Anda di halaman 1dari 28

Slot Kerohanian

FARDHU AIN
toharah
(bab WUDHU)
USTAZ muHAMMAD ZHARFAN BIN
ZAHARUDDIN
APA ITU FARDHU AIN?
Ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan
oleh setiap orang Islam yang baligh dan
berakal.

Ulama mengatakan ada tiga ilmu wajib


dipelajari terlebih dahulu. (ilmu fardhu ain)
1) Ilmu Tauhid (AKIDAH)
Ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah)
dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan
membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat
mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala
hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-
perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan
Hadis dengan yakin.
2) Ilmu Fekah
Ilmu berkenaan hukum-hakam syarak yang bersifat ‘amali yang
diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci
3) Ilmu Tasawuf
Ilmu yang mengetahui bagaimana cara mensucikan jiwa,
menjernihkan akhlak, membangunkan zahir dan batin serta
untuk memperoleh kebahagian yang kekal.
Pengertian ‫( طهارة‬BERSUCI)
• Bersih dan suci daripada
kekotoran yang boleh
Bahasa dilihat seperti najis atau
yang tidak boleh dilihat
seperti hasad dengki.

• Bersih dan suci diri daripada


najis dan hadas yang
Syarak membolehkan seseorang itu
melaksanakan ibadat seperti
solat, tawaf dan lain-lain.
Hukum Bersuci

Wajib bagi orang yang


hendak melakukan ibadat
seperti solat, membaca
alquran dan tawaf
DALIL KEWAJIPAN BERSUCI
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan
solat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku,
dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua
mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit
atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau
menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka
bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu
dan tanganmu dengan tanah itu. (al-Maidah : ayat 6)
BAHAGIAN BERSUCI
• kekotoran zahir yang
Bersuci meliputi badan,
Najis pakaian dan tempat

• kekotoran
Bersuci maknawi yang ada
Hadas pada badan sahaja
ALAT-ALAT BERSUCI
• Bagi mandi wajib ,mandi sunat dan
Air membersihkan najis

• Debu Tanah: tayammum


Tanah • Air Tanah: membersihkan najis berat

• Bagi beristinja’ selain dari istinja’


Batu/Tajam/Kesat dengan air
• Benda-benda yang tajam zatnya
seperti kapur barus
AIR MUTLAK

Tiada
najis

HARUS
DIGUNAKAN
UNTUK
BERSUCI Belum
Tidak
digunakan
berubah
untuk
sifat asal bersuci
Air
Laut

Mata Air
Air Embun

Air
Mutlak

Air Air
Telaga hujan

Air
Saljli
WUDHU
 Dari segi bahasa: Bermaksud baik
 Dari segi istilah: Menggunakan air pada anggota-
anggota yang tertentu disertai dengan niat

HUKUM WUDHU
Hukumnya adalah sunnah tetapi bagi orang yang
ingin menunaikan solat, maka wajib baginya
mengambil wudhu kerana solat tanpa wudhu tidak
sah
FARDHU WUDHU
1) Niat
Niat bermaksud mengqasadkan atau menyengajakan
untuk melakukan sesuatu perbuatan. Niat tempatnya
di dalam hati tetapi sunat dilafazkan dengan lidah.
2) Membasuh Muka
Membasuh seluruh muka dimulai dengan tempat
rambut hingga ke bawah dagu dan dari cuping telinga
kanan hingga cuping telinga kiri.
3) Membasuh Tangan
Membasuh kedua-dua tangan bermula dari anak-anak
jari hingga ke siku. Wajib membasuh celah-celah kuku
dan jari serta bulu-bulu yang berada di atas tangan.
3) Menyapu Kepala
Menyapu sebahagian kepala walaupun sehelai rambut
dan menyapu di mana-mana bahagian asalkan ia
kawasan kepala.
4) Membasuh Kaki
Membasuh kedua-dua kaki kanan dan kiri bermula dari
anak-anak jari kaki hingga ke buku lali. Wajib
membasuh celah-celah kaki, kuku dan bulu-bulu yang
terdapat di atas kaki.
5) Tertib
Mendahulukan anggota yang perlu dibasuh terlebih
dahulu, diikuti membasuh anggota yang kemudian
mengikut tertib seperti di dalam surah al Maidah ayat
ke 6.
SUNAT-SUNAT BERWUDHU
1) Membaca basmalah semasa memulai wudu.
2) Membasuh pergelangan tangan sebanyak tiga kali

3) Menggosok gigi sebelum berwudhu


4) Berkumur-kumur, memasukan dan mengeluarkan air dari
hidung

5) Menyapu seluruh kepala


6) Menyapu celah-celah jari tangan dan kaki
7) Menyapu kedua-dua telinga
8) Menyelati janggut yang tebal.
9) Membasuh anggota wajib dan sunat wudhu sebanyak tiga
kali
10) Mendahulukan basuhan anggota sebelah kanan
11) Menggosok-gosok anggota ketika berwudhu.
12) Berturut-turut iaitu membasuh anggota-anggota wudhu
tanpa terputus basuhan
13) Membasuh anggota-anggota wudhu dengan melebihkan
sedikit basuhan.
14) Menjimatkan air semasa berwudhu dan tidak
membazirkanya
15) Sunat menghadap kiblat ketika berwudhu
16) Tidak berbual-bual semasa berwudhu kerana mengikut
sunnah Nabi Muhammad
17) Sunat membaca doa selepas berwudhu.
MAKRUH WUDHU
1) Membazirkan air.
1) Mendahulukan basuhan anggota sebelah kiri kerana
menyalahi sunnah Nabi Muhammad
2) Mengelap atau mengeringkan anggota-anggota wudhu
dengan kain sapu tangan atau sebagainya.
3) Mencampakkan atau menepukkan air ke muka tanpa
membasuhnya.

4) Menambahkan dan mengurangkan basuhan wudhu


daripada tiga kali
5) Meminta seseorang untuk mengambilkan dan menuangkan
air wudhu untuknya tanpa sebarang keuzuran
6) Berbual-bual atau berbicara ketika mengambil wudhu

7) Berlebih-lebih ketika berkumur dan memasukkan air ke


dalam hidung bagi orang yang berpuasa.
8) Berwudhu menggunakan air musyammas.
PEMBATALAN WUDHU
1) Keluar sesuatu dari qubul atau dubur seperti kentut, darah
dan lain-lain.
2) Tidur yang tidak tetap punggungnya kerana ditakuti akan
keluar sesuatu dari qubul atau duburnya seperti kentut
semasa tidur, sedangkan dia tidak menyedarinya.
3) Hilang akal disebabkan oleh mabuk, pengsan, sakit atau gila
dan diqiyaskan kepada tidur kerana orang yang hilang akal tidak
boleh berfikir dan tidak dapat merasakan sesuatu.

4) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan


mahramnya tanpa lapik atau alas termasuk juga sentuhan
suami isteri, maka batal wudhu kedua-duanya.
 Orang yang menyentuh dan orang yang kena sentuh, Kedua-
duanya batal wudhu.
 Wudhu tidak batal dengan meyentuh kanak-kanak
perempuan yang kecil yang belum mempunyai shawat.
 Batal wudhu dengan menyentuh orang perempuan tua sama
ada lelaki yang menyentuh itu lemah syahwatnya, terpotong
kemaluanya (lelaki).
 Tersentuh rambut, gigi dan juga kuku tidak membatalkan
wudhu.

5. Menyentuh qubul atau dubur dengan tapak tangan tanpa


lapik sama ada qubul dan dubur dirinya sendiri atau orang lain.
KELEBIHAN BERWUHU’
• Lancarkan peredaran darah (tubuh yang letih)
1

• Tingkatkan sistem pertahanan tubuh badan


2 (keupayaan sel darah putih melawan virus)

• Kulit dan kuku menjadi lebih sihat dan


3 menaikkan seri wajah (lebih cerah dan berseri)

• Tenangkan fikiran (Sel-sel otak, urat, urat jari


4 kaki)
SEKIAN, TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai