Anda di halaman 1dari 6

Istinjak

9. Istinjak itu Bahasa Arab, asal maknanya melepaskan diri daripada benda yang mengganggu atau
daripada geli atau merungsingkan. Maksudnya disini ialah bercebuk.

Hukumnya wajib dengan sebab kencing atau berak atau keluar benda yang najis keadaannya
basah seperti darah dan sebagainya.

Alat buat bercebok itu ialah air atau batu benda yang seumpamanya daripada benda yang beku,
suci, kasap dan bukan daripada benda yang dihormati maka tidaklah diluluskan benda cair seperti air
mawar dan cuka, tidaklah diluluskan benda yang najis seperti batu yang kena najis atau tahi unta yang
kering, tidaklah diluluskan benda yang tidak boleh menanggalkan najis seperti tanah yang hancur atau
benda yang licin umpama buluh atau kertas plastik dan tidak diluluskan benda yang dihormati seperti
makanan manusia umpama roti kering yang tiada menjadi arang dan seperti makanan jin umpama
tulang sekalipun sudah hangus tiada diluluskan juga buat bercebuk dengannya kerana masih menjadi
makanan jin.

Adapun makanan binatang seperti rumput kering dan sebagainya umpama kertas tisu harus
dibuat bercebuk dengannya.

Memadailah bercebuk itu dengan air sahaja atau dengan tiga butir batu sahaja atau dengan tiga
penjuru sahaja sekira-kira bersih dengannya (hilang ain najis). Sekiranya tidak bersih dengan tiga butir
batu atau tiga penjurunya hendaklah ditambah lagi beberapa butir hingga bersih. Lepas itu jadikan
bilangannya ganjil umpama telah bersih dengan empat tambah satu lagi jadi lima kiranya ada tinggal
bekas-bekasnya tidaklah mengapa.

Yang eloknya (afdalnya) bercebuk itu mula-mula dikesat dengan kertas tisu kemudian diikuti
dengan air jika hendak pakai satu sahaja maka dengan airlah yang lebih elok kerana ia menghilangkan
ain najis serta bekas-bekasnya sekali.

Bercebuk dengan batu atau seumpamanya itu mengandungi beberapa syarat:-

(a) Najis yang keluar itu masih basah (belum kering)


(b) Tiada berpindah atau meleleh daripada kawasannya iaitu papan punggung yang bertangkup
Ketika berdiri atau daripada kawasan kepala zakarnya.
(c) Tiada kena najis lain pada tempat yang najis itu demikian jua cecair yang lain sekalipun suci.

Jika tiada syarat-syarat ini tentulah bercebuk itu dengan air tidaklah boleh dengan batu atau
seumpamanya lagi.

Adab Buang Air

Barang siapa buang air sama ada buang air besar atau kecil ditempat yang tiada tandas seperti
tengah lapang (padang atau dalam semak) haram mengadap kiblat atau membelakangkannya atau
ada dinding tetapi jarak diantaranya dengan dinding lebih daripada tiga hasta atau dekat tetapi
dinding itu rendah tidak sampai 2/3 hasta.

Adapun kalau dinding tingginya lebih daripada 2/3 hasta dan kedudukannya dengan dinding
tidak lebih daripada 3 hasta atau dalam tempat yang memang disediakan untuk buang air (tandas)
tidaklah haram mengadap kiblat atau membelakangkannya.

Sunat masuk tandas dengan kaki kiri sambil membaca dekat pintunya :-

(_______________________________________________________________________)

Ertinya :- Ya Allah aku berlindung dengan mu daripada daripada syaitan jantan dan
syaitan betina. Sunat keluar daripadanya dengan kaki kanan* dan membaca :-

(_______________________________________________________________________)

Ertinya:- Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kerunsingan daripada aku dan
memberi akua fiat, dan tambah lagi baca :-

(_______________________________________________________________________)

Ertinya:- Wahai tuhanku sucikan hatiku daripada nifak (munafik) dan lindungkan kemaluanku
daripada melakukan kejahatan.

Jangan memandang kemaluannya dan jangan memandang kepada najis yang keluar itu
yang eloknya buang air kecil jangan berdiri. Nabi s.a.w. ada berbuat demikian untuk menunjukkan
harus sahaja (pada pendapat saya jika seseorang itu uzur mencangkung atau tidak habis keluar air
kencingnya lebih elok kencing berdiri itu).

Jangan masuk tandas tiada berkasut. Sekiranya buang air di tempat yang bukan tandas
janganlah dilakukan pada air yang tenang seperti dalam perigi atau parit yang tiada berarus sama
ada airnya sedikit atau pun banyak kecuali banyaknya seperti sungai dan laut tidaklah makruh
demikian jua pada air yang berarus.

Jangan buang air kecil atau besar dibawah pokok buah buahan sekalipun Ketika tiada
berbuah. Jangan buang air di tepi-tepi jalan, ditempat orang berteduh dan di tempat-tempat orang
berbual darihal yang tidak maksiat. Haram buang air di atas kubur.

*Begitulah hendaknya tiap-tiap kali hendak masuk ke tempat-tempat yang dipandang kotor, atau
dipandang tidak baik. Adapun pada tempat yang dipandang hormat seperti masjid, rumah, tempat
mesyuarat dan sebagainya sunat masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

Fardu Wuduk

Fardu Wuduk*
10. Fardu wuduk atau rukun wuduk (air sembahyang) enam perkara :-

(pertama) Niat tatkala membasuh awal atau satu bahagian daripada muka iaini disertakan niat (ingat
dalam hati mengerjakan wuduk) Ketika mula membasuh sebahagian daripada muka dengan tidak
disyaratkan kekal niat itu hingga selesai basuh semua muka, tetapi jangan dipotong atau diputuskan
dengan niat perkara lain sehingga selesai basuh kedua kaki.

Dari itu tidak memadai jika dilakukan niat lebih dahulu daripada muka umpama berniat
membasuh tapak tangan atau Ketika berkumur atau Ketika menyedut air ke hidung kemudian terputus
niat itu, tetapi sekiranya berkekalan niat itu sehingga membasuh sebahagian daripada muka niat itu
malahan itulah yang afdhalnya.

Didalam masalah berkumur atau menyedut air ke hidung ini jika terkena basuh sekali
sebahagian daripada muka seperti dua bibir mulutnya pada hal masa itu ada niat wuduk nescaya
memadailah niatnya itu dan pahala sunat berkumur atau menyedut air ke hidung tidak dapat.

Tetapi tentang mengulangi basuh semula bahagian itu ada huraiannya :-

(a) Kasad (ingat) basuh muka sahaja tidak wajib diulangi lagi
(b) Kasad (ingat) sunat kumur sahaja atau kasad sunat kumur serta basuh muka atau mutlak (tidak
kasad sunat dan tidak kasad basuh muka) hukumnya wajib diulang basuh bahagian itu.

Lafaz niat wuduk dalam bahasa Arab (_______________________) ertinya sahaja aku
mengambil air sembahyang atau (______________________) ertinya sahaja aku mengerjakan
fardu air sembahyang, atau (____________________________) ertinya sahaja aku bersuci dari
hadas atau (_________________________) ertinya sahaja aku mengangkat hadas kecil*.

(Kedua) Membasuh muka keseluruhannya dari atas dimulai dari kaki rambut hingga ke bawah dagu dan
lebarnya dari anak telinga kiri hingga ke anak telinga kanan. Jika ada bulu di atas muka, sama ada jarang
atau lebat wajib diratakan air atas dan pada kulit yang dalamnya.

Adapun janggut bagi orang lelaki serta dengan jambang-jambangnya jika lebat
memadailah dibasuh lahirnya saja (tidak mesti dibasuh kulit yang di dalamnya) dan jika tidak lebat wajib
dibasuh lahirnya dan kulit yang di dalamnya. Yang di katakan janggut tebal itu ialah janggut yang tidak
Nampak kulit-nya di-pandang dari hadapan. Dan yang jarang itu yang Nampak kulit-nya di-pandang dari
hadapan.

Bersalahan denagn janggut orang perempuan atau khunsa maka wajib dibasuh lahirnya
dan kulit yang di dalamnya sekalipun lebat kerana jarang berlaku orang perempuan berjanggut, dari itu
tidak sama hukumnya dan dengan sebab itu orang perempuan dan khunsa sunat membuangnya dengan
dicukur atau sebagainya.

Selain daripada membasuh muka bagaimana hadnya yang tersebut di atas itu
hendaklah dibasuh naik sedikit ke atas kepala dan basuh ke bawah sedikit daripada dagu hingga ke
halkum dan sebahagian daripada dua telinga dan di bawah pertemuan dua tulang dagu kerana tidak
sempurna wajib melainkan dengan diluaskan lebih sedikit. Jadi lebihan itu pun hukumnya wajib juga.

(Ketiga) Membasuh dua tangan serta dua siku, apayang ada pada tangan itu seperti bulu sama ada
jarang atau lebat, daging yang tumbuh jari yang lebih (jika ada) dan kuku semuanya wajib dibasuh luar
dan dalam.

Jika ada benda-benda yang cemar atau yang menegah sampai air pada kulit seperti
getah atau cat atau sebagainya wajib dihilangkan lebih dahulu dan wajib membuang benda-benda yang
ada di celah-celah kuku, kecuali jika sedikit atau kecil iaitu dimaafkan apatah lagi pada orang yang tidak
dapat mengelak daripadanya seperti tukang cat atau pekerja-pekerja bangkel membaik kereta atau
sebagainya. (Bajuri 1 muka 53)

Demikian juga jika ada duri yang boleh dicabut wajib dicabut lebih dahulu dan kalau
tidak boleh dicabut dengan sebab sudah terbenam memadailah dibasuh atasnya.

Kopeng kudis kudis, kopeng bisul dan kopeng jerawat tidak wajib dikopek sekalipun
senang mengopeknya.

Hukum wajib membuang benda-benda yang menegah sampai air ke kulit ini berlaku
pada semua anggota wuduk yang lain seperti muka dan kaki.

(Keempat) Menyapu sebahagian kulit kepala atau rambut kepala yang ada dalam had (Kawasan) kepala,
sekalipun sehelai rambut atau setengahnya. Tetapi tidak memadai disapu pada rambut yang disanggul
sekiranya dibuka sanggul itu ia terkeluar daripada had kepala.

Tidak mesti sapu itu dengan tangan malahan boleh disapu dengan kayu yang
dibasahkan atau sebagainya seperti kain yang dibasahkan dan memadai dengan dibasuh terus kepala
ganti daripada sapu.

(Kelima) Membasuh dua kaki serta dua buku lali pada orang yang tiada memakai khof (kasut andalam
kasut macam stokin) wajib dibasuh apa yang ada pada kaki sama hukumnya macam membasuh dua
tangan yang tersebut diatas.

Makajika ia memaki khof wajib salah satu daripada dua perkara. Sapu air sahaja di atas
khof itu atau basuh kedua-dua kaki (buka khof itu) inilah yang afdalnya.

(Keenam) Tertib yakni yang dahulu didahulukan bagaimana susunan yang disebutkan, jika seseorang
lupakan tertib tidaklah dikira perbuatan yang berlaku pada bukan tempatnya Cuma yang boleh dipakai
tentang basuh muka yang beserta dengan niat.

Sekiranya ada empat orang yang membasuhkan empat anggotanya serentak nescaya
yang boleh dipakai (terangkat hadas) mukanya sahaja jika ada niat di situ.
Sebaliknya jika seseorang itu menyelam dalam air serta berniat wuduk nescaya
memadai dan sah wuduknya sekalipun ia tidak diam lama didalam air itu kerana ada tertib beberapa
lahzah (beberapa detik yang singkat).

Sunat-sunat Wuduk

10. (A) Membaca Bismillahi Rahman Rahim waktu hendak memulakan basuh tapak tangan sunat
membaca a’uzubillahi minasyaitani rajim lebih dahulu.

Kalau suka elok ditambah lepas Bismillah tadi baca:-

(__________________________________________________________________________________)

Ertinya: Segala puji bagi Allah kerana telah mengurniakan kami agama islam dan nikmatnya. Segala puji
bagi Allah yang telah menjadikan air untuk buat suci dan menjadikan islam itu cahaya, wahai tuhanku
aku berlindung denganmu daripada godaan syaitan dan aku berlindung denganmu daripada mereka
hendak hamper dengan aku.

Jika tinggal membaca Bismillah pada permulaanya sekalipun sengaja sunat dibaca pada
pertengahannya. Tetapi tidaklah dituntut membacanya lagi apakala telah selesai wuduk.

(B) Membasuh kedua-dua tapak tangan hingga pergelangannya sebelum berkumur-kumur.

(C) Berkumur-kumur dengan memasukkan air kedalam mulut sama ada diedarkan atau tidak. Yang
eloknya diedarkan kemudian diluahkan.

(D) Menyedut air kedalam hidung sama ada dihisap air it uke pangkal hidung dan dikeluarkan atau tidak.
Yang eloknya diceduk air itu dalam tapak tangan dimasukkan separuh ke dalam mulut untuk berkumur
dan separuhnya untuk disedut ke hidung, kemudian lepas diedar dan diludahkan dari dalam mulut dan
hembuskan nafas dari dalam hidung. Buat begitu tiga kali berturut-turut dan dengan sekali jalan begitu
lebih baik daripada berasing-asing antara berkumur-kumur dan sedut air ke hidung.

(E) Menyapu seluruh kepala, sekiranya orang yang berwuduk itu memakai serban atau songkok atau
sebagainya dan ia tidak berkehendak membuka benda-benda itu setelah disapu sebahagian (sedikit)
daripada kepalanya memadai (dapat sunat) juga denagn menyapukan air keatas serban atau songkok
itu.

(F) Menyapu kedua-dua telinga sebelah depan dan belakang dengan air yang lain daripad air untuk
menyapu kepala. Caranya iaitu memasukkan kedua-dua ruas jari telunjuk kedalam dua lubang telinga
dan diedarkan kedua-dua jari itu atas lipatan telinga, manakala dua ibu tangan diedarkan atas belakang
dua cupingnya kemudian tekapkan dua tapak tangan yang sedia basah itu kepada kedua-duanya.
(G) Disarut celah-celah janggut bagi orang lelaki jika ia lebat. Demikian jua kedua-dua jambangnya yang
lebat. Ada pun janggut yang jarang bagi orang lelaki dan janggut yang lebat bagi orang-orang
perempuan atau khunsa. Wajib disarut (tidak sunat) supaya sampai air ke dalamnya , iaitu

Anda mungkin juga menyukai