Anda di halaman 1dari 48

BERSUCI

BERSUCI
1. PENGERTIAN

BAHASA
kalimah al-Taharah ‫ الطهارة‬bermaksud bersih dan suci dari
kotoran-kotoran.

ISITLAH bersih dari hadas atau kotoran najis.

2. DALIL DAN HUKUM


Islam amat mementingkan amalan bersuci serta kebersihan. Ini dapat dilihat
dalam ayat-ayat suci al-Quran serta hadis yang begitu mengambil berat terhadap
amalan bersuci yang perlu dilakukan. Antaranya ialah :

• Surah al-Muddatthir yang merupakan antara surah yang terawal


diturunkan yang mengandungi perintah untuk bersuci. Firman Allah SWT
dalam ayat 6 yang bermaksud :

“…dan pakaian kamu hendaklah kamu sucikannya..”

Menurut Muhammad bin Sirin suruhan ( ‫ )فَ َطهِّر‬dalam ayat ini membuktikan
kewajipan menyucian pakaian dari najis sebagai syarat pengabdian diri
kepada Allah SWT.

• Suruhan berwuduk untuk mendirikan sembahyang setiap hari


sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 yang
bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mendirikan


sembahyang, maka basuhlah muka-muka kamu, dan tangan-tangan
kamu hingga ke siku, dan sapulah sebahagian kepala-kepala kamu
dan basuhlah kaki-kai kamu hingga ke buku lali”

Suruhan ( ‫اغسلُوا‬
ِّ َ‫)ف‬ dalam ayat ini membuktikan kewajipan berwuduk

orang-orang yang berhadas kecil yang hendak mendirikan sembahyang.


Terdapat pelbagai lagi dalil yang berkaitan dengan pensyariatan bersuci.
Ini menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan soal kebersihan.
Amalan bersuci bukan sahaja disyariatkan Ketika dalam ibadat atau
hubungan dengan Allah SWT, malah ia menjadi salah satu saranan dalam
kehidupan seharian terutamanya Ketika berhubung sesama manusia.

3. ALAT
Air semata mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan
atau sesuatu sifat. Air mutlak ini terbahagi kepada beberapa
bahagian:
AIR • Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada
MUTLAK tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air
embun.
• Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada
empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air
perigi, air sungai dan air laut.

Boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu


TANAH
dan tidak bercampur dengan sesuatu.

BATU
ALAT SAMAK

4. HIKMAH
Kita disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita
lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah SWT. Oleh itu
untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai
mengagungkan kebesaran Allah SWT. Faedah melakukan taharah ialah supaya
badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan
kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.
AIR

• Asal hukum air adalah suci dan menyucikan dari segala hadas dan kotoran
walaupun ada perubahan pada rasa, warna atau baunya yang disebabkan
oleh sebab sesuatu yang bersih.
• Contohnya: air mata air, air sumur, air sungai, air hujan, salji, embun, dan air
laut.
• Jika perubahan air itu disebabkan oleh benda najis, maka hukumnya menjadi
mutanajjis.
• Debu yang suci pula adalah pengganti air jika dalam keadaan tertentu yang
dibenarkan oleh syari’at.
PEMBAHAGIAN AIR

• Air yang suci lagi menyucikan dan harus


menggunakannya.
• Masih kekal mutlak walaupun ia sudah berubah
mungkin disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah,
lumut dan tempat bertakung atau tempat
mengalirnya mengandungi belerang.
• Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlak,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud :

Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang Badwi


AIR MUTLAK
berdiri lalu kencing di dalam masjid, kemudian para
sahabat pergi untuk mencegahnya. Lalu Rasulullah
SAW bersabda, “biarkan dia dan curahkanlah
setimba air di atas air kencingnya. Sesungguhnya
kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan
menyusahkan". (HR Sheikhan)

• Perintah Rasulullah SAW supaya menjiruskan air ke


tempat air kencing tersebut adalah dalil yang
menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat
menyucikan.


• Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh
menggunakannya.
• Air Musyammas bermaksud air yang terdedah kepada
cahaya matahari. Ia berlaku pada negeri negeri yang
beriklim panas yang berada dalam bekas yang boleh
AIR berkarat seperti besi, tin dan lain lain dan ia digunakan
MUSYAMMAS pada badan manusia (juga binatang yang boleh
terkena penyakit kulit seperti sopak).
• Umar Al-Khattab tidak suka mandi dengannya atas
faktor kesihatan.
• Imam Syafie meriwayatkan bahawa ia boleh
menyebabkan penyakit sopak.

• Air yang suci tetapi tidak menyucikan yang lain.


• Boleh terjadi disebabkan mengangkat hadas pada
basuh kali yang pertama pada mandi wajib atau
wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada
anggota.
• Air yang digunakan untuk menghilangkan najis. Tetapi
air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
• Air dari pokok-pokok dan air buah buahan seperti air
dari mayang kelapa yang dibuat nira atau akar akar
AIR
kayu.
MUSTA’MAL
• Air yang berubah sama ada perubahan dalam bentuk
hissi atau taqdiri:
o Berubah dengan Hissi merujuk kepada air yang
berubah dengan campuran sesuatu yang dapat dilihat
akan perubahannya.
o Berubah dengan Taqdiri Air yang berubah dengan
sebab campuran sesuatu tetapi perubahannya tidak
dapat dilihat. Contohnya air yang bercampur dengan
air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
• Ialah air yang terkena najis.
• Ia terbahagi kepada dua :
i. Air yang yang kurang dari dua qullah dan
terkena benda najis kecuali yang dimaafkan,
sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau)
atau tidak.
ii. Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan
berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada
AIR perubahan itu sedikit atau banyak.
MUTANAJJIS • Ukuran air dua qullah itu ialah sebagai berikut :
i. Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air
dua kolah itu adalah sebanyak 92/3 tin * (Ada
pandangan kata 15 tin / 270 liter)
ii. Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air
dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
iii. Kalau dikira dengan ukuran tempat empat
persegi, maka air dua kolah itu memerlukan
tempat yang berukuran 60 x 60 cm.

NAJIS

DEFINISI NAJIS

berasal daripada perkataan arab ) ‫َ َن َس – يَن َج ُس – َ َن َاسة‬ (

BAHASA bermaksud kotoran atau segala sesuatu yang kotor. Kalimah

tersebut berlawanan dengan kalimah ‫ طهارة‬.


Segala kekotoran pada syarak yang dapat menghalang sahnya
ibadat-ibadat tertentu seperti sembahyang dan tawaf. Ia
ISITLAH
mempunyai berbagai jenis dan setiap jenisnya mempunyai
hukum-hukum tertentu
PEMBAHAGIAN NAJIS

• Merupakan najis anjing dan babi serta yang lahir


daripada salah satu daripada keduanya. Ia
termasuk apa sahaja yang berkaitan dengannya
seperti tahinya, air kencingnya, air liurnya,
darahnya, dagingnya dan peluhnya. Begitu juga
kelahiran campuran binatang lain dengan salah
MUGHALLAZAH satu daripada keduanya. Ia dianggap berat
kerana najis ini tidak akan hilang dengan
basuhan biasa.
• Cara-cara menyucikan najis : dibasuh dengan 7
kali basuhan air mutlak dengan salah satu
daripadanya adalah air yang bercampur dengan
tanah.
• Air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan
dan minum melainkan susu ibunya yang mana umur
kanak-kanak tersebut belum sampai 2 tahun. Ia
dianggap ringan kerana ia boleh disucikan tanpa
MUKHAFFAFAH basuhan biasa.
• Cara-cara menyucikan najis : direnjis dengann air
sehingga ia meliputi tempat najis tersebut sama ada
najis tersebut masih basah atau sudah kering tanpa
mengalirkan air di atasnya.
• Najis selain najis mughallazah dan mukhaffafah
seperti air kencing manusia, binatang, darah yang
mengalir dan sebagainya.
MUKHAFFAFAH
• Cara menyucikan najis : dibasuh dengan air mutlak
sehingga hilang jirim najis tersebut serta sifatnya
sama ada warna, bau dan rasa.
ISTINJA’

DEFINISI ISTINJA’
Istinjak adalah menyucikan najis dari tempat keluarnya, sama ada qubul atau dubur
(Jalan hadapan atau jalan belakang).Sama ada dengan batu atau dengan air.
HUKUM ISTINJA’ – Wajib
CARA-CARA ISTINJA’
1. Hilangkan najis dengan menggunakan benda-benda yang kesat seperti batu
atau tisu.
2. Basuh qubul atau dubur menggunakan air mutlak sehingga hilang rupa,
warna, dan bau najis itu. Ini adalah cara istinjak yang utama. Sekiranya tidak
ada benda-benda kesat, memadai beristinjak menggunakan air. Sekiranya
diberi pilihan antara menggunakan benda benda kesat atau air, lebih utama
menggunakan air.
SYARAT-SYARAT MENGGUNAKAN BATU ATAU BENDA KESAT

• Benda yang dijadikan alat bersuci perlu suci, kering dan kesat sehingga dapat
menghilangkan najis. Contohnya batu, kayu, daun dan tisu.
• Najis yang hendak disucikan itu belum kering dan tidak dibasahi oleh air atau
benda-benda lain.
• Najis itu tidak meleleh dari tempat keluarnya. Contohnya air kencing tidak
melebihi kepala zakar dan najis yang keluar dari dubur tidak melebihi
bahagian punggung yang bertan gkup ketika berdiri.
• Mengulanginya sebanyak tiga kali menggunakan sekurang kurangnya tiga
ketul batu atau tiga penjuru batu untuk batu besar. Apabila perlu ditambah,
sunat ditambah mengikut bilangan ganjil seperti lima, tujuh dan seterusnya.
BENDA-BENDA YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ISTINJA’

• Najis atau benda yang sudah terkena najis.


• Makanan seperti roti atau tulang.
• Benda benda yang mulia seperti lembaran ilmu dalam buku, maksud al Quran
dan potongan hadis.
WUDUK

DEFINISI WUDUK
Nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada
BAHASA
anggota-anggota tertentu.

Membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa


perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu
ISITLAH membasuh muka, membasuh kedua dua belah tangan,
menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki
dengan syarat syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

HUKUM WUDUK
Ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang,
sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat,
WAJIB @
ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf
FARDHU
fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan
sebagainya.

Untuk membaca atau mendengar bacaan Al Qur’an,


membaca atau mendengar bacaan hadis, membawa kitab
SUNAT tafsir, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah
disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk dan
memperbaharui wuduk..

SYARAT-SYARAT WUDUK
• Islam.
• Mumayyiz.
• Suci daripada haidh dan nifas.
• Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.
• Mengetahui kefardhuan wudhu’.
• Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.
• Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang
berwudhu’.
• Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.
• Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.
• Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’.
• Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.
• Muwalat, iaitu berturutan.
FARDHU WUDUK
1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka.
2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari
tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu
sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak
telinga.
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku
disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.
4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain lain bahagian
rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya
adalah menyapu seluruh kepala.
5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.
6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir
dengan teratur.

SUNAT WUDUK
1. Membaca “basmalah”
2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur kumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung.
5. Menyapu seluruh kepala.
6. Menyapu dua telinga.
7. Menyelati janggut yang tebal.
8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.
9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.
10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.
11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara
satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu
kering.
13. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih.
14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.
15. Menghadap qiblat.
16. Membaca doa selepas berwudhu’, iaitu :

Maksud : Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada
sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan
RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang orang yang bertaubat
dan jadikan aku dari golongan orang orang yang bersih.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK
• Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing,
darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan
air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.
• Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat
kedua-dua papan punggung ke temp at duduk.
• Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana
apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.
• Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah
(bukan mahram) walaupun tel ah mati.
• Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan
walaupun kemaluan sendiri.
• Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

TAYAMMUM

DEFINISI TAYAMMUM
Menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua dua tangan dengan
syarat yang tertentu . Tayammum dilakukan bagi menggantikan wuduk atau mandi
wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan
ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia
Dalil pensyariatan tayammum telah dinyatakan berdasarkan firman Allah SWT
dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud :
Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan
jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari
kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu
tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu tidak
mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum
dengan tanah bertayammum dengan tanah –– debu yang bersih.

SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM


• Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
• Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang
dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
• Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau
melambatkan sembuh.
SYARAT TAYAMMUM
• Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta‘mal, tidak bercampur benda
lain.
• Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.
• Hilang najis terlebih dahulu.
• Masuk waktu sembahyang.
• Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.
• Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.
ANGGOTA TAYAMMUM
• Muka
• Kedua belah tangan hingga siku
RUKUN TAYAMMUM
1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka.
2. Menyapu muka.
3. Menyapu keduadua belah tangan.
4. Tertib.
SUNAT TAYAMMUM
• Membaca basmalah iaitu lafaz
• Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan
bahagian atas dari bahagi an bawah ketika menyapu muka.
• Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM
• Berlaku sesuatu daripada perkaraperkara yang membatalkan wudhu’.
• Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
• Murtad iaitu keluar dari agama Islam
HADAS

DEFINISI HADAS

BAHASA Sesuatu yang baharu selepas tiada.

Sesuatu yang dianggap syarak berlaku pada anggota-anggota


ISITLAH tertentu yang menghalang daripada sahnya sembahyang atau
ibadat seumpamanya.

PEMBAHAGIAN HADAS
• Hadas kecil
• Hadas besar
SEBAB DAN KESAN HADAS

Sebab hadas kecil adalah sebab terbatalnya


SEBAB
wuduk.

Kesan daripada berhadas kecil adalah


terbatalnya wudhu’ dan diharamkan untuk
melakukan perkara perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada
HADAS KECIL fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah,
sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat
KESAN jenazah.
2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu
ataupun sunat kerana dihukum sebagai
sembahyang.
3. Memegang dan menyentuh kesemua
bahagian Al Qur’an atau
sebahagiannya sahaja walau sepotong
ayat.
Berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan
SEBAB
anak.
Apabila seseorang berhadath besar kerana
berjunub , maka dia diharamkan untuk
melakukan perkara perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada
fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah,
sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat
jenazah.
2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun
sunat kerana dihukum sebagai
sembahyang.
3. Memegang dan menyentuh kesemua
bahagian Al Qur’an atau sebahagiannya
sahaja walaupun sepotong ayat.
4. Membaca Al Qur’an dengan niat
membacanya kecuali dengan niat zikir,
berdoa, memuji Allah dan memulakan
sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
5. Beri‘tikaf di dalam masjid.

HADAS BESAR Apabila seseorang berhadath besar kerana


KESAN keluar haidh dan nifas , maka dia diharamkan
untuk melakukan perkara perkara berikut:
1. Menunaikan sembahyang sama ada
fardhu atau sunat dan amalan lain yang
seumpamanya seperti sujud tilawah,
sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat
jenazah.
2. Berpuasa.
3. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun
sunat kerana dihukum sebagai
sembahyang.
4. Memegang dan menyentuh kesemua
bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya
sahaja walaupun sepotong ayat.
5. Membaca Al Qur’an dengan niat
membacanya kecuali dengan niat zikir,
berdoa, memuji Allah dan memulakan
sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.
6. Masuk, duduk dan beri‘tikaf di dalam
masjid walaupun dengan wudhu’.
7. Bersetubuh.
8. Talaq.

CARA MENGHILANGKAN HADAS


Untuk menghilangkan hadas kecil ialah dengan berwudhu’ atau tayammum apabila
tidak dapat melakukan wudhu’. Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan
mandi atau bertayammum sebagai ganti daripada mandi.
MANDI

DEFINISI MANDI

BAHASA Mengalirkan air ke seluruh badan.

ISITLAH Mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI


• Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar
yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup
dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
• Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
• Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika
Wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
• Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
• Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
• Mati, kecuali mati syahid.
FARDHU MANDI
1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.
Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadas besar.
Niatnya seperti berikut :

Maksud : Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala

Maksud : Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta`ala


Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadas haidh
atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:

Maksud : Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala

Maksud : Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala

2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.


3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.
PERKARA SUNAT SEMASA MANDI
• Membaca “basmalah”
• Berwudhu’ sebelum mandi.
• Membasuh dua tapak tangan.
• Menggosok seluruh bahagian badan.
• Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.
• Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.
• Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh
sesuatu anggota dengan anggota yang lain.
MANDI SUNAT

• Mandi hari Jumaat bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at.
Waktunya dari naik fajar sadiq.
• Mandi hari raya fitrah dan hari raya adha. Waktunya adalah mulai dari tengah
malam pada hari raya itu.
• Mandi kerana minta hujan (istisqa’).
• Mandi kerana gerhana bulan.
• Mandi kerana gerhana matahari.
• Mandi kerana memandikan mayat.
• Mandi kerana masuk agama Islam.
• Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.
• Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.
• Mandi ketika hendak ihram.
SOLAT, KAIFIAT
DAN FADHILAT
SOLAT, KAIFIAT DAN FADHILAT
1. SOLAT FARDHU
DEFINISI SOLAT

BAHASA Doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.

• Perkataan-perkataan dan perbuatan perbuatan yang dimulai


dengan takbir berserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
ISITILAH syarat-syarat tertentu.
• Solat fardu ialah solat yang wajib dilaksanakan iaitu solat
Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

WAKTU SOLAT
“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur
bersamaku ketika tergelincir matahari dan Asar ketika bayang bayang sesuatu
benda telah sama panjang nya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam
matahari dan Isyak ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika
terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur
ketika bayang bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang
bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang
berbuka puasa dan Isyak ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning
cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi Nabi sebelum
engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”

BENTUK-BENTUK SOLAT FARDHU


• Solat bersendirian
• Solat berjemaah
• Solat jumaat
• Solat musafir
2. SOLAT BERJEMAAH
DEFINISI SOLAT BERJEMAAH
Solat yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih secara Bersama dengan diketuai oleh
seorang imam dan disertai dengan niat berjemaah.

HUKUM SOLAT BERJEMAAH


Fardhu kifayah kecuali sembahyang Jumaat.
Namun demikian, terdapat beberapa keuzuran yang dibenarkan syara‘ .
Contohnya:

• Keuzuran umum seperti hujan, angin yang kuat pada waktu malam, jalan
terlalu becak dan berlumpur.
• Keuzuran khusus seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar dan dahaga, takut
kepada orang yang akan melakukan kezaliman ke atas diri dan hartanya,
ketika menahan diri daripada berlaku hadas (kecil) disebabkan kencing dan
buang air besar. Begitu juga seseorang yang makan makanan yang berbau
busuk, atau berpakaian dengan pakaian yang kotor dan berbau yang boleh
mengganggu orang lain.
SYARAT IMAM
• Imam bukanlah seorang yang tidak betul bacaan al-Fatihah, cacat dari segi
sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan makmum lebih baik
daripadanya.
• Imam bukan dari kalangan wanita jika makmumnya lelaki.
• Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.
CARA MENGIKUTI IMAM
• Makmum hendaklah tidak berada di hadapan imam.
• Makruh sekiranya makmum berdiri selari dengan imam.
• Makmum hendaklah mengikut imam dengan tidak mendahului takbiratul
ihram imam. Hukumnya makruh jika dilakukan serentak dengan imam.
• Makmum hendaklah mengikuti perbuatan imam dalam semua perpindahan
dari satu rukun kepada satu rukun yang berbentuk perbuatan (rukun fi‘liyy).
• Makmum hendaklah mengetahui perpindahan imam dari satu rukun ke satu
rukun sama ada dengan melihatnya atau melihat sesetengah daripada saf
atau mendengar suara imam atau muballigh (penyampai takbir imam).
• Jarak tempat antara makmum dan imam itu hendaklah tidak terlalu jauh jika
kedua-duanya sembahyang di luar masjid. Jika sembahyang didirikan dalam
masjid, maka ikutan makmum itu sah walau sejauh mana sekalipun jarak
antara kedua-duanya.
• Makmum hendaklah berniat berjemaah atau mengikut imam ketika takbiratul
ihram.
3. SOLAT JUMAAT
Sembahyang Jumaat telah difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi
berhijrah ke Madinah. Rasulullah SAW juga menegaskan dengan sabdanya:
“Sembahyang Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang
Islam.”
DALIL TUNTUTAN SOLAT JUMAAT
“Solat Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan berjemaah selain
atas empat golongan : budak sahaya,wanita,anak kecil atau orang yang sakit”
(HR Muslim )
SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT
• Mukallaf, iaitu seorang yang beragama Islam, baligh dan berakal.
• Kemerdekaan yang sempurna. Hamba tidak diwajibkan Solat Jumaat.
• Lelaki, ia tidak diwajibkan ke atas wanita kerana mereka sibuk dengan anak
anak dan urusan rumah tangga, seterusnya menimbulkan kesulitan kepada
mereka.
• Sihat tubuh badan, tidak sakit yang memudaratkan.
• Bermukim di tempat Solat Jumaat didirikan.
SYARAT SAH SOLAT JUMAAT
• Sembahyang itu hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan
dan binaan sama ada di pekan atau di kampung yang penduduknya bertaraf
mastautin.
• Bilangan ahli Jumaat yang cukup syarat tidak kurang daripada empat puluh
orang yang cukup syarat.
• Bilangan ahli Jumaat berkekalan dari awal khutbah hingga tamatnya
sembahyang.
• Didirikan dalam waktu Zuhur. Jika waktu Zuhur telah sempit, tidak cukup
untuk didirikan sembahyang Jumaat, maka mereka wajib mendirikan
sembahyang Zuhur.
• Tidak berbilang-bilang Jumaat pada satu tempat selama ia boleh dibuat
dalam satu jamaah kecuali penduduk terlalu ramai sedangkan tempat adalah
sempit.
FARDHU SOLAT JUMAAT
Ia terdiri daripada dua fardhu, iaitu khutbah dan sembahyang dua rakaat. Solat
Jumaat hendaklah di dirikan dengan dua raka‘at secara berjamaah selepas khutbah.
Untuk mendapatkan jamaah dalam solat Jumaat, hanya disyaratkan mendapatkan
satu rakaat yang penuh. Sekiranya ia diperolehi, maka sembahyang Jumaat adalah
sah dan jika tidak, ia wajib ditukar kepada Zuhur.
RUKUN KHUTBAH JUMAAT
1. Memuji Allah SWT dengan menggunakan mana-mana lafaz sekalipun
terdapat di dalam isi kandungan ayat yang dibaca.
2. Bersalawat ke atas Nabi SAW dengan mana-mana perkataan yang memberi
maknanya.
3. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dengan menggunakan apa jua
lafaz.
4. Membaca satu ayat daripada Al-Qur’an yang dapat memberi kefahaman dan
mempunyai makna yang jelas pada salah satu daripada dua khutbah.
5. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua.
SYARAT KHUTBAH JUMAAT
• Khatib berdiri ketika berkhutbah sekiranya ia berkuasa untuk berbuat
demikian. Kedua-dua khutbah tersebut hendaklah dipisahkan dengan duduk.
• Tidak dikemudiankan daripada sembahyang.
• Khatib berada dalam keadaan suci daripada hadath kecil dan besar, serta
najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan atau tempatnya
dan berada dalam keadaan menutup ‘aurat.
• Rukun-rukun khutbah dibaca dalam bahasa Arab biarpun tidak difahami oleh
para jamaah.
• Berturut-turut di antara rukun rukun khutbah dan juga antara khutbah pertama
dengan khutbah kedua serta antara khutbah kedua dengan sembahyang.
• Rukun kedua-dua khutbah tersebut hendaklah didengari oleh empat puluh
orang yang mencukupi syarat syarat sah sembahyang Jumaat.
4. SOLAT JAMAK DAN QASAR
PENGENALAN SOLAT JAMAK DAN QASAR
Solat jamak merupakan rukhsah bagi orang yang musafir ialah dengan cara
menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu
menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu
waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Jamak terbahagi kepada 2 iaitu taqdim dan takkhir. Manakala menqasarkan solat
pula ialah melaksanakan solat yang bilangannya empat rakaat, dilaksanakan
sebanyak 2 rakaat.
SYARAT SOLAT JAMAK DAN QASAR
• Tujuan musafir bukannya maksiat.
• Jarak melebihi dua marhalah.
• Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan
dilaksanakan secara tunai.
• Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratu l ihram.
• Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
• Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu.
• Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
• Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
SYARAT SOLAT JAMAK TAQDIM
• Didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib.
• Diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu
dalam sembahyang sebelum salam.
• Muwalat
• Hendaklah berkekalan musafirnya semasa melakukan solat.
SYARAT SOLAT JAMAK TA’KHIR
• Berniat Jamak Ta’khir sebelum habis waktu solat yang pertama
• Berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan
sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang
pertama itu jadi solat qada’.
TEMPOH DAN JARAK MUSAFIR YANG MEMBENARKAN RUKHSAH SOLAT
Tidak ada nas yang jelas lagi khusus dalam penetapan jarak dan tempoh musafir.

Jarak 2 marhalah = Berjalan kaki atau berjalan dengan unta bersama bebanan 2
hari = 4 burud = 16 farsakh = 48 Batu Hasyimiyyah = 80,81,84,85,89,90 KM

Dalam penetapan tempoh pula ulama khilaf pada tempohnya iaitu: 3, 15, 20 hari dan
tiada had tempoh jika tidak diniatkan bermukim tetap.
5. SOLAT-SOLAT SUNAT
WAKTU TEGAHAN SOLAT SUNAT
• Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.
• Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam
selepas naiknya matahari.
• Waktu matahari tegak ( rembang ) sehingga matahari tergelincir ( masuk
waktu Zohor )
• Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.
• Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.
PENGECUALIAN WAKTU TEGAHAN SOLAT SUNAT
• Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti
sembahyang yang telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan
tahiyyatul masjid.
• Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu
seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).
• Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.
• Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu
sendiri.
6. SOLAT FARDHU KETIKA BERKENDERAAN
GUGUR KEWAJIPAN MENGHADAP KIBLAT
Gugur kewajipan mengadap kiblat bagi orang yang solat sunat di atas
kenderaannya. Dibolehkan solat sunat di atas kenderaan berdasarkan hadis yang
bermksud : Amir Bin Rabi’ah RA. Beliau berkata “Aku melihat Rasulullah S.A.W.
solat di atas kenderaan menurut arah kenderaannya.”
(HR. Bukhari dan Muslim, sedang Bukhari menambahkan keterangan: memberi
isyarat dengan kepala tetapi tidak dilakukan pada solat solat fardhu)
SOLAT FARDHU DI ATAS KENDERAAN
Orang berada di atas kenderaan, jika ia dapat turun atau berhenti, wajiblah ia turun
atau berhenti untuk menunaikan solat. Jika dibimbangi habis waktu sebelum sampai
ke destinasi, dia hendaklah solat setakat kemampuan. Jika ia mampu berdiri
wajiblah ia berdiri. Jika tidak , harus ia melakukannya sambil duduk. Bagi kiblat pula,
jika ia dapat mengadap ke arah kiblat, wajiblah ia mengadap ke arahnya. Jika di
tengah solat, kapal/kenderaan beralih dari arah kiblat, dimaafkan. Jika ia tidak
mampu mengadap ke arah kiblat, hendaklah ia mengadap ke arah mana yang
boleh. Begitu juga dengan rukun-rukun yang lain, hendaklah dilakukan mengikut
kemampuan mengikut kaedah fiqh iaitu al Masyaqqah tajlibu at Taisir.
DALIL-DALIL YANG BERKAITAN
Sabda Nabi SAW.; “Hendaklah kamu tunaikan solat dengan berdiri. Jika tidak
mampu, tunaikan dengan duduk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan mengiring di
atas rusuk. Jika tidak mampu, tunaikan dengan isyarat”
(HR Imam al Bukhari dari ‘Imran bin Hushain r.a)

Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan; Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang lelaki;
“Bagaimana hendak saya tunaikan solat di dalam perahu/kapal laut?”. Baginda
menjawab; “Tunaikan dengan berdiri kecuali jika kamu bimbang akan tenggelam”
(HR Imam ad Daruqutni dan al Hakim. Menurut al Baihaqi; hadis ini hasan. Lihat;
Faidhul Qadier, hadis no. 5009).
ADAKAH WAJIB I’ADAH?
Tidak perlu qada’ berdasarkan kerana Allah berfirman; “Maka bertaqwalah kamu
kepada Allah sedaya supaya kamu” (at-Taghabun; 16). Dan sabda Nabi SAW pula
bersabda; “Apabila aku perintahkan kamu dengan suatu urusan, maka lakukanlah
mengikut yang termampu oleh kamu”
(HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).Inilah pandangan Imam al Muzani dan
Imam an Nawawi . Pandangan ini paling kuat dari sudut dalilnya.
7. SOLAT KETIKA SAKIT

ُ َۡ َ ََ َ ََ ۡ ُ ََٰ ۡ َ ُ
‫يين م ۡين َح َرج‬
‫ي‬ ‫ٱل‬‫ك ۡم ِف د‬
‫ي‬ ‫هو ٱجتبىكم وما جعل علي‬
Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.
(Al-Hajj : 78)
CONTOH MUSYAQQAH YANG MENGHARUSKAN DUDUK
• Tidak mampu untuk berdiri.
• Mempunyai penyakit yang akan bertambah teruk sekiranya dia bersolat
secara berdiri.
• Seseorang yang berada di atas kapal, sampan, ataupun perahu, yang takut
akan tenggelam sekiranya dia melakukan solat secara berdiri di atas
kenderaan tersebut.
• Seseorang yang berasa pening kepala.
• Sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat.
• Solat di atas kapal terbang jika dikhuatiri jatuh apabila dilakukan solat secara
berdiri.
• Solat di dalam keretapi seperti perkhidmatan ETS (Electric Train Service) dan
seumpamanya.
• Seseorang yang mengalami penyakit salis al-baul. Yang mana jika dia berdiri
akan menyebabkan air kencingnya mengalir.
8. SOLAT DALAM KEADAAN PERANG
Al-Bukhari (902) telah meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas RA, dia berkata Nabi SAW
berdiri, dan orang-orang berdiri bersama beliau. Maka beliau pun takbir, dan
mereka pun takbir bersama baginda. Lalu ada beberapa orang dari mereka yang
ikut ruku’. Selanjutnya Nabi sujud, dan (hanya) mereka inilah yang ikut sujud
bersama beliau. Kemudian Nabi bangkit untuk rakaat kedua, maka bangkit pula
mereka yang tadi ikut sujud lalu menjaga kawan-kawan mereka, sementara
kelompok yang lain datang lalu ruku’ dan sujud bersama beliau. Sedang orang
orang itu seluruhnya berada dalam satu solat, tetapi sebahagian mereka
menjaga sebahagian yang lainnya.
Al-Bukhari (4261) telah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA tentang Solat Khauf.
Beliau berkata: Dan seterusnya, jika terjadi ketakutan yang lebih teruk lagi dari
itu, maka mereka solat sambil berjalan dan berdiri dengan kaki mereka, atau
berkendaraan, sama ada menghadap atau tidak menghadap kiblat.

9. SOLAT JENAZAH
DEFINISI SOLAT JENAZAH
Solat jenazah adalah solat yang dilaksanakan Muslim sebelum pengebumian mayat
Muslim selepas dikafankan. Solat ini dilakukan secara berjemaah untuk meminta
ampun dan mendoakan si mati.
Hukumnya sunat, dan merupakan Fardu Kifayah.
FADHILAT SOLAT JENAZAH
Dari Abdullah bin Abbas RA, katanya; aku ada mendengar Rasul SAW, bersabda
mana-mana orang Islam (lelaki atau perempuan) yang mati lalu disembahyangkan
jenazahnya oleh 40 orang lelaki yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu
yang lain nescaya Allah kabulkan doa permohonan mereka mengenainya.
SYARAT SAH SOLAT JENAZAH
• Sama seperti syarat sah solat fardu.
• Mayat sudah dimandikan dan dikafankan.
• Mayat diletak sebelah qiblat mereka yang menyembahyangkannya kecuali
jika sembahyang ghaib.
RUKUN DAN KAIFIAT SOLAT JENAZAH
• Dilaksanakan dalam keadaan berdiri sahaja, tiada ruku‘, sujud, tasyahhud
dan duduk. Sebelum dilakukannya juga tidak disertai dengan azan dan
iqamah. Rukun dan kaifiatnya seperti berikut:
• Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke
atas mayat.
• Membaca Surah Al-Fatihah.
• Bertakbir untuk kali kedua. Seterusnya membaca salawat dan selawat yang
paling afdhal ialah salawat Ibrahimiyyah.
• Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas takbir
tersebut.
• Kemudian bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya.
• Kemudian memberi salam ke sebelah kanan dan kiri.

10. AZAN DAN IQAMAT


DEFINISI AZAN

BAHASA Pemberitahuan.

Manakala dari segi syarak pula bermaksud suatu gabungan


ISITILAH perkataan-perkataan tertentu yang dilaungkan sebagai
pemberitahuan tentang masuknya waktu sembahyang fardhu.

DEFINISI IQAMAT
Sebutan tertentu untuk membangkitkan para Jemaah untuk mengerjakan solat.
HUKUM AZAN DAN IQAMAT
• Azan dan iqamat adalah sunnah muakkadah kifayah sebelum menunaikan
setiap sembahyang fardu sama ada dilakukan secara berjemaah atau
bersendirian, sama ada sembahyang qada’ atau tunai bagi orang lelaki. Bagi
lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya disunatkan secara
‘aini.
• Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjemaah disunatkan
melakukan iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan
meninggikan suara mereka.
SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAT
• Masuk waktu sembahyang.
• Hendaklah dengan bahasa Arab.
• Azan dan Iqamat hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah
seorang daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah.
• Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamat.
• Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
• Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
SUNAT AZAN DAN IQAMAT
• Muazin hendaklah suci daripada hadas kecil atau hadas besar.
• Menghadap ke arah kiblat.
• Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.
• Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.
• Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.
• Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut dan ke sebelah kiri
semasa menyebut dengan keadaan dada yang tetap.
• Melakukan tarji’ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap
sebelum dinyaringkan.
• Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah sebanyak dua
kali selepas laungan.
• Meletakkan jari-jari tangan di kedua dua telinga ketika azan dengan tujuan
untuk meninggikan suara.
• Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan menjawab azan.
• Berdoa dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas azan.

AZAN DAN IQAMAT UNTUK TUJUAN LAIN


Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamat juga harus dilakukan untuk
beberapa perkara lain:

• Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat
diiqamahkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad SAW
sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh
Fatimah.
• Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang
bermusafir.
• Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang
marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang
dirasuk jin atau syaitan.

11. JENIS-JENIS SUJUD


• Sujud sahwi
• Sujud syukur
• Sujud tilawah
PUASA
PUASA
1. KONSEP PUASA

BAHASA Menahan diri daripada sesuatu


Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang yang
ISITILAH membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari
diserti dengan niat.

2. DALIL KEFARDHUAN DAN HIKMAH


DALIL KEFARDHUAN
ُ َََ ۡ ُ َۡ
ۡ‫كم‬ َ َ ََ َ ُ َ َ ُ َ ُ ُ ۡ َ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ َ َ ُّ َ َٰٓ َ
‫ٱلصيام كما كتذب لَع ٱّلذين مذن قبل ذكم لعل‬
‫ٱّلين ءامنوا كتذب عليكم ذ‬ ‫يأيها ذ‬
َ ُ َ
١٨٣ ‫ت َتقون‬
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
( Al-Baqarah : 183 )
HIKMAH
• Meningkatkan ketakwaan kepada Allah kerana melaksanakan perintahNya
• Membentuk akhlak mulia seperti menahan diri drpd melakukan perkra
maksiat yang boleh membatalkan puasa
• Melahirkan rasa syukur di atas nikmat yang diperoleh seperti nikmat ketika
berbuka puasa
• Melatih diri lebih sabar dan tabah
• Melatih disiplin waktu
• Berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara
3. JENIS PUASA

• Bulan ramadhan
• Nazar
WAJIB
• Qada’
• Kifarah
• Hari arafah (9 Zulhijah)
• 9 & 10 Muharam
SUNAT
• Isnin & Khamis
• Puasa enam hari pada bulan Syawal
• 1 Syawal
• 10 Zulhijah
HARAM
• Hari Tasyrik 11,12,13 Zulhijah
• Hari Syak 30 Sya’ban

• Puasa hari Jumaat atau Sabtu sahaja


MAKRUH
• Puasa sepanjang tahun

4. SYARAT WAJIB
• Berakal
• Baligh
• Mampu @ tak uzur

5. SYARAT SAH
• Orang Islam
• Berakal
• Suci dari haid & nifas
• Waktu dibolehkan brpuasa bukan waktu haram puasa
6. RUKUN, SUNAT DAN MAKRUH PUASA

• Berniat
RUKUN • Menahan diri daripada melakukan perkara perkara yang
membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari
• Lambatkan sahur
• Segerakan berbuka
• Berbuka dengan kurma atau benda manis atau air
SUNAT • Menjamu orang berbuka puasa
• Solat terawih
• Banyak ibadah dan buat kebaikan
• Bersungguh-sungguh mendapatkan malam lailatulqadar
• Kerap mandi
• Tidur sepanjang hari
MAKRUH • Menggosok gigi selepas tergelincir matahari
• Merasa makanan dengan lidah
• Berkumur berlebihan

7. PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Keluarkan air mani dengan sengaja
• Bersetubuh di siang hari
• Keluar darah haid atau nifas
• Hilang akal (gila)
• Pitam sepanjang hari
• Rokok di siang hari
• Murtad
• Memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka

8. ORANG YANG HARUS BERBUKA PUASA

• Orang yang sakit


• Orang yang bermusafir lebih 2 marhalah
• Orang tua yang lemah
• Orang yang hamil
• Orang yang menyusukan anak
9. QADA’ DAN FIDYAH PUASA

• Orang yang sakit ringan dan ada harapan utk sembuh


QADA’ • Orang yang hamil dan bimbang kesihatan diri
• Orang yang menyusukan anak dan bimbang kesihatan diri

• Orang yang sakit tidak ada harapan untuk sembuh


FIDYAH
• Orang yang terlalu tua dan tidak mampu

QADA’ DAN • Orang yang hamil dan menyusukan anak dan bimbang
FIDYAH memberi kemudaratan kepada anak

10. PENGHAYATAN BULAN RAMADHAN

• Solat sunat terawih


• Tadarus al-Quran
• Bersedekah
• Zikir dan tasbih
• Mujahadah melawan nafsu
ZAKAT
ZAKAT
1. KONSEP ZAKAT
Mengikut pendapat ulama yang sahih, zakat telah disyariatkan pada tahun kedua
setelah penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Syarat wajib zakat
1. Islam
2. Merdeka
3. Cukup Nisab dan Haul
4. Diketahui Pemiliknya
5. Pemilikan sempurna

2. PENGERTIAN

BAHASA Berkembang, keberkatan, bertambah dan penyucian


Nama bagi harta tertentu, yang wajib dikeluarkan pada kadar
ISITILAH
tertentu dan diagihkan kepada golongan tertentu.
Merupakan suatu kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian
SYARAK harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu
apabila cukup syarat syarat yang ditentukan.

3. DALIL KEWAJIPAN ZAKAT

َ ٰ َّ َ َ ْ ُ َ ۡ َ َ ٰ َ َّ ْ ُ َ َ َ ٰ َ َّ ْ ُ َ َ
٤٣ ‫وأقِيموا ٱلصلوة وءاتوا ٱلزكوة وٱركعوا مع ٱلركِعِني‬
Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'.

Hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat terbahagi kepada DUA iaitu:
(a) Kafir dan Murtad : Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana mengingkari
kewajipannya.
(b) Fasiq dan Berdosa : Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana bakhil atau
kedekut akan dikenakan azab diakhirat.
4. JENIS-JENIS ZAKAT
ZAKAT FITRAH
Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan
perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang ditetapkan.
Berikut ialah dalil zakat fitrah:
Rasulullah SAW telah menfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas
manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum ke
atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan yang terdiri daripada
orang Islam.
(Riwayat Muslim)
Apakah kadar fitrah dan syarat wajib mengeluarkan fitrah?
Kadar fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau
senilaidengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama
negeri-negeri.
Waktu dan Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah :

WAKTU HUKUM
Apabila terbenam matahari pada akhir 30 Ramadan
Wajib
sehingga terbit matahari esoknya.
Sebelum solat Hari Raya Paling Afdhal
Sepanjang bulan Ramadan Sunat
Selepas solat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada
Makruh
satu syawal
Selepas terbenam
Haram
matahari pada 1 Syawal
ZAKAT HARTA
Zakat harta adalah zakat yang dikenakan terhadap harta harta tertentu apabila
cukup nisab dan haulnya. Harta harta tersebut terbahagi kepada LIMA bahagian,
iaitu :

5. ASNAF ZAKAT
Asnaf zakat ialah orang yang berhak menerima zakat. Terdapat LAPAN kategori
orang yang berhak menerima zakat, iaitu:
(a) Fakir
Orang yang tidak mempunyai harta untuk menampung keperluan makanan,
pakaian dan kediamannya. Sebagai contoh, dia hanya mendapat RM3 sehari
dari RM10 yang diperlukannya.
(b) Miskin
Orang yang mempunyai harta tetapi tidak cukup untuk menampung
keperluannya. Sebagai contoh, dia memerlukan RM10 sehari tetapi pendap
atannya RM8 sahaja.
(c) Amil
Pekerja yang berjawatan dan pemungut hasil yang dtugaskan oleh pemerintah
untuk mengumpul dan mengagihkan zakat.
(d) Muaalaf
Mereka yang baru memeluk Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat
dapat menguatkan pegangan mereka kepada agama Islam.
(e) Hamba
Hamba yang layak menerima zakat ialah orang yang ingin membebaskan dirinya
daripada perhambaan (al-Mukatab), iaitu yang membuat perjanjian dengan
tuannya yang akan membebaskannya apabila dia dapat memberikan sejumlah
harta kepadanya.
(f) Orang yang Berhutang
Mereka yang dibebani hutang dan tidak mampu melunaskannya.
(g) Fisabilillah (untuk Jalan Allah)
Sukarelawan yang sedang berjuang mempertahankan umat Islam tanpa
Imbuhan dan gaji.
(h) Musafir
Orang yang dalam perjalanan yang harus atau yang ingin bermusafir untuk
tujuan yang diharuskan oleh syarak.
Berikut ialah dalil bagi orang yang berhak menerima zakat, surah at-Taubah ayat:
60,
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang orang fakir
dan orang-orang miskin dan amil amil yang mengurusnya dan orang orang
muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba hamba yang hendak
memerdekakan dirinya dan orang orang yang berhutang dan untuk dibelanjakan
pada jalan Allah dan orang orang musafir dalam perjalanan. (ketetapan hukum
yang demikian itu ialah) Sebagai satu ketetapan yang datangnya dari Allah. Dan
ingatlah Allah lagi Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana

6. HIKMAH ZAKAT
• Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang di
antara golongan kaya dan miskin
• Amalan berzakat boleh mewujudkan budaya suka bersedekah dan
berkorban harta untuk m embantu golongan miskin.
• Zakat mempunyai peranan dalam menangani masalah pengangguran.
• Zakat berperanan memastikan keperluan anggota sesebuah masyarakat
menjadi sempurna.
HAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAH
KONSEP IBADAH HAJI DAN UMRAH
HAJI
BAHASA Mengunjungi tempat yang mulia
Mengunjungi Baitullah di Makkah untuk melakukan ibadah tertentu
ISITILAH
pada waktu tertentu dengan syarat yang tertentu

UMRAH
BAHASA Ziarah
Mengunjungi Baitullah di Makkah untuk melakukan ibadah tertentu
ISITILAH
pada bila-bila masa dengan syarat yang tertentu

DALIL KEFARDHUAN HAJI DAN UMRAH


ٗ َ ‫ُّ ب َ ب َ ب َ َ َ َ ب‬ ‫ه‬ ََ ‫َ ه‬
‫ت م َن ٱستطاع إََلهَ سبَيل ا‬ َ ‫و َّلِلَ لَع ٱنل‬
َ ‫اس حَج ٱۡلي‬
Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang
sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.
( Ali Imran : 97 )
SYARAT WAJIB, RUKUN DAN SUNAT HAJI DAN UMRAH

• islam
SYARAT WAJIB • berakal
HAJI DAN • baligh
UMRAH • berkemampuan
• merdeka
• niat ihram haji
• wukuf
• tawaf
RUKUN HAJI
• saie
• bercukur atau bergunting
• tertib pada kebanyakan rukun
• niat ihram umrah
• tawaf
RUKUN UMRAH • saie
• bercukur atau bergunting
• tertib pada kebanyakan rukun

WAJIB HAJI DAN UMRAH

• niat ihram naji di Miqat


• bermalam di Mudzalifah
• melontar di Jamratul Aqabah
WAJIB HAJI
• bermalam di Mina
• melontar ketiga tiga jamrah pd hari tasyriq
• meninggalkan perkara larangan semasa ihram
• niat ihram umrah di Miqat
RUKUN HAJI
• meninggalkan perkara larangan semasa ihram

LARANGAN KETIKA IHRAM

• memakai wangi wangian


• memotong kuku
• memakai minyak pada rambut atau janggut
• menanggal atau mencabut rambut atau bulu pd badan
• memotong atau menebang pokok di tanah haram
• memburu atau membunuh binatang daratan yg halal dimakan
• melakukan akad nikah
• melakukan pndahuluan bersetubuh
CARA MELAKSANAKAN HAJI DAN UMRAH

• kerjakan haji dn umrah secara berasingan.


• umrah dikerjakan dalam bulan haji.
IFRAD • melaksanakan haji dan kemudian umrah atau umrah
sebelum menjelang bulan haji
• cara pling afdhal, dalam bulan yang sama
• kerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji
TAMATTU’
kemudian haji pada tahun yang sama
• haji&umrah dalam bulan hajiserentak
• diwajibkan dam
QIRAN • kerjakan haji & umrah serentak dalam bulan yg sama
• kerjakan umrah dahulu,tapi sebelum tawaf biat haji &
umrah serentak

DAM DAN PELAKSANAANNYA


DEFINISI DAM
BAHASA Darah
Denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan
kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana
ISITLAH
meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau wajib umrah atau
melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.
JENIS-JENIS DAM
TERTIB TA’DIL
Dam yang dibayar mengikut susunan atau membayarnya mengikut nilaian harga
dam
KESALAHAN DAM YANG DIKENAKAN
• Menyembelih seekor unta
• Menyembelih seekor lembu
• Menyembelih 7 ekor kambing
• Membeli makanan dengan nilai
Melakukan persetubuhan yang harga seekor unta dan diberi
merosakkan haji sebelum tahallul awal makanan tadi kepada fakir miskin
di mekah
• Berpuasa mengikut jumlah
bilangan cupak makanan yang
dibeli dengan nilai harga seekor
unta
• Menyembelih seekor kambing
• Membeli makanan dengan nilaian
harga yang sama dan
Dikepung atau ditahan sebelum masuk disedekahkan kepada fakir miskin
ke mekah setelah berniat ihram • Berpuasa dengan bilangan hari
sama dengan bilangan cupak
makan yang dibeli bagi harga
seekor kambing

TERTIB TAKDIR
Dam yang dibayar mengikut susunan atau membayarnya mengikut kadar yang yang
ditentukan mengikut kemampuan.
KESALAHAN DAM YANG DIKENAKAN
• Mengerjakan haji tamattuk atau
haji qiran
• Menyembelih seekor kambing
• Tidak wukuf di padang arafah
• Berpuasa selama 10 hari iaitu 3
• Tidak melakukan perkara wajib
hari di mekah dan 7 hari setelah
haji seperti tidak melontar jumrah
pulang ke kampung
dan tidak berihram di miqat
• Tidak melakukan tawaf wada’
TAKHYIR TAKDIL
Membayar dam dengan cara memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan syarak
dan boleh membayarnya mengikut nilaian harga dam
KESALAHAN DAM YANG DIKENAKAN
• Menyembelih binatan yang sama
bandingan dengan binatang yang
• Memburu dan mengusir binatang telah diburu
buruan darat yang halal dimakan • Memberi sedekah makanan
• Memotong, menebang atau kepada fakir miskin mengikut nilai
mencabut tumbuh-tumbuhan atau binatang yang disembelih
pokok di tanah haram yang • Berpuasa mengikut bilangan
tumbuh sendiri cupak makanan yang boleh dibeli
mengikut nilai binatang
sembelihan

TAKHYIR TAKDIR
Membayar dam dengan cara memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan syarak,
atau membayarnya mengikut kadar yang ditentukan mengikut kemampuan
KESALAHAN DAM YANG DIKENAKAN
• Memotong / mencabut rambut /
bulu pada mana-mana bahagian
tubuh badan
• Mengerat kuku /
menanggalkannya
Memakai pakaian yang dilarang
semasa ihram
• Memakai minyak pada rambut / • Menyembelih seekor kambing
janggut / misai • Bersedekah kepada enam orang
• Memakai bau-bauan pada fakir miskin, tiap-tiap seorang 2
pakaian / badan cupak
• Melakukan perkara-perkara yang • Berpuasa selama 3 hari
boleh mendorong kepada
persetubuhan
• Melakukan persetubuhan kali
kedua selepas persetubuhan yang
merosakkan haji
• Melakukan persetubuhan selepas
tahallul pertama
SEMBELIHAN, QURBAN DAN AQIQAH
SEMBELIHAN
MAKSUD SEMBELIHAN
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum
dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah
HUKUM SEMBELIHAN
Wajib dengan tujuan dimakan dagingnya
RUKUN SEMBELIHAN
RUKUN SYARAT RUKUN
• Islam
Penyembelih
• Tidak dalam ihram haji atau umrah
• Halal dimakan
Binatang yang disembelih • Mati dengan sekali sembelihan
• Putus urat halkum dan urat merih
• Benda yang tajam selain dari gigi, tulang,
Alat sembelihan
kuku, rambut dan tali

PERKARA SUNAT SEMASA SEMBELIHAN


• Menyebut nama Allah seperti melalui Bismillah
• Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat
yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati
• Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah
rusuk kiri
• Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam
• Melakukan sembelihan pada waktu siang
PERKARA MAKRUH SEMASA SEMBELIHAN
• Menggunakan alat yang tumpul
• Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
• Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
• Tidak membaca bismillah
• Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
• Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih
QURBAN
MAKSUD
menyembelih binatang ternakan pada hari raya Aidiladha dan pada hari tasyrik
dengan tujuan untuk beribadat
HUKUM
• sunat muakkad
• wajib apabila bernazar
SYARAT SAH KORBAN
• binatang tersebut tidak cacat yang mengurangkan daging
• hanya binatang an’am:
✓ kambing biri-biri dan kibas ( seekor untuk seorang )
✓ lembu / kerbau ( seekor boleh untuk 7 orang )
✓ unta ( seekor boleh untuk 7 orang )
• pada waktunya
• menurut syarat sah sembelihan
• niat kerana allah
WAKTU KORBAN
terbit matahari pada pagi raya aidiladha dan setelah selesai solat, pada 10 zulhijjah
hingga jatuh matahari pada 13 zulhijjah
UMUR BINATANG YANG DIJADIKAN KORBAN
· Biri-biri / kibas : 1 tahun atau lebih / telah berganti gigi
· Kambing : 2 tahun atau lebih
· Sapi / lembu / kerbau : 2 tahun atau lebih
· Unta : 5 tahun atau lebih
PERKARA SUNAT KETIKA KORBAN
• baca bismillah
• selawat 3 kali
• menghadap kiblat
• guna pisau tajam
• binatang yang sihat dan gemuk
• sembelih pada siang hari
• bagi lelaki sunat sembelih sendiri
PEMBAHAGIAN DAGING
• wajib disedekah dalam keadaan mentah untuk fakir miskin dan harus ia menjual /
makan
• haram sedekah kepada bukan islam
• harus sedekah kepada orang kaya
• harus orang yang berkorban makan daging korbannya
AQIQAH
MAKSUD
Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang
baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.
HUKUM
• Sunat muakkad
• Bagi lelaki = sunat 2 ekor kambing
• Bagi perempuan = sunat 1 ekor kambing.
• lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian
WAKTU AKIKAH
• Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )
• Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )
SYARAT SAH
• niat akikah ketika sembelih
• tidak cacat serta cukup umur
• ikut syarat sah sembelihan
DAGING SEMBELIHAN AKIKAH
• mestilah binatang an'am
• tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
• sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
• sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong
SUNAT AKIKAH
• berdoa ketika hendak menyembelih
• menyembelih ketika matahari sedang naik
• dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan
• tidak mematahkan tulang binatang akikah
• mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
• dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran

Anda mungkin juga menyukai