin Harb kemudian
melarikan diri ke Taif kerana takut dibunuh tentera muslimin. Walaubagaimanapun, penduduk
Taif kemudian menyerah kepada Rasulullah saw dan beramai-ramai memeluk Islam. Washyi
sekarang tidak mempunyai tempat untuk berlindung. Beliau ada mendengar bahawa Rasulullah
saw adalah seorang yang pengampun dan tidak pernah berlaku kasar kepada sesiapa. Akhirnya,
beliau mengambil keputusan untuk meminta perlindungan daripada baginda. Datanglah beliau
menghadap baginda dan memeluk Islam.

Miskipun perbuatan beliau yang kejam terhadap bapa saudara baginda, baginda tetap
memaafkannya. Namun baginda bersabda,
“Janganlah kamu berjumpa aku lagi, kerana melihat engkau aku teringat akan bapa
saudaraku.”(Riwayat Bukhari, pembunuhan Saidina Hamzah)
Washyi kemudian menebus dosanya dengan membunuh seorang yang mendakwa beliau
seorang nabi Musailamah al-Kazzab di Perang Yamamah. Washyi berkata,

“Aku telah membunuh sebaik-baik orang dengan lembingku ketika aku menentang Islam. Kini,
dengan lembing yang sama, aku telah membunuh sejahat-jahat orang yang menentang Islam”

Peristiwa 9
Pembunuhan Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib ra menyaksikan satu peristiwa kejam di
mana Hindun bin Utbah iaitu majikan Washyi telah merodok tubuh Hamzah dan memakan hati
serta jantungnya. Kejadian ini amat menyakitkan Rasulullah saw.
Setelah penaklukan kota Mekah, Hindun telah datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan
bertudung. Ia membuatkan Rasulullah saw tidak mengenalinya. Di hadapan Rasulullah saw,
Hindun bin Utbah memeluk Islam dan mengaku melakukan perkara biadap terhadap bapa
saudara Rasulullah saw.

Sepertimana Washyi, Hindun binti Utbah disenaraikan sebagai individu yang akan dipancung
kerana kekejaman yang dilakunya terhadap para sahabat dan Rasulullah saw. Namun,
Rasulullah saw mengampunkannya serta memaafkan segala kesalahannya selama ini. Hukuman
pancung yang sepatutnya dijatuhkan kepadanya dibatalkan serta-merta.

Hindun bin Utbah setelah memeluk Islam pernah berkata,

“Wahai Rasulullah, dahulu tiada perkhemahan yang tiada aku benci selain daripada
perkhemahan kamu, tetapi pada hari ini tiada perkhemahan yang paling aku cintai daripada
perkhemahan kamu”(Riwayat Bukhari, Hindun)
Peristiwa 10
Habbar bin Aswad telah menyebabkan puteri Rasulullah saw, Zainab cedera parah semasa
dalam perjalanan berhijrah ke Madinah. Musyrikin Mekah telah menyekat rombongan Zainab dan
Habbar sengaja menarik Zainab yang berada di atas unta sehingga menyebabkan Zainab jatuh
tersungkur ke tanah. Lebih menyedihkan, Zainab yang ketika itu sarat mengandung telah
mengalami keguguran.
Habbar bin Aswad turut melakukan pelbagai kesalahan lain terhadap para sahabat baginda.
Semasa peristiwa Futuh Mekah, Habbar bin Aswad di antara senarai individu yang akan dihukum
pancung. Mendengar berita tersebut, Habbar terus bergegas untuk melarikan diri ke Parsi. Entah
bagaimana, Habbar telah datang kepada Rasulullah saw dan memeluk Islam. Beliau berkata,

“Wahai Rasulullah, aku hendak lari ke Parsi tetapi aku teringat akan kebaikan dan sifat
pemaafmu. Apa yang kau dengar mengenai diriku semuanya benar. Aku mengakui kejahilan dan
kejahatan yang telah aku lakukan. Sekarang aku datang untuk memeluk Islam.”
Respon baginda terhadap beliau sangat tidak disangka-sangka. Rasulullah saw ternyata gembira
dengan keislaman Habbar bin Aswad sehingga Rasulullah saw membatalkan segala hukuman
terhadap Habbar.(Ibnu Ishak dan Asabah, Habbar)
Mencuri – amik hak org lain, amik duit, biskut, shampoo, sabun, ubat gigi : kesan pd hati, ibadah –
sengsara di mahsyar.

Menipu – penyakit munafiq, sush nk solat, sush nk buat amal, sush nk dgr nasihat

Mengejek – menghapuskan pahala dan menyebabkan permusuhan dan dendam

Menghina – sama diatas, dikira melakukan kejahatan

Memperlekehkan – dikira melakukan kejahatan

Memandang hina org lain – dikira melakukan kejahatan

Mengumpat – seperti memakan daging saudara sendiri.

Meremehkan sesuatu pekerjaan : kutip sampah, biarkan baju jatuh.

Tiada sensitiviti dgn harta benda sendiri, rakan2 dan persekitaran sekolah.

Proses berakhlak mulia – bermula dgn sunnah2 rasulullah.

Beradab dlm kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai