Anda di halaman 1dari 5

Rukun wuduk

          Rukun wuduk, wajib wuduk, atau fardu wuduk enam perkara. Empat pekara daripadanya tersebut di
dalam al-Quran

 
          Maksudnya: Wahai segala mereka yang beriman apabila kamu hendak mendirikan sembahyang maka
hendaklah kamu basuh muka kamu dan basuh dua tangan kamu sehinga siku dan sapu kepala kamu dan
basuh dua kaki kamu hinga dua buku lali.   
     
Pertama: Niat kerana sabda nabi

  Sabda nabi Muhammad saw

        ‫إنما األعمال بالنيات‬                   


Tidak sah segala amal melainkan dengan niat.

            Waktu niat pada ketika awal membasuh satu juzuk daripada muka kerana hakikat niat pada
syara’ ‫بفعله‬ ‫قصد الشيء مقترنا‬  maksudnya mengkasad suatu berserta dengan perbuatnya. Wajib
menghadirkan niat didalam hati dengan dilintas sahaja aku mengakat wuduk. Sunat melafaskan niat  ‫نويت‬
‫الوضوء‬  ertinya sahaja aku mengangkat wuduk.
          Tidak disyaratkan berkekalan niat hinga membasuh sekelian muka. Tidak memada menyertakan niat
dengan suatu yang sebelum daripada muka seperti berniat seorang pada ketika membasuh tangan,
berkumur-kumur atau memasukkan air kedalam hidung jika tidak terbasuh sertanya satu juzuk daripada
muka adapun jika terbasuh sertanya satu juzuk daripada muka seperti bibir maka memada niatnya dan
wajib diulang membasuhnya jika tidak kasad membasuhnya daripada muka. Adapun jika kasad
membasuhnya daripada muka maka tidak wajib diulang membasuhnya.

Kedua: Membasuh keseluruhan muka.


Had muka iaitu diantara tempat tumbuh rambut sehingga dagu pada pihak  panjangnya dan dari anak
telinga hingga anak telinga pada pihak lebarnya. Wajib menyampaikan air pada sekelian kulit dan bulu yang
ada di dalam had muka adapun jangut lelaki dan jambangnya yang tebal sekira-kira tidak kelihatan kulit
dibawahnya memada membasuh sebelah luarnya sahaja adapun jangut yang nipis sekira-kira kelihatan kulit
dibawahnya maka wajib menyampaikan air di sebelah dalam jangut dan kulit di bawahnya. Jangut
perempuan samaada nipias ataupun tebal wajib meratakan air pada keseluruhanya dan kulit dibawahnya.
Perempuan yang berjangut sunat menghilangkan jangutnya samaada dengan cukur atau lainnya. Wajib
membasuh sejuzuk / sedikit daripada kepala, tengkuk, dan bawah dagu supaya sempurna basuhan
mukanya.
Ketiga: Membasuh dua tangan hinga dua siku.

Bagi mereka yang tidak mempunyai siku hendaklah membanding mereka itu kedudukkan siku orang yang
pertengahan. Wajib membasuh tiap-tiap suatu yang ada di atas tangan seperti bulu jika lebat sekalipun.
Wajib menyampaikan air pada sekelian kulit,daging yang tumbuh, jari yang lebih dan sekelian kuku. Wajib
menghilangkan segala cemar-cemar yang menegah sampai air di bawah kuku. Dan wajib menghilangkan
duri pada tangan. Tiada wajib menghilangkan keropeng kudis jika mudah menghilangkannya sekalipun.
Berlaku sekelian hukum ini pada keseluruhan angota wuduk sekira-kira patut dengannya.

 Keempat: Menyapu satu juzuk / sedikit daripada kulit kepala atau sebahagian rambut

yang didalam had kepala dengan suatu yang basah. Memada menyapu seurat rambut atau setengahnya.
Tidak memada menyapu pada rambut yang terkeluar daripada had kepala seperti menyapu di atas sangul
apabila di huraikan tempat yang disapu terkeluar daripada had / kawasan kepala. Memada menyapu di
mana-mana bahagian kepala sehinga bahagian yang wajib dibasuh serta muka. Tidak tertentu menyapu
dengan tangan yakni memada menyapu dengan seumpama ranting yang dibasah dengan air. Memada
meletakkan tangan yang basah dengan tidak mengerakkannya. Memada membasuh kepala ganti daripada
sapu.

Kelima: Membasuh dua kaki hinga dua buku lali jika tidak memakai kasut but / kasut yang
menutup keseluruhan kaki hinga melepasi dua buku lali.
Wajib menyapu kasut but atau membasuh kaki jika ada memakai kasut but. Wajib membasuh barang yang
di atas kaki daripada bulu dan sebagainya seperti pekara yang tersebut pada membasuh tangan.

Keenam: Tertib / teratur
seperti yang tersebut kerana sabda nabi  ‫به‬ ‫ابدءوا بما بدأ هّللا‬ :‫النبي‬  ‫صلى هّللا عليه وسلم‬    Ertinya mula oleh kamu
dengan perkara yang memula oleh ‫هّللا‬. Perhati ayat wuduk diatas  ‫هّللا‬ mulakan membasuh muka dan

seterusnya. Seorang yang lupa tertib tidak terjadi wuduknya melainkan muka jika ada menyertai niat pada
ketika membasuh muka. Seorang yang menyelam didalam air serta berniat wuduk memada wuduknya
sekalipun dia berada di dalam air pada masa yang singkat kerana tertibnya pada masa yang sedikit.
Syarat-syarat wuduk
          Syarat-syarat wuduk seperti syarat mandi iaitu sebelas pekara.
1. Air yang digunakan untuk berwuduk adalah air mutlak
2. Yakin atau zan / sangka yang kuat air yang diguna untuk berwuduk itu air mutlak.
3. Orang yang mengambil wuduk ialah orang islam
4. Orang yang mengambil wuduk mumayiz / dapat membeza yang baik dan yang buruk.
5. Tidak ada pekara yang memalingkan niat seperti niat memutuskan wuduk.
6. suci daripada haidh dan nifas. Tidak sah wuduk perempuan yang sedang berhaidh atau
bernifas.
7. Tidak ada pada angota wuduk sesuatu yang boleh mengubahkan air seperti bedak.
8. Tidak digantongkan niat dengan sesuatu seperti sahaja aku mengambil wuduk jika datang si
zaid.
9. Tidak ada pada angota wuduk pekara yang menegah sampai air seperti lilin, sisik ikan, getah,
dan lainya
10. Mengetahui cara berwuduk seperti tidak menangap yang sunat sebagai fardu dan tidak mengap
yang fardu sebagai sunat
11. Mengalirkan air pada angota wuduk. Tidak sah wuduk dengan menyapu tangan yang basah
pada angota yang dibasuh.

Sunat-sunat wuduk
          Sunat-sunat wuduk amat banyak hendaklah kamu baca didalam kitab-kitab yang besar. Di sini saya
dapat membawa sebahagian dripadanya.

          Sunat membaca  ‫أعوذ باهّلل‬ dan  ‫بسم هّللا‬ hinga akhir keduanya pada permulan mengambil wuduk. Jika
seorang tidak membaca  ‫بسم هّللا‬ pada permulan wuduk walaupun dengan sengaja sunat seorang itu membaca

pada pertengha wuduknya. Tidak memada membacanya setelah selesai berwuduk.


          Sunat membasuh tapak tangan hinga pergelangan sebelum berkumur-kumur.

          Sunat berkumur-kumur kemudian daripada membasuh tangan. Hasil sunatnya dengan
memasukkan air kedalam mulut samaada meludahkannya atau tidak. Berkumur yang sempurna iaitu
mengadarkan air didalam mulut dan meludahkannya.

          Sunat menghisap air didalam hidung kemudian daripada berkumur-kumur. Hasil sunatnya
dengan memasukkan air kedalam hidung samaada dihisap air itu dan dihembuskannya atau tidak.

          Sunat menyapu sekelian kepala dengan tangan yang basah. Adapun menyapu sedikit daripada
kepala iaitu wajib. Jika ada memakai umpama kopiah atau serban dan tidak mahu menangalkan keduanya
disunatkan menyapu diatas keduanya.

          Sunat menyapu keseluruhan dua telinga dengan air yang lain daripada menyapu kepala.
Cara menyapunya adalah memasuk seorang yang sedang berwuduk hujung dua telunjuknya yang basah ke
dalam dua lubang telinganya kemudian mengerak-gerakkannya pada keseluruhan lipatan telinganya
seterusnya dia memperlalu ibu jarinya yang basah di belakang telinganya dan akhirnya dia menekap dengan
dua tangannya yang basah pada dua tekinganya.

          Sunat menyelati jangut dan jambang lelaki yang tebal adapun jangut lelaki yang jarang,
jangut perempuan dan jangut khunsa wajib meratakan air pada tiap-tiap helai bulunya dan kulit
dibawahnya.
          Sunat menyelati sekelian anak jari dua tangan dan kaki jika sampai air dengan ketiadan
menyelati. Jika tidak sampai air melainkan dengan menyelati maka wajib menyelati pada ketika itu.

          Sunat mendahulu tangan kanan dan kaki kanan ketika membasuh. Adapun angota yang
mudah membasuh atau menyapu dengan serentak seperti dua pipi, dua tapak tangan, dan dua telinga tidak
disunatkan mendahulu angota yang kanan daripada angota yang kiri.

          Sunat membasuh atau menyapu tiga kali. Hasi meniga-niga pada air yang mengalir dengan lulu
tiga pelarian / alunan dan pada air yang tenang dengan mengerakkan tangan tiga kali didalamnya.

          Sunat mualat / berturut-turut yakni disunatkan jangan ada percerayan yang panjang
antara membasuh satu angota dengan angota yang lain atau membasuh antara suku-suku angota sekira-
kira ketika membasuh angota yang kedua belum kering angota yang pertama demikianlah seterusnya
angota yang lain. Begitu juga pada membasuh antara juzuk-juzuk pada satu angota.

Pekara-pekara yang membatalkan wuduk.


          Perkara yang membatalkan wuduk ada lima.

          Pertama: Keluar sesuatu dengan yakin pada salah satu daripada dua jalan /  kemaluan
hadapan atau kemaluan belakang orang yang hidup yang bukan khunsa. Samaada yang keluar itu suatu
yang kebiasan berlaku seperti air kencing,  tahi, dan lainya atau jarang berlaku seperti darah, batu dan dan
lainya melainkan air mani. Tidak batal wuduk orang yang syak / ragu-ragu keluar suatu daripada dua jalan
seperti seorang yang ragu-ragu adakah dia sudah kentut atau belum. Tidak batal wuduk orang yang keluar
maninya dengan mimpi sedangkan dia tidur dalam keadan tetap dua papan pungungnya atau orang yang
keluar mani kerana memandang perempuan dengan sahwat. Tidak batal wuduk orang yang sudah mati
apabila keluar sesuatu daripada kubulnya atau duburnya. Tidak batal wuduk khunsa / orang yang
mempunyai dua alat kelamin apabila keluar sesuatu daripada salah satu dua alat kelaminnya. Jika keluar
sesuatu daripada dua alat kelamin seperti kedua-dua alat kelaminnya mengeluarkan air kencing maka batal
wuduknya. Batal wuduk khunsa apabila keluar sesuatu daripada duburnya.
          Kedua: Tidur yang tidak tetap dua papan pungung ini pada orang yang tidur duduk adapun
orang yang tidur berdiri atau tidur terlentang batal wuduknya samaada tetap dua papan pungung atau
tidak.
          Ketiga: Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, pitam, sangat sakit, gila babi, atau lainnya.
          Keempat: Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang halal nikah keduanya dengan tiada
berlapik. Tidak batal wuduk bersentuh kulit sesama lelaki, sesama perempuan, sesama khunsa, lelaki
dengan khunsa, atau perempuan dengan khunsa. Tidak batal wuduk menyentuh rambut, kuku, dan gigi.
Yang deimaksud dengan lelaki dan perempuan disini ialah mereka yang sampai had sahwat. Tidak batal
wuduk bersentuh antara lelaki dan perempuan yang mahram / haram nikah. Yang dikehendaki dengan
mahram ialah mereka yang haram nikah dengan sebab keturunan, menyusu, atau berambil-ambilan seperti
mertua dengan menantu.
          Kelima: Menyentuh kubul / kemaluan hadapan dan halakah dubur / kerutan kemaluan
belakang dengan tapak tangan. Yang dinamakan kubul lelaki iaitu sekelian zakarnya. Tempat tumbuh
bulu ari-ari tidak termasuk kubul lelaki. Yang dikehendaki dengan kubul perempuan iaitu dua bibir farajnya
yang bertangkup.

Pekara-pekara yang diharamkan semasa berhadas kecil


          Haram sesaorang yang berhadas kecil sembahayang dan yang sama makna dengan sembahayang
seperti sujud sukur, sujud tilawah, khutbah jumat, dan sembahayang mayat.
          Haram dengan sebab berhadas kecil menyentuh atau menanggung al-Quran. Haram menyentuh kulit
al Quran. Tidak haram menyentuh al-Quran yang ada di dalamnya tafsir yang lebih banyak daripada ayat al-
Quran. Jangan ditegah kanak-kanak yang sudah mumayiz / yang dapat membeza yang baik dan buruk
membawa al-Quran kerana hendak belajar; sekalipun dia berhadas besar.          
          Haram orang yang berhadas kecil tawaf samaada tawaf rukun atau sunat. Kerana syarat tawaf suci
daripada hadas.

Anda mungkin juga menyukai