Anda di halaman 1dari 2

Bahan 1 minggu 3

Rukun-rukun wudhu'
Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh
muka:-

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana
Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana
Allah Ta'ala".Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan
membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN

2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai
ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3
Kali.
Bahan 1 minggu 3

HUJUNG JARI HINGGA SIKU MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari.
Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA TELINGA

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan
yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI MULAKAN KAKI KANAN/KIRI

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-
celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3
Kali.

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian
dikemudiankan.

Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Selepas wudhu'

Anda mungkin juga menyukai