Anda di halaman 1dari 18

Maksud Mandi Wajib

Dari sujud syarak pula, mandi wajib bermaksud mengalirkan


air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu.

Mandi wajib bermaksud mengangkat (menghilangkan) hadas


besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau
nifas dan sebaliknya.

Niat Mengangkat Hadas Besar (Umum)

Ini adalah niat umum untuk mandi wajib bagi keadaan


junub, haid dan nifas.

n
Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi Ta’ala.

Niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala


Bilakah perlu dibaca niat mandi wajib ini?

Niat mandi wajib ini perlu dibaca apabila air


telah menyentuh kulit tubuh kita. Niat boleh
dilafazkan melalui mulut atau dibaca dalam
hati.

Cara Mandi Wajib Yang Betul & Sempurna

 Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu


mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
 langkah cara mandi wajib mengikut adab dan sunat-sunatnya:

 Kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali.


 Kemudian kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali.
 Setelah itu kita beristinjak yakni membasuh kemaluan,
membuang najis dan benda-benda yang dapat menghalang
sampainya air ke kulit badan kita.
Pin
Langkah Kedua

Kemudian, kita berwuduk sebagaimana wuduk


untuk solat.
Tapi niatnya ialah:
Sahaja aku berwuduk bagi melakukan mandi
wajib, sunat kerana Allah Taala
Pin
Langkah Ketiga

Baca basmallah (Bismillahir Rahmanir Rahim) dan


berniat sambil mencurahkan air ke seluruh badan kita.

Apabila air telah menyentuh kulit tubuh, maka niat


untuk mandi wajib.

Niatnya, seperti yang telah disebutkan dalam rukun


mandi iaitu:

Sahaja aku berniat mengangkat hadas besar kerana


Allah Taala
Atau boleh juga:

Sahaja aku mandi wajib kerana kerana Allah Taala


Pin
Langkah Keempat

Kemudian sampaikanlah air ke seluruh tubuh,


termasuk ke celah-celah jari-jari tangan, kaki,
pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang
hidung, pusat dan lubang dubur.
Rambut yang terikat hendaklah diuraikan.
Apabila air tidak kena pada salah satu daripada
anggota badan maka mandi itu masih belum
dianggap sempurna sahnya.
Pin
Pin
Langkah Keenam
Kemudian, selepas semua itu dilakukan, maka berhentilah mandi, lalu baca doa ini:

Doa Mandi Wajib

Pin
Asy-hadu Alla ilaha illallahu Wahdahu Lasyarikalah, Wa-Asy-Hadu Anna
Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.

Maksudnya:

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu
bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.
Pin
Peringatan:

1. Sekiranya terdapat najis di anggota badan maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu
2. Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali.
3. Perbezaan antara cara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara
kaedah mandi adalah sama.
4. Setelah mandi hadas besar maka tidaklah lagi diwajibkan mengambil wuduk apabila hendak
mengerjakan solat dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wuduk semasa
mandi.

Sebab-Sebab Perlu Mandi Wajib


Mandi wajib adalah asas dalam kesucian kehidupan seorang muslim.

Tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita yang lain tidak akan
diterima oleh Allah.

Oleh itu penting untuk kita memberi perhatian serius mengenai perkara ini. Terdapat
beberapa perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib.

Antaranya adalah:

1. Bersetubuh (Berjimak) Sama ada keluar air mani ataupun tidak.


Perlakuan ini ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan perempuan) iaitu
dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang dikhatan) ke dalam faraj.

Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:

Apabila bertemu dua khitan, maka sesungguhnya wajib mandi — Riwayat Ibnu
Majah
2.Keluar air mani secara sengaja ataupun tidak
3.Mati selain daripada mati syahid
4.Datangnya Haid bagi perempuan
5.Keluar darah Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin)
6.Wiladah (bersalin)

Hukum Mandi Wajib


Mandi wajib, dikenali sebagai mandi junub dan disebut juga sebagai mandi hadas
besar.

Hukum mandi wajib atau mandi hadas besar ini ialah WAJIB

Jika sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku ke atas diri seseorang, maka wajiblah
dia mandi.
Seandainya seseorang itu belum mandi wajib atau mandi junub, maka haramlah dia
mengerjakan solat, haram menyentuh dan membawa al-Quran, membacanya, haram
mengerjakan tawaf dan lain-lain yang diharamkan ketika dalam keadaan berhadas
besar.

Suruhan atau perintah mandi wajib ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-
Maidah, maksudnya:

Dan jika kamu sedang junub, maka bersuci (mandilah) kamu

(al-Maidah 5: 6)

Ini bererti jika seseorang itu dalam keadaan berhadas besar atau junub, maka wajiblah
dia mandi agar dia suci daripada hadas dan kemudian boleh mengerjakan pelbagai
macam ibadat.

Rukun Mandi Wajib


Rukun mandi wajib ada dua sahaja, iaitu:

1. Berniat untuk mandi wajib


2. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir
Apabila kita telah melakukan dua perkara ini, maka sah lah mandi wajib tersebut.
Syarat Sah Mandi Wajib
Antara syarat sah mandi wajib adalah menghilangkan najis dari badan.

Bila seseorang ingin melakukan mandi wajib, maka disyaratkan untuk terlebih dahulu
memastikan TIADA najis yang masih melekat pada mana-mana anggota badannya.
Pin
Perkara Wajib & Sunat Semasa
Mandi Wajib
Terdapat beberapa perkara yang wajib dan sunat dilakukan ketika mandi wajib

Perkara Wajib
 Niat
 Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit atau
rambut. Air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan
pangkalnya.

Perkara Sunat

 Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air


 Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang
ada pada badan.
 Berwuduk
 Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga
kali
 Membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri.
 Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
 Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti
kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak.
 Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk

Anda mungkin juga menyukai