Anda di halaman 1dari 25

TAHARAH

DISUSUN OLEH : USTAZ AHMAD KHAIRUDIN BIN TAHA

Taharah, Konsep Taharah, Pengertian, Dalil Taharah, Bersuci ,


Pengertian, Hukum, Cara, Alat, Hikmah, Air dan Bahagiannya,
Najis dan Bahagiannya, Istinja’, Wuduk, Tayammum, Hadas
dan jenisnya, Mandi, Isu semasa berkaitan taharah
DEFINISI TAHARAH

• Dari segi bahasa : Suci dan bersih. Jadi, dari segi bahasa,,
membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama
ada benda itu najis ataupun tidak.
• Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.
Jadi, dari segi syarak,, menghilangkan halangan beribadat kerana
ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan menggunaka
sesuatu benda dengan sebab terkena najis.
KONSEP TAHARAH

• Islam menitik beratkan tentang soal kebersihan dan taharah adalah sebagai bukti
bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.
• Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan
ibadah-ibadah yang lain.
• Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq).
• Taharah merujuk kepada kesucian daripada segala hadas dan najis sama ada
yang dapat dipandang secara zahir ataupun yang tak dapat dipandang secara
zahir.
• Alat bersuci ialah air, tanah, alat penyamak dan batu bagi istinja’.
• Kaifayat toharah pula ada 4 iaitu istinja, mandi (basuh), wudhu dan tayammum.
KONSEP TAHARAH

• Hadas adalah sesuatu keadaan yang tidak suci yang menyebabkan


seseorang tidak sah melakukan ibadah tertentu seperti solat.
• Najis pula adalah sesuatu kotoran yang datang sama ada dari dalam diri
(tubuh) manusia ataupun dari luar manusia; yang boleh menyebabkan
tidak sahnya ibadah seseorang dengan sebab najis tersebut ada pada
badan, pakaian, atau tempat yang digunakan untuk beribadah.
• Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah
wajib.
DALIL TAHARAH
DALIL TAHARAH
DALIL TAHARAH

‫َلا يا ْقبالَ هللاَ ا‬


.‫َصااةًَ غِب ََا ْي غَر طه ْو ًرا‬
Artinya: “ Allah tidak menerima
shalat seseorang yang tidak dalam
keadaan suci”.
(H.R. Muslim)
SYARAT WAJIB TAHARAH

• Islam
• Berakal
• Baligh
• Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).
• Tidak lupa
• Tidak dipaksa
• Berhenti darah haid dan nifas
• Ada air atau debu tanah yang suci.
• Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.
ALAT BERSUCI

1. Air mutlak, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu


tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada
beberapa bahagian:
• Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air
hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.
• Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air
yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.

2. Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu


dan tidak bercampur dengan sesuatu.
3. Batu yang suci
4. Alat penyamak
HIKMAH BERSUCI

Kita disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus


yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah
Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di
dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah SWT.
Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat
dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan
kepada orang yang melaksanakannya.
PENDAHULUAN

• Asal hukum air adalah suci dan menyucikan dari segala hadas
dan kotoran walaupun ada perubahan pada rasa, warna atau
baunya yang disebabkan oleh sebab sesuatu yang bersih.
Contohnya air mata air, air sumur, air sungai, air hujan, salji,
embun, dan air laut.
• Jika perubahan air itu disebabkan oleh benda najis, maka
hukumnya menjadi mutanajjis.
• Debu yang suci pula adalah pengganti air jika dalam keadaan
tertentu yang dibenarkan oleh syari’at
AIR MUTLAQ

• Air yang suci lagi menyucikan dan harus menggunakannya.

• Masih kekal mutlaq walaupun ia sudah berubah mungkin disebabkan lama terbiar, disebabkan
tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.

• Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :

• Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang Badwi berdiri lalu kencing di dalam masjid, kemudian
para sahabat pergi untuk mencegahnya. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “biarkan dia dan
curahkanlah setimba air di atas air kencingnya. Sesungguhnya kamu disuruh untuk
mempermudahkan bukan menyusahkan". (HR Sheikhan)

• Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang
menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.
AIR MUSYAMMAS

• Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.


• Air Musyammas bermaksud air yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ia berlaku pada negeri-negeri yang beriklim panas yang berada dalam
bekas yang boleh berkarat seperti besi, tin dan lain-lain dan ia
digunakan pada badan manusia (juga binatang yang boleh terkena
penyakit kulit seperti sopak).
• Umar Al-Khattab tidak suka mandi dengannya atas faktor kesihatan.
• Imam Syafie meriwayatkan bahawa ia boleh menyebabkan penyakit
sopak."
AIR MUSTA'AMAL

• Air yang suci tetapi tidak menyucikan yang lain.


• Boleh terjadi disebabkan mengangkatkan hadas pada
basuh kali yang pertama pada mandi wajib atau wudhu'
yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
‫ف يَ ْفعَ ُال ايَا أَبَا ُه َر ْي َرةاَ ؟‬
‫ َك ْي َا‬: ‫ فَقَا َال‬، ‫جنُبا‬ ِ ‫س ْال أ َ َح ُد ُك ْام ِفي ا ْل َم‬
‫اءا الدَّائِ ِام َو ُه َاو ُا‬ ِ َ ‫" َال يَ ْغت‬
"‫او ًال‬ُ َ‫اولُ اهُ تَن‬ َ َ‫ يَتَن‬: ‫قَا َال‬
HR Muslim
AIR MUSTA'AMAL

Juga dalam kategori musta’mal...


• Air yang digunakan untuk menghilangkan najis. Tetapi air itu tidak berubah dan tidak
bertambah.
• Air dari pokok-pokok dan air buah-buahan seperti air dari mayang kelapa yang dibuat nira atau
akar-akar kayu.
• Air yang berubah sama ada perubahan dalam bentuk hissi atau taqdiri:
o Berubah dengan Hissi merujuk kepada air yang berubah dengan campuran sesuatu yang
dapat dilihat akan perubahannya.
o Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan sebab campuran sesuatu tetapi
perubahannya tidak dapat dilihat. Contohnya air yang bercampur dengan air mawar yang
telah hilang bau, rasa dan warnanya.
AIR MUTANAJJIS

• Ialah air yang terkena najis.


• Ia terbahagi kepada dua :
i. Air yang yang kurang dari dua qullah dan terkena benda najis kecuali yang
dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.
ii. Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa
dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.

• Ukuran air dua qullah itu ialah sebagai berikut :-


i. Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah
sebanyak 9 2/3 tin * (Ada pandangan kata 15 tin / 270 liter)
ii. Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat
162.72 kg.
iii.Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu
memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
NAJIS & BAHAGIANNYA
PENGERTIAN NAJIS

• Dari segi bahasa, najis bererti benda


kotor seperti darah, air kencing dan tahi.

• Dari segi syara`, najis bermaksud


segala kekotoran yang menghalang
sahnya solat.
PEMBAHAGIAN NAJIS

• Najis terbahagi kepada dua iaitu najis hakiki dan najis hukmi
• Najis haqiqiyy terbahagi kepada tiga iaitu:
i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-
duanya atau salah satunya.
ii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti
darah, nanah, tahi dan sebagainya.
iii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan
selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.
• Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang.
• Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing
dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.
NAJIS YANG DIMAAFKAN

Syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit
untuk dielakkan. Berikut adalah antara najis-najis yang dimaafkan:

i. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang
sedikit dan percikan air kencing.

ii. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.

iii. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan
pijat.

iv. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap
atau kudis.
CARA MENYUCI NAJIS

1. Najis mughallazah (berat)


Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh
dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah
sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

2. Najis mutawassitah (pertengahan)


Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh
tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

3. Najis mukhaffafah (ringan)


Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar
direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.

* Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah
dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.
TUTORIAL TAHARAH

1.Istinja' – fatin
2.Wuduk – Lisa
3.Tayyamum – Shamel
4.Hadas n jenis2 – nurul
5.Mandi -naufal
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai