Anda di halaman 1dari 6

Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya

Pengertian Najis Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik. Istilah: Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat. Kejadian Najis 1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau lembut. (Contoh: Tahi, air kencing, dan air mani anjing/khinzir atau keturunannya) 2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan muntah) 3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis. (Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang). Bahagian-bahagian Najis A) Najis Mukhaffafah Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu selain daripada susu ibunya (susu yang dicampur dengan gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu). B) Najis Mutawassitah Najis pertengahan yakni selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah. Najis mutawassitah terbahagi kepada dua:

Najis ainiyyah najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat) seperti kotoran daripada haiwan. Najis hukmiyyah najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat) seperti air kencing yang sudah kering.

C) Najis Mughallazah Najis berat seperti anjing dan babi serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat daripadanya. D) Najis-najis Lain Selain daripada tiga jenis najis di atas, terdapat satu najis lagi iaitu Najis Mafu iaitu najis yang dimaafkan seperti nanah atau darah yang Cuma keluar sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sukar untuk dihindarkan. Cara-cara Menyucikan Najis A) Najis Mukhaffafah 1. Basuh bahagian yang terkena najis dan kemudian lap. 2. Percikkan air di tempat yang terkena najis. 3. Lap dengan kain bersih sehingga kering. B) Najis Mutawassitah 1. Buang najis dari tempat yang terkena kotoran. 2. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak. 3. Pastikan bahagian yang terkena najis tadi hilang bau, warna dan rasa najis tersebut. C) Najis Mughallazah 1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.

2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air. 3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga warna, bau dan rasa najis tersebut hilang. Nota tambahan: Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut: "Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak terseb

PENGERTIAN BERSUCI Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri " (Al Baqarah : 222) Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.

JENIS-JENIS BERSUCI Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum. Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran. Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur.

ISTINJAK RUKUN ISTINJAK Rukun istinjak ada 3 iaitu : Islam Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur

SUNAT-SUNAT ISTINJAK Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya. Menggunakan tangan kiri

BERISTINJAK DENGAN BATU Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah: Pastikan benda tersebut tidak mengalir Pastikan najis belum kering Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain BERISTINJAK DENGAN AIR Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.

BENDA-BENDA BERNAJIS Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut : Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci. Darah kecuali hati dan limpa Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup

JENIS-JENIS NAJIS

Terdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu: NAJIS MUGHALLAZAH Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Cara menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih NAJIS MUKHAFFAFAH Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya memakan susu ibunya sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya NAJIS MUTAWASSITAH Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian : (a) Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan air keatasnya (b) 'Ainah adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan dan membersihkan semua zatnya

JENIS-JENIS AIR Terdapat 5 jenis air iaitu : AIR MUTLAK Sifatnya adalah suci lagi menyucikan. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun AIR MUQAYYAT Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, air buahbuahan dan sebagainya. AIR MUTANNAJJIS Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: (a) Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit. (b) Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah (lebih

kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan. AIR MUSYAMMAS Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian AIR MUSTAGHMAL Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

Anda mungkin juga menyukai