Anda di halaman 1dari 2

Soalan:

Guru seumpama ibu bapa kepada murid-murid semasa berada di sekolah. Oleh yang demikian guru
perlu dihormati.

Tulis sebuah karangan bertajuk Cara-cara menghormati guru.

Semasa kita berada di sekolah, gurulah yang menjaga dan mendidik kita. Guru seumpama ibu
bapa kepada kita sepanjang masa kita berada di sekolah. Kerana peranan yang sebegini besar maka
guru amat perlu dihormati sepanjang masa.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Salah satu caranya adalah dengan
mengucapkan salam ketika kita bertemu dengan guru. Seorang guru akan merasa senang hati apabila
murid-murid mengucapkan salam dan mendoakan kesejahteraanya.

Seterusnya, sikap tekun belajar dan mendengar dengan teliti setiap ajaran guru ketika berada di
dalam kelas juga merupakan satu cara untuk menghormati guru. Guru akan berasa bahagia dan
dihargai apabila kita mendengar dengan teliti ketika mereka mengajar. Guru kita pasti akan mengajar
kita dengan penuh kesungguhan.

Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara bersikap sopan santun dan berbudi
bahasa ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru. Murid yang berbudi bahasa dan
bersopan santun juga akan lebih disayangi oleh guru. Sekiranya kita bersikap biadap ketika bercakap
dan bertanyakan soalan kepada guru, sudah pasti akan membuatkan guru berasa terhina dan tidak
dihormati. Oleh yang demikian kita hendaklah menjaga kelakuan kita ketika bercakap dengan guru.

Di samping itu, jika kita melakukan kesilapan atau terlupa menyiapkan tugasan yang diberi oleh
guru, kita hedaklah memohon maaf. Sebagaimana di rumah, sekiranya kita tersilap maka kita
meminta maaf daripada ibu bapa kita. Demikian juga ketika berada di sekolah. Murid yang meminta
maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan akan membuatkan guru berasa senang hati dan berasa
lebih dihargai dan dihormati.

Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Oleh yang
demikian kita hendaklah sentiasa menghormati guru-guru kita kerana mereka telah menjalankan
tanggungjawab mereka mendidik kita.

2nd Karangan

Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi insan yang
berguna kepada bangsa dan negara. Guru juga ibarat ibu bapa kedua kepada pelajar kerana
pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, sebagai murid kita sewajarnya
menghargai guru. Terdapat banyak cara untuk menghargai guru kita. Antara cara untuk
menghargai jasa guru ialah dengan menghormati mereka. Guru perlu dihormati kerana guru
menyampaikan ilmu kepada kita. Mereka mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna.
Contohnya, kita boleh mengucapkan salam apabila berjumpa dengan guru. Kita juga tidak
boleh sombong terhadap guru. Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan
kerja sekolah mereka. Guru memberikan kerja sekolah bukannya untuk membebankan
pelajar, sebaliknya sebagai latihan tambahan atau pengukuhan di rumah. Oleh itu, kita mesti
menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam
latihan, guru akan membetulkannya. Ini pastinya dapat membantu pelajar untuk membuat
pembetulan. Kita juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah.
Disiplin sangat penting untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran. Contohnya, kita
perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam kes-kes buli, gengsterisme, vandalisme,
ponteng sekolah, dan lain-lain. Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar
boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Mereka juga
boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei. Pelajar
boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak
berjasa. Contohnya, kita boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan Hari Guru
pada 16 Mei.Kita juga perlu menunjukkan kasih sayang kepada guru. Kita bolehlah
menziarahi guru ketika mereka sakit. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga
terhadap pelajarnya. Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain.
Oleh itu, setiap pelajar perlu menghargai guru. Ini kerana, jasa guru tidak ternilai harganya
dalam melahirkan insan-insan yang berjaya, cemerlang dan gemilang.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Anda mungkin juga menyukai