Anda di halaman 1dari 7

7 Kemahiran Amal Islami 7

BPM/ KAT 1

WUDUK

EDISI KEMASKINI 2019


8 Kemahiran Amal Islami 8
BPM/ KAT 1

WUDUK
1.1 PENDAHULUAN

Wuduk adalah salah satu syarat sah solat. Kesempurnaan solat itu adalah berkait
rapat dengan kesempurnaan ketika berwuduk. Untuk mencapai kesempurnaan
wuduk, maka perlulah diketahui terlebih dahulu definisi wuduk serta dalil-dalil
pensyariatannya. Perlu juga diketahui kaifiat wuduk yang mengandungi syarat-syarat
sah wuduk, perkara-perkara rukun,perkara-perkara sunat dan makruhnya serta
perkara-perkara yang membatalkan wuduk. Hikmah kenapa disyariatkan mengambil
wuduk juga adalah penting untuk mencapai tahap kesempurnaan wuduk
sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.

1.2 PENGERTIAN

Dari segi bahasa, wuduk ialah bersih, elok dan berseri. Manakala dari segi istilah,
wuduk ialah membasuh anggota tertentu beserta niat.

1.3 HUKUM BERWUDUK

WAJIB SUNAT

Ketika menunaikan solat dan tawaf Ketika berhadas kecil


Ketika memegang atau membawa Ketika membaca al-Quran
mushaf al-Quran Ketika melaungkan azan dan iqamah

1.4 DALIL WAJIB BERWUDUK

Maksudnya:

naikan solat, maka


basuhlah muka dan tanganmu hingga ke siku, serta sapulah kepalamu dan basuhlah
kaki hingga kedua-
(Surah al-Maidah : ayat 6)

EDISI KEMASKINI 2019


9 Kemahiran Amal Islami 9
BPM/ KAT 1

1.5 CARA DAN HUKUM BERKAITAN DENGAN WUDUK

1.5.1 Rukun Wuduk

1. Niat Masa berniat : Ketika air terkena sebahagian


muka.
Disunatkan membaca lafaz niat sebelum air
terkena sebahagian muka.
Niat Wuduk : Mengingati tujuan sesuatu
perbuatan ketika mula dilakukan (tempatnya di
dalam hati)

2. Membasuh muka Membasuh muka sebanyak 3 kali.


Memastikan kawasan muka bermula dari gigi rambut
hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan
hingga ke anak telinga kiri.
Wajib membasuh semua bulu yang berada dalam had
muka

3. Membasuh tangan hingga ke siku

Membasuh tangan kanan hingga ke siku sebanyak 3 kali.


Membasuh tangan kiri hingga ke siku sebanyak 3 kali

EDISI KEMASKINI 2019


10 Kemahiran Amal Islami 10
BPM/ KAT 1

4. Menyapu sebahagian kepala

Menyapu sebahagian kepala dengan air sebanyak 3 kali.


Maksud menyapu sebahagian kepala iaitu sekurang-kurangnya 3 helai
rambut / sebahagian kepala bagi yang tiada rambut.

5. Membasuh kaki hingga ke buku lali

Membasuh kaki kanan hingga buku lali sebanyak 3 kali .


Kemudian membasuh kaki kiri sebanyak 3 kali.

Buku lali

6. Tertib
Tertib ialah melakukan rukun mengikut susunan.
Rukun yang pertama dilakukan dahulu dan diikuti dengan rukun
selepasnya satu persatu sehingga selesai.

EDISI KEMASKINI 2019


11 Kemahiran Amal Islami 11
BPM/ KAT 1

1.5.2 Perkara-Perkara Sunat Wuduk

Perkara sunat wuduk ialah:

1. Menggosok gigi sebelum berwuduk dan yang


terbaik menggunakan kayu sugi.
2. Membaca basmallah.
3. Mengulang basuhan sebanyak tiga kali.
4. Membasuh kedua-dua tapak tangan hingga ke
pergelangan tangan.
5. Berkumur-kumur.
6. Memasukkan air ke dalam lubang hidung.
7. Melebihkan kawasan basuhan muka, tangan dan Kayu siwak yang berasal
kaki. daripada pokok Araak ialah
8. Menyelati jari-jari tangan dan kaki. sejenis alat yang paling baik
9. Menggosok ketika membasuh anggota wuduk. digunakan untuk bersugi.
10. Menyelati janggut dan jambang yang tebal bagi
lelaki.
11. Menyapu keseluruhan kepala.
12. Menyapu kedua-dua telinga luar dan dalam.
13. Mendahulukan anggota kanan daripada anggota kiri.
14. Menghadap kiblat.
15. Membaca doa selepas berwuduk.
16. Muwalat (berturut-turut )

Doa selepas wuduk

Terjemahan :

Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah SWT yang Esa, tidak ada yang
menyekutukan-Nya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu hamba-Nya
dan pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat dan jadikanlah aku
orang yang menjaga kebersihan, jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang soleh.

Kunci Ilmu
Rasulullah SAW mengambil wuduk dengan satu cupak
air, bersamaan dengan 565 mililiter.

EDISI KEMASKINI 2019


12 Kemahiran Amal Islami 12
BPM/ KAT 1

EDISI KEMASKINI 2019


13 Kemahiran Amal Islami 13
BPM/ KAT 1

1.6 PERKARA-PERKARA MAKRUH WUDUK

1. Menggunakan air secara berlebih-lebihan.


2. Membasuh atau menyapu melebihi tiga kali.
3. Berkumur-kumur dan beristinsyak (memasukkan air ke dalam hidung) secara
berlebih-lebihan.
4. Mendahulukan anggota kiri ketika membasuh tangan dan kaki.
5. Menampar air ke muka ketika membasuh muka.
6. Mengelap anggota wuduk selepas berwuduk.
7. Bercakap-cakap ketika wuduk.
8. Tidak menutup aurat semasa berwuduk.
9. Mengambil wuduk di tempat bernajis.

1.7 PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur.


2. Tidur dengan cara tidak tetap punggung ke lantai.
3. Hilang akal dengan sebab pitam, mabuk, gila atau sakit.
4. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
5. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan atau perut jari.
6. Menyentuh lingkaran dubur dengan tapak tangan atau perut jari.
7. Murtad.

1.8 PENEMUAN SAINTIFIK DALAM AMALAN BERWUDUK

1. Mengelakkan ancaman kuman ketika membasuh mulut, hidung dan muka


seperti staphylocococcus epidermis, streptococcus pyogenes yang menyerang
kulit dan streptococcus pneumonia yang menyerang paru-paru melalui rongga
pernafasan. (Prof. Dr. Plinus, Pakar Bakteriologi)
2. Anggota badan bersih dan selamat daripada serangan kuman dan jangkitan
penyakit berbahaya. (Dr. Rashid Magomedov, Republik Daghestan)
3. Kulit akan menjadi lembab dan mampu mengawal kestabilan suhu badan
4. Pusat saraf (di bahagian tangan, kaki dan dahi) akan segar apabila dibasuh
dengan air. (Prof. Leopold Werner, Austria)

1.9 HIKMAH WUDUK.

1. Membersihkan anggota badan dan menjernihkan rohani.


2. Memberikan ketenangan, kesegaran dan mengawal perasaan marah dan
tekanan.
3. Mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid menambah kesempuraan solat
4. Menambah keimanan dan keyakinan kepada hari akhirat.
5. Mendapat keampunan Allah SWT dan keluar dosa daripada basuhan wuduk.
6. Kawasan basuhan wuduk akan bercahaya pada hari akhirat.
7. Menyegarkan tubuh badan.

EDISI KEMASKINI 2019

Anda mungkin juga menyukai