Anda di halaman 1dari 28

KONSEP KEBERSIHAN DALAM ISLAM MANDI DAN TAYAMMUM

NAMA : NURSYUHADA BINTI ABDUL WAHID KUMPULAN : PPISMP PENGAJIAN SOSIAL PENSYARAH : EN.NORMIZAN BIN ABANG

KONSEP KEBERSIHAN DALAM ISLAM

TAJUK 1: TAYAMMUM

PENGERTIAN Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat tertentu.

TAYAMMUM

Tayammum di lakukan bagi menggantikan wudhuatau mandi wajib (junub,haid,nifas)ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air,dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara kepada manusia. Semua ibadah atau amalan taat yang perlu kepada bersuci seperti sembahyang,menyentuh mushaf,membaca Al-quran,sujud tilawah dan beriktikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu dan mandi,kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum

SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM


Sebab-sebab yang membolehkan tayammum ialah: Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu atau mandi

Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan,sekalipun keperluan itu pada masa akan datang. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

SYARAT TAYAMMUM
Syarat-syarat yang diharuskan tayaammum ialah: Menggunakan debu tanah yang suci,tidak mustamal,tidak bercampur benda lain . Menyapu muka dan dua tapak tangan dengan dua kali pindah. Hilang najis terlebih dahulu Masuk waktu sembahyang Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air

FARDHU TAYAMMUM
Fardhu tayammum ialah: Niat- Membaca niat sebelum bertayammum.niatnya ialah Nawaitut liistibahatis solaah ertinya sahaja aku tayammum kerana menguruskan sembahyang Muka- Menyapu tangan kanan dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan Tangan- Menyapu tangan kanan hingga ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya,kemudian tangan kiri. Tertib iaitu mengikut urutan atau turutan.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM


Perkara-perkara yang membatalkan tayammum ialah seperti: Buang air kecil atau besar,buang angin atau keluar sesuatu zat dari salah satu lubang kemaluan Hilang akal kerana mabuk ,gila,pitam dan sebagainya. Bersetubuh atau mengeluarkan mani Terjumpa air semasa sedang bertayammum kesimpulannya,perkara yang membatalkan tayammum adalah seperti perkara yang membatalkan wudhu

CARA-CARA TAYAMMUM

Langkah 1: Niat di dalam hati Sahaja aku bertayammum pengganti wudhu untuk solat fardhu kerana Allah Taala sambil menekankan kedua telapak tangan ke atas tanah atau debu yang bersih. Langkah 2: Sapukan kedua telapak tangan yang sudah ditekan ke atas tanah atau debu tadi keseluruh muka.Sebelum menyapukannya ke muka,hendaklah dihembus kedua telapak tangan itu terlebih dahulu supaya debu atau tanahnya tidak terlalu banyak Langkah 3:Tekankan ke dua telapak tangan sekali lagi ke atas tanah atau debu

Langkah 4: Sapukan telapak tangan kiri kepada tangan kanan.Paling sedikit mesti sampai sehingga pergelangan tangan Langkah 5: Sapukan telapak kanan kepada tangan kiri.Paling sedikit mesti sampai sehingga pergelangan tangan.

HIKMAH DISYARIATKAN BERTAYAMMUM

Menghilangkan kepayahan dan kesulitan Menyucikan jiwa manusia Menyempurnakan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada umatnya. Memberi rukhsah atau kelonggaran kepada umat islam beribadat kepada Allah SWT semasa ketiadaan air. Menunjukkan bumi Allah SWT bersih,boleh digunakan untuk beribadat Menunjukkan keluasa rahmat Allah SWT kepada hambanya.

Rukun tayammun Niat Membaca bismilah Menepuk debu tanah

Pengertian: Menyampaikan atau menyapu Debu tanah ke muka dan ke Dua-dua tangan dengan syarat tertentu
Sunat tayammum Membaca basmalah Menyapu tangan Kanan dari kiri dan Memulakan Bahagian atas dari Bahagian bawah Berturut-turut

SYARAT TAYAMMUM Menggunakan debu tanah yang suci Menyapu muka dengan dua belah tangan dengan dua kali pindah Suci darinajis Masuk waktu solat Bertayammum Bagi setiap ibadat fardhu

Tayammum

Anggota tayammum Muka Dua belah tangan

Perkara yang membatalkan tayammum: Berlaku sesuatu dari perkara yang membatalkan wudhuk

KONSEP KEBERSIHAN DALAM ISLAM

TAJUK 2: MANDI

PENGERTIAN MANDI
Ghusl adalah perkataan arab yang merujuk kepada mandi.Mandi pada bahasa adalah mengalirkan air pada seluruh badan.Pada syarak pula,mandi bermaksud mengalirkan air pada badan pada seluruh badan dengan niat tertentu Untuk memasuki keadaan suci sebelum solat,seorang muslim biasanya mengangkat hadas kecil,atau wudhu.Pada sesetengah keadaan,seperti pada hari jumaat,ianya mustajab mengambil mandi sunat.

Mandi menurut islam terbahagi kepada 3 kategori iaitu:


Mandi untuk menghilangkan kekotoran Mandi bersuci daripada hadas seperti haid,nifas dan wiladah. Mandi sunat seperti mandi sunat pada hari jumaat dan Hari raya Aidilfitri

MANDI-MANDI SUNAT DAN WAKTUNYA


Berikut ialah contoh-contoh mandi sunat Mandi hari jumaat bagi mereka yang hendaak menunaikan solat fardhu jumaat Mandi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan waktunya bermula sejak tengah malam. Mandi minta hujan Mandi kerana gerhana mataahari dan bulan Mandi kerana memandikan mayat Mandi kerana masuk islam Mandi ketika hendak ihram Mandi kerana memasuki makkah

Mandi Mandi Mandi Mandi Mandi Mandi Mandi Mandi

kerana saie kerana memasuki Madinah kerana tawaf kerana melontar jamrah di Mina kerana wukuf di arafah kerana bermalam di Muzdalifah. bagi orang pitam yang telah hilang pitamnya bagi orang gila yang telah hilang gilanya.

FARDHU MANDI

Berniat pada permulaan kena air pada badan Bagi orang yang mengangkat hadas besar,niatnya seperti berikut: sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit,rambut dan bulu.

MANDI WAJIB
PENGERTIAN Mandi wajib adalah mandi yaang perlu dilakukan oleh seseorang muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan untuk membolehkan dirinya beribadat kepada Allah. Hukum mandi wajib ialah wajib ke atas orang muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadaas besar

PERKARA YANG MEMBAWA KEPADA MANDI WAJIB

Melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani Keluar mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj Keluar mani kerana bermimpi Masuk islam orang yaang sebelumnya kafir Keluar darah haid Nifas Melahirkan anak(wiladah)

Perkara-perkara sunat semasa mandi ialah: Membaca basmalah Berwudhu sebelum mandi Membasuh dua tapak tangan Menggosok seluruh bahagian badan Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

CARA-CARA MANDI WAJIB

Membaca bismilah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar Membasuh tangan sebanyak tiga kali Membasuh alat kelamin daripada kotoran daan najis Mengambil wuduk kecuali kaki.Kaki dibasuh selepas mandi Membasuh keseluruhan rambut di kepala Membasuh kepala beserta dengan telinga sebanyak tiga kali dengan tiga kali menimba air. Menjirus air ke seluruh bahagian badan sebelah lambung kanan dari atas hingga bawah

Menjirus lambung kiri dari atas hingga bawah Menggosok bahagian yang sulit seperti ketiak,pusat,dan sebaagainya Membasuh kaki Jika mandi mengginakan shower,tidak perlu tiga kali memadai telah yaakin air telah meratai seluruh badan dari kepalaa hinggaa kaki.

HIKMAH DISYARIATKAN MANDI WAJIB


Menyucikan jiwa dan anggota badan manusia Mandi bukan sahaja membersihkan anggota badan manusia bahkan mententeramkan jiwa dan dapat mendekatkan diri kepadaAllah SWT Menjelaskan tentang pentingnya kebersihan dalam Islam Menunjukkan bahawa pentingnya kebersihan dalam islam apabila suruhan mandi ini

Mencergaskan jasmani dan mencerdaskan minda Apabila seseorang itu berada dalam keadaan bersih,minda dan anggota badan juga akan sentiasa cergas dan cerdas. Ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT. Mandi akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.Hal ini demikian kerana Allah amat menyenangi hambanya yang sentiasa dalam keadaan bersih Kehidupan seharian menjadi lebih selesa Seserang itu akan berasa tenteram dan selesa jika terhindaar daripaada kekotoraan dan hadas

CARA-CARA MANDI WAJIB Membaca bismilah beserta niat Membasuh tangan tiga kali Membasuh alat kelamin dari kotoran najis Mengambil wudhuk kecuali kaki Meratakan air ke seluruh badan

SUNAT-SUNAT MANDI WAJIB Menghadap kiblat Membaca bismilah Membasuh tangan Menggosok Seluruh badan Tertib dan muwalat

MANDI

Pengertian mandi Bahasa:Mengalirkan Air pada seluruh badan Istilah:Mengalirkan air Pada seluruh badan Dengan niat t tertentu

Mandi terbahagi kepada Tiga: Mandi untuk menyucikan diri daripada kekotoran Mandi hadas Mandi sunat

Rukun mandi wajib Niat Menghilangkan kotoran pada badan Meratakan air ke seluruh Badan termasuk lipatan

BIBLIOGRAFI

----(n.d) Mandi wajib_wikipedia bahasamelayu_ensiklopedia bebas(online) Available:http://id.wikipedia.org/wiki/mandi (2008,ogos,1) ---(n.d) Mandi_wikipedia bahasa melayu_ensiklopedia bebas(online) Available: http://id.wikipedia.org/wiki/mandi ----(n.d) Tayammum_wikipedia bahasa melayu _ensiklopedia bebas(online) Available:http://en.wikipedia.org/wiki/tayammum

Nasira Mat Isa et.al(2008) Asas Syariah feqah, Kuala Lumpur,Laser Press Sdn Bhd Polis Diraja Malaysia(1998) Panduan Ibadah Harian,Kuala Lumpur,Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Amir Abdul Hamid &Suki Othman(2005) ulang kaji total Pendidikan Islam,Selangor Darul Ehsan,Sasbadi sdn bhd.

SEKIAN,TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai