Anda di halaman 1dari 9

‫)‪KELEBIHAN MAJLIS ILMU (HADIS 1‬‬

‫‪ -‬إَّن َّلِلِه َتَباَرَك َوَتَعاَلى َمَلاِئَكًة َس َّي اَرًة‪ُ ،‬فُضًلا َيَّبَت ُعوَن َمَجاِلَس الِّذْكِر‪ِ ،‬إَف َذا َوَجُدوا‬

‫َمْجِلًسا ِفْيِه ِذْكٌر َقَعُدوا َمَعُهْم‪َ ،‬وَحَّف َبْعُضُهْم َبْعًضا بَأ ْج ِنَح ِتِهْم‪َ ،‬حَّت ى َيْمَلُؤوا َما‬

‫بْيَنُهْم َوَبْيَن الَّس َماِء الُّد ْنَيا‪ِ ،‬إَف َذا َتَفَّر ُقوا َعَرُجوا َوَصِعُدوا ِإ َلى الَّس َماِء‪َ ،‬قاَل‪:‬‬

‫َفَيْسَأ ُلُهُم الَّل ُه َعَّز َوَجَّل ‪َ ،‬وُهَو َأ ْعَلُم ِبِهْم‪ِ :‬مْن َأ ْيَن ِجْئُتْم؟ َفَيُقوُلوَن‪ِ :‬جْئَنا ِمْن ِعْنِد‬

‫ِعَباٍد َلَك ِفي الأْرِض‪ُ ،‬يَسِّبُحوَنَك َوُيَكِّبُروَنَك َوُيَهِّلُلوَنَك َوَيْحَمُدوَنَك َوَيْسَأ ُلوَنَك‪،‬‬

‫َقاَل‪َ :‬وَماَذا َيْسَأ ُلوِني؟ َقاُلوا‪َ :‬يْسَأ ُلوَنَك َجَّن َتَك‪َ ،‬قاَل‪َ :‬وَهْل َرَأ ْوا َجَّن ِتي؟ َقاُلوا‪َ :‬لا‪،‬‬

‫َأ ْي َرِّب َقاَل‪َ :‬فَكْيَف َلْو َرَأ ْوا َجَّن ِتي؟ َقاُلوا‪َ :‬وَيْس َتِجيُروَنَك‪َ ،‬قاَل‪َ :‬وِمَّم‬

‫َيْس َتِجْيُرْو َنِني؟ َقاُلوا‪ِ :‬مْن َناِرَك َيا َرِّب ‪َ ،‬قاَل‪َ :‬وَهْل َرَأ ْوا َناِري؟ َقاُلوا‪َ :‬لا‪َ ،‬قاَل‪:‬‬

‫َفَكْيَف َلْو َرَأ ْوا َناِري؟ قالوا‪َ :‬وَيْس َتْغِفُروَنَك‪ ،‬قاَل‪ :‬فَيقوُل‪ :‬قْد َغَفْرُت لهْم‬

‫فأْعَطْيُتُهْم ما َسَأ ُلوا‪َ ،‬وَأ َجْرُتُهْم مَّم ا اْس َتَجاُروا‪ ،‬قاَل‪ :‬فَيقولوَن‪َ :‬رِّب فيهم ُفَلاٌن َعْبٌد‬

‫َخَّط اٌء‪ ،‬إَّن ما َمَّر َفَجَلَس معُهْم‪ ،‬قاَل‪ :‬فَيقوُل‪َ :‬وَلُه َغَفْرُت ُهُم الَقْوُم لا َيْشَقى بِهْم‬

‫َجِليُسُهْم‪.‬‬

‫الراوي‪ :‬أبو هريرة ‪ -‬خالصة الدرجة‪ :‬صحيح ‪ -‬احملدث‪ :‬مسلم ‪ -‬املصدر‪ :‬املسند الصحيح‬
‫‪1‬‬ ‫‪I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa‬‬
MAKSUDNYA: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat
yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi
bumi.

Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis
yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan
melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang
yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit.

Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.
Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui
pergerakkan mereka dengan firmanNya: Dari mana kamu datang? Mereka menjawab:

Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil,
bertahmid serta berdoa memohon dariMu.

Allah s.w.t berfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab:
Mereka memohon Syurga dariMu.
Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat SyurgaKu?

Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan.


Allah berfirman:
Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat SyurgaKu?
Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripadaMu perlindungan.
Allah berfirman: Mereka pohon perlindunganKu dari apa?

Para Malaikat menjawab: Dari NerakaMu, wahai tuhan.

Allah berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu? Para malaikat menjawab:
Belum.

Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu.
Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunanMu.

Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka


Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan
ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.

Para Malaikat berkata lagi: Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hambaMu.
Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut,
tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang
ramai yang berada di majlis itu.

Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum
yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan ".

2 I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa
KELEBIHAN MAJLIS ILMU (HADIS 2)

‫ َكاَن َلُه َكَأ ْجِر َحاٍّج‬،‫َمْن َغَدا ِإ َلى اْلَمْسِجِد لا ُيِريُد ِإ لا َأ ْن َيَتَعَّل َم َخْيًرا َأ ْو َيْعَلَمُه‬

‫َتاًّم ا َّج‬
"‫ح ُتُه‬

“Barangsiapa berangkat ke masjid, tidak ada yang ia inginkan kecuali untuk mempelajari satu
kebaikan atau mengetahui ilmunya, maka ia akan mendapatkan pahala haji yang sempurna.”

[HR. Ath-Thobarani dalam Al-Kabir dan Al-Hakim dari Abu Umamah radhiyallahu’anhu, Shahihut
Targhib: 86]

KELEBIHAN MAJLIS ILMU (HADIS 3)

‫ ُقْوُمْوا َقْد َغَفَر اللُه‬:‫َما َجَلَس َقْوٌم َيْذ ُكُرْوَن اللَه َتَعالَى َفَيُقْوُمْوَن َحَّت ى ُيَقاُل َلُهْم‬
‫َلُكْم ُذُنْوَبُكْم َوُبـِّدَلْت َس ِّيَئاُتُكْم َحَسَناٍت‬

“Tidaklah duduk suatu kaum, kemudian mereka berzikir kepada Allah dalam duduknya hingga mereka berdiri,
melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni
dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”

(HR.Ath-Thabrani disahihkan Al-Albany dalam Al-Jami’, 5610)

3 I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU (HADIS)

‫ وإَّن‬، ‫ َسَّه َل الَّل ُه َلُه طريًق ا إلى الجَّن ِة‬، ‫ َمن سَلَك طريًق ا يلَتِمُس فيِه علًم ا‬-
‫الملاِئَكَة لَتضُع أجنحَتها لطاِلِب العلِم رًضا بما يصنُع وإَّن العالم ليستغِفُر َلُه َمن في‬
‫ وفضَل العالِم على العابِد‬، ‫اِء‬ËË‫ حَّت ى الحيتاِن في الم‬، ‫الَّس مواِت ومن في الأرِض‬
‫ُة الأنبياِء إَّن الأنبياَء لم‬ËË‫ وإَّن الُعَلماَء ورث‬، ‫كَفضِل القمِر على سائِر الكواكِب‬
‫يوِّرثوا ديناًرا ولا درهًما إَّن ما وَّر ثوا العلَم فَمن أخَذُه أخَذ بحٍّظ وافٍر‬
Maksudnya: “Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah
memudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya para Malaikat membentangkan
sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha atas apa yang mereka lakukan.
Dan sesungguhnya orang yang berilmu benar-benar dimintakan ampun oleh penghuni langit
dan bumi, bahkan oleh ikan-ikan yang berada di dalam air.”

[Hadits shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 3641), Tirmidzi (no. 2682), Ibnu Majah
(no. 223), Ahmad (V/196), Ad-Darimi (I/98), Ibnu Hibban (88 – Al-Ihsan dan 80 – Al-
Mawarid)

Hadis Pertama

.‫َمْن ُيِرد الَّل ه ِبِه خْيرًا ُيَفِّقْهُه في الِّديِن‬


“Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya Allah akan fahamkan dia dalam urusan
agamanya.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada hadis Mu’awiyyah.

Pengajaran Hadis:

1 - Hadis ini menunjukkan kelebihan ilmu yang menghimpunkan kebaikan yang banyak.

2 - Mudah memahami ilmu agama merupakan tanda seseorang itu mendapat taufik dan
reda daripada Allah.

3 - Tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak mahu mempelajari urusan agamanya.

4 I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa
Hadis Kedua

.‫َمْن َخَرَج في َطَلِب الِعْلِم َفُهَو في َسبيِل اللِه َحَّت ى َيْرِجَع‬


“Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sehinggalah dia
kembali (ke tempat asalnya).”

Riwayat al-Termizi daripada hadis Anas bin Malik. Kata al-Termizi: “Hadis ini hasan gharib.”

Huraian Hadis:

1 - Maksud ‘jalan Allah’ iaitu dalam melakukan ketaatan kepada Allah.

Pengajaran Hadis:

1 - Menuntut ilmu adalah sebuah jihad di jalan Allah.

2 - Menuntut ilmu disamakan dengan jihad kerana kedua-duanya adalah sebuah usaha
untuk menghidup dan mempertahankan agama Islam.

3 - Sesiapa yang meninggal dunia ketika sedang menuntut ilmu, maka baginya pahala
seumpama orang mati syahid.

Hadis Ketiga

.‫ َوَلا َخْيَر ِفي َساِئِر الَّن اِس بعد‬،‫اْلَعاِلُم َواْلُمَتَعِّلُم َشِريَكاِن ِفي اْلَأ ْجِر‬
“Orang alim dan penuntut ilmu sama-sama dalam mendapat pahala dan tidak ada kebaikan
pada manusia yang lain.”

Riwayat Ibnu Majah daripada hadis Abu al-Darda’ dengan sanad yang daif.

Pengajaran Hadis:

1 - Orang alim dan penuntut ilmu sama-sama mendapat pahala kerana Allah menghendaki
kebaikan bagi mereka sehingga mereka telah dipermudahkan mendapat ilmu. Orang alim
menyebarkan ilmu kepada manusia manakala penuntut ilmu pula mempelajarinya
sehinggalah dengan ilmu tersebut dia mendapat petunjuk. Setelah itu, dengan ilmu itu
jugalah dia akan menjadi petunjuk kepada manusia yang lain.

2 - Tidak ada kebaikan bagi manusia yang tidak terlibat dengan ilmu, sama ada
mempelajarinya atau mengajarkannya. Maksud kebaikan di sini adalah kebaikan yang
khusus yang hanya orang yang terlibat dengan ilmu sahaja yang akan mendapatkannya.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa maksud kebaikan di sini ialah kebaikan yang
sempurna tidak diperolehi oleh manusia yang tidak bergelumang dengan ilmu.

5 I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa
Hadis Keempat

‫ َوإَّن الَملَاِئَكَة َلَتَضُع‬،‫الَجِة‬


‫َمْن َسَلَك َطِريًقا َيْبَتِغي ِفيِه ِعْلًما َسَّه َل اللُه َلُه َطريًقا ِإ َلى َّن‬
.‫أْج ِنَح َتَها ِلَطاِلِب الِعْلِم ِرًضا ِبَما َيْص َنُع‬
“Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan
baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya bagi penuntut
ilmu kerana reda dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu tersebut.”

Riwayat Abu Daud, at-Termizi dan Ibnu Majah daripada hadis Abu al-Darda’.

Huraian Hadis:

1 - Maksud ‘malaikat merendahkan sayapnya’ iaitu malaikat merendah diri terhadap


penuntut ilmu dan memuliakan mereka.

Pengajaran Hadis:

1 - Menuntut ilmu adalah salah satu cara untuk mudah masuk ke syurga.

2 - Galakan supaya memuliakan penuntut ilmu dan bersikap tawaduk terhadap mereka.

Hadis Kelima

.‫َطَلُب اْلِعْلِم َفِريَضٌة َعَلى ُكِّل ُمْسِلٍم‬


“Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim.”

Riwayat Ibnu Majah daripada hadis Anas bin Malik. Hadis ini dinilai sebagai hasan oleh al-
Hafiz al-Mizzi kerana sanadnya yang banyak.

Pengajaran Hadis:

1 - Menuntut ilmu agama adalah fardu atas setiap orang Islam yang mukallaf sama ada
lelaki mahupun wanita.

2 - Walaupun dalam hadis hanya menyebut muslim (lelaki) tetapi ia juga merangkumi
muslimah (wanita). Sebahagian ulama menyebutkan hadis tersebut dengan
tambahan ‘muslimah’ di hujungnya, tetapi menurut al-Hafiz al-Sakhawi ia tidak ada dalam
mana-mana riwayat walaupun maknanya adalah benar.

6 I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa
Hadis Keenam

.‫َأ َلا ِإ َّن الُّد ْنَيا َمْلُعوَنٌة َمْلُعوٌن َما ِفيَها ِإ َّل ا ِذْكُر الَّل ِه َوَما َواَلاُه َوَعاِلٌم َأ ْو ُمَتَعِّلٌم‬
“Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya
melainkan zikir kepada Allah dan apa yang dicintai oleh Allah, orang alim dan penuntut
ilmu.”

Riwayat al-Termizi daripada hadis Abu Hurairah. Kata al-Termizi: “Hadis ini hasan gharib.”

Huraian Hadis:

1 - Maksud ‘dunia’ di sini ialah setiap perkara yang membuatkan manusia sibuk dan jauh
daripada Allah seperti kemaksiatan, kemungkaran dan syahwat.

2 - Maksud ‘dilaknat’ ialah dimurkai oleh Allah.

3 - Maksud ‘apa yang dicintai oleh Allah’ iaitu ketaatan kepada Allah dan amalan baik yang
mendekatkan diri kepada Allah.

Pengajaran Hadis:

1 - Galakan supaya menuntut ilmu dan mengajarkannya supaya dapat mendekatkan diri
kepada Allah dan terselamat daripada kemurkaannya.

7 I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa
MENTAATI IBUBAPA

‫﴿۞َو َقَض ٰى َر ُّبَك َأاَّل َتۡع ُبُد ٓو ْا ِإٓاَّل ِإَّياُه َو ِبٱۡل َٰو ِلَد ۡي ِن ِإۡح َٰس ًنۚا ِإَّم ا َيۡب ُلَغَّن ِع نَدَك ٱۡل ِكَبَر‬

﴾٢٣‫َأَح ُدُهَم ٓا َأۡو ِكاَل ُهَم ا َفاَل َتُقل َّلُهَم ٓا ُأّٖف َو اَل َتۡن َهۡر ُهَم ا َو ُقل َّلُهَم ا َقۡو اٗل َك ِريٗم ا‬

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah


melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada
ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha",
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
al-Isra’:23

Syeikh al-Maraghi berkata, Allah SWT benar-benar mewasiatkan tentang


tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa
sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri
mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan
perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian
kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada
kedua-dua ibubapa. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 8/3932]

 Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

‫ َمْن َأ ْدَرَك‬:‫ ِقيَل َمْن َيا َرُسوَل الَّل ِه َقاَل‬. ‫َرِغَم َأ ْنُف ُثَّم َرِغَم َأ ْنُف ُثَّم َرِغَم َأ ْنُف‬
‫َأ َبَوْيِه ِعْنَد اْلِك َبِر َأ َحَدُهَما َأ ْو ِكَلْيِهَما َفَلْم َيْدُخِل َّن‬
‫اْلَجَة‬
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang
engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja
yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau
keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.”
[Riwayat Muslim (2551)]

8 I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa
‫ َأ ْو ِعْلٍم‬،‫ ِإ َّل ا ِمْن َصَدَقٍة َجاِرَيٍة‬:‫ِإ َذا َماَت اْلِإ ْنَساُن اْنَقَطَع َعْنُه َعَمُلُه ِإ َّل ا ِمْن َثَلاَثٍة‬
‫ َأ ْو َوَلٍد َصاِل ٍح َيْدُعو َلُه‬،‫ُيْنَتَفُع ِبِه‬
Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan
anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.”

[Riwayat Muslim (1631)]

‫ُكُّل الُّذ ُنوِب ُيَؤِّخُر الَّل ُه َما َشاَء ِمْنَها ِإ َلى َيْوِم اْلِقَياَمِة ِإ لَّا ُعُقوَق اْلَواِلَدْيِن ِإَف َّن الَّل َه‬
‫َتَعاَلى ُيَعِّجُلُه ِلَصاِح ِبِه ِفي اْل َحَياِة َقْبَل اْلَمَماِت‬
Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut
kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka
sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup
sebelum kematian lagi.”

[Riwayat al-Hakim (7263)]

9 I Hadis berkenaan tuntutan menuntut ilmu, kelebihan majlis ilmu dan tuntutan mentaati ibubapa

Anda mungkin juga menyukai