Anda di halaman 1dari 17

http://azimatmate.blogspot.

com/

ETIKA BERWUDUK

SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG 2


15100 KOTA BHARU,
KELANTAN.
CEMERLANG UNTUK GEMILANG

PENULIS : AZIZ BIN MAMAT


 Wuduk @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita
berwuduk (mengambil air sembahyang atau
mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:


Dari Rasulullah saw. beliau bersabda:
"Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak
akan diterima apabila ia berhadas hingga ia
berwuduk".
Jika kita tidak berwuduk adalah haram
hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
2. Thawaf di Baitullah.
3. Menyembahyangkan mayat.
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran,
tetapi dibolehkan, diharuskan
menyentuh/membawa/memegang jika kandungan
isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi
ayat Al-Quran.
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib
berwuduk)
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang
baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan,
yakni yang telah berusia 9 tahun.
3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau
dalam Hadas Besar.
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda
yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke
kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah,
tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku,
gincu bibir, eyeshadow dan sebagainya.
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang
fardhu dan sunat.
Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk
mengerjakan wuduk,

1. BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH


2. BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta
meratakannya ke seluruh muka yang dibasuh itu,
dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut
hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga
kanan hingga ke telinga kiri – sebanyak 3 Kali.

NIAT & BASUH SELURUH DARI TELINGA KIRI-


MUKA KANAN
Bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala"


ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil
kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi
Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat
wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum
berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan
dan kaki serta mulakanlah dengan membaca
"Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA
SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua
hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu
diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak –
sebanyak 3 Kali.
 

SIKU HINGGA HUJUNG JARI MULAKAN TANGAN


KANAN/KIRI
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu
kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga
helai rambut dan yang lebih baik ialah
menyapu seluruh kepala. – sebanyak 3 Kali.

MENYAPU AIR KE KEPALA MENCUCI KEDUA TELINGA


5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan
ratakan air kepada dua kaki serta celah-
celah jari kaki tumit hingga buku lali atau
mata kaki, mulakan sebelah kanan dahulu. –
sebanyak 3 Kali.

MEMBASUH KEDUA MULAKAN KAKI


BELAH KAKI KANAN/KIRI
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang
dahulu didahulukan dan yang kemudian
dikemudiankan.
Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca
Doa Selepas Wuduk
Sunat-sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika
berwuduk:-
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim"
dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Membasuh kedua telapak tangan hingga
kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
4. Berkumur atau bersugi.
5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung
untuk membersihkannya dan
mengeluarkannya kembali.
6. Menyapu air ke kepala.
7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan
air sehingga rata.
9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan
daripada yang kiri.
11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti
tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
13. Jangan mengelap atau mengeringkan
anggota wuduk dengan kain atau
sebagainya.
14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh
semula ke bekas atau ketimba.
15. Berjimat ketika menggunakan air.
16. Jangan berkata-kata atau bersembang
ketika mengerjakan wuduk.
17. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah
selesai berwuduk.
Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul
atau dubur) seperti kencing, najis, angin,
mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena
sebentar ketika sedang duduk.
3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila,
sawan, pitam dan sebagainya.
4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur
dengan telapak tangan atau perut jari kecil
atau besar hidup ataupun mati.
5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan
perempuan dengan tidak berlapik kecuali
muhrimnya (keluarga yang tidak boleh
dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu,
anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua,
menantu dan lain-lainnya).
6. Murtad.
Perkara-perkara yang sunat untuk berwuduk.
1. Sehabis keluar darah dari hidung.
2. Sesudah mengantuk.
3. Hendak berjalan jauh.
4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki,
mencaci,mengadu domba, marah atau
mengeluarkan kata-kata kotor.
7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
8. Kerana hendak membaca ayat-ayat
Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan

ilmu agama.
11. Ziarah ke kubur.
12. Memegang atau memikul mayat.
13. Jika dalam keadaan marah.

Anda mungkin juga menyukai