Anda di halaman 1dari 7

FOLIO PENDIDIKAN ISLAM

SMK KLIAN PAUH

TAJUK:
MANDI WAJIB PENYUCI DIRI

CIKGU NASIHAT:USTAZAH NORMAIZA ABINTI


ABDUL RAHIM

KUMPULAN 4
PENGERTIAN MANDI WAJIB
Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas
besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim
untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan
perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.
Seseorang lelaki atau perempuan yang mengeluarkan air
mani secara sengaja atau tidak wajib baginya mandi junub

Sebab-Sebab Mandi Wajib

Antara sebab kenapa perlu mandi wajib ialah:

1. Keluar mani
2. Bersetubuh
3. Selepas haid / nifas
4. Ketika orang kafir masuk Islam
5. Kematian

Mandi wajib tak semestinya mandi lama. Biar cepat, mudah dan ringkas
asalkan mandian itu sempurna.

Cara Mandi Wajib


Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib yang pernah ditunjukkan
Rasullah SAW.

1. Niat ketika air sampai ke tubuh


2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana
biasa dilakukan sebelum melakukan solat ataupun boleh
menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan


kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah
(R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:“Kemudian Baginda
SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap
rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua
tangannya”Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan
bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian
tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang
maksudnya:“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan,
kemudian bahagian kiri”Bagi wanita yang mandi untuk haid atau
mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula
berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana
beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda
Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika
mandi) dan sisirlah rambutmu”

8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.


Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka
mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika
memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara
mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara
kaedah mandi adalah sama.

HUKUM MANDI WAJIB


Allah SWT mensyariatkan mandi wajib bagi seseorang yang berjunub
sebelum melakukan beberapa ibadah seperti mendirikan solat,
tawaf, memegang mushaf al-Quran, beriktikaf di masjid dan
seumpamanya.

Ini adalah berdasarkan firman Allah di dalam al-Quran:

َ ‫صاَل ةَ َوَأنتُ ْم ُس َك‬


‫ى َحتَّ ٰى تَ ْعلَ ُموا َما تَقُولُونَ َواَل ُجنُبًا ِإاَّل عَابِ ِري‬Gٰ ‫ار‬ َّ ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا اَل تَ ْق َربُوا ال‬
‫يل َحتَّ ٰى تَ ْغتَ ِسلُوا‬
ٍ ِ‫ۚ َسب‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri


sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk,
hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan
janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub
(berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu
mandi bersuci.

(Surah al-Nisa’: 43)

Begitu juga, firman Allah SWT lagi:

‫ۚ وِإن ُكنتُ ْم ُجنُبًا فَاطَّهَّرُوا‬


َ

Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah


dengan mandi wajib.

(Surah al-Maidah: 6)
Terdapat beberapa penyebab mandi wajib. Maka dari itu terdapat
beberapa bacaan niat atau doa mandi wajib.

Niat mandi wajib (umum)

Niat mandi wajib secara umum merupakan niat mandi wajib yang dapat
digunakan untuk tujuan umum mensucikan diri dari hadast besar.

‫ث ْاالَ ْكبَ ِر فَرْ ضًا ِهللِ تَ َعالَى‬


ِ ‫ْت ْال ُغ ْس َل لِ َر ْف ِع ْال َح َد‬
ُ ‫نَ َوي‬

“Nawaitul Ghusla Lifrafil Hadatsil Akbari Fardhan Lillahi


Ta’aala.”

Artinya : “Aku berniat mandi besar untuk menghilangkan


hadast besar fardhu karena Allah ta’aala.”

Niat mandi wajib setelah haid


Haid merupakan peristiwa keluarnya darah dari kelamin perempuan
akibat sel telur yang tidak dibuahi oleh sel sperma. Hal ini dipengaruhi
oleh hormon FSH-Estrogen atau LH-Progesteron . Peristiwa haid pada
umumnya terjadi setiap bulan pada perempuan.

ِ ‫ث ْال َحي‬
‫ْض ِهللِ تَ َعالَى‬ ِ ‫ْت ْال ُغ ْس َل لِ َر ْف ِع َح َد‬
ُ ‫نَ َوي‬

“Nawaitul Ghusla Lifraf il Hadatsil Haidil Lillahi Ta’ala.”

Artinya :“Aku niat mandi wajib untuk mensucikann hadast


besar dari haid karena Allah Ta’ala.”

Bacaan niat mandi setelah nifas

Nifas merupakan peristiwa keluarnya darah dari kelamin perempuan


setelah melahirkan. Darah nifas keluar selama kurang lebih 40 hari pasca
melahirkan. Selama mengalami nifas, seorang perempuan dilarang
melaksanakan shalat, puasa, dan berhubungan intim dengan suaminya.

‫اس ِهللِ تَ َعالَى‬ ِ ‫ْت ْال ُغ ْس َل لِ َر ْف ِع َح َد‬


ِ َ‫ث النِّف‬ ُ ‫نَ َوي‬

“Nawaitul Ghusla Liraf il Hadatsil Nifasi Lillahi Ta’ala.”

Artinya : “Aku niat mandi wajib untuk mensucikan hadast


besar dari nifas karena Allah ta’ala”

RUJUKAN
M/S 1 & 2 : https://semakanonline.com/cara-mandi-wajib/
M/S 3 : https://siraplimau.com/niat-mandi-wajib/

M/S 4 & 5 : https://saintif.com/bacaan-dan-doa-mandi-wajib/

Anda mungkin juga menyukai