Anda di halaman 1dari 18

EDISI

2023

MARA YOUTH
GIFTED & TALENTED
MyGift@1
T
I KEMAHIRAN AMAL ISLAMI
N
G
K Disediakan oleh
A Unit Pendidikan Islam & Bahasa Arab
T Bahagian Pendidikan Menengah MARA
A
N
1
HAK CIPTA
BPM MARA
1

MODUL MyGift@1
KEMAHIRAN AMAL ISLAMI
EDISI 2023
2



3

MARA YOUTH GIFTED AND TALENTED (MyGift@1)


KEMAHIRAN AMAL ISLAMI TINGKATAN 1

PERUNTUKAN MASA:

MASA PERKARA TEMPOH

1 Ujian Diagnostik: (40 soalan)


 Wudhuk 1 Jam
 Solat
 Secara bertulis / dalam talian

2 Wudhuk:
 Pengertian
 Rukun wudhuk
 Perkara sunat wudhuk 2 Jam
 Perkara makruh wudhuk
 Perkara yang membatalkan wudhuk

3 Solat:
 Pengertian
 Syarat wajib solat
 Syarat sah solat 2 Jam
 Rukun solat
 Perkara yang membatalkan solat
4

OBJEKTIF KURSUS
KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAI)
Di akhir kursus pelajar dapat:
1. Menyatakan pengertian, rukun, perkara
sunat, perkara makruh dan perkara yang
membatalkan wuduk.
2. Mengambil wuduk dengan betul dan
sempurna.
3. Menyatakan pengertian, syarat wajib,
syarat sah, rukun dan perkara yang
membatalkan solat.
4. Mendirikan solat dengan betul.
5

WUDUK
6

WUDUK

1.1 PENGERTIAN WUDUK

Bahasa Wuduk ialah bersih, elok dan berseri.

Istilah Wuduk ialah membasuh anggota tertentu beserta niat.

1.2 HUKUM BERWUDUK

WAJIB SUNAT

 Ketika menunaikan solat dan tawaf  Ketika berhadas kecil


 Ketika memegang atau membawa  Ketika membaca al-Quran
mushaf al-Quran  Ketika melaungkan azan dan iqamah

1.3 DALIL WAJIB WUDUK

‫ﱁﱂﱃ ﱄﱅﱆ ﱇ ﱈ ﱉ‬

..... ‫ﱑ‬
‫ﱒ‬ ‫ﱊﱋﱌﱍﱎ ﱏ ﱐ‬

Maksudnya: Wahai orang beriman! Apabila kamu hendak ‫ﭐ‬


menunaikan solat, maka basuhlah muka dan tanganmu hingga ke
siku, serta sapulah kepalamu dan basuhlah kaki hingga kedua-dua
buku lali…”
(Surah Al-Maidah: 6)
7
1.4 RUKUN WUDUK

 Masa berniat: Ketika air terkena sebahagian


1. Niat
muka.
 Disunatkan membaca lafaz niat sebelum air
terkena sebahagian muka.
 Niat Wuduk: Mengingati tujuan sesuatu
perbuatan ketika mula dilakukan (tempatnya di
dalam hati)

“Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala”

2. Membasuh muka
 Membasuh muka sebanyak 3 kali.
 Memastikan kawasan muka bermula dari gigi rambut
hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan
hingga ke anak telinga kiri.
 Wajib membasuh semua bulu yang berada dalam had
muka

3. Membasuh tangan hingga ke siku

 Membasuh tangan kanan hingga ke siku sebanyak 3 kali.


 Membasuh tangan kiri hingga ke siku sebanyak 3 kali
8
4. Menyapu sebahagian kepala

 Menyapu sebahagian kepala dengan air sebanyak 3 kali.


 Maksud menyapu sebahagian kepala iaitu sekurang-kurangnya 3 helai
rambut / sebahagian kepala bagi yang tiada rambut.

5. Membasuh kaki hingga ke buku lali

 Membasuh kaki kanan hingga buku lali sebanyak 3 kali .


 Kemudian membasuh kaki kiri sebanyak 3 kali.



Buku lali

6. Tertib

 Tertib ialah melakukan rukun mengikut susunan.


 Rukun yang pertama dilakukan dahulu dan diikuti dengan rukun
selepasnya satu persatu sehingga selesai.
9
1.5 PERKARA SUNAT WUDUK

Perkara sunat wuduk ialah:

1. Menggosok gigi sebelum berwuduk dan yang terbaik


menggunakan kayu sugi.
2. Membaca ta’awwuz dan basmallah.
3. Mengulang basuhan sebanyak tiga kali.
4. Membasuh kedua-dua tapak tangan hingga ke
pergelangan tangan.
5. Berkumur-kumur.
6. Memasukkan air ke dalam lubang hidung.
7. Melebihkan kawasan basuhan muka, tangan dan kaki.
8. Menyelati jari-jari tangan dan kaki.
9. Menggosok ketika membasuh anggota wuduk.
10. Menyelati janggut dan jambang yang tebal bagi lelaki. Kayu siwak yang berasal
11. Menyapu keseluruhan kepala. daripada pokok Araak ialah
12. Menyapu kedua-dua telinga luar dan dalam. sejenis alat yang paling baik
13. Mendahulukan anggota kanan daripada anggota kiri.
digunakan untuk bersugi.
14. Menghadap kiblat.
15. Membaca doa selepas berwuduk.
16. Muwalat (berturut-turut)

Jom kita hafaz doa


selepas wuduk dan
kita amalkannya!!!

DOA SELEPAS WUDUK

Terjemahan :
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah SWT yang Esa,
tidak ada yang menyekutukan-Nya dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad SAW itu hamba-Nya dan
pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang
bertaubat dan jadikanlah aku orang yang menjaga
kebersihan, jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang
soleh.
10
1.6 PERKARA-PERKARA MAKRUH WUDUK

Perkara-perkara makruh wuduk ialah:


1. Menggunakan air secara berlebih-lebihan.
2. Membasuh atau menyapu melebihi tiga kali.
3. Berkumur-kumur dan beristinsyak (memasukkan air ke dalam hidung) secara
berlebih-lebihan.
4. Mendahulukan anggota kiri ketika membasuh tangan dan kaki.
5. Menampar air ke muka ketika membasuh muka.
6. Mengelap anggota wuduk selepas berwuduk.
7. Bercakap-cakap ketika wuduk.
8. Tidak menutup aurat semasa berwuduk.
9. Mengambil wuduk di tempat bernajis.

1.7 PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN WUDUK

Perkara-perkara membatalkan wuduk ialah:


1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur.
2. Tidur dengan cara tidak tetap punggung ke lantai.
3. Hilang akal dengan sebab pitam, mabuk, gila atau sakit.
4. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
5. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut jari.
6. Menyentuh lingkaran dubur dengan tapak tangan atau perut jari.
7. Murtad.
11

SOLAT
12

SOLAT

2.1 PENGERTIAN SOLAT

Bahasa Solat ialah doa

Solat ialah perbuatan dan perkataan tertentu yang dimulai dengan


Istilah
takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.

2.2 SYARAT WAJIB SOLAT

Islam. Berakal.
Tidak wajib bagi orang kafir. Tidak wajib bagi orang gila,
mabuk atau pitam.

Baligh. Suci daripada haid dan nifas.


Tidak wajib bagi kanak-kanak Tidak wajib dan haram ketika
yang belum baligh. haid atau nifas.

2.3 SYARAT SAH SOLAT

1. Yakin masuk waktu.


2. Menutup aurat.
3. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan
tempat solat.
4. Suci daripada hadas kecil dan besar.
5. Menghadap kiblat.
13
2.4 RUKUN RUKUN SOLAT

1. Berdiri Bagi Yang Mampu

Solat fardu wajib dilakukan secara berdiri tegak kecuali mereka yang uzur atau sakit.

2. Niat
 Seseorang yang hendak mendirikan solat wajiblah berniat solat yang akan didirikan
ketika mengangkat takbiratul ihram.

Contoh lafaz niat:

3. Melafazkan Takbiratul Ihram


 Takbiratul ihram ialah memulakan sembahyang dengan lafaz takbir .
 Bacaan takbir ini merupakan suatu rukun berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang
bermaksud “anak kunci sembahyang itu ialah bersuci, pembukanya ialah
takbir dan penutupnya ialah salam”.

4. Membaca Surah Al-Fatihah

‫ﱁ ﱂﱃﱄ ﱅ‬

‫ﱆ ﱇﱈﱉ ﱊ ﱋ ﱌ ﱍ ﱎ ﱏ ﱐ ﱑ‬
‫ﱒ ﱓﱔﱕ ﱖ ﱗ ﱘﱙ ﱚ ﱛ ﱜ‬
‫ﱝ ﱞ ﱟ ﱠﱡ ﱢ ﱣ ﱤ‬
14
‫ﭐ‬
5. Rukuk Serta Tomakninah

 Rukuk ialah merendahkan


kepala selari dengan bahagian
punggung pada kadar 90 darjah.
 Tomakninah ialah diam
sebentar sekurang-kurangnya
tempoh membaca sekali tasbih.

6. Iktidal Serta Tomakninah


 Iktidal ialah mengangkat kepala daripada rukuk
hingga berdiri tegak.
 Tomakninah ialah diam sebentar sekurang-
kurangnya tempoh membaca sekali tasbih.

7. Sujud Serta Tomakninah


Menurunkan kepala selari dengan kaki selepas iktidal.
8. Duduk Antara Dua Sujud (Iftirasy) Serta Tomakninah
15

9. Duduk Ketika Membaca Tahiyyat Akhir


Duduk secara tawarruk.

10. Membaca Tahiyyat Akhir

11. Berselawat Kepada Nabi SAW Dalam Tahiyyat Akhir

12. Memberi Salam Yang Pertama

Lafaz salam

13. Tertib: Melakukan mengikut urutan yang betul.


16
2.5 PERKARA MEMBATALKAN SOLAT

Solat seseorang akan batal apabila berlaku satu daripada perkara yang berikut dalam solat:

1 Berhadas sebelum salam yang pertama.

2 Bercakap dengan sengaja walaupun sedikit.

3 Meninggalkan satu daripada rukun solat.

4 Hilang ingatan kerana gila, pitam atau mabuk.

5 Terkena najis pada pakaian, badan atau tempat solat.

6 Pergerakan anggota besar seperti kepala, badan, tangan dan kaki sebanyak tiga kali
berturut-turut.

7 Berdehem dengan sengaja, ketawa, menangis kuat, mengerang kesakitan atau


menghembus dengan mulut atau hidung jika zahir dua huruf atau satu huruf yang dapat
difahami.

8 Makan dan minum.

9 Murtad.

10 Berpaling dada daripada arah kiblat.

11 Terbuka aurat dengan sengaja.

12 Berniat untuk memberhentikan solat atau berubah niat.


BORANG PENTAKSIRAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI MYGIFT@1
17

NAMA

NO. MAKTAB

KELAS

ARAS
1 2 3 4 5
Mengetahui Menjelaskan Menerangkan Menghuraikan Menghuraikan
perkara asas pengetahuan pengetahuan pengetahuan secara terperinci
tentang wuduk tentang wuduk serta boleh serta serta
dan solat dan solat melakukan amali mengamalkannya mengamalkannya

Tandakan (/) di ruangan yang berkenaan.

ARAS KEMAHIRAN
BIL. TAJUK
1 2 3 4 5

1 Pengertian wuduk

2 Rukun wuduk

3 Perkara sunat wuduk

4 Perkara makruh wuduk

5 Perkara yang membatalkan wuduk

6 Pengertian solat

7 Syarat wajib solat

8 Syarat sah solat

9 Rukun solat

10 Perkara yang membatalkan solat

Markah Keseluruhan / 50

Ulasan Guru

Tandatangan Guru

Anda mungkin juga menyukai