Anda di halaman 1dari 26

Ibadah Khusus

TOHARAH
1.0 PENGENALAN.
Toharah atau bersuci merupakan perkara yang sangat penting dalam agama dan
merupakan pangkal pokok dari ibadat yang menjadi penghubung bagi manusia
dalam mendekatkan diri dengan Tuhan .
Solat tidak sah bila tanpa toharah , hal ini sesuai dengan sabda Nabi saw. yang
bermaksud:



Allah tidak menerima solat yang tidak dengan bersuci
( H . R Muslim )
1.1 KONSEP TOHARAH.
Toharah menurut bahasa ertinya bersih dan menurut syarak bererti
membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada kekotoran, hadas dan najis.
Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan mandi atau tayammum dan
menghilangkan hadas kecil pula ialah sama ada dengan wudhuk atau
tayammum. Bersuci dari najis berlaku pada badan, pakaian dan tempat. Cara
menghilangkannya hendaklah dengan air suci dan menyucikan .

1.2 PEMBAHAGIAN TAHARAH.


Untuk menjelaskan tentang pembahagian taharah, perlu dijelaskan terlebih
dahulu tentang air yang merupakan alat terpenting untuk bersuci dan juga
istinjak.

Air.
Air yang sah digunakan untuk bersuci ialah:
a. Air yang turun dari langit seperti air hujan dan air embun.
b. Air yang terbit dari bumi seperti air laut, air sungai dan air mata air. Air ini
kekal dalam kajadiannya yang asal.
Air terbahagi empat:
a. Air Mutlak
Ialah air yang suci pada dirinya dan menyucikan yang lain dan tidak
makruh penggunaannya, iaitu air tanpa qaid lazim. Air qaid tidak lazim seperti
air telaga dan air sungai, ianya suci pada dirinya dan menyucikan yang lain.
b. Air Musyammas
Ialah air yang suci dan menyucikan yang lain tetapi makruh penggunaannya
pada badan, iaitu air yang dipanaskan oleh matahari di negeri yang beriklim
panas dalam bekas yang boleh berkarat. Ia makruh digunakan pada tubuh

kerana ditakuti mendatangklan penyakit sopak. Air yang tersangat panas atau
tersangat sejuk juga makruh penggunaannya.
c Air Mustakmal
ialah air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain, iaitu:
air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas dan air yang telah digunakan
untuk menghilangkan najis tetapi tidak berubah dan tidak bertambah jumlahnya
setelah mengalir keluar dari benda yang dibasuh. Air yang berubah salah satu
dari tiga sifat kerana bercampur dengan benda yang suci, jika banyak
berubahnya dan tidak dapat dinamakan air mutlaq lagi.
d. Air Mutannajis
ialah air yang kurang dua kolah, yang terkena najis sama ada berubah atau
tidak, dengan syarat najis tersebut menajiskan air. Air ini tidak suci pada dirinya
dan tidak menyucikan yang lain. Begitu juga air dua kolah atau lebih yang
berubah disebabkan oleh najis adalah najis.

Bahagian Taharah (Bersuci)


Bersuci terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
(a) Taharah Hissiyyah iaitu menyucikan kekotoran dan najis dengan
menggunakan air dan menyucikan diri daripada hadas dengan berwuduk, mandi,
bertayammum dan sebagainya.
Hadas pula terbahagi kepada dua iaitu hadas kecil dan hadas besar.
Hadas kecil ialah hadas yang sedikit larangannya seperti kencing dan untuk
menyucikan diri dari hadas kecil maka seseorang itu hendaklah berwuduk.
Hadas besar pula ialah hadas yang banyak larangan kerananya seperti keluar
mani, haid dan lain-lain lagi. Untuk menyucikan hadas besar, seseorang itu wajib
mandi wajib ataupun bertayammum.
(b) Taharah Maknawiyah iaitu menyucikan diri daripada dosa, maksiat, kufur
dan syirik dengan cara bertaubat kepada Allah s.w.t.

4.1.3 KEPENTINGAN TAHARAH (BERSUCI)


Bersuci itu selain merupakan syarat sah solat, ia juga mengandungi beberapa
hikmat penting di antaranya:
Dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna.
Segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t
Dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan pada anggota badan.
Dapat mengelakkan diri daripada mendapat penyakit.
Dapat memberi keselesaan dan ketenangan dalam kehidupan
Masyarakat dapat hidup dalam keadaan bersih daripada perkara keji dan
mungkar.

1.4 ALAT-ALAT TAHARAH (BERSUCI)


i. Air mutlak iaitu alat yang terpenting untuk kegunaan menyuci najis,
mengangkat hadas dan lain-lain lagi.
ii. Debu-debu tanah yang bersih - iaitu untuk kegunaan tayammum
ketika ketiadaan air atau tidak dapat menggunakan air kerana sakit
dan sebagainya.
iii. Benda-benda kesat - seperti kayu, batu dan sebagainya iaitu untuk
menyucikan tempat-tempat keluar najis dari saluran najis bahagian
hadapan dan belakang (beristinjak).
iv. Bahan-bahan peluntur yang bersifat tajam seperti tawas, kapur dan
seumpamanya. Bahan ini digunakan untuk menyucikan kulit-kulit
binatang yang selain daripada babi dan anjing (samak).

1.5 Cara-Cara Menyuci Hadas Dan Najis


A. Pengertian Najis
Dari segi bahasa ialah sesuatu yang jijik, kotor dan tercemar.
Dari segi istilah najis bermaksud semua jenis kotoran yang menghalang sah solat
apabila terkena pada anggota badan , pakaian dan tempat solat. Najis terbahagi
kepada tiga jenis iaitu:
i. Najis Mukhaffafah.
Ialah najis yang ringan, iaitu air kencing bayi laki-laki yang umurnya kurang
dari dua tahun dan belum makan apa-apa kecuali air susu ibunya.
Cara menyucinya ialah dengan dilapkan terlebih dahulu, kemudian direnjiskan
air pada benda yang kena najis itu atau dituangkan air di atasnya walaupun tidak
mengalir.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus dicuci, sedang bila
terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan memercikkan air kepadanya.
( H.R Abu Daud dan Nasai )
ii. Najis Mutawassitah (pertengahan)
Iaitu najis yang selain najis mughallazah dan najis mukhaffafah.
Cara menyucikannya ialah dengan menghilangkan ainnya lebih dahulu, hingga
hilang rasa, bau dan warnanya, kemudian menyiramnya dengan air sampai
bersih. Jika najis hukmiyah (tidak ada ainnya) seperti bekas kencing, arak yang
sudah kering, maka cara mensucikannya cukup dengan mengalirkan air pada
tempat yang kena najis itu.

iii. Najis Mughalladzah.


Iaitu najis yang berat : yakni najis dari babi dan anjing.
Cara menyucinya ialah lebih dahulu dihilangkan ain najis itu, kemudian baru
dibasuh dengan air sampai tujuh kali termasuk satu daripadanya dengan air
yang bercampur tanah.
Cara ini dilakukan berdasarkan sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:
Sucinya tempat (perkakas) mu apabila dijilat anjing adalah dengan mencucinya
tujuh kali. Permulaanya atau penghabisannya di antara cucian itu dicuci dengan
air yang bercampur dengan tanah.
(At-Tirmizi )
Jika dibasuh di dalam air yang mengalir lagi keruh adalah memadai dilalukan
sebanyak 7 kali pengaliran walaupun tanpa menggunakan tanah.

B. Istinjak
Ialah membersihkan tempat keluar najis iaitu qubul dan dubur dengan
menggunakan air mutlak ataupun benda-benda yang kesat. Hukum beristinjak
adalah wajib daripada tiap-tiap najis yang keluar daripada qubul atau dubur
seperti kencing, tahi dan sebagainya walaupun jarang berlaku seperti darah,
wadi dan seumpamanya.
Alat istinjak ialah air atau batu atau sesuatu yang keras, kesat lagi suci dan
dapat menghilangkan najis, dengan syarat ianya bukan bahan yang dihormati.
Memadai beristinjak dengan menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji batu
yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinja melainkan kesankesan yang tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan air.
Benda-benda yang tidak boleh dijadikan alat istinjak:
Sesuatu yang terkena najis, seperti batu yang terkena najis.
Sesuatu najis, seperti tahi yang kering.
Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis, seperti tanah lembut lagi peroi
atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh. Tetapi jika buluh itu dibelah,
bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinjak.
Sesuatu yang dihormati seperti makanan anak adam seperti roti kering (selagi
ianya tidak hangus).
Sesuatu yang menjadi makanan jin, seperti tulang walaupun telah dibakar
hangus, kerana ia masih dianggap makanan jin.
Memadai beristinjak dengan menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji batu
yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinjak melainkan kesankesan yang tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan air.
C. Hadas.
Hadas mengikut hukum Islam ialah perkara yang membatalkan sembahyang dan
mestilah dihilangkannya dengan bersuci. Hadas terbahagi kepada dua:

i. Hadas besar : iaitu hadas yang banyak larangan-larangan kerananya. Ia


wajib dihilangkan dengan mandi wajib atau tayammum.
ii. Hadas kecil : iaitu hadas yang dihilangkan dengan wuduk atau tayammum.

D. Mandi wajib
Ialah meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat menghilangkan hadas
besar ketika sampai ke mana-mana bahagian badannya. Hukumnya ialah wajib
bila hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya. Firman Allah yang
bermaksud:
Dan jika kamu berjunub (berhadas besar), maka hendaklah kamu sucikan
(mandi wajib)
( Surah Al-Maidah : 6 )

Sebab-Sebab Yang Mewajibkan Mandi.


Hubungan kelamin (persetubuhan).
Keluar Mani.
Mati.
Haid iaitu keluar darah secair wajar dari rahim wanita beberapa hari pada tiaptiap bulan.
Melahirkan anak.
Nifas yakni darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak.
Fardu / rukun mandi.
Rukun mandi tiga perkara:
Niat.
Orang yang dalam keadaan berjunub itu hendaklah berniat mengangkat janabah
atau mengangkat hadas besar atau mengharuskan fardu sembahyang atau fardu
mandi atau menunaikan fardu mandi atau mandi yang difardukan atau mandi
wajib.
Menghilangkan najis.
Iaitu menghilangkan najis yang terdapat pada badan.
Meratakan air keseluruh rambut/bulu-bulu dan kulit.
Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah SAW bersabda,maksudnya
Bahawasanya di bawah tiap-tiap rambut ada jinabat, kerananya cucilah rambut
itu dan bersihkanlah kulit
( H.R Abu Dawud dan Tarmidzi dan dilemahkannya)
E. Wudhuk.

Wudhuk menurut bahasa bererti bersih dan indah. Menurut syarak bererti
membersihkan anggota-anggota wudhuk untuk menghilangkan hadas kecil.
Wudhuk adalah suatu syarat untuk sahnya solat yang dikerjakan sebelum
seseorang mengerjakan solat.
Syarat-Syarat Sah Wudhuk.
Islam : Orang yang tidak beragama Islam tidak sah mengerjakan wuduk.
Mumayyiz : Ertinya orang sudah tahu membezakan antara baik dan buruk dari
pekerjaan yang dilakukan.
Menggunakan air yang suci menyucikan untuk mengangkat hadas.
Tidak ada sesuatu benda yang dapat menghalangi sampainya air wuduk pada
anggota wuduk.
Tidak ada sesuatu pada anggota wuduk yang dapat merubah air yang
digunakan untuk berwuduk.

Fardhu Wudhuk.
Niat Wudhuk: Hendaknya berniat menghilangkan hadas kecil, dan cara
melakukannya tepat pada waktu membasuh muka .
Membasuh muka : Yakni mulai dari tempat tumbuh rambut kepala dan hujung
dagu sampai antara kedua telinga.
Membasuh kedua belah tangan sampai siku.
Menyapu sebahagian dari kepala rambut.
Membasuh dua belah kaki sampai kedua mata kaki.
Tertib iaitu menurut susunan.
Sunat-Sunat Wudhuk.
Membaca basmallah sebelum melakukan wuduk.
Membasuh tapak tangan hingga pergelangan tangan.
Berkumur-kumur dan membersihkan lubang hidung.
Membasuh seluruh kepala.
Mengusap kedua-dua telinga bahagian luar dan dalam.
Mendahulukan anggota wuduk yang kanan dari yang kiri.
Menyela-nyela jari tangan dan kaki.
Meniga kalikan pada tiap-tiap membasuh anggota wuduk.
Berurutan : Tidak lama selang waktunya dalam mengerjakan anggota yang
satu dengan yang lain
Tidak berkata-kata ketika mengerjakan wuduk
Bersiwak
Menghadap kiblat
Membaca doa setelah selesai mengambil wuduk.
Perkara Yang Membatalkan Wudhuk.
Keluar sesuatu dari qubul dan dubur meskipun hanya angin .
Hilang akal kerana gila, pengsan , mabuk atau tidur nyenyak.
Bersentuh kulit antara laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya

Bersentuh kemaluan (qubul atau dubur) dengan tapak tangan atau jari yang
tidak memakai tutup.
AMALI SOLAT
4.2.0 PENGENALAN
Ibadah solat adalah ibadah yang asas dan utama dalam Islam. Rasulullah pernah
bersabda yang bermaksud:
Perkara pertama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah solat. Jika baik
amalan solat seseorang itu, baiklah seluruh amalnya, dan jika buruk amalan
solatnya maka buruklah seluruh amalnya yang lain
Oleh itu ibadah solat sangat diberi perhatian dan diambil berat kerana ia juga
membezakan seseorang itu muslim atau kafir. Sabda Rasulullah yang
bermaksud:


Perbezaan antara seorang muslim dan kafir ialah solat
Pengertian
Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dalam istilah syarak pula solat ibadat yang
tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan
disudahi dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.
Kepentingan Solat
Solat merupakan ibadat yang asasi dalam perhubungan di antara manusia
dengan Allah swt. Dengan melakukan ibadat solat, manusia dapat mengingati
Allah, dapat menghidupkan pengakuan iman di dalam hati, menambah
keyakinan kepada rasul, kepada kitab Allah dan seterusnya dapat membawa
manusia ke jalan yang lurus, jalan yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Solat
merupakan perbuatan secara amali yang dapat memperagakan keimanan
seseorang kepada Allah SWT.
Bersolat menjadi sifat-sifat orang yang bertaqwa yang menurut arahan kitab suci
al-Quran dan merekalah yang memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat yang
terpuji lalu mendapat petunjuk daripada Allah Taala. Merekalah yang beroleh
kejayaan.
Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada
terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan
manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :

Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar.
(Al-Ankabut : 45)
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Sesungguhnya manusia itu dijadikan resah gelisah, apabila ia ditimpa
kesusahan, ia sangat resah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil
kedekut, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat.
(Al-Maarij : 19-22)
Pada hakikatnya, perbuatan solat sebagai tanda kesempurnaan seseorang dalam
melakukan hak-hak pengabdian kepada Allah SWT. Sebaliknya dengan
meninggalkan solat ia digelar sebagai orang yang tenggelam di dalam hawa
nafsu yang bakal menjadi ahli neraka.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat
serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan
menghadapi azab (dalam neraka).
(Maryam : 59)
Menurut jejak langkah baginda Rasulullah SAW, bila berlaku kecemasan baginda
solat dan berkata yang bermaksud:
Allah menjadikan ketenangan mataku di dalam solat.
Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat.
(Al-Baqarah : 153)
Kefardhuan Solat.
Islam menjadikan solat salah satu daripada rukun Islam yang lima. Diwajibkan ke
atas tiap-tiap penganutnya muslim dan muslimat supaya mendirikan solat lima
waktu sehari semalam. Hingga kanak-kanak diwajibkan ke atas tiap-tiap
penjaganya menyuruh solat sejak usianya meningkat tujuh tahun dan
mewajibkan penjaga-penjaganya itu memukul, jika kanak-kanak itu berdegil atau
malas setelah berusia sepuluh tahun.
Perintah solat diturunkan pada malam Isra setahun sebelum Hijrah. Ia adalah
ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah Taala di mana perintah itu
disampaikan secara langsung tanpa perantaraan, dengan cara berdialog terus
dengan RasulNya pada malam Miraj.
Oleh itu wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya

menyempurnakan solat fardhu yang ditentukan lima waktu sehari semalam.


Solat di dalam Islam tidak dapat ditandingi oleh ibadat-ibadat yang lain. Sesiapa
yang meninggalkan solat, ia berhak mendapat azab daripada Allah SWT.
Syarat-Syarat Wajib Solat:
i. Islam.
ii. Baligh.
iii. Berakal.
iv. Suci dari haid dan nifas.
v. Sejahtera pancaindera.
Tidak wajib sembahyang ke atas orang yang buta dan tuli sekali pun tidak bisu
jika berlaku kedua-duanya sebelum tamyiz.
vi. Sampai seru.
Tidak wajib sembahyang ke atas mereka yang tidak sampai seruan Islam seperti
ia dilahirkan dan menetap di puncak bukit yang jauh yang tiada perhubungan
langsung.
Syarat-Syarat Sah Solat.
i. Suci dari hadas dan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan
dan pada tempat sembahyang.
ii. Menutup aurat.
iii. Mengetahui cara sembahyang dan dapat membezakan yang wajib dan yang
sunat. Malahan jika diiktikadkan semuanya fardu atau setengahnya fardu dan
setengahnya sunat dan tidak membezakannya dan dia merupakan orang awam,
selagi tidak diiktikadkan yang fardu itu sebagai sunat; sahlah sembahyangnya.
iv. Menunaikan sembahyang ditempat yang suci walaupun secara zan dan
jangan bersentuh sebahagian badan atau pakaian dengan najis ketika qiyam
atau duduk atau rukuk atau sujud.
v. Mengetahui masuk waktu atau pun zan masuk waktu dengan secara ijtihad
seperti mendengar ayam berkokok dan sebagainya.
vi. Menghadap kiblat iaitu mengadap seluruh badannya ke arah kiblat.

Rukun-Rukun Solat.
Rukun-rukun solat ialah ada tiga belas iaitu:
i. Niat.
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Takbiratul Ihram.
iv. Membaca Al-Fatihah.
v. Rukuk serta tumakninah.
vi. Iktidal serta tumakninah.
vii. Sujud serta tumakninah.
viii. Duduk antara dua sujud serta tumakninah.
ix. Tasyahhud akhir.
x. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tasyahhud akhir.
xi. Duduk untuk bertasyahhud, salawat dan salam.
xii. Memberi salam yang pertama.
xiii. Tertib.

Rukun-rukun yang tersebut di atas wajib dilakukan dengan sempurna, sekiranya


tertinggal salah satu daripadanya atau tidak melakukan dengan sempurna maka
tidak sah solat
4.2.1 SOLAT BERJEMAAH.
Solat Jemaah ialah solat yang dilakukan secara berama-ramai, sekurangkurangnya seorang imam dan seorang mukmin. Hukum solat secara berjamaah
selain dari fardu Jumaat adalah fardu kifayah ke atas lelaki yang cukup syaratsyaratnya.
Berjamaah di masjid bagi lelaki adalah lebih afdal. Kelebihan solat berjamaah
dikira berhasil apabila terdapat seorang imam dan seorang makmum yang
sempat bersama-sama imam sebelum imam memberi salam yang pertama
walaupun makmum tidak sempat duduk bersama imam.
Kelayakan Imam.
Hamba layak menjadi imam bagi makmum yang merdeka.
Kanak-kanak yang mumayyiz layak menjadi imam kepada makmum yang
baligh. Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah menjadi imam.
Lelaki layak menjadi imam kepada lelaki, perempuan dan khunsa.
Perempuan layak menjadi imam kepada perempuan sahaja.
Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada lelaki.
Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada khunsa.
Orang yang ummi (tidak pandai membaca) tidak layak menjadi imam kepada
qari (yang elok membaca surah al-Fatihah).
Kanak-kanak tidak mumayyiz tidak layak jadi imam.
Syarat-Syarat Mengikut Imam.
Hendaklah bersamaan perbuatan sembahyang makmum dengan imam.
Berlainan niat makmum dengan niat imam tidak menjejaskan ikutan.
Makmum wajib mengikut imam, tidak mendahului imam dalam rukun feli.
Makmum dapat mengetahui pergerakan imam.
Makmum berjamaah atau berhimpun bersama imam di suatu tempat.
Makmum tidak boleh menyalahi imamnya semasa berjamaah pada melakukan
perkara sunat yang dianggap keji.
Kedudukan makmum tidak boleh terkehadapan dari imam.
Niat mengikut imam.
Sah sembahyang imam pada iktikad makmum. Tidak sah sembahyang
makmum yang mengiktikadkan sembahyang imamnya batal.
Hendaklah sembahyang imam itu tidak perlu diulangi semula. Tidak sah
mengikut imam yang wajib mengulangi sembahyangnya seperti imam
sembahyang dengan tayammum kerana sejuk.
Tidak berimamkan orang yang sedang menjadi makmum kepada imam yang
lain.
4.2.2 SOLAT QASAR DAN JAMAK.
Solat Qasar.
Pengertian Solat Qasar
Qasar dari segi bahasa bererti pendek atau ringkas. Dari segi istilah ialah

memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat.


Orang musafir yang jauh perjalanannya lagi diharuskan, dibolehkan
mengqasarkan sembahyang 4 rakaat kepa 2 rakaat. Firman Allah swt
maksudnya.

Dan apabila kamu merantau di atas muka bumi, maka tidak menjadi dosa kalau
kamu memendekkan solat. ( An-nisa : 101 )
Syarat Sah Solat Qasar
Safar yang diharuskan oleh syarak kerana tujuan suci baik seperti menunaikan
fardhu haji atau sebagainya. Bukan kerana maksiat.
Safar itu hendaklah lebih dari dua marhalah yang kira-kira 92 km lebih kurang.
Solat qasar itu hendaklah dilakukan di dalam waktunya iaitu di masa safar.
Solat qadha tidak boleh qasar. Solat yang luput semasa safar harus diqadha
semasa perjalanan secara qasar atau harus qadha secara sempurna tetapi tidak
harus qadha secara qasar dalam masa tidak dalam safar.
Hendaklah ada niat qasar solat pada mula-mula takbiratul ihram.
Janganlah orang musafir itu solat qasar di belakang imam yang solat fardhu
lengkap.
Niat musafir ke tempat tertentu.
Solat yang empat rakaat sahaja yang boleh diqasarkan.
Mengetahui keharusan menunaikan solat secara qasar, batal sembahyang
qasar seseorang yang melakukannya tanpa mengetahui keharusannya.
Niat solat Qasar (Fardhu Zohor)




Sahaja aku solat fardhu Zohor qasar tunai kerana Allah.
SOLAT JAMAK
Pengertian Solat Jamak
Jamak dari segi bahasa ialah menghimpunkan. Dari segi istilah ialah
menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Hukumnya adalah harus bagi
musafir yang harus menunaikan solat secara qasar. Solat yang harus dijamak
ialah solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak secara taqdim
atau takhir. Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Takdim dan Jamak
Takhir.
(a) Jamak Taqdim
ialah menghimpunkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti
menghimpunkan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.

Syarat Jamak Taqdim.


Hendaklah dimulakan dengan solat yang pertama iaitu Zohor atau Maghrib
kemudian diiringi dengan solat yang kedua iaitu Asar atau Isyak.
Niat menghimpunkan solat itu dalam solat yang pertama.
Berturut-turut antara keduanya.
Hendaklah berkekalan dalam perjalanan hingga sudah takbiratul ihram

solat yang kedua.


Niat Solat Jamak Taqdim:
Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.
Niatnya:






Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan Asar kepadanya
tunai kerana Allah Taala.
Selesaikan dua rakaat itu, bangun untuk solat Asar pula dengan lafaz niatnya:





Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya dalam waktu Maghrib.


Niatnya:




Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan Isya kepadanya
tunai kerana Allah Taala.

Selesaikan solat Maghrib itu, bangun untuk solat Isya dua rakaat qasar dengan
lafaznya:





Sahaja aku solat fardhu Isya dua rakaat qasar kerana Allah Taala.

(b) Jamak Takhir


Jamak Takhir ialah melakukan dua solat dalam waktu kedua seperti zohor dan
asar dilakukan dalam waktu asar; maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu
Isyak.

Syarat Jama Takhir.


Selain daripada syarat-syarat yang tersebut pada Jamak Taqdim itu dikehendaki
lagi:

Ada niat hendak Jama Takhir pada waktu yang pertama lagi.
Berkekalan dalam perjalanan hingga selesai solat yang kedua.
Niat solat Jamak Takhir.
Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar.






Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan
kepada Asar karana Allah Taala.
Selesai sahaja solat Zohor itu, bangun segera untuk solat Asar pula dengan
lafaz niatnya:



Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah
Taala.

Niat solat Maghrib dan Isya dalam waktu Isya:








Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isya kerana
Allah Taala.
Setelah selesai solat Maghrib itu, bangunlah dengan segera untuk menunaikan
solat Isya pula dengan lafaz niatnya:




Sahaja aku solat fardhu Isya dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala.

4.2.3 AMALI SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISTIKHARAH


SOLAT HAJAT
Pengertian Solat Hajat
Solat Hajat adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan untuk memohon
sesuatu yang diharuskan oleh syarak kepada Allah s.w.t.
Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Abi Dardak bahawasanya
nabi s.a.w. bersabda sesiapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian dia
menyempurnakan solat dua rakaat Allah mengurniakan apa sahaja yang diminta
sama ada cepat atau lambat.
Hadis ini menjelaskan bahawasanya nabi s.a.w menggalakkan umatnya

melakukan solat hajat serta hajat yang harus dipohon hanya perkara yang
memberi kebaikan atau untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat untuk
mengatasi sesuatu kesulitan. Oleh itu tidak harus memohon sesuatu hajat yang
dilarang oleh Allah s.w.t seperti perkara maksiat atau perkara yang ditegah kita
melakukannya.
Cara Melakukan Solat Hajat.
i. Cara melakukan solat hajat sama sahaja seperti melakukan solat-solat sunat
yang lain. Perbezaannya hanya pada niat.
ii. Lafaz niat solat hajat ialah


"Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah s.w.t."
iii. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihram:
Baca doa iftitah
Baca surah al-Fatihah
Baca surah al-Kafirun
Teruskan rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.

iv. Pada rakaat kedua :


Baca al Fatihah
Baca surah al Ikhlas
Terus rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa
Tahiyyat akhir dan memberi salam.
v. Selepas memberi salam:
Berdoa dengan didahului memuji Allah dan berselawat kepada nabi s.a.w.
Setelah itu pohonlah hajat anda terhadap Allah s.w.t. seperti memohon
dikurniakan kesihatan yang baik serta memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Akhirkan doa anda dengan berselawat kepada nabi s.a.w.

Kelebihan Solat Hajat


Solat hajat memberi faedah yang besar kepada kehidupan orang mukmin, di
antaranya ialah:

Tidak berputus asa dengan takdir Allah s.w.t


Dimakbulkan Allah s.w.t. doa yang dipohon.
Dikasihi dan diredhai oleh Allah s.w.t.
Dapat memperteguhkan keimanan kepada Allah s.w.t
Memberi ketenangan jiwa kepada orang mukmin
Gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang baik.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


Pengertian Solat Sunat Istikharah
Solat sunat Istikharah ialah mengerjakan solat sunat dua rakaat untuk memohon
kepada Allah s.w.t penentuan serta ketetapan hati baik dan buruknya pekerjaan
atauhal sesuatu yang akan dilakukan oleh seseorang di dalam cita-cita serta
hajatnya yang masih ragu-ragu antara baik dan buruknya pekerjaan itu. Ia boleh
dilakukan sama ada pada siang hari atau pada malam hari.

Cara-Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah


i Lafaz niat solat sunat istikharah ialah:



"Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala."
ii. Pada rakaat pertama:
Baca doa iftitah
Baca surah al-Fatihah
Baca surah al-Kafirun
Teruskan rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.
Iii. Pada rakaat kedua :
Baca al Fatihah
Baca surah al Ikhlas
Terus rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa
Tahiyyat akhir dan memberi salam.

iv. Selepas memberi salam:


Berdoa dengan didahului memuji Allah dan berselawat kepada nabi s.a.w.
Bacalah doa yang tersebut:

Ertinya:
"Ya Allah, aku memohon agar Engkau yang baik menurut Engkau ya Allah; dan
aku memohon agar Engkau memberikan kepastian dengan ketentuanMu; dan
aku memohon dengan kemurahan Tuhan yang Maha Agung kerana
sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa sedang hamba tidak tahu dan
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya
Allah jika Engkau mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba dan baik
pula akibatnya bagi persoalan ini kepada hamba, maka berilah perkara ini
kepada hamba dan mudahkanlah bagiku, kemudian berilah keberkatan bagiku di
dalamnya. Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak
baik bagiku dan bagi agamaku dan penghidupanku dan tidak baik akibatnya
bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya dan
berikanlah kebaikan di mana saja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang
yang rela atas anugerahMu ya Allah."
WIRID DAN DOA
4.3.0 PENGENALAN
Wirid dan doa merupakan salah satu cara untuk mendapatkan perhatian khusus
dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah swt. Berwirid dan berzikir boleh
dilakukan untuk dengan cara mengingat Allah s.w.t. dalam hati ataupun
menyebut nama-namaNya dengan lisan. Amalan wirid dan doa merupakan
penggantungan harapan insan dalam memulai kehidupan hariannya agar
dilimpahkan dengan kebaikan, pertolongan dan kemenangan. Jika dilakukan
dengan hati yang bersih, maka akan melimpahlah rahmat dan pertolongan Allah
swt.

4.3.1 WIRID SELEPAS SOLAT


Bacaan selepas memberi salam ke kanan:

(ramai)
(seorang)

"Ya Allah aku / kami memohon keredhaan dan syurgaMu".

Bacaan selepas memberi salam ke kiri

"Aku memohon perlindungan dari kemurkaanMu dan dari azab api neraka".

Bacaan semasa menyapu tangan ke muka

"Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani. Ya Allah ya Tuhan kami, hapuskanlah daripadaku
kesusahan dan (perkara-perkara yang mendatangkan )dukacita".

Bacaan semasa masih duduk dalam tahiyat akhir

(Surah al-Israk : 111)

"Segala puji tertentu bagi Allah, yang tiada mempunyai anak dan tiada bagiNya
sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan
sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta
memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh"

Istighfar tiga kali atau lebih

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan
Dia yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya"

Baca:

(10 kali)
(Selain dari sembahyang Maghrib dan Subuh, 3 kali sahaja)

"Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu
bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian, Dia
menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu"

Mengubah keadaan duduk dan imam berpaling menghadapi makmum di sebelah


kanan serta membaca:
( 3 atau 7 kali )

"Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada azab api neraka"

Baca:

"Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya


kesejahteraan, kepad Engkaulah kembalinya ssejahtera itu, oleh yang demikian
hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga,
negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu yan Allah ya Tuhan
kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan"

1. Baca:

"Aku memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam"

2. Baca Surah al-Fatihah:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan dan
hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan
yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan
orang-orang yang sesat".

3. Baca:

"Tuhan, kamu Yuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan
Dia, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

4. Baca Surah al Baqarah:255 ( Ayat Kursi ):

"Allah, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya). Yang Tidak
Mengantukusahkan Tidur. Yang Memiliki segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi
Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang
Maha Tinggi (dapat kemuliaanNya) lagi Maha Besaar (kekuasaanNya)".

5. Baca Surah al-Baqarah:284

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan kepunyaan
Alah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu
sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada
kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan
menyiksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya). Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

6. Baca Surah al-Baqarah: 285

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkannya daripada TuhanNya,


dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan MalaikatMalaikatNya, kitab-kitabNya dan rsul-rasulNya, (mereka berkata) Kami tidak
membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya. Mereka
berkata lagi; Kami dengar dan kamu taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai
Tuhan kami dan KepadaMu jualah tempat kembali"

7. Baca Surah al-Baqarah : 286

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia


mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai
Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
tersalah. Wahai Tuhan kami,janganlah bebankan kami dengan bebanan yang
berat sebagaimana yang Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maaflah kesalahan kami serta
ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapati kemenangan terhadap kaumkaum kafir".

8. Baca Surah Ali-Imran : 18

"Allah menerangkan (kepada) sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti,


bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa

mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orangorang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana"

9. Baca Surah Ali Imran : 19

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam"

10. Baca Surah Ali Imran : 26 -27:

"Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa


pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yanag Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa
yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau
kehendaki. Di dalam kekuasaan Engkau sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Engkaulah wahai Tuhan
yang memasukkan malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang
memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang
mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dari sesuatu yang
hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki dengan tiada hitungan hisabnya"

11. Baca Surah al-Ikhlas 1 atau 3 kali

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; Katakanlah
(wahai Muhammad); Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa, Allah yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tidak beranak
dan tidak diperanakkan; dan tiada sesiapapun yang setara dengannya"

21. Baca Surah al-Falaq : 1 atau 3 kali

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah
(wahai Muhammad), aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan
sekalian makhluk; dari bencana makhluk-makhluk yang diciptakan dan dari
bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang
menghembus-hembus (pada simpulan-simpulan) dan ikatan-ikatan; dan dari
kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya"

22. Baca Surah an-Nas 1 atau 3 kali

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah
(wahai Muhammad), Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara sekalian
manusia; yang menguasai sekalian manusia; Tuhan yang berhak disembah oleh
sekalian manusia; dan dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul
tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
(iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia"

23. Baca surah al Fatihah - 1 kali

24. Baca 3 kali

"Dengan nama Allah yang dengan nama itu tidak menjadi mudharat sesuatu pun
sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi
maha Mengetahu"

25. Baca :
"Ya allah Ya Tuhanku"

26. Baca 33 kali :

"Maha Suci Allah"

27. Baca :

"Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selamalamanya"

28. Baca 33 kali :


"egala kepujian untuk Allah"

29. Baca :

"Segala kepujian untuk Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam atas mana-mana
juga keadaan dan nikmat pengurniaannya"

30. Baca 33 kali

Allah Maha Besar

31. Baca :

"Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, segala puji untuk Allah sebanyakbanyaknya, maha suci Allah pagi dan petang, Tiada Tuhan yang disembah
sebenar-benarnya melainkan Allah dengan ketunggalannya, tiada sekutu
bagiNya, untuk Allah segala kerajaan dan bagiNya segala kepujian, Dia yang
menghidupkan dan yang dmematikan dan Dialah Allah yang berkuasa atas
segala sesuatu, tiada daya dan tidak upaya melainkan dengan pertolongan Allah,
Tuhan Maha Tinggi lagi Maha Besar"

4.3.2 DOA SELEPAS SOLAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji
bagi Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam. Selawat dan salam atas Nabi
Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan sahabat sekelian.
Ya Allah, kami memohon kepadaMu keselamatan agama, kesihatan jasmani,
pertambahan dalam ilmu, keberkatan pada rezeki, taubat sebelum mati,
mendapat rahmat ketika mati, dan memperolehi keampunan setelah mati.
Ya Allah, mudahkanlah kami ketika gelombang sakaratulmaut, dan lepaskanlah
dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika dihisab.
Ya Tuhan kami, janganlah goncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk,
berilah kami rahmat sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
Ya Tuhan kami, berikan kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan
peliharalah kami daripada siksa api neraka.
Allah Taala memberikan rahmatNya ke atas junjungan kita Nabi Muhamaad
s.a.w dan mensejahterakannya begitu juga ke atas sahabat-sahabatnya, dan
segala puji itu bagi Allah Taala sekalian alam.

Anda mungkin juga menyukai