Anda di halaman 1dari 5

CARA-CARA MANDI WAJIB 2016

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan. Samada
terkelur air mani, selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas, cara mandi wajib
yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang
lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air
pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.

Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu
sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan
perempuan.

Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari.


1.Niat dilakukan bersama-sama dengan basuhan pertama yang dilakukan pada
anggota tubuh.Bacaan niatnya adalah seperti berikut:

‫هلل تَعَالَى‬ ِ ‫س َل ِل َر ْف ِع ا ْل َح َد‬


ِ ِ ‫ث اْالَ ْكبَ ِر فَ ْرضًا‬ ْ ُ‫نَ َويْتُ ا ْلغ‬
Nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta'ala
Ertinya : "Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana
Allah Ta'ala "

2.Mendahului dengan bacaan ‫الر ِحيم‬


‫الرحْ َم ِن ه‬
‫َّللا ه‬
ِ ‫س ِم ه‬
ْ ‫ِب‬
3.Terlebih dahulu membersihkan semua kotoran dan najis yang terdapat pada
badan.
i)Mencuci tangan sebanyak tiga kali
ii)Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

4.Berwuduk.
i)Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa(untuk solat) atau menangguhkan
mencuci kaki selepas selesai mandi.
ii)Membaca doa selepas wuduk

,ُ‫س ْولُه‬ ْ َ ‫ َوأ‬,ُ‫ش َه ُد ا َ ْن الَ ِإلَهَ اِال ه للاُ َوحْ َد ُه الَش َِر ْيكَ لَه‬
َ ‫ش َه ُد ا َ هن ُم َح همدًا‬
ُ ‫ع ْب ُد ُه َو َر‬ ْ َ‫أ‬
‫الله ُه هم اجْ عَ ْلنِي ِم َن الت ه هوا ِبي َْن َواجْ عَ ْلنِي ِم َن ا ْل ُمت َ َط ِ ِّه ِر ْينَ َوجْ عَ ْلنَ ْي ِمن ِعبَا ِدكَ ال ه‬
‫صا ِل ِحي َْن‬
“Asyhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, wa asyhadu anna mUhammadan
‘abduhu wa Rasuuluh.
Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash
shalihiina.”

Ustazah Suhaila MY Page 1


CARA-CARA MANDI WAJIB 2016

Ertinya :“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang
menyekutukanNya. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.
Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat, jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan
dan jadikanlah aku dari hambamu yang soleh.”

Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang
maksudnya:

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian


mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua
tangannya”

Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian


bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah
(R.A) yang maksudnya:

“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”

Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan
rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari
di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah
SAW berkata sedemikian:

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah


rambutmu”

5. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian


kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika
bersuci”. (Sahih Muslim)

6. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib
dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah
sama.

Ustazah Suhaila MY Page 2


CARA-CARA MANDI WAJIB 2016

◆Adakah sah mandi wajib sekiranya terdapat luka yang belum kering?
 untuk mandi wajib ketika ada anggota badan yang tidak boleh terkena air
disebabkan mudarat, maka hendaklah dibalut dahulu angota tersebut supaya
tidak terkana air. Ketika mandi wajib , wajib kita ratakan air ke seluruh badan
melainkan anggota badan yg tidak boleh terkena air ( yang berbalut ).selepas
selesai mandi wajib hendaklah bertayamum utk menyempurnakan mandi
wajib tersebut.

◆Adakah sah menggunakan sabun mandi atau syampu semasa mandi wajib?
 Adalah seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu dan diikuti mandi wajib,
ataupon mandi wajib dahulu setelah semunya dah rata boleh lah gunakan
sabun dan syampu, takut berubahnya air mutlak disebabkan air sabun atau
syampu.

◆Bolehkah kite niat: Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Ta’ala
 Utk mandi hadas haid, nifas, wiladah, junub?
Ya boleh, dengan kita niat mengangkat hadas besar iaitu(mandi junub) maka
terangkat kesemua semua hadas besar termasuklah mandi haid,nifas,wilada
dan lain-lain.

◆Adakah perbezaan mandi wajib diantara laki2 & perempuan?


 Tiada bezanya mandi wajib laki-laki dan perempuan, cuma bagi perempan
kenalah cermat sikit ratakan air ke rambut dan celah celahan, supaya air
sampai.

◆Adakah sah mandi wajib apabila saya mengosok qubul atau dubur dengan tangan
ketika mandi wajib untuk meratakan air ke tempat sulit itu?? bagaimana cara nya??

 Sah mandi wajib apabila tangan menyentuh qubul atau dubur, tetapi
terbatalnya wuduk,Jika x nak terbatalnya wudu’, mandi menggunakan kain
basah dan gosok dengan berlapik di kawasan yang sulit. jika wuduk terbatal
juga, boleh ambil semula selepas mandi junub,

◆ Setelah selesai mandi wajib boleh ka terus kluar dari bilik air atau ada doa
sebelum keluar dari bilik air?
 Selesai mandi wajib boleh sahaja terus keluar, tetepi di sunatkan berdoa
setelah keluar bilik air.

◆Bolehkah kita mandi dgn tiada sehelai benang pun atau kena pakai kain?
 Boleh tetapi makruh…

◆Bagaimana niat untuk mandi wajib setelah melakukan persetubuhan dlm waktu
datang haid?adakah ‘sahaja aku mengangkat hadas besar kerana haid dan manji
junub kerana Allah Taala’?

Niat nya sama sahaja..”sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah
Taala’.

Ustazah Suhaila MY Page 3


CARA-CARA MANDI WAJIB 2016

Perbezaan Antara Air Mani,Mazi dan Wadi

1) Air Mazi
 Berwarna keputihan,jernih dan berlendir.
 Keluar disebabkan syahwat (alat sulit atau sentuhan lelaki dan wanita).
 Tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan.
 Kadangkala ia keluar tanpa disedari.
 Berlaku pada lelaki dan wanita.

2) Air Mani
 Air yang keluar selepas mencapai tahap syahwat (terpancut atau meleleh).
 Keluar sama ada daripada lelaki mahupun wanita.
 Berbau tepung ketika ia masih basah.
 Berbau putih telur ketika keringnya.

3) Air Wadi
 Air berwarna kekeruhan,tidak berbau.
 Keluar sejurus selepas kencing.
 Ia boleh keluar ketika membawa (mengangkat) sesuatu yang berat.

Rujukan 2 :
Kitab Fiqh&Perundangan Islam Jilid 1
Wahbah Al-Zuhaili
Penterjemah : Syed Ahmad Syed Hussain et al.
Fasal 2 : Najis-m/s 134

1) Air Mazi dan Wadi


Mazi ialah cecair berwarna putih yang keluar tanpa membuak pada saat memuncaknya nafsu
seseorang ataupun ketika ia teringat persetubuhan.Ia dihukum najis kerana terdapat suruhan
membasuh zakar dan suruhan berwudu’ dalam hadith riwayat Ali r.a., katanya,”saya seorang lelaki
yang kuat keluar air mazi,saya merasa malu untuk bertanya Rasulullah s.a.w,lalu saya menyuruh al-
Miqdad bin al-Aswad bertanya kepada Baginda.Beliau pun bertanya dan Baginda pun
menjawab,”Diwajibkan berwudu’,seorang islam hendaklah membasuh zakarnya dan hendaklah
Wadi ialah air putih yang pekat yang keluar selepas air kencing ataupun ketika menanggung sesuatu
yang berat.Ia juga dihukumkan najis kerana ia keluar bersama-sama air kencing ataupun
sesudahnya,maka dengan itu ia dihukumkan sama seperti

Pengulangan Keterangan
Fasal 5 : Mandi ‘Perkara mewajibkan mandi’.
m/s 336

Mani adalah air pekat yang keluar memancut sewaktu ketegangan syahwat.Mani wanita pula cair
dan berwarna kekuningan.keluar air mazi atau air wadi tidak mewajibkan mandi.Air mazi ialah air

Ustazah Suhaila MY Page 4


CARA-CARA MANDI WAJIB 2016

yang putih dan agak jernih dan keluar sewaktu seseorang itu bermesra dengan isteri.Sementara air
wadi pula ialah air kencing yang pekat yang keluar pada permulaan kencing.
Air Mani ( Rajih : Suci ): Cecair yang terpancut daripada kemaluan lelaki / perempuan apabila sampai
kemuncak syahwatnya. Kesan keluarnya air mani menyebabkan lemahnya syahwat. Apabila ia basah
maka ia pekat dan mempunyai bau seperti tepung adunan roti dan berlendir, jika kering ia berdebu
apabila digosok dan berbau seperti telur yang kering.

Rujukan 3 :
Kitab Tuhfatul Ahwadzi : Syarah Jami’ Tirmidzi
Bab : Tentang Mani Dan Madzi

Hadith Shahih.HR.ibnu Majah (504)


Penjelasan hadith :
Umum yang mencakup mani lelaki dan perempuan berikut merupakan ciri-cirinya,iaitu :
1) Keluar disertai syahwat lalu disusul rasa lelah setelahnya
2) Aromanya seperti aroma getah
3) Keluar dengan memancut dan dorongan.
Semua ini adalah tentang mani lelaki.Adapun perempuan berwarna agak kuning.Demikian yang
disebutkan An-Nawawi.

Apa itu madzi?


Madzi ialah air yang kental(lengket) yang keluar disertai syahwat ringan ketika bercumbu dan
serupanya tanpa memancut.
Keterangan lain : Madzi ialah air berwarna agak putih,kental yang keluar ketika bercumbu atau
mengkhayalkan persetubuhan dan keluarnya kadang tidak terasa.

Apa itu wadi?


Wadi ialah air putih keruh tidak beraroma yang keluar setelah air seni.

Cara Menyucikan Air Mazi


 Merenjiskan air pada pakaian yang terdapat kesan air mazi tersebut.
Cara menyucikan air mani
 Membasuh air mani tersebut sekiranya ia masih basah
 Jika telah kering,cukup dengan hanya mengikisnya kerana tsabit perbuatan Aisyah r.ha.

Ustazah Suhaila MY Page 5

Anda mungkin juga menyukai