Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim
untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka
mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu
Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
Nifas
Melahirkan anak (Wiladah)
Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar
dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir
(secara lisan)
Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala
lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)
Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib
adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala
bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada
mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia
telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia
mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke
seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya
ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.
Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib
dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia
hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat
dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali,
memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung
jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka
disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau
disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul
hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w.
Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib
iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam
Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.
Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu,
pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga
pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat
subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin
melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.
Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk
waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.
[sunting] Ragu-ragu
Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia
sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah
dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia
harus mandi wajib dahulu.
[sunting] Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)
Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika
terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau
tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan
menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub
hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air
(diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah
mandi menghilangkan janabahnya tersebut.
Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang
lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka
baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak
bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam
keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah
menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di
dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang
yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas
dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].