Anda di halaman 1dari 33

THAHARAH/BERSUCI

Oleh : SAIFUDDIN, M.A


PENGERTIAN THAHARAH
Thaharah atau bersuci ialah
menghilangkan hadas dan najis dari
badan, pakaian dan tempat supaya dapat
menunaikan ibadat khususnya ibadat
solat.
Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di
dalam ajaran islam.Tanpa bersuci ibadat
tidak diterima. Di antara cara bersuci
ialah wuduk , mandi dan membersihkan
najis dari badan dan pakaian.
JENIS-JENIS BERSUCI :
 1.Menyucikan badan dari hadas kecil
Iaitu menyucikan badan daripada hadas kecil
dengan berwuduk atau bertayammum. Orang
yang berhadas kecil diharamkam
mengerjakan solat atau menyentuh al-Quran.
2. Menyucikan badan dari hadas besar
Orang yang berjunub atau berhadas besar
hendaklah membersihkan dirinya dengan
mandi. Mereka yang berhadas besar ialah
mereka yang melakukan persetubuhan ,orang
yang haid dan nifas. Orang yang berhadas
besar juga diharamkan mengerjakan
solat,puasa,haji,duduk di dalam
masjid,menyentuh dan membaca al-Quran.
 3. Istinja’
Menghilangkan kotoran samada najis kecil (kencing)
atau najis besar(tahi) dari tempat keluarnya dengan
sesuatu yang bersih seperti air,kertas,batu,tisu dan
sebagainya sehingga najis itu bersih. Istinja’ itu
mestilah menghilangkan najis,baunya dan rasanya.

Cara-cara beristinja’
1. Istinja’ itu mestilah 3 kali ulang,kalau masih belum
suci boleh di ulangi lagi sehingga bersih.

2. Alat dibuat istinja’ itu mestilah dapat


membersihkan tempat najis yang keluar.

3. Sekiranya batu mestilah diambil sekurang-


kurangnya 3 biji .
 1. Air Mutlak ( Air yang suci lagi
menyucikan )
Air ini boleh digunakan untuk
minum,mandi dan berwuduk dan
boleh juga digunakan untuk
membasuh.contoh air mutlak ialah air
telaga,air sungai,air hujan,air mata
air,air laut , air sumur, air es yang
sudah hancur kembali, air embun.
Adapun air yang sudah berubah
keadaannya, tetapi tidak menghilangkan
keadaan atau sifatnya yang “suci
mensucikan”, baik perubahan itu pada salah
satu sifatnya atau yang tiga (warna, bau dan
rasanya) adalah :
1. Berubah dengan sebab tempatnya, seperti
air yang tergenang atau mengalir di batu
belerang.
2. Berubah karena lama terletak, seperti air
kolam
3. Berubah karena sesuatu yang terjadi
padanya, seperti berubah dengan sebab ikan
atau kiambang
4. Berubah dengan sebab tanah yang suci,
daun-daunan dan sebagainya.
 2. Air Musta’mal (Air yang telah
digunakan )
Air yang suci tetapi tidak boleh
menyucikan Iaitu air yang telah
berubah salah satu sifatnya,contoh
seperti air kopi,air teh dan
sebagainya.Termasuk juga dalam
golongan ini air yang kurang dari dua
kolah iaitu air yang sudah digunakan
untuk berwuduk atau menghilangkan
najis.
3. Air Mutannajis ( Air yang kotor)
Air yang najis iaitu air yang sudah berubah
semua sifatnya samada warna,rasa atau
baunya dan bercampur dengan najis.
4. Air Musyammas (air yang berjemur pada
matahari)
Ialah air yang makruh untuk digunakan
iaitulah air yang terjemur pada terik matahari
dalam bekas selain bekas daripada emas atau
perak.Air ini makruh digunakan untuk badan
tetapi boleh digunakan untuk membasuh
pakaian.
 1. Najis Mughallazah (najis berat)
Ialah najis yang berat iaitu najis anjing dan
babi.Cara mencuci barang –barang yang
terkena najis ini ialah dengan menyamak
iaitulah membasuh dengan air sebanyak 7
kali.Basuhan pertama hendaklah dengan air
bercampur dengan tanah.
2. Najis mukhaffafah (najis ringan)
Iaitu najis yang ringan seperti kencing bayi
yang berusia 2 tahun kebawahyang hanya
minum susu ibunya saja.Cara menyucinya
ialah dengan merenjis air di tempat terkena
kencing itu.
 yaitu najis pertengahan .Termasuk dalam
kumpulan ini ialah air kencing ,tahi,
darah,nanah,muntah,air mazi (iaitu air putih
jernih yang keluar dari kemaluan ketika
nafsu berahi meningkat),wadi (iaitu air
putih jernih yang keluar dari kemaluan
sesudah buang air kecil ketika kerja
berat),arak dan susu binatang yang tidak
boleh dimakan.Cara menyucinya ialah
basuh dengan air bersih hingga hilang
baunya,rasanya,dan warnanya.Jika sudah
dibasuh berulang-ulang kali tetapi baud an
warnanya tidak juga hilang adalah
dimaafkan.
 Pengertian wuduk
 Wuduk menurut bahasa artinya bersih dan
indah.Menurut syarak artinya membersihkan
aggota wuduk untuk menghilangkan hadas
kecil.Bagi orang yang hendak menunaikan
solat wajiblah baginya berwuduk dahulu
kerana berwuduk adalah syarat sahnya solat.
Fardu Wuduk
Fardu Wuduk ada enam perkara
Pertama : Niat.
Iaitulah berniat dalam hati ketika membasuh
sebahagian muka.membaca lafaz adalah
sunat.ucapan niat:
‫نويت وضؤ لرفع الحدث االصغر هلل تعالى‬
“ Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat
hadas yang kecil kerana Allah Taala”
 Kedua : Membasuh muka
Iaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya
rambut kepala hinggga ke bawah dagu dan dari
telinga kanan hingga ke telinga kiri.
Ketiga : Membasuh kedua tangan hingga kesiku
dimulai dengan tangan kanan kemudian tangan
kiri.
Keempat : Membasuh atau menyapu sebahagian
dari kepala. Sekurang-kurangnya membasahkan 3
helai rambut dikepala.
Kelima : Membasuh kedua kaki hingga ke
buku/mata kaki dimulai dari kaki kaki kemudian
kaki kiri.
Keenam : Tertib iaitu melakukan wuduk mengikut
turutan dan berturut-turut.
 1. Beragama ilslam
2. Mumaiyiz iaitu seseorang yang telah
dapat membedakan antara yang bersih
dengan yang kotor.
3. Suci dari haid dan nifas
4. Dengan air yang suci lagi menyucikan
5. Tidak ada sesuatu yang dapat
menghalang air sampai kekulit (anggota
wuduk) seperti getah,minyak dan
sebagainya.
6. Mengetahui yang mana wajib dan yang
mana sunat
 1. Membaca Bismillah
2. Membasuh kedua tangan sehingga ke
pergelangan tangan
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air kehidung
5. Menyapu seluruh kepala
6. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan
dalam
7. membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga
kali
8. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
9. Bersiwak/Menggosok gigi
 10. Membaca doa setelah berwuduk
 1. Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu
qubul dan dubur seperti kentut,kencing
dsbnya.
2. Hilang ingatan dengan sebab gila atau
pitam atau tidur yang tidak tetap
kedudukannya
3. Bersentuh kulit antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrimnya.
4. menyentuh kemaluan dengan tapak
tangan ataau perut anak jari.samada
kemaluan sendiri atau orang lain.
 Tayammum ialah menyapu tanah dan kedua
tangan hingga ke siku dengan beberapa
syarat tertentu .Tayammun adalah sebagai
ganti wuduk atau mandi wajib khususnya
bagi mereka yang tidak boleh
menggunakan air kerana sebab-sebab
tertentu iaitu:
1. Uzur kerana sakit yang tidak boleh
terkena air
2. Tiada air atau ada air yang cukup untuk
minum sahaja.
 1.Masuk waktu solat
sedangkan air tidak ada,
2. Tidak ada air walaupun
sudah berusaha mencarinya.
3. Tanah suci dan berdebu
4. Menghilangkan najis dari
badannya dengan beristinja’
sebelum bertayammum.
 1. Berniat untuk bertayammum
‫نويت التيمم الستباحة فرض الصالة‬
“ Sahaja aku tayammum kerana
mengharuskan fardu solat”
2. Menekankan kedua tapak tangan ke atas
bedu yang suci.
3. Menyapu muka dengan tebu tadi.
4. Menekan kedua tapak tangan ke atas
debu sekali lagi kemudian menyapu dua
tapak tangan sampai kesiku.
5. Tertib
 Sunat Tayammum
 1. Membaca Basmalah
2. Mengadap kiblat
3. Mendahului menyapu anggota kanan
4. Mengejakan dengan berturut-berturut
Perkara yang membatalkan Tayammum
1. Semua perkara yang membatalkan wuduk
2. Mendapatkan air sebelum memulakan
solat(bagi orang yang tidak uzur)
3. Apabila orang yang uzur boleh
menggunakan air.
1. Orang sakit memiliki kewajiban yang sama
dengan orang yang sehat dalam bersuci
dengan air dari hadats besar dan kecil, yaitu
berwudhu’ dari hadats kecil dan mandi
karena hadats besar.
2. Sebelum wudhu’ harus beristinja dengan
air, atau beristijmar dengan batu atau
benda lain yang bisa menggantikan
batu setalah buang air kecil atau buang air
besar.
3. Apabila si sakit tidak sanggup berwudhu’
menggunakan air karena tidak sanggup, takut
akan bertambah sakitnya, atau memperlama
masa penyembuhannya, maka dia boleh
bertayammum. Tata cara tayammum adalah
dengan memukulkan/menepuk dua telapak
tangan di atas debu yang suci dengan sekali
pukulan, setelah itu diusapkan ke wajah
menggunakan bagian dalam jari-jarinya
kemudian diusapkan ke telapak tangan. Boleh
tayammum dengan menggunakan segala sesuatu
yang suci yang berdebu walaupun tidak berada di
permukaan bumi. Seperti debu yang beterbangan
kemudian menempel misalnya pada dinding atau
lainnya, boleh kita bertayammum dengannya.
Apabila setelah tayammum yang pertama dia
belum batal dia boleh shalat, boleh
melaksanakan shalat pada waktu shalat lainnya
tanpa harus mengulang tayammumnya, karena
tayammum berfungsi sebagai pengganti wudhu’
dan berlaku baginya hukum wudhu’.
4. Apabila sakitnya ringan sehingga air tidak
berbahaya baginya, tidak menyebabkan sakit,
tidak memperlama proses penyembuhan, tidak
menambah sakit, atau hal-hal yang tidak
diinginkan lainnya seperti sakit kepala, sakit gigi,
and lainnya atau orang yang memungkinkan
baginya menggunakan air hangat, maka tidak
diperbolehkan tayammum. Dibolehkannya
tayammum bertujuan untuk menghindari bahaya.
Apabila tidak terancam bahaya, dan air tersedia,
maka dia wajib menggunaka air.
5. Apabila si sakit tidak sanggup berwudhu’ atau
tayammum sendiri maka boleh diwudhu’kan atau
ditayammumkan oleh orang lain.
6. Orang yang memiliki luka, borok, atau sakit
lainnya yang makin parah jika menggunakan air,
apabila berjunub, dia diperbolehkan untuk
tayammum. Apabila memungkinkan dia wajib
memandikan bagian yang tidak sakit, sisanya
(bagian yang sakit) disucikan dengan tayammum.
7. Orang yang memiliki luka pada salah satu bagian
yang harus dibasuh dengan wudhu’ harus
membasuhnya dengan air. Apabila berat atau
membahayakan baginya untuk membasuhnya
dengan air, maka cukup mengusap atau
menggosok bagian yang luka dengan air sesuai
dengan urutannya. Jika masih berat atau
membahayakan dirinya maka dia boleh
bertayammum.
8. Orang yang sebagian tubuhnya
dibalut, yaitu orang yang mengalami
patah tulang yang dibalut dengan
gips dan pembalut lainnya, cukup
baginya mengusap pembalutnya
walaupun bagian yang dibalut tadi
tidak terkena.
9. Wajib bagi si sakit untuk
memperhatika kebersihan badan,
pakaian, dan tempatnya dari najis
sebelum shalat. Jika tidak sanggup
membersihkannya dia boleh shalat
dalam kondisinya.
10. Apabila orang yang sakit tersebut tidak
sanggup mengontrol buang air kecil, maka
dia harus beristinja dan berwudhu’ setiap
kali hendak shalat setelah masuk waktunya.
Dia juga harus membersihkan badan dan
pakaian yang dikenakannya yang terkena
urin, atau menggantinya dengan pakaian
yang bersih, jika tidak menyusahkannya.
Kemudian dia harus menjaga agar urin
tidak menyebar ke pakaian, badan, atau
tempat shalat dengan meletakkan
pengaman pada farjinya.
 Mandi wajib ialah mandi yang
wajib dilakukan bagi
mengangkat hadas yang besar
setelah berlaku salah satu
daripada sebab-sebab yang
menyebabkan wajibnya mandi
wajib seperti bersetubuh.
 1. Melakukan persetubuhan iaitu
memasukkan kepala hasafah ke dalam
faraj meskipun tidak keluar air mani.
2. Keluar air mani walaupun tidak
bersetubuh
3. Mati kecuali mati syahid
4. Suci daripada Haid.apabila
seseorang perempuan telah suci
daripada haidnya maka wajiblah dia
mandi dengan segera.
5. Suci dari darah nifas iaitu darah
yang keluar sesudah melahirkan anak.
6. Wiladah iaitu melahirkan anak
 1.Niat iaitu dengan lafaz
niatnya:
‫نويت غسال لرفع الحدث االكبر هلل تعالى‬
“Sahaja aku mengangkat hadas
besar kerana Allah Taala”
2. Menghilangkan semua najis
daripada anggota badan.
3. Meratakan air ke seluruh
badan
 1.Membaca bismillah.
2. Mencuci faraj dan dubur
dengan air bersih
3. Kalau ada najis ditubuh
badan hendaklah dibersihkan
terlebih dahulu.
4. Sunat berwuduk
5. Menyiram air kebadan
dimulai dari sebelah kanan.
 1. Mengerjakan solat,termasuk
juga sujud syukur,sujud
tilawah,membaca khutbah jumaat.
2. Melakukan tawaf di Baitullah.
3. Menyentuh dan membaca al-
Quran
4. Berhenti di dalam masjid atau
mondar-mandir di dalamnya.
5. Berpuasa dan sebagainya.
Biodata Pemateri
Nama : Saifuddin, M.A.
Tmpt/ tgl lahir : Medan, 14 Nopember 1975
Pendd. S2 : IAIN SU Medan
Jabatan : Staf dan Dosen Jurusan Dakwah

Anda mungkin juga menyukai