Anda di halaman 1dari 3

Rukun wuduk

          Rukun wuduk, wajib wuduk, atau fardu wuduk enam perkara. Empat pekara daripadanya tersebut di dalam
al-Quran

 
          Maksudnya: Wahai segala mereka yang beriman apabila kamu hendak mendirikan sembahyang maka
hendaklah kamu basuh muka kamu dan basuh dua tangan kamu sehinga siku dan sapu kepala kamu dan basuh dua
kaki kamu hinga dua buku lali.        
          Pertama: Niat kerana sabda nabi ‫وسلم‬ ‫النبي صلى هّللا عليه‬
        ‫إنما األعمال بالنيات‬                   
Tidak sah segala amal melainkan dengan niat.

            Waktu niat pada ketika awal membasuh satu juzuk daripada muka kerana hakikat niat pada syara’  ‫قصد‬
‫الشيء مقترنا بفعله‬  maksudnya mengkasad suatu berserta dengan perbuatnya. Wajib menghadirkan niat didalam hati
dengan dilintas sahaja aku mengakat wuduk. Sunat melafaskan niat ‫الوضوء‬ ‫نويت‬  ertinya sahaja aku mengangkat
wuduk.
          Tidak disyaratkan berkekalan niat hinga membasuh sekelian muka. Tidak memada menyertakan niat dengan
suatu yang sebelum daripada muka seperti berniat seorang pada ketika membasuh tangan, berkumur-kumur atau
memasukkan air kedalam hidung jika tidak terbasuh sertanya satu juzuk daripada muka adapun jika terbasuh
sertanya satu juzuk daripada muka seperti bibir maka memada niatnya dan wajib diulang membasuhnya jika tidak
kasad membasuhnya daripada muka. Adapun jika kasad membasuhnya daripada muka maka tidak wajib diulang
membasuhnya.

          Kedua: Membasuh keseluruhan muka. Had muka iaitu diantara tempat tumbuh rambut sehingga dagu pada
pihak  panjangnya dan dari anak telinga hingga anak telinga pada pihak lebarnya. Wajib menyampaikan air pada
sekelian kulit dan bulu yang ada di dalam had muka adapun jangut lelaki dan jambangnya yang tebal sekira-kira
tidak kelihatan kulit dibawahnya memada membasuh sebelah luarnya sahaja adapun jangut yang nipis sekira-kira
kelihatan kulit dibawahnya maka wajib menyampaikan air di sebelah dalam jangut dan kulit di bawahnya. Jangut
perempuan samaada nipias ataupun tebal wajib meratakan air pada keseluruhanya dan kulit dibawahnya.
Perempuan yang berjangut sunat menghilangkan jangutnya samaada dengan cukur atau lainnya. Wajib membasuh
sejuzuk / sedikit daripada kepala, tengkuk, dan bawah dagu supaya sempurna basuhan mukanya.
          Ketiga: Membasuh dua tangan hinga dua siku. Bagi mereka yang tidak mempunyai siku hendaklah
membanding mereka itu kedudukkan siku orang yang pertengahan. Wajib membasuh tiap-tiap suatu yang ada di
atas tangan seperti bulu jika lebat sekalipun. Wajib menyampaikan air pada sekelian kulit,daging yang tumbuh, jari
yang lebih dan sekelian kuku. Wajib menghilangkan segala cemar-cemar yang menegah sampai air di bawah kuku.
Dan wajib menghilangkan duri pada tangan. Tiada wajib menghilangkan keropeng kudis jika mudah
menghilangkannya sekalipun. Berlaku sekelian hukum ini pada keseluruhan angota wuduk sekira-kira patut
dengannya.

          Keempat: Menyapu satu juzuk / sedikit daripada kulit kepala atau sebahagian rambut yang didalam had
kepala dengan suatu yang basah. Memada menyapu seurat rambut atau setengahnya. Tidak memada menyapu
pada rambut yang terkeluar daripada had kepala seperti menyapu di atas sangul apabila di huraikan tempat yang
disapu terkeluar daripada had / kawasan kepala. Memada menyapu di mana-mana bahagian kepala sehinga
bahagian yang wajib dibasuh serta muka. Tidak tertentu menyapu dengan tangan yakni memada menyapu dengan
seumpama ranting yang dibasah dengan air. Memada meletakkan tangan yang basah dengan tidak
mengerakkannya. Memada membasuh kepala ganti daripada sapu.
          Kelima: Membasuh dua kaki hinga dua buku lali jika tidak memakai kasut but / kasut yang menutup
keseluruhan kaki hinga melepasi dua buku lali. Wajib menyapu kasut but atau membasuh kaki jika ada memakai
kasut but. Wajib membasuh barang yang di atas kaki daripada bulu dan sebagainya seperti pekara yang tersebut
pada membasuh tangan.
          Keenam: Tertib / teratur seperti yang tersebut kerana sabda nabi ‫به‬ ‫ابدءوا بما بدأ هّللا‬ :‫النبي‬  ‫صلى هّللا عليه وسلم‬ 
Ertinya mula oleh kamu dengan perkara yang memula oleh ‫هّللا‬. Perhati ayat wuduk diatas  ‫هّللا‬ mulakan membasuh
muka dan seterusnya. Seorang yang lupa tertib tidak terjadi wuduknya melainkan muka jika ada menyertai niat
pada ketika membasuh muka. Seorang yang menyelam didalam air serta berniat wuduk memada wuduknya
sekalipun dia berada di dalam air pada masa yang singkat kerana tertibnya pada masa yang sedikit.
Syarat-syarat wuduk
          Syarat-syarat wuduk seperti syarat mandi iaitu sebelas pekara.
1. Air yang digunakan untuk berwuduk adalah air mutlak
2. Yakin atau zan / sangka yang kuat air yang diguna untuk berwuduk itu air mutlak.
3. Orang yang mengambil wuduk ialah orang islam
4. Orang yang mengambil wuduk mumayiz / dapat membeza yang baik dan yang buruk.
5. Tidak ada pekara yang memalingkan niat seperti niat memutuskan wuduk.
6. suci daripada haidh dan nifas. Tidak sah wuduk perempuan yang sedang berhaidh atau bernifas.
7. Tidak ada pada angota wuduk sesuatu yang boleh mengubahkan air seperti bedak.
8. Tidak digantongkan niat dengan sesuatu seperti sahaja aku mengambil wuduk jika datang si zaid.
9. Tidak ada pada angota wuduk pekara yang menegah sampai air seperti lilin, sisik ikan, getah, dan
lainya
10. Mengetahui cara berwuduk seperti tidak menangap yang sunat sebagai fardu dan tidak mengap yang
fardu sebagai sunat
11. Mengalirkan air pada angota wuduk. Tidak sah wuduk dengan menyapu tangan yang basah pada
angota yang dibasuh.
Sunat-sunat wuduk
          Sunat-sunat wuduk amat banyak hendaklah kamu baca didalam kitab-kitab yang besar. Di sini saya dapat
membawa sebahagian dripadanya.

          Sunat membaca  ‫أعوذ باهّلل‬ dan  ‫بسم هّللا‬ hinga akhir keduanya pada permulan mengambil wuduk. Jika seorang
tidak membaca  ‫بسم هّللا‬ pada permulan wuduk walaupun dengan sengaja sunat seorang itu membaca pada pertengha
wuduknya. Tidak memada membacanya setelah selesai berwuduk.
          Sunat membasuh tapak tangan hinga pergelangan sebelum berkumur-kumur.

          Sunat berkumur-kumur kemudian daripada membasuh tangan. Hasil sunatnya dengan memasukkan air
kedalam mulut samaada meludahkannya atau tidak. Berkumur yang sempurna iaitu mengadarkan air didalam
mulut dan meludahkannya.

          Sunat menghisap air didalam hidung kemudian daripada berkumur-kumur. Hasil sunatnya dengan
memasukkan air kedalam hidung samaada dihisap air itu dan dihembuskannya atau tidak.

          Sunat menyapu sekelian kepala dengan tangan yang basah. Adapun menyapu sedikit daripada kepala iaitu
wajib. Jika ada memakai umpama kopiah atau serban dan tidak mahu menangalkan keduanya disunatkan menyapu
diatas keduanya.

          Sunat menyapu keseluruhan dua telinga dengan air yang lain daripada menyapu kepala. Cara menyapunya
adalah memasuk seorang yang sedang berwuduk hujung dua telunjuknya yang basah ke dalam dua lubang
telinganya kemudian mengerak-gerakkannya pada keseluruhan lipatan telinganya seterusnya dia memperlalu ibu
jarinya yang basah di belakang telinganya dan akhirnya dia menekap dengan dua tangannya yang basah pada dua
tekinganya.

          Sunat menyelati jangut dan jambang lelaki yang tebal adapun jangut lelaki yang jarang, jangut perempuan
dan jangut khunsa wajib meratakan air pada tiap-tiap helai bulunya dan kulit dibawahnya.

          Sunat menyelati sekelian anak jari dua tangan dan kaki jika sampai air dengan ketiadan menyelati. Jika tidak
sampai air melainkan dengan menyelati maka wajib menyelati pada ketika itu.

          Sunat mendahulu tangan kanan dan kaki kanan ketika membasuh. Adapun angota yang mudah membasuh
atau menyapu dengan serentak seperti dua pipi, dua tapak tangan, dan dua telinga tidak disunatkan mendahulu
angota yang kanan daripada angota yang kiri.

          Sunat membasuh atau menyapu tiga kali. Hasi meniga-niga pada air yang mengalir dengan lulu tiga pelarian
/ alunan dan pada air yang tenang dengan mengerakkan tangan tiga kali didalamnya.

          Sunat mualat / berturut-turut yakni disunatkan jangan ada percerayan yang panjang antara membasuh satu
angota dengan angota yang lain atau membasuh antara suku-suku angota sekira-kira ketika membasuh angota
yang kedua belum kering angota yang pertama demikianlah seterusnya angota yang lain. Begitu juga pada
membasuh antara juzuk-juzuk pada satu angota.

Pekara-pekara yang membatalkan wuduk.


          Perkara yang membatalkan wuduk ada lima.

          Pertama: Keluar sesuatu dengan yakin pada salah satu daripada dua jalan /  kemaluan hadapan atau
kemaluan belakang orang yang hidup yang bukan khunsa. Samaada yang keluar itu suatu yang kebiasan berlaku
seperti air kencing,  tahi, dan lainya atau jarang berlaku seperti darah, batu dan dan lainya melainkan air mani.
Tidak batal wuduk orang yang syak / ragu-ragu keluar suatu daripada dua jalan seperti seorang yang ragu-ragu
adakah dia sudah kentut atau belum. Tidak batal wuduk orang yang keluar maninya dengan mimpi sedangkan dia
tidur dalam keadan tetap dua papan pungungnya atau orang yang keluar mani kerana memandang perempuan
dengan sahwat. Tidak batal wuduk orang yang sudah mati apabila keluar sesuatu daripada kubulnya atau duburnya.
Tidak batal wuduk khunsa / orang yang mempunyai dua alat kelamin apabila keluar sesuatu daripada salah satu
dua alat kelaminnya. Jika keluar sesuatu daripada dua alat kelamin seperti kedua-dua alat kelaminnya
mengeluarkan air kencing maka batal wuduknya. Batal wuduk khunsa apabila keluar sesuatu daripada duburnya.
          Kedua: Tidur yang tidak tetap dua papan pungung ini pada orang yang tidur duduk adapun orang yang tidur
berdiri atau tidur terlentang batal wuduknya samaada tetap dua papan pungung atau tidak.
          Ketiga: Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, sangat sakit, gila babi, atau lainnya.
          Keempat: Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang halal nikah keduanya dengan tiada berlapik.
Tidak batal wuduk bersentuh kulit sesama lelaki, sesama perempuan, sesama khunsa, lelaki dengan khunsa, atau
perempuan dengan khunsa. Tidak batal wuduk menyentuh rambut, kuku, dan gigi. Yang deimaksud dengan lelaki
dan perempuan disini ialah mereka yang sampai had sahwat. Tidak batal wuduk bersentuh antara lelaki dan
perempuan yang mahram / haram nikah. Yang dikehendaki dengan mahram ialah mereka yang haram nikah
dengan sebab keturunan, menyusu, atau berambil-ambilan seperti mertua dengan menantu.
          Kelima: Menyentuh kubul / kemaluan hadapan dan halakah dubur / kerutan kemaluan belakang dengan
tapak tangan. Yang dinamakan kubul lelaki iaitu sekelian zakarnya. Tempat tumbuh bulu ari-ari tidak termasuk
kubul lelaki. Yang dikehendaki dengan kubul perempuan iaitu dua bibir farajnya yang bertangkup.
Pekara-pekara yang diharamkan semasa berhadas kecil
          Haram sesaorang yang berhadas kecil sembahayang dan yang sama makna dengan sembahayang seperti
sujud sukur, sujud tilawah, khutbah jumat, dan sembahayang mayat.
          Haram dengan sebab berhadas kecil menyentuh atau menanggung al-Quran. Haram menyentuh kulit al
Quran. Tidak haram menyentuh al-Quran yang ada di dalamnya tafsir yang lebih banyak daripada ayat al-Quran.
Jangan ditegah kanak-kanak yang sudah mumayiz / yang dapat membeza yang baik dan buruk membawa al-Quran
kerana hendak belajar; sekalipun dia berhadas besar.          
          Haram orang yang berhadas kecil tawaf samaada tawaf rukun atau sunat. Kerana syarat tawaf suci daripada
hadas.

Dikirim dalam Bab Ibadat

http://almalakawi.wordpress.com/2009/10/24/wuduk-mengangkat-air-sembahyang/

Anda mungkin juga menyukai