Anda di halaman 1dari 52

Tajuk Bersuci

THAHARAH( BERSUCI )

PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI )

Thaharah atau bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan,
pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan ibadat khususnya ibadat
solat.

Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran islam.Tanpa


bersuci ibadat tidak diterima.Di antara cara bersuci ialah wuduk , mandi
dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.

JENIS-JENIS BERSUCI

1- Menyucikan badan dari hadas kecil


Iaitu menyucikan badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau
bertayammum. Orang yang berhadas kecil diharamkam mengerjakan
solat atau menyentuh al-Quran.

2. Menyucikan badan dari hadas besar


Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan
dirinya dengan mandi.Mereka yang berhadas besar ialah mereka yang
melakukan persetubuhan ,orang yang haid dan nifas. Orang yang
berhadas besar juga diharamkan mengerjakan solat,puasa,haji,duduk di
dalam masjid,menyentuh dan membaca al-Quran.

3. Istinja
Menghilangkan kotoran samada najis kecil (kencing) atau najis
besar(tahi) dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti
air,kertas,batu,tisu dan sebagainya sehingga najis itu bersih. Istinja itu
mestilah menghilangkan najis,baunya dan rasanya.

Cara-cara beristinja

1. Istinja itu mestilah 3 kali ulang,kalau masih belum suci boleh di ulangi
lagi sehingga bersih.

2. Alat dibuat istinja itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang
keluar.

3. Sekiranya batu mestilah diambil sekurang-kurangnya 3 biji .


JENIS-JENIS AIR

1. Ai Mutlak ( Air yang suci lagi menyucikan )


Air ini boleh digunakan untuk minum,mandi dan berwuduk dan boleh juga
digunakan untuk membasuh.contoh air mutlak ialah air telaga,air
sungai,air hujan,air mata air,air laut dan sebagainya,

2. Air Mustamal (Air yang telah digunakan )


Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan Iaitu air yang telah berubah
salah satu sifatnya,contoh seperti air kopi,air teh dan
sebagainya.Termasuk juga dalam golongan ini air yang kurang dari dua
kolah iaitu air yang sudah digunakan untuk berwuduk atau
menghilangkan najis.

3. Air Mutannajis ( Air yang kotor)


Air yang najis iaitu air yang sudah berubah semua sifatnya samada
warna,rasa atau baunya dan bercampur dengan najis.

4. Air Musyammas (air yang berjemur pada matahari)


Ialah air yang makruh untuk digunakan iaitulah air yang terjemur pada
terik matahari dalam bekas selain bekas daripada emas atau perak.Air ini
makruh digunakan untuk badan tetapi boleh digunakan untuk membasuh
pakaian.

JENIS JENIS NAJIS

1. Najis Mughallazah (najis berat)

Ialah najis yang berat iaitu najis anjing dan babi.Cara mencuci barang
barang yang terkena najis ini ialah dengan menyamak iaitulah membasuh
dengan air sebanyak 7 kali.Basuhan pertama hendaklah dengan air
bercampur dengan tanah.

2. Najis mukhaffafah (najis ringan)

Iaitu najis yang ringan seperti kencing bayi yang berusia 2 tahun
kebawahyang hanya minum susu ibunya saja.Cara menyucinya ialah
dengan merenjis air di tempat terkena kencing itu.

3. Najis Mutawassitah (najis pertengahan)


Iaitu najis pertengahan .Termasuk dalam kumpulan ini ialah air kencing
,tahi, darah,nanah,muntah,air mazi (iaitu air putih jernih yang keluar dari
kemaluan ketika nafsu berahi meningkat),wadi (iaitu air putih jernih yang
keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil ketika kerja berat),arak dan
susu binatang yang tidak boleh dimakan.Cara menyucinya ialah basuh
dengan air bersih hingga hilang baunya,rasanya,dan warnanya.Jika sudah
dibasuh berulang-ulang kali tetapi baud an warnanya tidak juga hilang
adalah dimaafkan.

WUDUK

Pengertian wuduk

Wuduk menurut bahasa ertinya bersih dan indah.Menurut syarak ertinya


membersihkan aggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.Bagi
orang yang hendak menunaikan solat wajiblah baginya berwuduk dahulu
kerana berwuduk adalah syarat sahnya solat.

Fardu Wuduk

Fardu Wuduk ada enam perkara

Pertama : Niat.
Iaitulah berniat dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.membaca
lafaz adalah sunat.ucapan niat:


Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat hadas yang kecil kerana Allah
Taala

Kedua : Membasuh muka


Iaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya rambut kepala hinggga
ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.

Ketiga : Membasuh kedua tangan hingga kesiku dimulai dengan tangan


kanan kemudian tangan kiri.

Keempat : Membasuh atau menyapu sebahagian dari kepala. Sekurang-


kurangnya membasahkan 3 helai rambut dikepala.

Kelima : Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dimulai dari kaki kaki
kemudian kaki kiri.

Keenam : Tertib iaitu melakukan wuduk mengikut turutan dan berturut-


turut.

SYARAT-SYARAT WUDUK

1. Beragama ilslam
2. Mumaiyiz iaitu seseorang yang telah dapat membezakan antara yang
bersih dengan yang kotor.
3. Suci dari haid dan nifas
4. Dengan air yang suci lagi menyucikan
5. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai kekulit (anggota
wuduk) seperti getah,minyak dan sebagainya.
6. Mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat

SUNAT-SUNAT WUDUK

1. Membaca Bismillah
2. Membasuh kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air kehidung
5. Menyapu seluruh kepala
6. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan dalam
7. membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali
8. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
9. Bersugi
10. Membaca doa selepas berwuduk

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu qubul dan dubur seperti
kentut,kencing dsbnya.
2. Hilang ingatan dengan sebab gila atau pitam atau tidur yang tidak
tetap kedudukannya
3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya.
4. menyentuh kemaluan dengan tapak tangan ataau perut anak
jari.samada kemaluan sendiri atau orang lain.

TAYAMMUM

Tayammum ialah menyapu tanah dan kedua tangan hingga ke siku


dengan beberapa syarat tertentu .Tayammun adalah sebagai ganti wuduk
atau mandi wajib khususnya bagi mereka yang tidak boleh menggunakan
air kerana sebab-sebab tertentu iaitu:

1. Uzur kerana sakit yang tidak boleh terkena air


2. Tiada air atau ada air yang cukup untuk minum sahaja.

Syarat-syarat tayammum

1. Masuk waktu solat sedangkan air tidak ada,


2. Tidak ada air walaupun sudah berusaha mencarinya.
3. Tanah suci dan berdebu
4. Menghilangkan najis dari badannya dengan beristinja sebelum
bertayammum.

Rukun Tayammum

1. Berniat untuk bertayammum


Sahaja aku tayammum kerana mengharuskan fardu solat

2. Menekankan kedua tapak tangan ke atas bedu yang suci.


3. Menyapu muka dengan tebu tadi.
4. Menekan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi kemudian
menyapu dua tapak tangan sampai kesiku.
5. Tertib

Sunat Tayammum

1. Membaca Basmalah
2. Mengadap kiblat
3. Mendahului menyapu anggota kanan
4. Mengejakan dengan berturut-berturut

Perkara yang membatalkan Tayammum

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk


2. Mendapatkan air sebelum memulakan solat(bagi orang yang tidak
uzur)
3. Apabila orang yang uzur boleh menggunakan air.

MANDI WAJIB ATAU MANDI JUNUB

Mandi wajib ialah mandi yang wajib dilakukan bagi mengangkat hadas
yang besar setelah berlaku salah satu daripada sebab-sebab yang
menyebabkan wajibnya mandi wajib seperti bersetubuh.

Sebab-sebab wajib mandi


1. Melakukan persetubuhan iaitu memasukkan kepala hasafah ke dalam
faraj meskipun tidak keluar air mani.
2. Keluar air mani walaupun tidak bersetubuh
3. Mati kecuali mati syahid
4. Suci daripada Haid.apabila seseorang perempuan telah suci daripada
haidnya maka wajiblah dia mandi dengan segera.
5. Suci dari darah nifas iaitu darah yang keluar sesudah melahirkan anak.
6. Wiladah iaitu melahirkan anak

Rukun Mandi Wajib

1. Niat iaitu dengan lafaz niatnya:

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala

2. Menghilangkan semua najis daripada anggota badan.


3. Meratakan air ke seluruh badan

Sunat-sunat mandi wajib

1. Membaca bismillah.
2. Mencuci faraj dan dubur dengan air bersih
3. Kalau ada najis ditubuh badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.
4. Sunat berwuduk
5. Menjirus air kebadan dimulakan dari sebelah kanan.

Perkara yang dilarang bagi orang yang berhadas besar.

1. Mengerjakan solat,termasuk juga sujud syukur,sujud tilawah,membaca


khutbah jumaat.
2. Melakukan tawaf di Baitullah.
3. Menyentuh dan membaca al-Quran
4. Berhenti di dalam masjid atau berulang-alik di dalamnya.
5. Berpuasa dan sebagainya.
RUKUN SOLAT
Rukun solat ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan
tidak sah solat.

RUKUN-RUKUN SOLAT
1.Rukun Qalbi
2.Rukun Qauli
3.Rukun Fikli
Wahyu Pertama Surah Al Alaq Pada 17 Ramadhan Di Gua Hirak Ketika Nabi berusia 40
tahun Baginda pulang dengan perassan takut dan gementar Siti Khadijah membawa Rasulullah
berjumpa Warqah b. Naufal Dakwah Secara Sulit Surah Al Mudasir ayat 1-5 Dakwah secara sulit
supaya orang ramai tidak terkejut Selama 3 tahun Berdakwah di rumah Al Arqam Abu Al Arqam
Dianggarkan 40 orang beriman. Orang yang ke 40 ialah Umar b. Alkhattab Orang Yang mula-mula
Beriman Khadijah binti Khuwalid Isteri Rasulullah Ali bin Abi Talib Sepupu Rasulullah
Ummu Aiman Pengasuh Rasulullah Zaid Bin Harithah Hamba yang dibebaskan Rasulullah
Abu Bakar Assiddiq Sahabat Rasulullah Uthman bin Affan Zubair Al Aum Abdul Rahman
bin Auf Saad bin Abi Waqas Dakwah Secara Terbuka Surah Al Hijr 94 Naik ke Bukit Sofa dan
menyeru penduduk Mekah dayang beramai mendengar dakwah baginda Jangan menyekutukan
Allah, beriman kepada hari kiamat, balasan baik dan buruk, berbuat baik kepada orang lain dan
bersifat ihsan Ditentang oleh bapa saudaranya, Abu Lahab Tentangan Orang Kafir Abu Jahal
Abu Lahab Ummu Jamil binti Harab Uqbah bin Abu Muit Mukjizat Rasullullah Al Quran
Terpancar air dari celah jari semasa Perang Hudaibiah. Air itu cukup untuk !500 orang Bulan
terbelah dua Makanan yang sedikit cukup untuk 1000 orang lelaki dgn secupa gandum seeokr
kibas betina yg berumur kurang setahun Israk mikraj Israk perjalanan nabi diwaktu malam dari
masjidil haram, mekah ke Masjidil al Aqsa di Palestin Mikraj Naik kea lam tinggi cari masjidil al
aqsa hingga ke Baitul Makmur 27 rejab bersamaan 621 masihi Didatangi malaikat jibril, mikail
dan seorang malaikat lain Dibawa ke telaga zam zam dibelah dadanya dan dicuci hatinya, dibuang
alaqah dan diisi dengan hikmah, ilmu dan iman Menunggang buruj, ditemani malaikat jibril dan
mikail Berhenti di ladang yang subur Madinah Madyan tempat nabi musa
berteduhketika dikejar firaun Bukit Tursina tempat Allah berfirman dengan nabi Musa
Baitul Laham Tempat lahir Nabi Isa Peristiwa Menakjubkan Kaum yang bercucuk tanam dan
terus menuai Balasan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah Menghidu bau sangat
yang sangat harum Kubur Masyitah dan keluarganya yang dibunuh oleh Firaun kerana beriman
kepada Allah Mikraj di Sidratul Muntaha Bertemu Nabi-nabi terdahulu Nabi Adam -langit
pertama Nabi Isa dan nabi Yahya - langit kedua Nabi Yusuf - langit ketiga Nabi Idris-langit
keempat Nabi Harun Langit kelima Nabi Musa Langit keenam Nabi Ibrahim- Langit ke
tujuh Terima perintah sembahyang sebanyak lima waktu Rasullah berulang memohon
mengurangkan solat kepada lima waktu dari 50 waktu Dibawa kedalam syurga Dibawa kedalam
neraka, berjumpa malaikat malik dan melihat satu kaum yang makan daging yang busuk orang
yang suka mengumpat Jihad Jihad Mencurahkan daya dan tenaga kekuatan demi mencapai
matlamat dan cita-cita mulia Jihad ada lima jenis Jihad Nafsu Jihad Syaitan Jihad Kafirun
Jihad Murtadin Jihad Munafiqin Perang Badar 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah bersamaan 12
jan 624m Rasulullah sebagai ketua perang Tentera islam, 313 dgn 2 ekor kuda dan 70 ekor unta
Tentera musuh 1000 orang Sebab Perang : mengambil balik harta orang islam yang dirampas
Tentera yang syahid 14,tentera kafir 70 terbunuh Perang Uhud Berlaku pada 6 Syawal tahun ke3
hijrah 25 ramadhan tahun ke3 hijrah tentera musyrikin bergerak ke Madinah Kekuatan tentera
musyrikin 3000 ekor kuda yang membawa bekalan makanan,200 tentera berkuda, 700 tentera
berbaju besi dan kumpulan wanita yang memainkan lagu semangat Kekuatan tentera islam 1000.
100 orang tentera mekai baju besi dan 50 orang pasukan pemanah yang diketuai Abdullah bin Jabir
Dalam Perjalanan ke Bukit Uhud, 300 org tentera islam patah balik diketuao ketua munafik
Abdullah b. Ubai Perang Uhud (sebab dan kesan) Sebab : Bermula cabar mencabar antara dua
pihak, maka keluar saidina Ali melawan Talhah b. Abu Talhah dan Saidina Hamzah melawan Uthman
b. Talhah Kemenangan pihak islam hanya sementara keran tentera pemanah turun dari bukit
berebut rebut harta rampasan Tentera pemanah diserang bertubi tubi 70 orang syahid
termasuk saidina Hamzah, manakala tentera musyrikin seramai 23 orang terbunuh Kesan:
Mencatat sejarah hitam kepada tentera islam Perang Khandak 5 Syawal tahun ke5 hijrah
Sebab:Kaum Bani Nadhir tidak puasa hati kerana terpaksa pindah ke Khaibar Tentera islam 3000,
tentera musyrikin 10000 Ketua: Rasulullah, bendera dipegang oleh zaid bin Alharithah (Mujahirin),
Saad Bin Ibadah (Ansar) Sulaiman AlFarsi mencadangkan digali parit diutara Bandar Madinah
Tentera islam menang. Bantuan Allah (Perang Khandak) Menurunkan angin kencang yang
menyebabkan khemah tentera musyrikin berterbangan Periuk belanga mereka bertaburan
Angin kencang membawa debu dan batu menyebabkan tentera musyrikin lari menyelamatkan diri
masing-masing Pertikaian Bani Nadhir Golongan orang yahudi yang telah mengikut perjanjian
damai dengan orang islam setelah dikepung selama 6 hari oleh tentera islam Bani al Mustalaq
berlaku pada bulan Syaaban tahun ke 5 hijrah. Tentera islam merempuh musuh tanpa amaran dan
Berjaya membunuh 10 orang musuh , selebihnya di tawan, Berjaya mengumpul 2000 unta, 5000
kambing. Turut ditawan Baroh yang kemudian Rasulullah mengahwinininya dan nama ditukar ke
Juwairiah. Selepas itu ramai kaum bani Mustaliq menjadi pendokong islam Bani Quraizah- berlaku
di bulan zulkaedah tahun ke 5 hijrah. Berlaku kerana dihasut bani nadhir untuk bekerjasama dengan
mereka. Nabi menghantar Saad b. Muaz (Aus) & Saad b. Ibadah (Khujraj) menemui ketua bani
Quraizah bagi menyeru mereka memeluk islam tapi enggan. Nabi hantar 300 tentera, 36 tentera
bekura dan mengepung mereka selama 25 hari Perjanjian Hudaibiah Sebab Rasulullah bersama-
sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila
pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui
tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah
untuk penjelasan Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh.
Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah
Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan
menghantar Suhail bin Amru untuk berunding Perjanjian Hudaibiah Isi Perjanjian Gencatan
senjata selama sepuluh tahun. Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya,
tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan. Orang Quraisy yang lari ke
pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula. Orang Islam yang lari ke
pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan. Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan
mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan. Perjanjian Hudaibiah Hikmah
Berkembangnya syiar Islam. Kehidupan masyarakat aman dan damai.
Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah. Membuka jalan kepada
pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy. Orang Islam dapat membuat
perhubungan dengan kabilah Arab yang lain. Perjanjian Hudaibiah Kesan Musyrikin Quraisy
semakin lemah. Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah. Rasullah mengajar ummatnya bagaimana
untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir. Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus
kepada pemerhatian dan pemikiran. Pembukaan Kota mekah Tarikh 20 ramadhan tahun ke8 hijrah,
629 Masihi Lokasi Makkah al-Mukarramah Hasil Quraisy menyerah Pihak yang berperang Muslim
Quraisy Komander dan pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. Khalid ibn al-Walid Abu Sufyan ibni Harb
Kekuatan 10,000 Tidak diketahui SEBAB:Perselisihan Kaum Bani Bakar dengan Bani Khuzaah.
Kaum Musyrukin membantu kaum Bani Bakar menyerang bani Khuzaah menyebabkan perjanjian
Hudaibiyah dilanggar Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, menciumHajar
Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekelilingKaabah. Baginda juga memasuki
Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan
membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam KESAN:Tamatnya penyembahan
berhala, Orang Quraisy semakin ramai mengadakan janji setia dengan nabi Muhammad untuk
memeluk Islam termasuk Muawiyah Abu Sufian dan Abu Quhafah
Ringkasan perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW

1. Kelahiran dan Empat Puluh Tahun


Sebelum Kenabian

Nabi Muhammad SAW lahir di kota Mekah pada hari Isnin, tarikh 12 Rabi'ul Awal
Tahun Gajah (dinamakan tahun Gajah kerana pada saat itu pasukan bergajah
yang dipimpin oleh Gabenor Yaman Abrahah ingin menghancurkan Kaabah.
Kemudian pasukan itu binasa seperti daun yang dimakan ulat . Surah Al-Fil),
bertepatan dengan 570 M.

Sebahagian besar penduduk Makkah menyemba berhala). Ayah beliau bernama


Abdullah bin Abdul Muthalib, dan ibu beliau bernama Aminah binti Wahab.
Abdullah bin Abdul Muthalib wafat ketika Rasulullah masih berada dalam
kandungan. (Sebelum kelahiran Nabi Muhammad, masyarakat hidup pada zaman
Jahiliyah iaitu zaman kebodohan. Sebahagian besar penduduk Makkah
menyembah berhala)

Orang pertama yang menyusui beliau setelah ibunya adalah Tsuaibah. Kemudian
beliau disusukan kepada Halimah binti Dzu'aib As-Sa'diyah hingga berumur 2
tahun, dan beliau diasuh Halimah selama 4 tahun.

Pada usia 6 tahun, nabi Muhammad SAW, dibawa oleh ibunya berziarah ke makam
ayahnya di Yatsrib. Namun ketika sampai di Abwa ', ibunya meninggal dan
dimakamkan di Abwa'. Dalam perjalanan tersebut ikut juga pengasuh beliau yang
bernama Ummu Aiman. Kemudian Rasulullah diasuh datuknya, selama dua
tahun.
Saat beliau berumur 8 tahun, datuknya meninggal dunia dan beliau di asuh oleh
bapa saudaranya Abu Talib. Pada usia 12 tahun, Rasulullah di bawa berniaga oleh
Abu Talib bersama kafilah dagang ke negeri Syam. Ketika tiba di Basrah, beliau
bertemu dengan pendeta Nasrani yang bernama Bahira (Bukhira) yang
mengatakan kepada Abu Talib bahawa kemanakannya mempunyai tanda-tanda
kenabian dan menyarankan agar Rasulullah dibawa kembali pulang agar tidak
dicelakai orang Rom dan Yahudi.

Pada tahun ke-14 dari kelahirannya, Rasulullah ikut dalam perang Fijar yang
terjadi pada suatu tempat di antara Nakhlah dan Thaif, antara kabilah Quraisy dan
sekutunya Bani Kinanah melawan Kabilah Qais 'Ailan. Dalam hal ini Rasulullah ikut
membantu bapa saudara-bapa saudaranya menyediakan anak panah.

Pada Usia 25 tahun Rasulullah dipercaya membawa barang perniagaan milik


Khadijah binti Khuwailid untuk diperdagangkan ke negeri Syam. Kemudian
Rasulullah berkahwin dengan Khadijah.

Putra-putri beliau dari perkahwinan dengan Khadijah adalah: Al-Qasim, Zainab,


Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fathimah, dan Abdullah. Semua putra beliau
meninggal ketika masih kanak-kanak, sedangkan putri beliau semua hidup pada
masa Islam, namum meninggal semasa beliau masih hidup, kecuali Fatimah yang
meninggal dunia enam bulan selepas beliau wafat.
Ketika Rasulullah berusia 35 tahun, kabilah Quraisy membina semula Kaabah
yang rosak akibat banjir. Tatkala pengerjaan sampai kepada peletakan Hajar
Aswad, berlaku perselisihan tentang siapa yang paling berhak meletakkan kembali
Hajar Aswad ke tempat semula.Untunglah ada seorang yang bijaksana iaitu
Ummayah bin Mughirah dari bani Makzum. Atas usul Ummayah, mereka sepakat
siapa yang paling pertama masuk melalui pintu Safa, ialah yang menjadi pemutus
perkara tersebut.

Atas Kehendak Allah SWT, Rasulullah yang pertama memasuki pintu tersebut,
dengan gembira mereka menyeru Al Amin (orang yang boleh dipercayai).
Rasulullah membentangkan sehelai kain dan meletakkan Hajar Aswad di
tengahnya, lalu meminta agar semua kepala kabilah memegang hujung selendang
t dan mengangkatnya sampai ke tempat.

2. Dibawah Naungan Kenabian

Ketika usia Rasulullah mendekati 40 tahun beliau sering beruzlah (mengasingkan


diri untuk memohon petunjuk kepada Allah SWT) di Gua Hira yang terletak di
Jabal Nur.

Tatkala usia beliau genap 40 tahun diangkat menjadi rasul dengan turunnya
wahyu pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang disampaikan oleh malaikat Jibril.
Rasulullah gementar dan pulang menemui isterinya Khadijah dan berkata
"Selimuti aku, selimuti aku". Kemudian Khadijah membawa Rasulullah kepada
bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal dan Waraqah menyatakan
yang datang kepada Rasulullah adalah malaikat Jibril.
a. Dakwah secara sembunyi-sembunyi (dakwah Sirriyyah)

Dakwah secara sembunyi-sembunyi berlangsung selama 3 tahun. Pada dakwah


permulaan itu empat orang yang dekat dengan Rasulullah menyatakan
keislamanya, mereka disebut sebagai as-saabiquun al-awwalluun (orang yang
pertama masuk Islam). Mereka terdiri dari: Khadijah (isteri beliau), Abu Bakar As-
Siddiq (sahabat beliau), Ali bin Abi Talib (anak saudara beliau), dan Zaid bin
Harithah (bekas budak beliau).

b. Dakwah secara terang-terangan (dakwah jahriyyah)

Dakwah secara terbuka dilakukan Rasulullah setelah mendapat perintah Allah


SWT (Surah Al-Hijr ayat 94). Dakwah pertama secara terang-terangan dilakukan
di bukit Safa berhampiran Kaabah dan mendapat cemuhan dari sebahagian besar
kaum Quraisy terutama bapa saudaranya sendiri Abu Lahab (Surah Al-Lahab).

c. Reaksi kaum Quraisy atas dakwah Rasulullah

Pelbagai penindasan dilakukan kepada kaum muslimin, antara lain:

- Uthman bin Affan digulung oleh bapa saudaranya dalam tikar kurma dan diasapi
dari bawah.
- Bilal, budak milik Umayyah bin Khalaf al-Jumahiy, lehernya dililit tali dan diseret,
ditindih dengan batu besar dan diletakkan di terik matahari lalu dibebaskan oleh
Abu Bakar.

Pada Tahun kelima kenabian, Rasulullah memerintahkan kaum muslimin berhijrah


ke Habsyah (Ethiopia) untuk mengelakkan penyeksaan kaum musyrikin. Raja
Habsyah pada waktu itu adalah Ashhimah an-Najasyiy.

Kekejaman kafir Quraisy semakin menjadi-jadi. Pada tahun ke tujuh kenabian,


kaum muslimin dan seluruh Bani Hasyim dan Bani Muthalib di asingkan di lembah
dibuang daerah.

Kaum kafir Quraisy memboikot segala hubungan antara umat Islam dengan pihak
lain, sehingga kaum muslimin menderita kelaparan. Pada tahun itu juga Rasulullah
memerintahkan untuk hijrah ke Habasyah yang kedua kalinya.

d. Masuk Islamnya Hamzah dan Umar bin Khattab

Hamzah bin Abdul Muthalib masuk Islam pada prnghujung tahun keenam
kenabian, pada bulan Zulhijjah. Sebab keislamannya, kerana penyeksaan Abu
Jahal kepada Rasulullah di bukit Safa dan disampaikan kepada Hamzah oleh budak
perempuan Abdullah bin Jad'an.

Ehwal Islam Hamzah pada mulanya sebagai pelampiasan harga diri seseorang
yang tidak sudi keluarganya di hina, namun Allah membuatnya cinta terhadap
Islam dan menjadikan kebanggaan kaum muslimin.
Tiga hari selepas Hamzah masuk Islam, Umar bin Khatab pun menyatakan
keislamannya.

Tahun kesepuluh kenabian isteri Rasulullah Khadijah dan pamanya yang selalu
melindungi Rasulullah dari kaum musyrikin iaitu Abu Talib meninggal dunia. Tahun
ini disebut tahun Amul Huzni (tahun kesedihan).

Dakwah di Luar Bandar Makkah

Pada tahun Ke-10 kenabian Rasulullah hijrah ke Thaif didampingi anak angkat
beliau Zaid bin Haritsah.namun dakwah beliau tidak mendapat sambutan yang
baik, bahkan beliau di usir dan dilempari oleh penduduk Taif. Rasulullah tinggal
10 hari di Taif dan kembali ke Makkah.

Peristiwa Isra 'dan Mikraj

Tahun ke-11 kenabian berlaku peristiwa Isra 'Mikraj (QS Al-Israa ayat 1).

Isra 'ertinya perjalanan Rasulullah pada malam hari, dari Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Mikraj ertinya di naikkan ke langit tertinggi
iaitu dari Baitul Maqdis sampai ke Sidratul Muntaha.
Perjalanan beliau ditemani oleh malaikat Jibril dengan mengendarai Buraq. Pada
peristiwa ini Rasulullah menerima perintah solat yang pada mulanya 50 rakaat
sampai akhirnya 5 rakaat sehari semalam

Dari perjalanan Isra 'Mikraj ini Rasulullah mengalami kejadian yang berbeza:

- Beliau ditawarkan susu dan arak, lalu beliau memilih susu.

- Beliau melihat 4 buah sungai di syurga, dua sungai nampak dan dua lagi
tersembunyi.

Yang tampak adalah sungai Nil dan sungai Eufrat.

- Beliau melihat malaikat Malik penjaga neraka yang tidak pernah tertawa.

- Beliau melihat para pemakan harta anak-anak yatim secara zalim yang bibir

mereka seperti bibi unta, mulut mereka dilempari sepotong api dari

neraka

- Beliau melihat pemakan riba yang perutnya buncit.

- Beliau melihat penzina di antara mereka kelihatan daging gemuk di


tangannyadan

disampingnya daging bernanah dan busuk dan mereka memilih mamakan daging
busuk

dan bernanah.

Sahabat beliau Abu Bakar membenarkan peristiwa Isra 'Mikraj manakala orang-
orang mendustakannya. Pada moment ini Abu Bakar digelar Ash-Shiddiq (orang
yang selalu membenarkan nabi).

Bai'ah Aqabah Pertama


Pada tahun 12 kenabian datang 12 orang dari Yathrib iaitu suku Khazraj dan suku
Aus menemui Rasulullah di bukit Aqabah di Mina dan berbai'at (berjanji) akan
setia kepada Allah SWT. Peristiwa ini dikenali dengan sebutan Bai'atul Aqabah
Pertama. Kemudian mereka pulang ke Yastrib dan Rasulullah SAW mengutus
Mush'ab bin Umair untuk mengajarkan dan memberikan pemahaman tentang
agama Islam.

Bai'ah Aqabah Kedua (Bai'at Kubro)

Pada musim haji tahun ke-13 kenabian datang lagi penduduk Yathrib dengan
jumlah yang lebih besar menemui Rasulullah di Aqabah, sehingga peristiwa ini
dikenali dengan Bai'atul Aqabah Kedua. Dalam pertemuan dengan Rasulullah SAW
mereka meminta dengan sungguh-sungguh agar Rasulullah dan kaum muslimin
hijrah ke Yatsrib. Mereka berjanji akan menolong dan melindungi seperti keluarga
sendiri.

Hijrah ke Yathrib

Rasulullah menyambut baik permintaan kaum Yatsrib untuk hijrah. Beliau


memerintahkan agar semua kaum muslimin hijrah ke Yatsrib. Mereka hijrah
secara sembunyi-sembunyi. Setelah hampir seluruh kaum muslimin berangkat
maka Rasulullah pun Hijrah ditemani Abu Bakar As-Siddiq.

Sekatan terhadap Kediaman Rasulullah SAW.

Para kafir Quraisy yang telah dilantik mengikut perjanjian parlimen Makkah
"Daarun Nadwah", merancang ingin membunuh Rasulullah SAW. Mereka
menunggu Rasulullah keluar tengah malam untuk melakukan solat di Masjidil
Haram. Namun sekatan ini gagal.
Pada malam itu Rasulullah memerintahkan kepada Ali bin Abi Talib untuk tidur di
tempat tidurnya dan berselimut dengan burdah hijau milik Rasulullah

Sementara itu Rasulullah berjaya keluar dan menembusi sekatan Kafir Quraisy.
Beliau memungut segenggam tanah lalu menaburkannya di atas kepala mereka.
Ketika itu Allah telah mencabut pandangan mereka sehingga tidak melihat
Rasulullah SAW lewat.

Sedangkan beliu menbaca firman Allah (Surah Yaasiin.9).

Dalam perjalanan Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Tsur selam tiga
malam.

Dalam perjalanan Rasulullah sempat mendirikan sebuah masjid di Quba yang


dinamakan masjid Quba. Inilah masjid yang pertama didirikan sejak
kenabian.

Saat memasuki Yatsrib beliau dan rombongan muhajirin disambut gembira oleh
penduduk Yatsrib. Sejak saat itu kota Yathrib ditukar nama menjadi Al-Madinatul
Munawarah yang dikenali sampai sekarang dengan sebutan Madinah.

Tahapan Pertama di Madinah (Tahun 1


Hijrah)

Mengawali langkah pertama pada tahun itu Rasulullah SAW mempersaudarakan


kaum Ansar dan kaum Muhajirin di rumah Anas bin Malik. Kemudian secara
bergotong royong membangun Masjid Nabawi. Tahun itu juga turun wahyu yang
membenarkan kaum muslimin berperang mempertahankan akidah dan memberla
agama Allah SWT.
Tahun Ke-2 Hijrah (Perang Badar)

Peristiwa bersejarah pada tahun ini antara lain:

- Perubahan kiblat dari arah Baitul Maqdis Palestin ke Kaabah Makkah.

- Pertama kalinya diwajibkan puasa Ramadhan.

- Disyariatkan agar umat Islam mengadakan solat Idul Fitri setelah puasa
Ramadhan.

- Ditetapka mengeluarkan zakat bagi yang mampu.

- Terjadinya perang Badar Kubra.

Pada perang Badar pasukan kaum muslimin berjumlah 313 orang. Rasulullah
mengangkat Ibnu Ummi Maktum sebagai penguasa sementara di
Madinah. Pasukan perang Badar di bagi 2 iaitu;

1. Al-Muhajirin dipimpin oleh Ali bin Abi Talib


2. Ansar dipimpin oleh Sa'ad bin Mu'adz.

Tahun Ke-3 Hijrah (Perang Uhud)-terbunuh


saidina Hamzah

Peristiwa penting pada tahun ini adalah:

- Diharamkannya minuman khamar bagi kaum muslimin.


- Peristiwa perang Uhud

iaitu perang antara kaum muslimin dengan kafir Quraisy yang dendam atas
kekalahan pada perang Badar.

Pada perang ini terbunuhnya "Singa Allah", Hamzah bin Abdul Muthalib.

Ketika tentera Islam mencapai kemenangan, terjadi kesalahan fatal dari pasukan
pemanah (yang diperintahkan oleh Rasulullah tetap berada di bukit dalam situasi
apapaun), mereka melihat tentera Islam sedang mengumpulkan ghanimah
(harta rampasan perang) dan turun ikut mengumpulkan ghanimah.

Khalid bin al-Walid, pasukan musuh memanfaatkan kesempatan untuk menyerbu


pasukan kaum muslimin.

Tahun ke-4 Hijrah

- Disyariatkannya solat khauf (solat kerana takut)

- Diturunkannya wahyu tentang tayamum apabila tidak ada air.

Tahun ke-5 Hijrah (Perang Khandak)

- Diwajibkan haji bagi kaum muslimin yang mampu.

- Terjadi perang Khandaq (peperangan Ahzab), iaitu perang dengan taktik


menggali parit

sebagai benteng Islam di Madinah.


Tahun ke-6 Hijrah (Perjanjian Hudaibiyah)

- Berlaku pejanjian Hudaibiyah, iaitu perjanjia antara kaum muslimin dengan


kafir

Quraisy di desa Hudaibiyah yang isi kandungannya:

* Penangguhan haji bagi kaum muslimun

* Gencatan senjata selam 10 tahun antara kedua-dua belah pihak

* Kebebasan memilih kelompok yang disukai (kelompok dalam perjanjian

Muhammad atau dengan pihak Quraisy).

* Siapa yang mendatangi Muhammad dari pihak Quraisy tanpa izin walinya, harus

dikembalikan lagi, jika yang melarikan diri dari pihak Muhammad, maka tidak

akan dikembalikan kepada beliau.

- Terjadi Bai'atur Ridwan, iaitu sumpah setia kaum muslimin akan membela
agama

Islam sampai titik darah penghabisan.

Tahun ke-7 Hijrah (Perang Khaibar)

Terjadi perang Khaibar, iaitu perang antara kaum muslimin dengan kaum kafir
yang pernah menyerang Madinah ketika perang Khandaq.

Tahun ke-8 Hijrah (Perang mu'tah)


& Fathul Makkah
- Terjadi perang Mu'tah, iaitu perang antara kaum muslimin dengan bangsa Rom
yang

menjajah wilayah utara Semenanjung Arab.

Pada perang ini 3000 pasukan muslimin melawan 200000 perajurit. Zaid bin
Harithah memegang panji peperangan (syahid) dan digantikan Ja'far bin Abu Talib
(syahid), digantikan Abdullah bin Rawahah (syahid), digantikan salah satu
"Pedang Allah", Khalid bin Walid.

- terjadinya Fathul Makkah (pembukaan Kota Makkah), iaitu peristiwa jatuhnya


kota Makkah kepada kaum muslimin dan pengampunan Rasulullah SAW terhadap
kaum Quraisy. Saat masuk Masjidil Haram Rasulullah menghancurkan 360 buah
berhala. Waktu solat tiba Rasulullah memerintahkan Bilal untuk
mengumandangkan Azan di atas Kaabah.

Tahun ke-9 Hijrah

- Kaum muslimin melaksanakan ibadah haji yang dipimpin oleh Abu Bakar As-
Siddiq.

- Permulaan turunya surat Baraa'ah (At-Taubah) mengenai pembatalan perjanjian


damai

dengan kaum musyrikin.

- Penduduk Thaif masuk Islam.

Tahun ke-10 Hijrah (Haji wada' dan


khutbah terakhir)

- Rasulullah memimpin kaum muslimin mengerjakan ibadah haji yang kemudian


disebut
haji Wada '(haji perpisahan).

Ketika tiba di Arafah menjelang Zuhur, Rasulullah minta disiapkan unta beliau
yang bernama Al-Qashwa dan menyampaikan khutbah yang terkini.

Setelah Khatbah turunlah surah Al-Maidah ayat 3, ertinya: Pada hari ini telah Aku
sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan
Aku redha Islam sebagai agamamu.

Tahun ke-11 Hijrah (Wafatnya Rasul


tercinta)

Pada tahun ini Rasulullah wafat, di rumah isteri beliau Aisyah, waktu dhuha, Isnin
12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijrah dalam usia 63 tahun di Madinah.

Isteri-isri beliau:

1. Khadijah binti Khuwailid.

Beliau berkahwin usia 25 tahun sedang Khadijah berusia 40 tahun.

1. Saudah binti Zam'ah

dinikahi Rasulullah tahun 10 kenabian.

1. 'Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq.

Dinikahi Rasulullah bulan Syawal tahun 11 kenabian. Aisyah berumur 6 tahun,


dan digauli saat usia 9 tahun.
1. Hafsah binti Umar bin al-Khattab

Dinikahi pada tahunke-3 Hijrah

1. Zainab binti Khuzaimah

Dijuluki Ummu Masakin (ibunya orang-orang miskin), kerana kemurahan dan


kasih sayang terhadap orang-orang miskin.Rasulullah menikahinya tahun ke 4
Hijrah.

1. Ummu Salamah Hindun binti Abu Ummayah

Dinikahi Rasulullah tahun ke-4 Hijrah

1. Zainab binti Jahsy bin Rayyab.

Beliau sebelumnya dinikahi oleh Zaid bin Haritshah (anak angkat rasulullah).
Pernikahan ini terdapat dalam firman Allah surah Al-Ahzab ayat 37

1. Juwairiyah binti Al-Harits

Dinikahi pada tahun ke-6 Hijrah.

1. Ummuh Habibah Ramlah binti Abu Sufyan.

Dinikahi bulan Muharram tahun ke-7 Hijrah

1. Shafiyah binti Huyay bin Akhthab.

Beliau tawanan dalam perang Khaibar. Rasulullah menikahinya tahun ke-7


Hijrah.

1. Maimunah binti Al-Harith.

Dinikahi Rasulullah bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah.

Rujukan:
1. Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury, Perjalanan Rasulullah yang
Agung, Muhammad dari Kelahiran hingga Detik-Detik Terakhir, Serial
Arahan Darul Haq, Jumadil Ula 1427H.
2. Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury, Sirah Nabawiyah, Pustaka Al-
Kautsar.
3. Pasukan Bina Karya Guru, Bina Sejarah Kebudayaan Islam, Erlangga,
Kelas III, IV, dan V.

Ditulis oleh: Syamsul bahri

zuhud dan Mulianya Rasulullah s.a.w

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina Aisyah menceritakan,"Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu


membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak
ada kerana Sayidatina Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-
merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,"Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini."Tanpa sedikit
tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul


isterinya.
Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,"Isteriku sangat keras kepala.
Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu,"sahut Nabi s. a. w.,"Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah
lembut terhadap isterinya."

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar
sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya
setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."


"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut


baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat
menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus
setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak
ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat
kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang
Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah
sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. Seolah-
olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya
merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan
pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya
sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina Aisyah,"Ya Rasulullah, bukankah engaku telah


dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak,"Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

tak tergambar tinggi pekertimu... Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda


dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=4021

SIAPA BUNUH SIADINA UTHMAN????

assalamualaikum,
harap panel dapat membantu , siapakah pembunuh Saidina uthman bin
Affan?jawapan:
waalaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan flickerz dengan kadar
kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Uthman bin Affan ra. telah di bunuh akibat fitnah dan rancangan jahat yang
dilakukan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba. Para sahabat
pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ra.
melarang kerana mengikuti langkah Nabi yang melarang membunuh kaum
munafik kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh
rakan mereka sendiri.

Ibn al-Musayyib menjelaskan bahawa terhadap 7000 bangsa Mesir datang


mengadu kepada Uthman ra. mengenai govenor mereka Ibn Abi Sarh yang
zalim. Maka Uthman pun berkata : Pilihlah seseorang yang akan memerintah
kamu. Lalu mereka memilih Muhammad ibn Abi Bakr. Uthman ra. menulis
perlantikan untuknya dan merekapun kembali.

Didalam perjalanan pulang, yang mengambil masa perjalanan 3 hari dari


Madinah, seorang hamba hitam bertemu mereka dengan membawa berita
bahawa terdapatnya arahan dari Uthman ra. kepada Governor Mesir. Mereka
mengeledahnya dan mendapati surat dari Uthman ra. kepada Ibn Abi Sarh
mengarahkan kematian Muhammad ibn Abi Bakr dan beberapa orang
sahabatnya.

Merekapun kembali ke Madinah dan mengepong Uthman ra. Mereka mendapati


bahawa Unta, hamba hitam dan cop mohor adalah kepunyaannya, akan tetapi
Uthman ra. bersumpah bahawa dia tidak menulis surat tersebut atau
mengarahkan agar surat tersebut ditulis. Diketahui bahawa surat tersebut ditulis
tangan oleh Marwan ibn al-Hakam. Uthman ra. telah dikepong selama 22 hari
dimana beliau enggan menyerahkan Marwan dan enggan mengundurkan diri.

Beliau telah di bunuh pada hari terakhir Zulhijah, pada hari Jumaat, dalam
keadaan beliau berpuasa, oleh beberapa orang pemberontak yang merempuh
masuk kerumahnya. [al-Dhahabi, Siyar A`lam al-Nubala 1/2: 566-614]

Sekian, wassalam
al-ahkam

Anda mungkin juga menyukai