Anda di halaman 1dari 11

PEL 20

UNIT 4:WUDUK
PENGERTIAN
• Perbuatan membasuh atau menyapu
anggota badan tertentu dimulai dengan
niat kerana ALLAH SWT.
• HUKUM
• WAJIB apabila mengerjakan solat,
tawaf, menyentuh al-Quran, sujud
tilawah, sujud syukur.
ANGGOTA WUDUK
• Muka
• Kedua belah tangan hingga siku
• Sebahagian kepala
• Kedua belah kaki hingga ke buku lali
Maksudnya:Wahai orang yang beriman, apabila kamu
hendak mengerjakan sembayang (pada hal kamu
berhadas kecil) maka (berwuduk) iaitu basuhlah
muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi
siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu,
dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi
buku lali (Surah al-Maidah, 6)
RUKUN WUDUK
1.Niat.
• Berniat mengambil wuduk ketika sampai ke muka.
• Lafaz niat
• Maksudnya:
Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana ALLAH TAALA
2.Membasuh muka.
• Bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu
dan daripada anak telinga kiri hingga anak telinga kanan.
• Jika ada rambut/misaim/janggut dalam kawasan muka wajib
diratakan air sampai ke kulitnya.
3.Membasuh kedua-dua belah tangan .
• Bermula dari hujung jari hingga siku.
4.Menyapu sebahagian kepala.
• Jika tidak berambut memadai dengan menyapu kulit kepala
sahaja.
5.Membasuh kedua-dua belah kaki.
• Iaitu dari hujung jai kaki hingga ke buku lali.
6.Tertib.
• -Melakukan semua rukun wuduk mengikut susunannya.
PERKARA SUNAT KETIKA
BERWUDUK
1. Memulakan dengan membaca BISMILLAH.
2. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya semula.
5. Menyapu keseluruhan kepala.
6. Membasuh kedua-dua belah telinga.
7. Menggosok celah-celah jari kaki dan tangan.
8. Berturut-turut antara satu dengan yang lain.
9. Mengulang 3 kali setiap perbuatan.
10.Berdoa selepas berwuduk:
Maksudnya:
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain
ALLAH,Tuhan yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi
bahawa nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya. Ya
ALLAH, jadikan aku daripada orang yang bertaubat, suci dan
golongan hambamu yang soleh.
PEKARA MAKRUH KETIKA
BERWUDUK
• Membasuh anggota wuduk
lebih daripada 3 kali.
• Mendahulukan anggota kiri
daripada kanan.
• Berkumur-kumur atau
memasukkan air ke dalam
hidung secara berlebihan
bagi yang berpuasa.
• Bercakap ketika berwuduk.
PERKARA YANG MEMBATALKAN
WUDUK

1.Keluar sesuatu daripada qubur atau dubur.


2.Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang
bukan mahram tanpa berlapik.
3.Hilang akal kerana gila, mabuk, pengsan,
atau mengambil ubat yang boleh
menghilangkan ingatan.
4.Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak
tangan tanpa berlapik.
5.Tidur yang tidak tetap punggungnya.
ADAB-ADAB KETIKA BERWUDUK

1.Menghadap kiblat.
2.Memulakan wuduk dengan membaca
BISMILLAH.
3.Berjimat menggunakan air.
ALLAH berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang boros itu adalah
saudara syaitan”.
4.Tidak bercakap ketika berwuduk.
5.Menjaga diri daripada terbuka aurat.
HIKMAH BERWUDUK
• Membersih anggota yang terdedah kepada
kotoran
• Membentuk peribadi yang seimbang jasmani
dan rohani
• Melahirkan induvidu yang sentiasa beradab
sopan
• Membangunkan minda dan menyegarkan
jiwa
• Menghapuskan dosa-dosa kecil
PENGHAYATAN

• Sentiasa menjaga kebersihan rohani


dan jasmani.
• Berjimat menggunakan air.
• Sentiasa berwuduk.

Anda mungkin juga menyukai